I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 01, 2009

TOMOK MAHU 1 JUTA !!!!



TIADA kata yang mampu menzahirkan apa yang bergejolak dalam jiwa pemilik nama lengkap Shah Indrawan Ismail atau Tomok ketika ini. Terpilih ke peringkat akhir sekali gus dicanangkan bakal menjadi jutawan baru selepas musim ketiga One In A Million (OIAM 3), sudah tentu getaran di hati Tomok begitu luar biasa sifatnya.
Siapa yang tidak mahu berada di tangga teratas ditambah hadiah yang tersedia di depan mata adalah sebanyak RM1 juta. Ya, macam-macam boleh dilakukan dengan nilai sebanyak itu dalam dunia yang memerlukan wang sebagai jaminan kehidupan.
Tomok yang sempat ditemui Kosmo! kelihatan terkejut apabila diberitakan dia disebut-sebut menjadi insan bertuah yang bakal membawa pulang hadiah lumayan, yang juga menjadi idaman peserta OIAM 3 lain, Esther dan Aweera.
Tersenyum sebelum mengambil masa untuk menghela nafas panjang, pemuda berusia 25 tahun itu awal-awal lagi sudah merencana masa depannya jika kemenangan benar-benar berpihak kepadanya, bagai yang diperkatakan.
"Banyak perkara yang sudah bermain dalam fikiran saya. Antaranya saya ingin menghasilkan album solo, buat projek khas bersama New Boyz (NB) dan buka studio muzik sendiri. cerita lanjut ...

No comments:

Post a Comment