Dengan pengumuman AF Masuk oleh Principal Tiara semalam maka tercemarlah konsep transformasi yang diwarwarkan sepanjang 8 minggu rancangan realiti nombor satu di Malaysia AKADEMI FANTASIA. Pengumumuan itu telah mencetuskan perang mulut antara chaters di forum2 blogger dan C@15. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membangkang. Bukankan ini satu KONSPIRASI ? Konspirasi kepada pelajar yang telah bertungkus lumus sepanjang minggu ke-8 iaitu Claudia & Aishah; dimana mereka telah bekerja keras hingga sanggup membuat kelas tambahan hingga ke lewat malam semata2 utk memberi yang terbaik di konsert. Tapi apakah ganjarannya? Walaupun saya akur dengan penyingkiran tetapi kenapa sampai 2 orang? Another gimmick murahan!
Kenapa saya berkata ini satu konspirasi; kerana ianya memang tidak adil sama sekali. Sekiranya pelajar yang di AF Masuk nanti berjaya untuk menyambung belajar di fakulti, ini bermakna dia berjaya MELANGKAU KELAS DENGAN TIDAK PERLU LULUS UJIAN KE -8 ! Atau katakan Adila yang masuk semula, bermakna Adila MELANGKAU 6 UJIAN dan senang2 beraksi di Konsert ke-9! Adil kah ini? Kenapa tidak biarkan sahaja seorang pelajar tersingkir dan seorang lagi akan beraksi di konsert ke-9. Dan di konsert tersebut barulah singkirkan seorang pelajar dan selebihnya 4 orang akan ke final.
Tapi ini semua tidak terjadi! Mungkin betul kata chaters, pihak fakulti sememangnya tidak puas hati apabila pelajar kegemaran mereka terkeluar, siap menitis air mata lagi, tujuk sedih, tujuk pilih bulu, tunjuk favoritism dan macam2 lagi. Peserta yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan AIRIL. Bila Airil tersingkir siap ada TRIBUTE untuk Airil di Diari. Sepanjang rancangan berlangsung nama Airil tidak lekang di mulut tenaga pengajar malah SARIMAH selaku pengacara! Kenapa pelajar lain yang terkeluar tak disebut2 pulak? Saya bukan anti Airil malah Airil merupakan salah seorang pelajar favorite saya dan saya ingin sekali melihat Airil beraksi di final nanti. Namun ini tidak bermakna saya setuju meletakkan Airil ke final dengan cara begini!
Sebelum berlangsungnya konsert semalam juga saya sudah boleh meneka AF Masuk akan diperkenalkan semula kerana pendebat2 dalam AF EXT agak positif dengan format recycle ini. Apa-apapun saya tetap TIDAK BERSETUJU dengan undian AF Masuk. Ia bukan saja tidak adil malah telah mencemar kegemilangan AF7. Sebelum ini kita dapat rasakan, barisan pelajar AF7 adalah yang terbaik sepanjang berlangsungnya rancangan pujaan rakyat Malaysia ini. Tapi dengan pengenalan semula AF Masuk ia telah merosakkan imej AF7. Well, siapalah saya untuk mengubah keputusan fakulti, apa yang penting kita undi berhabisan pelajar yang kita minat dan semestinya pelajar yang benar2 menonjol dan mendapat pujian melambung dari barisan JURI PROFESIONAL dan orang2 industri.
Cuma saya tertarik dengan cadangan salah seorang ahli panel Diari EXT di mana, pelajar yang berjaya diAFMasukkan hanya layak untuk mendapat gelaran PELAJAR POPULAR sahaja bukan JUARA AF7 ! Ini barulah relevan dengan konsep Transformasi yang dicanangkan! Saya sokong 100% usul ini.
Selepas berakhirnya konsert semalam, berikut adalah keputusan terkini pada jam 11.30 malam peratus undian pelajar :
HAFIZ 63% AKIM 31% YAZID 4% dan ISMA 2%
Tahniah Hafiz untuk kesekian kalinya. Semuga Hafiz dapat mengekalkan momentum yang baik dan terus fokus, insyallah kalau ada rezeki tidak akan ke mana, Juara tetap milik Hafiz. Atau kalau tidak menangpun dek rakusnya pengundi yang BUTA SENI, no 2 ke atau terakhir, jangan risau orang tahu Hafiz tetap juara di hati mereka!
Yang mengecewakan saya apabila selesai sahaja Hafiz membuat persembahan dan mendapat pujian melambung dari semua Juri malah mendapaStanding Ovation dari Juri, Tenaga Pengara dan fan Hafiz, chaters yang anti Hafiz di C@15 tetap mengutuk Hafiz dengan mengatakan suara budak tadika, muka tak layak juara, rambut kembang tak mandi, suara ke laut, pitching berterabur,Orang Sarawak tak layak Juara, sumbang mambang dan 1001 lagi cercaan terhadap Hafiz. Alangkah BUSUKnya hati mereka ini. Tak minatpun janganlah menghina sedemikian rupa. Mungkin mereka2 ni orang2 yang mempunyai sifat KENEGERIAN yang tebal. Terpulanglah, kalau mereka nak JUARAKAN seorang yang Gagap, Panas baran... lantaklah.... aiman tak kesah. Yang menanggung malunya nanti adalah Sang Juara bila kena hentam dengan wartawan di dunia realiti nanti.
