Seperti yang diramal banyak pihak, Hafiz pelajar yang berumur 19 tahun dari Kuching Sarawak telah berjaya membawa trofi juara menyeberangi Laut Cina Selatan buat kali ke duanya selepas Stacy. Sepanjang 9 minggu konsert berlangsung, Hafiz tidak pernah mendapat kritikan pedas dari barisan Juri, malah mendapat pujian melambung dan tepukan gemuruh dari penonton hampir di setiap minggu. Walaubagaimanapun kedudukan undian Hafiz hanya di tempat ke dua atau ketiga sahaja. Cuma di minggu2 terakhir penonton mula percaya & yakin dengan kelebihan Hafiz dan bersatu beramai2 menyokong Hafiz hingga Hafiz berada jauh meninggalkan kawan2nya yang lain. Di malam final kedudukan Hafiz sudah tidak dapat di cabar.
Kehebatan pentas akhir yang lebih besar membuatkan suasana lebih hebat. Walaupun tiada props yang banyak seperti pentas2 AF yang lepas namun penataan cahaya, backdrops, lightings, sound system serta gabungan muzik pimpinan Acis sungguh menakjubkan! Persembahan tarian shuffle sebagai intro juga memberi impak yang besar dan disusuli oleh persembahan lagu EVOLUSI oleh pelajar. Sungguh jelas pelajar2 benar2 teruja untuk menonjolkan bakat masing2 di samping sedaya upaya untuk meraih undian dari peminat masing2. Sebelum itu telah ditunjukkan carta undian terkini yang mana undian Hafiz jauh meninggalkan kawan2nya yang lain. Seperti yang diumumkan oleh Sarimah turutan persembahan adalah berdasarkan kedudukan carta pada konsert ke-9 yang mana Hafiz berada dikedudukan yang pertama diikuti dengan Akim, Yazid, Isma dan Airil.
Ulasan Persembahan Pelajar Pusingan Pertama :
1. HAFIZ [ Kau Bunga Cintaku / Annuar Zain ]
HAFIZ memulakan persembahan pembukaan dengan persembahan yang mantap. Tidak sangka Hafiz pandai menari, tidak seperti yang ditunjukkan di skrin semasa Hafiz menghadiri Ujibakat ; amat kaku. Saya rasa terdapat teknikal problem dengan wireless mic Hafiz di mana low note Hafiz kurang kedengaran. Mungkin mic agak jauh dari mulut Hafiz kerana Hafiz begitu ligat menari. Walaupun lagu Annuar Zain ini kurang popular berbanding dengan lagu2 beliau yang lain akan tetapi Hafiz berjaya mewarnai lagu ini dengan cara nya tersendiri. Persembahan yang energetic ini berjaya memukau penonton.
Apa yang saya kurang setuju dengan komen Edry & Adlin ialah apabila mereka seolah2 menyalahkan Hafiz membuat choreography yang berat. Tak kan mereka tak tahu yang semua itu adalah dari Cikgu Aris! Sepatutnya mereka sedar itulah TRANSFORMASI Hafiz yang NYATA kerana sebelum ini Hafiz memang tidak pandai menari. Transformasi bukannya dari segi peningkatan VOKAL sahaja!
9/10
2. AKIM [ Bengang ]
Keyakinan Akim membawa lagu baru ini amat tinggi tapi sayang lagu ini kurang menyengat dan kurang mesra telinga. Walaubagaimanapun lagu ini amat sesuai dengan suara Akim yang husky itu. Apa yang saya lihat Akim nampak letih menyebabkan suara nya hampir pecah di bahagian chorus. Peningkatan persembahan Akim memang tidak dapat dinafikan. Sebenarnya Akim telah bangkit sejak dari konsert yang ke 4 lagi, dan dia telah berjaya keluar dari comfort zone. Akim merupakan saingan terdekat buat Hafiz.
8/10
3. YAZID [ Qasidah Cinta / Dewa 19 ]
Mula saja dah off pitch. Lagu ini sebenarnya amat susah dan tidak sesuai dengan Yazid. Lagu yang berentak broadway ini memerlukan kekuatan vokal yang jitu. Yazid telah gagal membawa lagu ini dengan baik. Lagipun lagu ini kurang sesuai untuk dinyanyikan di peringkat final sebegini. Sepatutnya Yazid diberikan lagu yang benar2 sesuai dengan suara Yazid yang lebih menjurus ke genre balada seperti lagu Jamal Abdillah. Kasihan Yazid, ye lah pelajar memang tidak berpeluang untuk membantah atau menolak lagu yang diberikan. Terpaksa akur sahajalah dan buat setakat yang termampu.
