Memang terkejut jugak bila pagi-pagi lagi i dapat panggilan telefon.... semalam keletihan sebab asyik terbangun tidur jer... ellisya tak sihat so kerap terjaga... so i thought i boleh tidur extra sikit early in the morning... anyway, back to that phone call... someone on the other line cakap 'jangan terkejut kalau you dapat panggilan dari boss astro nanti'... tengah mamai-mamai nih i terus tanya, 'what? why?' and that person say, 'sekarang dah kecoh kat astro... email about what you wrote in your blog dah dihantar pada boss-boss yang berkenaan di astro'... terus i tanya, 'mana tau?' and dia cakap, 'oh, dah memang kecoh kat astro sekarang nih...' dalam hati i cakap, Alhamdulillah.. Alhamdulillah kerana mereka memberikan perhatian...
First and foremost, let me explain benda nih sikit (since i know that ada orang from astro will definitely monitor my blog... muhahahaa) i'm not doing this to be a 'hero' or something like that... i menulis sebagai seorang peminat akademi fantasia yang merasakan apa yang dibuat ketika konsert kesembilan adalah sesuatu yang agak berat sebelah dan kurang adil kepada pengundi-pengundi empat pelajar yang masih ada ketika itu... there is no malice intention, takda tujuan tersembunyi, tetapi hanya inginkan keadilan dan jawapan daripada pihak produksi yang bertugas...having said that, i took the first courage to call pengurus rancangan astro ria, khairul mizan... well, i kenal khairul dah lama dah... bukan dua tiga hari, bukan dua tiga bulan... dah bertahun-tahun... kenal, tapi taklah begitu rapat... i called sebenarnya nak buat appointment to see him today... but apparently, benda nih dah blown out of proportion, and it seems like boss-boss besar kat astro really take this 'petition' seriously... Alhamdulillah and thank you... sekurang-kurangnya sebagai permulaan (untuk petition nih), mereka mengambil kira pandangan penonton... at least lah...okay, here's the tricky part... since it was the phone conversation, i have to write and word it carefully... i taknak menyinggung mana-mana pihak dan pada masa yang sama jugak, i want to make sure apa yang i sampaikan di sini adalah something yang dipertuturkan and/or membawa maksud yang sama dengan yang dipertuturkan...menurut khairul mizan, memang benar undian dikosongkan (reset) untuk minggu kesepuluh... berlainan dari ketika akademi fantasia musim kedua dan musim keempat, apabila undian pelajar yang diafmasuk perlu bermula dari kosong dan mengejar undian pelajar-pelajar lain yang ke final, untuk musim ketujuh, pihak produksi membuat keputusan untuk resetkan semua undian pelajar-pelajar ke final menjadi kosong... tujuannya, adalah untuk memberikan peluang sama rata kepada pelajar-pelajar di minggu terakhir...
Seikhlas hati i cakap, sebagai penonton, i tak dapat nak terima jawapan tersebut, tapi i menulis di sini berdasarkan jawapan yang diberi...so, i questioned khairul, kalau undian minggu kesembilan tidak dibawa kehadapan sedangkan tidak ada penyingkiran, kenapa perlu kami mengundi pada minggu tersebut? kenapa perlu kami buang wang sedangkan ianya boleh digunakan untuk mengundi di minggu terakhir terutamanya kepada empat pelajar yang sememangnya layak ke final?jawapan khairul mizan, undian tersebut tetap membawa makna tersendiri yang crucial tetapi dia enggan mengulas lebih lanjut... apa yang ingin dia kongsikan bahawa persoalan ni akan terjawab di dalam diari pada malam ni (khamis) pukul 9 malam...apabila i bertanya, adakah pihak produksi akademi fantasia mendengar petition kami dan adakah pihak astro akan melakukan something about it?jawapan khairul mizan, ya, memang pihak produksi mendengar pandangan dan menerima petition daripada pihak penonton...
Apa yang mereka lakukan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi untuk memberikan peluang lebih rata kepada kesemua lima peserta akhir untuk merebut tempat sebagai juara... kedudukan mereka bergantung kepada undian penonton dan bukan pihak produksi... undian minggu kesembilan juga adalah untuk tujuan tertentu yang telah ditentukan oleh pihak produksi (which will be revealed during the diary tonight) dan bukan undian kosong semata-mata...then i asked, will you recount back undian minggu kesembilan?jawapannya, undian minggu kesembilan adalah untuk tujuan tertentu which will be reaveled during the diary tonight...habis sahaja conversation with khairul mizan, i received a few more calls from other astro bosses... all i'm saying, again and again, petition nih bukan untuk memalukan atau menjatuhkan astro atau sesiapa, tetapi sekadar mahukan keadilan yang sepatutnya... bukan hanya kepada pelajar-pelajar yang masuk ke final, tetapi juga kepada pengundi-pengundi yang bersusah payah mengeluarkan wang ringgit untuk mengundi pelajar-pelajar kegemaran mereka ke final...so, kita tunggu lah apa yang nak diumumkan dalam diari malam nanti...
petikan : badrulaftersix.blogspot.com TQ for sharing the story!
No comments:
Post a Comment