KONSEP MUZIKAL
Saya sememangnya amat teruja dengan konsep yang julung kali diperkenalkan sepanjang sejarah AF. Tahniah pihak fakulti kerana berani mengambil risiko yang besar begini. Kenapa saya kata risiko? Sebab untuk berlakon sambil menyanyi bukannya mudah dan memerlukan latihan yang benar2 intensif. Tetapi pelajar2 hanya diberikan masa 4 hari untuk membuat konsert berkonsep muzikal ini. Walaupun masa amat singkat namun pujian harus diberikan kepada mereka. Saya rasa artis theatre sendiripun tak boleh buat dalam jangkamasa 4 hari!!! Itulah kelebihan pelajar AF7. Bayangkan kalau pelajar tidak boleh buat di konsert, siapa yang malu? Inilah yang sayakan pihak fakulti berani menanggung risiko. Kalau senior2 mereka yang terdahulu belum tentu berjaya melakukannya. Syukur kerana barisan pelajar telah berjaya membuat persembahan yang cemerlang. Tahniah Hafiz, Akim, Yazid, Isma, Claudia, Aishah dan semua barisan tenaga pengajar!
LAGU BONUS – Dewa Perang
Pada saya, lagu bonus yang pertama ini adalah semata-mata untuk memenuhi masa yang terluang untuk mencukupkan konsert berjalan selama 2 jam. Tiada apa-apa yang boleh menarik perhatian saya. Keadaan stage yang kecil sungguh menyemakkan pandangan apabila terlalu ramai orang di atas pentas. Kereogafi bagus tapi nampak kelam kabut. Mungkin juga disebabkan stage yang sempit menyebabkan penari tercari2 ruang untuk melangkau langkah yang lebih luas. Sepatutnya pelajar yang menjadi penyanyi utama bukan pengacara. Pelajar hanya sekadar menjadi penyanyi latar. Namun kemunculan Hasrul Raja Lawak 2 dapat menggamatkan dewan.
Penilaian Persembahan Pelajar :
AKIM - Titah Sultan
Akim berjaya membawa watak sebagai Sultan dengan baik. Sikap ego dan angkuh terpancar diwajah Sultan ini. Lontaran suarapun baik walaupun suara Akim agak serak mungkin terlalu kuat berlatih. Centre of performance pun baik dan setiap langkah dirancang dan diatur dengan baik. Interaksi dengan penari, penonton juga baik. Cuma saya rasa lagu ini kurang sesuai untuk dipertandingkan dan amat susah untuk memberi markah kepada tahap nyanyian Akim. Ini diakui sendiri oleh Juri Edry.
7/10
CLAUDIA - Katakan
Antara persembahan terbaik Claudia. Saya tidak menyangka Claudia dapat memikul tanggungjawab seberat Puteri Gunung Ledang. Mungkin dengan tunjukajar dari pendukung watak sebenar iaitu Principal Tiara, Claudia berjaya menyelami watak ini dengan baik. Voice Control juga amat baik, dari low note ke chest tone, ke head tone diaplikasikan dengan baik. Cuma Calaudia harus bijak menambah sedikit vibrato di sesetengah hujung verse supaya tidak nampak kaku dan terputus begitu saja. Lontaran suara agak baik dan jelas. Claudia juga telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan klon Dayang kerana intonasi suara Claudia malam ini langsung tidak ada bayangan suara Dayang.
7.5/10
YAZID - Ratu Novela
Tak sangka pulak Yazid serasi dengan konsep Muzikal sebegini. Walaupun kita tahu Yazid agak gagap tetapi langsung tidak nampak kelemahan itu semasa Yazid bercakap & menyanyi. Pengucapannya lancar dan suara pun smooth. Yazid agak berjaya mebawa watak budak nakal walaupun ini bukan attitude Yazid sebenarnya. Segala perasaan malu hilang begitu sahaja. Cuma paduan suara Yazid dan Aishah kurang serasi. Ternyata vokal Aishah lebih lantang dan menenggelamkan suara Yazid terutama di note yang tinggi. Persembahan minggu lepas lebih baik dari semalam.
7/10
AISHAH - Slot Akasia
Dari dalam diari saya sudah yakin Aishah boleh berlakon dengan baik malah beliau banyak membantu Yazid untuk melunaskan misi konsert ke-8 ini. Suara Aishah amat jelas walaupun pada note yang rendah. Panadangan mata Aishah sentiasa fokus dan tajam apabila berkomunikasi. Aishah agak berjaya membuang sikap ‘malas bergerak’ seperti yang selalu dikritik oleh juri. Cuma sayang Aishah belum lagi menunjukkan persembahan yang benar2 mantap yang boleh meninggalkan kesan sebelum meninggalkan pentas AF apabila Aishah tersingkir dengan Calaudia malam sealam.
