I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 17, 2008

Tewas bukan sebab degil

HASRAT kumpulan Brown Tone bergelar juara Gang Starz musim kedua (GS2) menitikkan noktahnya apabila diumum kan sebagai kumpulan ketiga tersingkir dari program realiti terbitan TV3 itu, Ahad lalu. Penyingkiran itu sekali gus menamatkan perjuangan wakil dari negara seberang tambak, Singapura.

Pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak beberapa minggu lalu, Brown Tone sentiasa berada di kedudukan ‘bahaya’ di tiga tangga terbawah. Pada konsert minggu lalu, Brown Tone memperoleh undian paling rendah tetapi mereka bernasib baik apabila penerbitan GS2 memutuskan untuk tidak melakukan sebarang pe nyingkiran, sekali gus memberi peluang kepada mereka beraksi di pentas Gang Starz, Ahad lalu. Iktibar dari keadaan itu dan memandang positif setiap kritikan juri dan penasihat mereka, Brown Tone tampil dengan persembahan yang membanggakan menerusi medley Can’t Take My Eyes dan Aduh Saliha yang memukau penonton dan juri. Namun kebangkitan Brown Tone di konsert kelima itu dianggap sudah terlambat kerana peminat sudah hilang kepercayaan berikutan persembahan ‘lemau’ mereka setiap minggu.


Ada menyifatkan kegagalan itu berpunca daripada ‘kedegilan’ Brown Tone yang tidak mendengar kata penasihat mereka, Azmeer dan Damian.Anggota Brown Tone, Tihamy Ahmad Fathi (Mad Loco), 26, menafikan dakwaan itu sebaliknya latar belakang muzik yang berbeza menyebabkan mereka mengambil masa menye suaikan diri.“Kami tidak degil. Sebenarnya, perbezaan latar belakang muzik membuatkan kami selalu berhadapan dengan masalah, sama ada memilih lagu dan menyanyikannya secara har moni.“Namun, kami sudah berusaha sedaya upaya untuk kekal di sini dengan mengambil setiap nasihat dan kritikan juri secara positif. Mungkin sudah tiada rezeki kami malam ini. Per juangan harus diteruskan dan kami akan tetap memper juangkan muzik kami,” katanya.Katanya, meskipun kecewa tersingkir mereka berpuas hati dengan persembahan pada malam itu. Selain Mad Loco, Brown Tone dianggotai Liyana Abdul Jabbar (Lady Elle), 20, Mohd Zullfaizal Sidik (Zulfa), 25 dan Maharani Muhammad Zaid (Gecko), 24.Liyana kelihatan paling sebak sebaik nama Brown Tone diumumkan tersingkir. Jelas Liyana, dia sedih kerana terpaksa meninggalkan teman yang lain.
“Saya bertemu dengan ramai rakan-rakan yang cukup baik di sini dan pastinya akan merindui mereka. Apapun, saya berpuas hati melihat sorakan peminat malam ini kerana ia adalah sorakan yang paling hebat pernah kami terima,” katanya.

Seorang lagi anggota, Zulfa yang begitu popular di Singapura kerana kehebatan bermain perkusi, belum memikirkan pe rancangannya selepas ini sama ada kembali serius bermain muzik atau bersama Brown Tone.“Saya mahu berehat terlebih dulu sekembalinya ke Si ngapura. Selepas itu barulah saya akan memikirkan apa yang patut kami lakukan,” katanya.Satu lagi kumpulan yang berada di tangga terbawah adalah South Trio yang membawakan lagu Harapan dan Hurt secara medley. Minggu lalu, mereka juga berada dalam kedudukan bahaya tetapi masih berpeluang mengejar ganjaran GS2 AS$100,000 dan kontrak rakaman album.Sementara itu, komposer dan penerbit album terkenal, Ajai yang bertindak selaku juri tetap menganggap persembahan Brown Tone malam itu adalah yang terbaik sepanjang mereka beraksi di GS2.“Persembahan mereka okey cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
Sepatutnya dari awal lagi mereka perlu menonjolkan kemampuan dan membuat persembahan yang baik seperti malam ini tetapi Brown Tone saya kira agak lambat me nunjukkan peningkatan mereka.“3.5 misalnya, mengejutkan penonton dengan persembahan mereka yang lari dari norma mereka yang dikatakan ‘diva’. Hari ini mereka membawa lagu rock dan keluar dari zon selesa.“Persembahan yang penuh warna itulah diperlukan artis berkumpulan. D’Reborn misalnya sering kali tampil dengan persembahan unik. Mereka tahu, bagaimanapun membuat ‘arrangement’ lagu kedengaran berbeza dengan pembahagian harmoni yang sangat menarik.“Macam Step pula, mereka tahu kelemahan mereka adalah vokal dan kekuatan mereka adalah tarian justeru mereka berusaha menampilkan persembahan yang menghiburkan dengan menerapkan elemen drama. Disebabkan itulah me reka disukai penonton.“Apapun, semua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan. Cuma dalam pertandingan pasti ada yang menang dan kalah,” katanya.Selain Ajai, juri tetap dibarisi penyanyi rap/hip hop Si ngapura, Sheikh Haikal manakala pengarah, pelakon dan penyanyi, Afdlin Shauki diundang sebagai juri undangan. Pada malam itu, D’reborn menyampaikan lagu Because Of You, Akasia (Hampir ke Situ), 3.5 (Bring Me To Life) dan One Nation Emcee (Don’t Stop The Music).Buat pertama kalinya juga dalam sejarah program realiti, dua kumpulan membawakan lagu yang sama apabila D’Raz dan 3 Voices memilih mempertaruhkan lagu Ketahuan yang dipopularkan Matta.


Bagaimanapun persembahan D’Raz lebih ‘outstanding’. Paragon Child peserta dari Filipina, sekali lagi mem pertaruhkan lagu bahasa Melayu dengan memilih Lelaki Ini namun, mereka gagal menambat hati juri tetap kerana Ajai beranggapan masing-masing mahu jadi ‘hero’.Pun begitu, persembahan Step sebagai peninju paling menghiburkan. Vokalis utama mereka, Tatun mengejutkan penonton apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Persembahan, yang berlangsung di Auditorium Majlis Ban daraya Shah Alam (MBSA), diserikan lagi dengan kemun culan Faboulas Catz dengan lagu Bawaku Terbang. Pemenang jingle Hotlink turut diumumkan dan mereka adalah One Nation Emcee. Hasil kemenangan itu mereka menerima RM5,000 dan telefon bimbit setiap seorang.
petikan : Harian Metro/ 17.06.08
Komen Jefbuj
Peserta dari Filipina - Paragon Child merupakan kumpulan favorite saya. Mereka memang benar-benar berbakat selain mempunyai pakej yg lengkap. Setiap minggu mereka memberi persembahan yg cukup hebat. Amat terharu apabila mereka membawa lagu bahasa melayu dengan begitu baik sekali. Ajai sepatutnya memberi pujian akan usaha mereka ini. Yg pelik, kenapa Ajai mengatakan mereka masing2 menonjolkan diri dan berlawan antara satu sama lain. Bukankah ini yg kita mahu, semua ahli kumpulan harus mempunyai vokal yang hebat. Saya tidak nampak mereka cuba berlawan antara satu sama lain, malah kombinasi suara mantap masing2 membuatkan persembahan mereka sentiasa hebat dan ditunggu2 setiap minggu. Kita lihat sahaja Juara Gangstars musim lalu, The Lima, ketiga2 mereka menonjolkan keupayaan vokal masing2 dan berjaya meraih kejuaraan di peringkat akhir!