6/10
4. ISMA [ Bisikan Godaan ]
Baju amat tidak sesuai dengan keadaan fizikal Isma. Baju ini menampakkan Isma lebih besar dan tidak sesuai dengan status Isma yang merupakan seorang ibu. Suara Isma seperti biasa, tidak mengecewakan. Segala2nya berjalan lancar baik dari segi penghayatan dan mutu suara; cuma, lagu ini juga seperti lagu baru Akim yang kurang menyengat! Lagu ini juga sebuah lagu yang mudah dilupakan dan tiada keistimewaan.
7.5/10
5. ARIL [ Kasih Tak Sampai / Padi ]
Penghayatan Aril cukup tinggi. Inilah kelebihan Aril yang tiada pada pelajar lain. Mata Aril sudah mula berkaca walaupun baru memulakan verse yang pertama. Walaupun suara Aril sedap namun Aril perlu bijak mengawal suaranya terutama di bahagian note yang tinggi. Suara Aril seperti ditahan2 dan tidak dilepaskan sepenuhnya. Apabila Aril tidak dapat mengawal suara nya maka suara Aril hampir pecah di bahagian korus. Dan Aril juga nampak pancit kerana terlalu memberi tenaga pada suaranya. Apa-apapun saya kagum dengan kesungguhan Aril untuk memberi yang terbaik.
8/10
PERSEMBAHAN PELAJAR PRELUDE
Penganjur turut memberi peluang kepada 5 bekas pelajar tersingkir TOP 20 iaitu Ab, Cabby, Faezah, Kelana dan Hamim. Di mana perginya Lisda ye?
Persembahan mereka bagi saya sekadar untuk mengingatkan kita mereka pernah terpilih untuk AF musim ini. Tiada apa yang istimewa dari persembahan mereka. Cuma saya amat suka dengan persembahan Ab dan Cabby, sungguh bertenaga!
Ulasan Persembahan Pelajar Pusingan Ke-dua :
1. Hafiz [ Masih Jelas ]
Persembahan kedua Hafiz benar2 dapat memikat hati semua penonton. Persembahan ini seolah2 telah memberi syarat kepada penonton, Hafiz BAKAL dinobatkan sebagai Juara di musim ini. Hafiz telah berjaya nailed his performance. Walaupun ini merupakan lagu terbaru namun ia seperti Hafiz telah biasa membawa lagu ini berkali2 [ komen Edry ]. Dato’ Khaty juga menyatakan ‘perfect, perfect, perfect’ tiada apa yang hendak dikomenkan. Hafiz membawa lagu ini dengan penuh yakin dan all out! Sorakan penonton memanggil2 nama Hafiz seolah2 seperti tidak mahu berhenti. Sorakan untuk Hafiz ini menyamai sorakan untuk MAWI semasa konsert Final AF3. Hafiz telah berjaya membawa lagu ini dengan cemerlang! Tahniah Hafiz! Saya percaya lagu ini bakal menjadi lagu berhantu dan akan diputarkan di corong2 radio sepanjang tahun ini!
10/10
2. AKIM [ Bercinta / Faizal Tahir ]
Untuk lagu ke dua ini Akim turut berjaya memukau penonton. Dengan tangan terikat, Akim tetap fokus dan melontorkan vokal nya dengan lantang dan berkesan. Lagu ini juga seolah2 milik Akim. Walaupun suara Akim ada pancit sedikit namun ini tidak menghalang peminat2 Akim bersorak memenuhi ruang dewan yang di hadiri oleh beribu2 penonton. Memang terbukti Akim telah berjaya ditransformasikan dan menjadikan Akim bakal menggegarkan industri seni suara di tanahair dalam masa terdekat ini.
8/10
3. YAZID [ Ya Pa Pa ]
Persembahan lagu baru Yazid lebih baik dari persembahan sebelumnya. Walaupun lagu ini kurang menarik tapi Yazid telah berusaha sehabis baik untuk menyahut cabaran terakhir ini. Seperti persembahan2 sebelum ini Yazid pandai berkomunikasi dengan penonton. Nampak juga peningkatan Yazid dari segi emosi kalau hendak dibandingkan dengan Yazid semasa mula2 membuat persembahan di Konsert pertama. Tahniah Yazid kerana telah berjaya menempatkan diri di konsert final ini.