7/10
ISMA - Mulanya Cinta
Walau apa pun kritikan juri namun ini adalah persembahan terbaik Isma pada pandangan saya. Lakonan Isma benar2 jujur dan memberi kesan dan ia benar2 sampai ke jiwa saya. Watak Azizah dengan mimik muka yang redup dan sedih apabila ditinggalkan P.Ramli benar2 menjadi ditambah pula dengan suara gemersik Isma berjaya memukau penonton. Persembahan Isma semalam telah berjaya memadamkan persembahan stereo type Isma sepanjang 7 minggu lepas. Tahniah Isma!
8/10
HAFIZ - Dimanakan ku cari ganti
Untuk kesekian kalinya Hafiz telah berjaya memukau segenap ruang dewan dengan lontaran suara yang sungguh merdu dan mengasyikkan membawa lagu dari bintang lagenda Tan Sri P.Ramlee. Seisi dewan seolah2 terpaku dan terpana apabila Hafiz melontarkan vokalnya dengan penuh syahdu. Kita boleh perhatikan penonton senyap tanpa menjerit seperti selalu menggambarkan mereka tidak mahu leka walaupun seminit untuk menikmati lagu dendangan pelajar cemerlang ini.
Dengan genre lagu sebegini barulah nampak di mana sebenar letaknya kekuatan vokal Hafiz iaitu penguasaan suara yang baik dimana Hafiz berjaya mengawal suara rendah, pertengahan dan tinggi dengan penuh keyakinan. Adunan tiga tahap suara ini telah memberi suatu variasi yang cukup manakjubkan. Hafiz tidak gopoh malah mengeluarkan emosinya pada setiap bait lagu dengan penuh tertib dan terkawal. Lakonan juga bagus dan Isma adalah pasangan yang serasi walaupun jarak usia mereka adalah 11 tahun. Persembahan Hafiz seperti biasa telam mendapat pujian yang melambung dari ketiga-tiga juri malah mendapat standing ovation dari Juri Edry. Dengan persembahan sebegini tidak mustahil Hafiz akan berjaya menjuarai AF pada musim ini akan tetapi ia memerlukan sokongan padu dari penonton yang mengundi. Kalau masih ada lagi sikap kenegerian maka impian Hafiz akan berkecai. Sama seperti nasib BOB di AF2 dahulu. Mengimbau kembali kekalahan Bob dulu, ketiga2 Juri telah memberi komen terbaik antara 6 finalis malah Bob telah berjaya menyentuh perasaan Aznil & Kudsia apabila mereka mengalirkan airmata! Tapi oleh kerana tiada sokongan padu ari penonton di negeri lain, Bob telah tercorot ke tempat ke 5! So saya harap pengundi diluar sana undilah orang yang benar2 telah membuktikan kemampuan vokal mereka. Buangkan sikap negatif kenegerian dan kita mahu Juara AF harus setanding dengan Juara2 prgram realiti yang lain. Selamat mengundi!
9/10
Lagu Bonus 2 - What Time Is it & Menuju Puncak
Sungguh happening, koreografi yang baik dan sebuah persembahan yang energetic. Tahniah kerana semua pelajar telah berjaya membuat persembahan yang baik dari persembahan pembukaan, persembahan individu dan persembahan penutup. Semangat ini yang kita mahu dan segala usaha selama seminggu ini telah berjaya dilunaskan dengan jayanya.
PENYINGKIRAN
Seperti yang saya nyatakan di atas, kenapa 2 orang? Adakah semata2 untuk mengAFMasukkan seseorang yang sudah dilabelkan IKON AF7 ?? Perlukah Principal menggunakan kuasa VETO nya semata2 untuk memasukkan semula pelajar pilihan fakulti?? Tepuk dada Tanya selera. Malas dah nak komen. Apa-apapun Aishah dan Claudia telah keluar dengan MARUAH yang tinggi. Walaupun mereka tidak berjaya ke final namun terimakasih kepada mereka kerana kehadiran mereka di AF cukup manis dan dapat menceriakan diari harian yang kita tonton sepanjang minggu. Good luck ishah & Claudia.
RAMALAN AFMASUK
Semestinya AIRIL mamandangkan sokongan padu yang diterima malampaui dari sokongan kepada pelajar2 lain. Pilihan ke-2 adalah Zizi.
Carta sebelum konsert
1. Yazid 29%
2. Isma 27%
3. Hafiz 15%
4. Akim 10%
5. Claudia 9%
6. Aishah 9%
Carta selepas konsert
Carta pilihan Jefbuj
1. Hafiz 9/10
2. Isma 8/10
3. Claudia 7.5/10
4. Akim 7/10
5. Aishah 7/10
6. Yazid 7/10
Credit to www.klubbkidd.com Thanks for the nice shots!
No comments:
Post a Comment