I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 11, 2009

ULASAN KONSERT AF KE- 9

HAFIZ vs ARIL

Seperti yang diduga Hafiz merupakan pelajar yang paling cemerlang semalam diikuti dengan Akim. Berbekalkan lagu ‘ I believe I can Fly ‘ telah berjaya memukau seisi dewan semalam bahkan saya percaya penonton di rumah pun amat bangga dengan persembahan Hafiz yang begitu OUTSTANDING. Walaupun kecemerlangan Hafiz ini dinafikan oleh Chatters di C@15 namun ia hanya nyamuk2 nakal yang sengaja mengapi-apikan semangat kenegerian dan melaga-lagakan fan pelajar yang mereka sokong. Namun ini semua tidak dapat memadam api semangat yang begitu membara yang dikeluarkan oleh Hafiz sekali gus telah berjaya menempatkan diri ke final dgn peratus nya melebihi dari Isma, Yazid dan Akim.

Kalau sudah semua barisan Juri Profesional sepakat mengiktiraf kecemerlangan Hafiz tidak ada apa lagi yang perlu dipertikaikan lagi. Malah Hafiz mendapat penghormatan Standing Ovation dari tenaga pengajar dan sebahagian besar dari penonton di dewan! Sorakan seolah2 tidak mahu berhenti melaung2kan nama Hafiz walaupun Juri Edry sudah memulakan komen beliau. Begitulah penangan Hafiz yang tidak pernah sekalipun mendapat kritikan pedas dari segi vokal sepanjang 9 minggu konsert berlangsung.

Kalau kita melihat kembali sejarah persembahan pelajar dari AF1 ke AF 6, jarang sekali seorang pelajar itu tidak mendapat kritikan yang negatif dari Juri. Malah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila & Stacy turut mendapat teguran dari segi vokal tetapi tidak bagi Hafiz. Setiap minggu tetap ada kejutan dari persembahan beliau malah persembahannya sentiasa dinanti-nantikan. Bagi yang anti-Hafiz pula sentiasa menanti saat Hafiz dikritik hebat oleh Juri tetapi hampa. Mengulang kembali apa yang saya perkatakan minggu sudah, apabila kumpulan ini hampa mereka mula memberi statement yang sengaja menyakitkan hati seperti suara sumbang mambang, penyokong buta seni, suara budak tadika, muka tak commercial, suara kepit, budak kampung, orang Sarawak tak layak jadi Juara, penyanyi kenduri kawin dan bermacam-macam lagi. Semua cemuhan ini boleh kita baca di chat @15 dan laman forum yang lain.
Bagi saya, saya tak kisah, semua rakyat Malaysia tahu siapa Hafiz. Macam Mawi dahulu, kutukan lagi teruk dan hebat namun cuba kita lihat siapa Mawi sekarang???? Pengutuk2 ni yang berhabis duit untuk menghina Mawi di TV, sebaliknya Allah menurunkan rezeki yang melimpah untuk Mawi. Siapa sangka ketika itu baru baru setahun menceburi dunia hiburan Mawi telah bergelar JUTAWAN! Dato Siti pun terpaksa mengambil masa 10 tahun untuk ke tahap Mawi!

ARIL dan AF MASUK

Seperti yang saya nyatakan dalam ulasan konsert saya minggu lepas, saya memang kurang bersetuju dengan format AF MASUK. Saya ulangi statement saya, adilkah pelajar itu melangkau dua peperiksaan akhir semester 8 & 9 untuk melayakkan diri duduk di peperiksaan akhir untuk mendapat segulung DIPLOMA ?????

Inilah yang terjadi di FAKULTI AF. Aril tidak perlu bertungkus lumus untuk diuji di konsert 8 & 9 dan senang2 merampas hak 2 pelajar lain untuk beraksi di konsert final! Adakah ini TRANSFORMASI atau KONSPIRASI ? Tepuk dada tanya selera! Malas saya nak komen lagi bab ini. Apa-apapun saya harap pengundi2 semua perlu bijak memilih yang mana batu yang mata permata.

Cuma apa yang merisaukan saya, Hafiz akan diberi lagu yang tidak sesuai yang tidak mencabar tahap mutu vokal beliau. Kita lihat TOI di konsert akhir AF6 yang lepas. Cuma TOI yang mendapat lagu yang tidak layak untuk dipertandingkan di peringkat final. Sedangkan Stacy, Riz & Nubhan mendapat lagu yang bagus yang cepat mesra telinga dan hingga kini lagu2 tersebut sentiasa diputar di corong radio.

Saya harap agar ke lima-lima pelajar nanti akan diberikan lagu yang terbaik dan dapat menyerlahkan keistimewaan vokal masing2. Bagi saya, saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi Juara di final nanti kerana selama inipun tidak semua Juara menyerlah. Sebaliknya pelajar2 yang tersingkir lebih menonjol dari finalis. Apa-apapun saya masih berharap Hafiz akan memberikan persembahan yang paling OUTSTANDING pada malam final nanti dan bakal menjulang trofi Juara AF7!