7/10
ISMA [ Cinta Adam & Hawa / Misha Omar ]
Nampaknya Isma benar2 berbeza dari segi penampilannya kalau dibandingkan penampilannya semasa sesi audition. Kalau dulu Isma nampak seperti mak mak yang nampak berisi tapi sekarang Isma layak diberi gelaran Hot Mama kerana Isma nampak macam Super Star! Dari segi suara Isma telah berjaya lari dari suara Dato’ Siti, begitu juga teknik vokal yang jauh lebih baik berbanding dulu. Cuma saya agak hairan di mana perginya pengundi2 Isma yang selama ini menyokong kuat sehingga Isma mengungguli Carta sehingga ke minggu ke -7. Walau apa pun Isma tetap mempunyai kekuatan yang tersendiri dan boleh bersaing dengan penyanyi2 di luar nanti.
8/10
5. ARIL [ Toksid ]
Walaupun Aril kurang gemar dengan lagu baru yang diciptakan khas untuknya namun Aril telah berjaya meniup roh dalam lagu ini. Walaupun lagu ini tidak sebaik lagu Hafiz & Akim tapi Aril bijak mencorakkan lagu ini dan menjadikannya sebuah lagu yang menarik. Kehebatan dari segi stage presence dan performance Aril memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Aksi stunt melompat turun dari stage amat berani yang jarang dibuat oleh pelajar2 sebelum ini. Keyakinan tinggi dan semangat kuat menghadapi cabaran ini lah yang membuatkan Aril menjadi pujaan ramai dan inilah merupakan kekuatan Aril yang sebenar berbanding dengan vokalnya. Berbekalkan pakej yang cukup, saya percaya Aril akan berjaya di dalam industri ini dan bakal menjadi IKON remaja masa kini. MengAfmasukkan Aril adalah satu perkara yang berbaloi kerana Aril berjaya memintas kawan2nya yang lain dan mendapat sokongan yang padu dari pengundi2 di seluruh Malaysia!
8/10
PERSEMBAHAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR AF7
Persembahan bekas pelajar yang tersingkir dari konsert ke-2 sehingga ke-8 amat ditunggu-tunggu oleh peminat masing2. Mereka membawakan lagu terbaik mereka dan telah mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton terutama Aishah yang mempunyai peminat yang cukup ramai. Tahniah semua.
PERSEMBAHAN EKSKLUSIF DARI JUARA AF6 – STACY
Kehebatan persembahan Stacy memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Bagi saya Stacy merupakan satu2nya bekas pelajar AF yang mempunyai skil menari yang terbaik! Berbekalkan setahun pengalaman membuat persembahan di konsert2 terbuka dan tertutup, di majlis anugerah berprestij dan dinner show, ditambah dengan stamina yang cukup baik, Stacy telah memukau semua penonton di stadium malah di rumah dengan persembahan yang cukup cemerlang persis Janet Jackson.
KEPUTUSAN RASMI KONSERT AF7
Carta sebelum konsert
1. Hafiz 44%
2. Aril 22%
3. Akim 15%
4. Yazid 13%
5. Isma 6%
Carta Final AF7
1. Hafiz 46%
2. Aril 22%
3. Akim 18%
4. Yazid 9%
5. Isma 5%
Peratusan Hafiz jauh meninggalkan pelajar2 lain dan sejarah MAWI telah berulang.
RAMALAN CARTA JEFBUJ
Sila rujuk kepada carta ramalan saya minggu lepas, TEPAT kan???
HADIAH-HADIAH YANG DIMENANGI
Hadiah Juara
Kereta Honda Accord 2.0 litre, Wang Tunai RM20 ribu, Percutian ke New York, Home theatre System, Camera Olympus U1030, 2 biji Hugo Boss Watch, Bekalan Brand Inner Shines untuk setahun, Nokia 5730, Hotlink untuk setahun dan trofi.
Naib Juara
Wang tunai RM10 ribu, Voucher Percutian bernilai RM3000, Camera, Karaoke Set, Hyundai Air perifier, Hugo Boss watch dan trofi.
Ketiga
Wang tunai RM 8 ribu, Voucher Percutian bernilai RM 2 ribu, camera dan trofi.
