I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 04, 2010

ULASAN KONSERT AF8 MINGGU KE TIGA

gambar : murai.com
Bila membaca komen-komen dari dada akhbar dan pandangan blogger lain, yang mengatakan Akademi Fabtasia sudah hilang taring, lemau, jatuh populariti dsbnya tapi bagi saya tidak begitu. Mungkin saya melihat dari sudut lain. Kalau di lihat dari segi BAKAT memang bakat pelajar AF8 melebihi dari AF musim lain. Kita perhatikan, mereka tiada masalah dalam menghafal lirik, suara ke laut juga tiada, tone deaf pun tak ada, Cuma nasib mereka malang apabila menerima lagu yang kurang menguji tahap vokal masing-masing.

Apa yang saya lihat, mereka menunjukkan peningkatan setiap minggu. Untuk minggu ini saya malas nak mengulas komen Adlin yang tunjuk pandai dari segala segi, elok saya fokuskan pada pelajar sahaja.Kehadiran lampu hijau tidak banyak membantu. Juri macam tak sedar akan kewujudan lampu hijau kecuali Aznil.

Kehadiran Juliza Adlizan pula sedikit sebanyak dapat memberi komen yang bernas dan tidak sakit telinga apabila mendengarnya.Seperti biasa komen Aznil sentiasa tepat dan bernas.

PENILAIAN PERSEMBAHAN PELAJAR
ALIF Sesuatu Janji (taufik batisah) 6/10
Opening yang segar. Saya dah semakin suka dengan tone suara Alif. Tarian Alif pun sebati dengan backing dancers. Confident level pun tinggi.
AIN Cinta Antara Benua (arni nazira) 7/10
Berjaya membawa lagu ini dgn baik. Betul kata Aznil... Ain telah kembali!
FARINA Cantik (nikki) 6/10
Berbekalkan pengalaman di Club, Farina juga berjaya membawa lagu yang susah ini. Pun begitu, low tone kurang jelas tapi tarian ada kelas!

SHAHIR Derita Cinta(jamal) 8/10
Pehhh... merdunya suara! Saya tak kisah kalau Juri kata tak ada originaiti, dia orang boleh ke??? Sebutannya jelas, ekspresi muka bagus. Tahniah Shahir!IWAN Permaisuri (jayjay) 7/10Seperti biasa, Iwan tetap cool, santai dan comel. Cuma Iwan kena baiki pada notes yang tinggi.NAD Bulan Cinta (eva) 6/10Not bad ! Tak sangka Nad pandai bergelek. Bukan senang nak bawak lagu dangdut ni. Saya tetap menantikan Nad diberi lagu yang benar2 sesuai dengan suara gemersiknya.


MAULANA So sick (neyo) 8/10

Maulana memenag selalu ada style dan memberi yang terbaik. Tarian ala Jacko nipun menarik dan dapat membantu persembahan Maulana.Saya suka dengan persembahannya.ADIRA Kini (feminin) 7/10Walaupun Juri kata persembahan Adira agak kasar bagi saya tidak. Adira berjaya membawa lagu ini dengan gaya tersendiri tanpa dihantui oleh suara ’katun’ feminin. Adira selalu yakin dengan apa yang dia buat.

DAUS Separuh jiwaku pergi (anang) 8/10
Sedap sangat suara Daus. Tapi sayang korus hanya sekali sahaja dan menyebabkan persembahan Daus tidak ada klimak. Kemunculan Intan Lydiana juga agak lambat menyebabkan kita ingin melihat lebih drama tersebut, Persembahan Daus berjaya menegakkan bulu roma saya.
ANUM Kau atau Aku (elyana) - 6/10
Persembahan yang boleh dijangka. Tiada banyak perubahan dengan persembahan Anum sebelum ini. Suara serak sudah menjadi imej Anum.


CARTA SELEPAS KONSERT.

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73% [ TERSINGKIR ]
CARTA JEFBUJ

1. SHAHIR, MAULANA, SHAHIR 8/10
4. DIRA. IWAN, AIN 7/10
7. ANUM, FARINA, NAD , ALIF
6/10

No comments:

Post a Comment