Aril pada kacamata saya sememangnya berbakat besar, malah AURA nya melebihi AURA Hafiz. Walaupun kualiti vokal Aril tidak sehebat Hafiz namun pengundi yang lebih 70% terdiri dari golongan remaja lebih meminati penyanyi yang STYLO seperti Aril. Contohnya populariti ADAM malampaui populariti Sang Juara Zahid. Walaupun suara Adam yang jauh kurang mantap berbanding Zahid namun Adam begitu gah di dunia hiburan Malaysia. Penampilan Adam yang sentiasa UP-TO-DATE berjaya menarik ramai peminat fanatik berbanding Zahid yang berpenampilan sederhana.

Sekiranya Aril bakal dinobatkan sebagai JUARA AF7 saya tidak akan terkejut. Kalau penjurian melalui SMS inilah kenyataannya. Sekira nya penjurian melalui JURI PROFESIONAL saya pasti Hafiz adalah Juaranya. Seperti yang saya nyatakan tadi MISI peminat ialah untuk melihat Hafiz ke final. Seandainya Hafiz menjadi Juara, itu adalah Bonus. Malangnya semangat kenegerian masih tebal dikalangan penduduk Malaysia. Berapalah sangat jumlah penduduk Sarawak kalau hendak dibandingkan dengan penduduk Semananjung sekiranya mereka mengundi mengikut negeri. Dari komen2 negatif di C@15 sudah jelas Hafiz agak kurang digemari kerana berasal dari Sarawak.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga Hafiz turut mempunyai kelompok yang ramai dari pengundi di Semenanjung malah di kalangan bloggers, wartawan dan orang2 industri. Sungguh terharu apabila membaca komen2 positif dan membina dari mereka. Ini adalah kerana mereka ini tahu apa yang mereka lihat, dengar, rasa dan tidak langsung terbit di hati mereka untuk melihat darimana asal seseorang itu . Kita lihat sahaja siapa tidak kenal dengan Dayang, Camelia, Hujan, Bob, Deja Moss, Reza Mohamad, Mahmud Ali Basha sekadar menyebut beberapa nama, mereka ini mendapat sokongan padu dari orang2 industri dan peminat di seluruh Malaysia. Jadi , tidak mustahil Hafiz akan diterima baik apabila tamat pengajiian di Akademi Fantasia 7 nanti.

KEZUTAN

Tidak seperti selalu kezutan kali ini lebih memberi impak. Gambar tunang Adlin yang banyak tersimpan di bilik Yazid amat melucukan, lebih2 lagi Adlin dengan selamba menyindir Yazid.

Kewujudan kanak-kanak yang memakai fesyen rambut ala Hafiz juga menarik perhatian, malah para penyokong Hafiz pun memakai rambut yang sama.

Kedatangan anak-anak Isma turut menyentuh perasaan – sebagai hadiah untuk Hari Ibu.


Yang paling menyentuh hati adalah apabila Akim memberi bunga ros dan sekeping kad kepada Aishah, seolah-olah membuktikan mereka ada “sesuatu“ sepanjang pergaulan mereka di akademi. Sungguh romantik! Teringat semasa Anding memberi bunga kepada Edlin di AF2 dulu.

LAGU BONUS - Lagenda

Lagu Lagenda dendangan kesemua pelajar turut menyentuh rasa yang dikhaskan untuk ibu masing2 sempena Hari Ibu. Tahniah.


ULASAN PERSEMBAHAN PELAJAR

ISMA - Aku pasti datang [ Bunga Cinta Lestari ]

A very good opening untuk konsert ke 9. Nampak cool dan good dynamic. Walaubagaimanapun apabila part low tone suara Isma kurang kedengaran. Persembahan Isma macam biasa tiada apa yang istimewa, betul kata Adlin sepanjang 9 minggu konsert tidak ada persembahan yang benar2 boleh meninggalkan kesan.

7/10

YAZID - The street have no name [ U2 ]

Intro yang agak lemah, nampaknya masalah gugup & gagap belum boleh diatasi oleh Yazid. Memperkenalkan diri secara ringkaspun Yazid gugup sama seperti semasa diwawancara secara langsung untuk Gala TV selepas penyingkiran Aishah & Claudia. Langkah dan gerak tubuh seakan-akan sama dengan persembahan2 sebelum ini, tiada pembaharuan. Mungkin oleh kerana Yazid kurang fasih berbahasa Inggeris maka dictionnya kurang jelas dan seolah-olah Yazid memakan lirik lagu tersebut. Persembahan minggu lepas lebih memberangsangkan.

7/10

AKIM - I’m Yours [ Jason Mraz ]
Ini merupakan persembahan terbaik dari Akim sepanjang 9 minggu konsert berlangsung. Akim sudah pandai menilai kelemahannya yang selalu gopoh dan over acting apabila membuat persembahan , hingga menyebabkan dia sentiasa pancit di akhir persembahan. Persembahan lagu pertama ini benar2 menyerlahkan kemampuan Akim menguasai vokal sekaligus menguasai pentas dan penonton. Dengan penuh santai dan berkeyakinan tinggi Akim telah berjaya melunaskan assignment minggu ke-9 ini dengan jayanya. Tahniah Akim!

