I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 20, 2008

Kemuncak Rentak Juara Ahad ini

RANCANGAN realiti yang berkonsepkan pencarian kumpulan muzik berbakat, Rentak Juara ‘Rhythm Of Champions’ (RJROC) musim ketiga kini sampai ke penghujungnya. RJROC 3 yang kini menjangkau kali ketiga penganjuran sekali lagi bakal menyaksikan sebuah lagi kumpulan bakal dinobatkan sebagai juara. Pertandingan akhir rancangan itu bakal bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 22 Jun ini bermula pukul 9 malam.
Antara kumpulan yang bakal berentap pada malam kemuncak yang bakal dikendalikan oleh Zed Zaidi, Dia Fadila dan Kamal itu ialah Carbolic Smokeballs, Cherish 2000, The Bombers, Aisunam, Season Jammerz, Poetical Kingdom, Karisma dan Malaysia On Line.
RJROC 3 musim ini menyediakan ganjaran keseluruhan berjumlah RM120,000 di mana empat anugerah utama menanti kelapan-lapan kumpulan yang bertanding. Juara bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi dan sijil, naib juara pula bakal membawa pulang RM30,000 beserta trofi dan sijil. Sementara tempat Ketiga bakal meraih wang tunai RM20,000, trofi dan sijil. Manakala Kumpulan Paling Popular ditentukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 selain trofi dan sijil. Lima kumpulan yang tidak bernasib baik bakal menerima saguhati berupa wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijil. Antara artis yang bakal memeriahkan lagi pentas akhir RJROC 3 itu nanti ialah kumpulan Spider, Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan juga kumpulan Fenomena.
Berminat mengundi ?
Bagi penonton yang berminat mengundi pemenang bagi kategori Kumpulan Paling Popular, caranya mudah sahaja, hantarkan SMS dengan menaip RJ diikuti dengan kod kumpulan yang telah ditetapkan dan hantarkan ke 32776 atau mengundi menerusi talian tetap 13775.
Berikut adalah kod-kod kumpulan yang telah ditetapkan iaitu Carbolic Smokeballs (BALL), Cherish 2000 (CHER), The Bombers (BOMB), Aisunam (NAM), Season Jammerz (SEA), Poetical Kingdom (KING), Karisma (RIS) dan Malaysia On Line (MOL). Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan malam kemuncak RJROC 3 yang turut disiarkan di RTM1 pukul 9 malam.
petikan Utusan Malaysia / 20.06.08
komen jefbuj
Marilah kita sama-sama mengundi kumpulan dari Sarawak ; Seasons Jammerz yang kebetulan pemain gitar adalah kenalan saya iaitu Jumadi yang bertugas di Yayasan Sarawak. Semuga SUKSES !!!!