I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 31, 2009

MUKA MASAM : CIKGU SITI HAJAR JAWAB


Teks oleh Ellyna Ali / MURAI.COM

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2009: Walaupun genap 2 minggu Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) berlalu, namun masih ada lagi sebilangan peminat yang tidak berpuas hati dengan 2 tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafi.

Terutama apabila melihat riak wajah mereka yang seperti masam, tidak ceria dan berbisik-bisik tatkala nama Hafiz diumumkan sebagai juara AF7 dalam konsert final di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, maka makin hebat kritikan dilemparkan terutama di saluran @15 Astro dan portal murai.com.my sendiri.

Apabila ditanyakan tentang perkara ini, Cikgu Siti Hajar tidak marah atau lekas melatah kerana telah menjangka bahawa ramai peminat pelajar Hafiz mahupun yang lain akan berfikir begitu.

"Sebenarnya saya pun gembira Hafiz menang kerana dia telah memberikan persembahan yang mantap. Kebetulan ketika kamera menghala kepada kami, saya dan Cikgu Syafi sedang berbincang tentang kemenangan Hafiz. Walaupun Hafiz menang, pada kami masih ada benda yang kami rasa Hafiz tidak lakukan sebaik minggu ketujuh dan kelapan itu yang membuat kami sedikit kecewa.

"Dari awal lagi kami sudah melihat bakat dan vokal Hafiz dan dia tidak mempunyai banyak masalah tetapi kami perlu juga menggilap bakatnya dari segi corak persembahan dan nyanyian. Kami tidak pernah ada agenda yang tersembunyi dan sayangkan semua pelajar AF7," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Katanya, apa yang dipandang peminat menerusi kaca TV hanyalah sebahagian daripada apa yang mereka lalui di dalam akademi itu.

"Hakikatnya kerana saya dan tenaga pengajar lain banyak menghabiskan masa dengan semua pelajar. Masih ada lagi banyak benda yang tidak sempat dipaparkan menyebabkan peminat mula membuat andaian.

"Bagi saya bidang pendidikan pun harus menggunakan pendekatan psikologi kerana setiap pelajar itu tidak sama. Saya harus memahami latar belakang dan pemikiran mereka. Saya harus memahami kekurangan dan kelebihan mereka.

"Misalnya, kenapa saya betul-betul marah dengan Rini waktu dalam akademi? Sebab saya tahu dia tidak mampu buat tugasan itu kerana ada sesuatu yang mengganggunya.

"Tapi, saya tidak mahu mendesak kerana mereka akan menangis. Kalau ada pelajar yang kita minta dia mencuba tetapi dia tak mahu buat kerana dia rasa perkara itu susah, saya tidak akan memaksa. Buatlah apa yang dirasakan ternampu.

"Mendidik orang dalam bidang seni bukan hanya sekadar menggilap vokal dia semata-mata tetapi kita juga harus mendidik orang itu menjadi seorang manusia yang lebih baik. Jadi, kalau orang kata saya hanya ajar seseorang itu menyanyi saja, itu tidak betul," katanya.

Apapun Cikgu Siti berkata, dia sangat suka bekerja dengan kesemua pelajar AF7 pada kali ini kerana dia menyifatkan mereka sebagai pelajar yang bijak, happening dan ada kalanya nakal.

Berikut adalah komen Cikgu Siti terhadap 5 finalis AF7 - Hafiz, Aril, Akim, Yazid dan Isma.

Hafiz: Seorang budak yang baik, berbudi bahasa dan manja dengan ibu. Dia bercita-cita tinggi dan mempuyai matlamat hidup cuma kadangkala tidak tahu bagaimana hendak mencapai matlamatnya itu. Dia dilahirkan dengan suara yang cukup baik tetapi kadangkala tidak tahu menggunakan disiplin dalam nyanyiannya.

Aril: Pengalaman dan usia membuatkan dia matang tetapi dia seorang yang ekspresif dan tidak berpura-pura. Dia tahu apa yang dia mahukan, berani keluarkan pendapat dan selalu mempunyai idea sendiri dalam persembahanya. Vokalnya sederhana tetapi akhirnya dia berjaya memperbaiki cara sebutan dalam nyanyiannya.

Akim: Inilah pelajar yang paling berusaha keras. Usahanya itu menampakkan perubahan yang cukup ketara dari pelbagai sudut. Dulu dia agak panas baran dan keras hati tapi sekarang semua itu berubah. Dia masih muda tetapi suka bercerita macam orang dewasa. Adakalanya dia berhadapan dengan masalah vokal angsa. Dia memang degil tetapi sedia berubah.

Yazid: Kita sudah tahu latar belakangnya. Yazid mempunyai sikap gementar yang keterlaluan. Dia seorang pelajar yang paling tidak kisah dengan kedudukannya dalam akademi. Baginya, penyertaan di AF7 adalah untuk menguji bakat dirinya semata-mata. Seorang pelajar yang unik dan suka sangat menguji tenaga pengajar. Tapi apabila dia lihat saya tak give up dengannya, dia mulalah bengang! Akhirnya dia cakap saya seorang guru yang penyabar. Isma: Seorang pelajar mempunyai matlamat, keazaman dan mahu mengejar impiannya. Isma cukup bersemangat waja dan sentiasa fokus dengan apa yang dia buat. Walaupun dia selalu teringatkan suami dan anak-anaknya, Isma sentiasa cuba untuk bertahan dan dia akhirnya ke final.

Komen jefbuj

Ye ke ? Tapi yang peliknya every time Hafiz habis persembahan tak pernah senyumpun, tapi kalau Aril atau Akim, siap lompat2 lagi..... Bagi saya, tak payahlah nak tunjuk muka masam walau pelajar2 tu buat salah, be professional. Dah marah kat akademi tu dah lah! Masa kat konsert just enjoy ur self! Banyak mata memandang kat luar tu, orang menilai mengikut apa yang mereka lihat. So, next season, please behave ur self!

1 comment:

  1. setuju ngan pendapat ktk ya...sidak dua ya nang nmpak lalu sik suka ngan hafiz...p xpa,hafiz dah jd juara n dah buktikan nya boleh walaupun bakatnya ya dipandang sebelah mata oleh c.siti n c.syafi...sik tau pa kenak ngan sidak dua ya sampai x suka ngan hafiz...huhh...

    ReplyDelete