9/10

HAFIZ - Laska Pelangi [ Nidji ]

Bagilah apa bentuk lagu pada Hafiz, dia akan berjaya mencorakkannya dengan baik. Namun lagu ini tidak menguji tahap vokal yang sebenar seperti kata Adlin. Akan tetapi dengan kehadiran kanak-kanak ditambah lagi dengan rambut gaya Hafiz benar-benar memberi impak kepada persembahan pertama ini. Penguasaan pentas yang cukup baik. Kecemerlangan dari sudut yang berbeza ini menunjukkan versatilty Hafiz sebagai penghibur.

8/10

PUSINGAN KEDUA

ISMA - Hot & Cold [ Katty Perry]

Walaupun vokal Isma kurang menyerlah namun showmanship yang daring, sexy dan aksi stunt yang ditunjukkan telah menyelamatkan persembahan Isma. Kita faham bukan senang untuk menari sambil menyanyi lebih2 lagi lagu Bahasa Inggeris. Apa-apapun Isma tetap berjaya menghiburkan penonton.

7.5/10

YAZID - Aku Skandal [ Hujan ]

Persembahan yang kurang berjaya kerana banyak flat dalam nyanyian Yazid. Pitchingpun berterabur dan Yazid seperti hilang fokus. Sungguh menghairankan walau teruk manapun persembahan Yazid tapi % Yazid tetap tertinggi. Kesimpulannya kejayaan Yazid memikat pengundinya bukanlah dari segi bakat nyanyiannya tetapi dari kejujuran hatinya. [ meminjam kata-kata Adlin]. Ini dapat kita perhatikan di dalam diari, walaupun sudah hampir ke penghujungnya kelihatan Yazid masih seperti kurang faham pembelajarannya di fakulti. Beliau masih diajar benda2 yang basic dan nampak dari riak wajahnya dia kurang yakin dengan kemampuannya.

6/10


AKIM - Larut [ Dewa 19 ]

Tidak seperti persembahan pertama tadi Akim kurang menyerlah dengan tugasan yang kedua. Kira biasa-biasa sahaja, tiada yang istimewa. Pun begitu bagi saya persembahan Akim lebih baik dari Yazid dan Isma. Beliau benar-benar menjiwai lagu ini.

8/10

HAFIZ – I believe I can Fly [ R.Kelly ]

Tidak siapapun yang dapat menafikan kehebatan Hafiz dengan lagu yang kedua ini. Saya pernah mengusulkan lagu ini dibawa masa final tapi tak apa sekurang-kurangnya semua orang dapat menikmati persembahan yang outstanding dari Hafiz. Lagu ini juga telah menobatkan Hafiz sebagai Juara semasa di pertandingan nyanyian di Kuching ketika Hafiz berumur 17 tahun. Dengan penuh keyakinan Hafiz melontarkan vokalnya hingga meremangkan bulu roma apabila mendengarnya. Tidak ada komen khusus untuk persembahan ini kerana tidak ada cacat celanya untuk dikomen. Memang mantap.

Malah ketiga-tiga Juri terpegun melihat persembahan ini dan memberi komen yang cukup baik sehingga Edry mempelawa Hafiz untuk menjadi artis dibawah syarikatnya, Ning pula ingin menjadi artis duet sementara Adlin pula mempelawa Hafiz untuk menyanyi di majlis perkahwinannya pada 25 Mei ini! Sorakan di segenap dewan serta standing ovation dari tenaga pengajar telah cukup membuktikan Hafiz adalah yang terbaik pada malam itu. Tidak sabar rasanya apakah bentuk persembahan Hafiz di final nanti, kita tunggu dan lihat!!!

10/10

MENUJU PUNCAK

Walaupun hanya 4 orang namun koreografinya tetap menarik. Sekali lagi Tahniah Cikgu Aris. Saya rasa corak tarian Muju Puncak AF7 lebih dramatik dari tahun2 lepas.

TIADA PENYINGKIRAN

Seperti diduga, keempat-empat pelajar diumumkan LAYAK untuk ke Final !!!



Kedudukan Sebelum Konsert

1. Yazid 32%
2. Hafiz 28%
3. Isma 25%
4. Akim 16%


Kedudukan Selepas Konsert

1. Hafiz 34%
2. Isma 25%
3. Yazid 23%
4. Akim 18%

Carta Pilihan Jefbuj

1. Hafiz 8.5/10 10/10
2. Akim 9/10 8/10
3. Isma 7/10 7.5/10
4. Yazid 7/10 6/10

CARTA AFMASUK
Berbekal dengan 13 ribu ARIL FAN CLUB, Aril telah mengungguli Carta AF Masuk meninggal jauh semua rakan-rakannya. Tahniah AWOOOK. Adakah Awook bakal JUARA???

LIMA PELAJAR YANG AKAN BERAKSI DI FINAL AF7 pada 16 Mei 2009 nanti! TAHNIAH !!!

No comments:

Post a Comment