Keempat
Wang tunai RM 3 ribu, Camera dan Trofi.
Kelima
Trofi.
Nampaknya hadiah2 tahun ini tidak semahal tahun2 lepas. Tak ada yang sponsor ke??? Mana pergi nya wang berjuta2 ringgit hasil undian penonton selama 3 bulan ini ? Kenapa tidak disalurkan untuk membeli hadiah kepada graduan2 ini. Kasihan Isma cuma dapat BUNGA & TROFI sahaja! Berbaloi kah pelaburan peminat2 Isma selama ini??? Sekurang2nya bagilah wang tunai RM 1 ribu dan hadiah handphone yang berharga RM300.00 sebagai penghargaan kepada Isma yang berjaya menempatkan diri di final.
CORAT-CORET KONSERT FINAL AF7
* Untuk musim ini Juara tidak mendapat hadiah rumah seperti juara sebelum ini.
* Kereta hanya diberi kepada Juara sahaja tidak seperti sebelum ini Naib Juara turut mendapat sebuah kereta.
* Sepatutnya Isma diberikan hadiah wang sekurang2nya RM1000. Usaha sepanjang 10 minggu beraksi seperti tidak dihargai oleh penganjur.
* Cikgu Siti Hajar dan Shafie seperti tidak gembira di atas kejayaan Hafiz, malah sebelum ini pun mereka seperti tidak mengemari pelajar terbaik ini.
* Perbuatan mengangkat kaki di depan Juri oleh Aril agak kurang sopan. Kesian Dato’ Khatijahapabila nota2 di atas meja nya dihambur ke lantai oleh Aril....!
* Semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh ibu2 pelajar amat menyentuh hati.
* Peminat2 Hafiz yang memakai baju berwajah Hafiz dan memakai rambut palsu ala Hafiz sungguh mencuit hati.
* Replika Sultan Melaka [ Akim ] sungguh kreatif.
* Penampilan khas Sarimah beraksi di konsert akhir sungguh berkesan.
* Kedatangan penyokong2 Hafiz dengan Air Asia hampir memenuhi pesawat tersebut yang secara kebetulan aunty saya berada di flight yang sama.
* Walaupun penyokong2 Hafiz jauh di Sarawak namun baju Hafiz laris dijual di sekitar bandaraya Kuching malah mendapat tempahan dari bandar2 lain seperti Sibu, Bintulu dan Miri! Inilah penangan Hafiz!
* Baju2 finalis tidak sebaik dan gah sepertibaju2 finalis yang lepas. Takde yang sponsor ke?
* Persahabatan antara Hafiz & Akim jelas terlihat, tidak seperti yang digembur2kan dalam diari yang mereka berdua bermusuhan.
* Persembahan akhir Hafiz selepas dinobatkan sebagai Juara tidak ditunjukkan sepenuhnya menyebabkan peminat2 kurang puas hati.
KOMEN TERAKHIR
Saya selaku blogger yang menjadi Juri tidak rasmi untuk AF7 berpendapat produksi untuk AF7 adalah antara yang terbaik selain AF2 & AF3. Cuma pilihan lagu2 kurang menyengat terutama lagu2 di konsert akhir. Saya amat bangga dan berpuas hati dengan pencapaian pelajar2 ini; dari poyo ke pro, dari penyanyi bilik air ke pentas besar dan dari Zero ke Hero! Sekalung tahniah kepada barisan Fakulti yang terdiri dari Principal, tenaga pengajar, r.a., tidak lupa kepada Acis selaku peneraju pimpinan muzik sepanjang konsert berlangsung dan semua krew produksi Astro yang bertungkus lumus bekerja sepanjang hari untuk penerbitan diari harian yang menjadi santapan kita sepanjang 3 bulan ini. Satu usaha yang patut dipuji. Dan akhir sekali AC dan Sarimah yang berjaya melunaskan tanggungjawab mereka dengan berjaya.
Tak lupa juga kepada seluruh warga Malaysia, Brunei dan Singapura yang sanggup melaburkan beribu2 wang ringgit untuk mengundi pelajar pilihan masing2.
Semuga AF ke-8 nanti akan menjadi lebih baik dan terus menjadi program realiti TV nombor SATU Malaysia!!!!!!!!!
gambar : Kredit kepada Klubbkid.com. mr.manager, subhikarim.com & berita harian.