I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 10, 2008

HARGA PETROL NAIK ?????

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.35
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.25
Arab Saudi RM 0.38
Kuwait RM 0.67
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.49 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.38 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen dan sekarang ni dah naik sampai RM 2.70? Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?
Ni korang compare ngan Turkmenistan .
Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)here in Malaysia punya Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.) Fikir fikirkan lah sendiri!!
petikan : ( forwarded email )
KOMEN JEFBUJ:
Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan kerajaan. Kerajaan tahu apa yang mereka lakukan.. Semestinya yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia tidak sedar selama ini kita hidup terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan. Kita dapat pendidikan, perubatan dan sebagainya secara percuma dari kerajaan. Mungkin kita tidak terasa kerana sejak dulu lagi kita pergi sekolah, pergi hospital tanpa mengetahui harga sebenarnya yang perlu kita bayar.
Pengalaman saya hidup di luar negara banyak menyedarkan saya betapa bertuahnya kita tinggal di bumi Malaysia. Di luar negara untuk menghantar seorang anak ke sekolah memakan belanja beribu-ribu ringgit. Di Tokyo, untuk mencabut sebatang gigi sahaja kosnya mencapai RM2000 ! Semua kos ditanggung oleh rakyat. Untuk lebih senang kita bandingkan kalau kita belajar di UiTM dengan Universiti atau kolej swasta. Kos nya begitu jauh berbeza.
Kesimpulannya, kita tidak boleh terus menyalahkan kerajaan tanpa usul periksa. Kalau minyak naik, kita seharusnya memikirkan apa yang patut kita buat seperti berjimat cermat, kurangkan perbelanjaan lain dan sebagainya. Tidak ada gunanya membuat bantahan, berpiket, tunjuk perasaan dsbnya sedangkan kita semua tahu harga minyak bukan kita yang tentukan. Apa-apapun tepuk dada tanya selera! Be positive!