I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 05, 2009

Kelahiran Baru - Shah Indrawan



AWAL Ashaari (kiri) dan Marion Caunter (kanan) sewaktu mengumumkan kemenangan Tomok di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.
TIDAK dinafikan, Tomok menjuarai pertandingan nyanyian One In A Million musim ketiga (OIAM3) kerana undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi yang diterimanya daripada para penonton.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Tomok itu ialah populariti dan pengalamannya menyanyi bersama kumpulan New Boyz selama sedekad.
Berbeza dengan dua lagi finalis OIAM3 iaitu Esther dan Aweera yang masih mentah dalam bidang nyanyian, apatah lagi keduanya baru pertama kali menyetai pertandingan besar seperti itu.
Bagaimanapun, kelebihan Tomok bukan setakat itu sahaja, sebaliknya, penyanyi berusia 24 tahun itu turut membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian lebih menyerlah selepas menyertai OIAM3.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pertandingan anjuran stesen 8TV itu banyak membantu dalam mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.
"Tomok sudah 10 tahun berada dalam industri muzik. Sokongan daripada pihak media massa banyak membantu kejayaan Tomok. Banyak yang Tomok pelajari semasa menyertai OIAM3 seperti soal mengadakan persembahan, penjagaan imej dan cara nyanyian.
"Bagi Tomok, 8TV sudah 'ubah' Tomok menjadi Tomok yang baru dan lebih berjaya dalam bidang nyanyian," katanya pada sidang media selepas diumumkan juara OIAM3 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.
Dengan kemenangan itu, Tomok yang berasal dari Kuala Lumpur meraih hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta selain menerima kontrak sebagai artis di bawah naungan syarikat rakaman Monkey Bone Records.
Terbukti OIAM3 menjadi medan terbaik buat Tomok membuktikan kepelbagaiannya dalam bidang nyanyian di mana ia tidak terikat kepada konsep lagu pop rock yang sering dibawakannya bersama New Boyz sebelum ini.
Penyanyi tinggi lampai ini misalnya, sering memperlihatkan gaya nyanyiannya dengan membawakan lagu-lagu yang berlainan rentak seperti pop, rock dan sentimental pada setiap konsert mingguan OIAM3.
Sebagai contohnya, sebelum ini Tomok pernah membawakan lagu-lagu sentimental Alleycats secara medley tetapi dengan gaya serta persembahannya yang tersendiri.
Malah, pengkritik tetap OIAM3, Syafinaz Selamat sering memuji gaya vokal Tomok yang bukan sahaja mantap tetapi dia juga mampu mengawal pentas dengan aksinya yang tersendiri.
"Saya lihat persembahan Tomok paling memberangsangkan setakat ini. Saya terperanjat kerana tadi Tomok hampir tersingkir, tetapi ramai yang vote (undi) Tomok," komen Syafinaz selepas Tomok mengadakan persembahan pada malam itu. cerita selanjutnya .....

2 comments:

  1. salam
    Jeff ngapa buang cbox?susah mau tinggal mesej. Wah sudah 11K pengunjung tahniah.

    ReplyDelete
  2. Kmsalam che. Alhamdlh. Pengunjung byk dari luar negara. Pasal cbox i temporary remove sbb tak nak dijadikan medan berperang AF mcm kat C@15. Sensitif lah! Tak elok org baca. After AF bolehlah i masokkan semula.

    ReplyDelete