I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 30, 2008

Torres ends Spain's long wait for glory

La Roja revel in their achievement

Torres receives the congratulations of his team-mates after scoring
Torres receives the congratulations of his team-mates after scoring

The joyous Spanish players parade the trophy

Spain became European champions for the second time after Fernando Torres's first-half goal in Vienna proved enough to defeat Germany in the final of UEFA EURO 2008™.

History an inspirationSpain had won their only previous piece of silverware in this competition in 1964 and had not been beyond the quarter-finals of any tournament in 24 years, yet Luis Aragonés's men chose to use that history as an inspiration rather than a burden. After a strong start from Germany, seeking a fourth title themselves, Spain were the more dangerous side throughout an entertaining final at the Ernst-Happel-Stadion although it took just one goal – in the 33rd minute, courtesy of Torres's pace, perseverance and unerring finish – to end their long wait.

Ballack boostGermany received a significant boost before kick-off with captain Michael Ballack included despite a much-publicised calf problem, and, perhaps buoyed by that news, Joachim Löw's team settled quickly. Much had been made of the contrast in style between the sides yet in the opening exchanges it was Germany whose passing looked crisper, Miroslav Klose and Thomas Hitzlsperger failing to make the most of glimpses of goal. Meanwhile Spain, shorn of four-goal leading scorer David Villa due to a thigh injury, struggled to find their feet in a new 4-5-1 formation in which Cesc Fàbregas was rewarded for a fine semi-final display with a starting place.

Instinctive stopAs an indicator of the pattern of the match, however, Germany's bright beginning proved misleading. Spain soon worked their way into the contest, with Germany goalkeeper Jens Lehmann – becoming, at 38, the oldest player to appear in a UEFA European Championship final – forced into action for the first time in the 14th minute. Although his instinctive save came when his own defender, Christoph Metzelder, inadvertently deflected Andrés Iniesta's cross towards his own goal, Xavi Hernández's fine through pass had unpicked the Germany defence and showed the Spanish were finding their feet.

Torres on targetRight-back Sergio Ramos was then allowed to cut inside and deliver a deep cross, Torres peeling away from Per Mertesacker to create space for the header only for the right-hand post to come to Lehmann's rescue. The warning signs were there for Germany, yet they failed to heed them and duly fell behind three minutes past the half-hour. Again Xavi was the architect, playing a pass in behind the Germany back line towards Torres, who outmuscled a hesitant Philipp Lahm and clipped the ball over the diving Lehmann and just inside the far post. David Silva then volleyed over Iniesta's cross when given time and space inside the area as Spain threatened to increase their lead.
Spain openingsSpain had more openings in the early stages of the second half, Lehmann getting the merest of touches to Xavi's low shot before Ramos nearly guided in Silva's drive from the resulting corner. Yet a hint of the threat Germany still posed arrived on the hour, substitute Marcell Jansen and Bastian Schweinsteiger combining for Ballack to shoot centimetres wide. Klose then deflected a Schweinsteiger effort past the post and, in response to Germany's renewed menace, Spain coach Aragonés promptly introduced Xabi Alonso and Santi Cazorla in place of Fàbregas and Silva. The switches reinvigorated Spain instantly, Lehmann making smart stops from Ramos and Iniesta while Torsten Frings blocked another Iniesta effort on the line.

CelebrationsAs the final moved into the last 20 minutes, Spain had had seven shots on goal to Germany's one, but with the Mannschaft having turned virtually one in two of their attempts on target into goals en route to the final, that would have been scant consolation to Aragonés and his side. In the event, however, it was Spain who continued to carve out chances as the match reached its conclusion, Marcos Senna narrowly failing to apply the finishing touch to an unselfish header from substitute Daniel Güiza – but the celebrations would not be delayed much longer.

Thursday, June 26, 2008

Terus buru impian - Anuar akan ke KK & Kuching!


Anuar tak mahu hampakan peminat, jayakan persembahan berskala kecil di Kota Kinabalu IMPIAN menjayakan konsert solo masih belum menjadi kenyataan. Namun, untuk meletakkan noktah pada perjuangan merealisasikan impian itu tidak mungkin berbekas di hati penyanyi lelaki kegilaan wanita, Anuar Zain. Bagi Anuar, dia tidak akan sesekali berputus asa. Sebaliknya akan terus mencuba dan mencuba, membuktikan segenap kelebihan yang dimilikinya dan akhirnya menerima kepercayaan penganjur untuk beraksi solo.

“Saya tidak menyalahkan penaja tetapi pada masa sama saya juga tidak boleh hanya berdiam diri dan menanti. Saya tidak boleh membiarkan peminat terus ternanti-nanti. “Jadi kesempatan yang ada, walaupun menjayakan persembahan skala kecil itu sudah memadai untuk membuat peminat senang setiap kali saya muncul dengan album baru,” katanya. Ditemui pada sidang media Malam Bersama Anuar Zain yang akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu dan Sarawak Chamber Ballroom, Crowne Plaza Riverside, Kuching, Anuar berkata, dia berazam dapat beraksi dalam konsert besar tahun depan.

Namun, penyanyi Lelaki Ini realistik dengan laluan berliku yang terpaksa ditempuhinya. Bagaimanapun, Anuar yakin andai disertai usaha keras apa saja yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan. Biar terpaksa lama menanti, Anuar percaya apabila tiba masanya dia pasti akan tersenyum puas kerana impian besar selama lebih dua dekad bergelar anak seni akhirnya menjadi kenyataan. Sementara menunggu detik itu tiba, rezeki Anuar ternyata masih melimpah apabila DC Borneo Sdn Bhd membawakan dua persembahan eksklusif untuk dinikmati peminat di Kota Kinabalu dan Kuching, lanjutan kejayaan persembahan A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, tidak lama dulu. Permintaan yang tinggi daripada peminat di dua bandar berkenaan meyakinkan DC Borneo yang diterajui Andy Azuddin sebagai pengarah acara untuk menerbangkan Anuar ke sana.

“Mereka datang dan menonton persembahan saya hari itu, lantas mereka yakin untuk membawakan konsep yang sama di dua bandar berkenaan. ‘Kebetulan permintaan di sana juga tinggi, justeru mengapa tidak kerana ia secara tidak langsung memberi peluang untuk saya bertemu peminat di sana. “Jujurnya saya tidak pernah terfikir persembahan ini akan bergerak jauh namun inilah yang dikatakan rezeki. Alhamdulillah. Saya hanya mahu melihat peminat gembira dengan persembahan yang diberikan,” katanya. Bertemakan glamor dan elegan, impak eksklusif dapat dirasakan apabila Anuar beraksi diiringi lima pemuzik dan tiga penyanyi latar dalam dewan yang memuatkan 5,000 tetamu di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, menyuntik sedikit kelainan persembahan di Kuching pula menekankan kepada suasana santai apabila Anuar menghiburkan peminat dalam satu majlis makan malam diiringi minus one. “Dua bentuk persembahan berbeza namun dari segi pilihan lagu tidak akan banyak lari daripada apa yang peminat mahu dengar. Saya akan menyanyikan semua lagu popular saya iaitu sekitar 12 lagu. “Tidak kira bagaimana bentuk persembahan, kepuasan akan tetap datang daripada cara nyanyian dan menghiburkan peminat. Kegembiraan dan kepuasan peminat cukup untuk membuat saya seronok setiap kali bersama mereka,” katanya.

Kata Anuar, disebabkan jarang berkesempatan mengadakan persembahan seperti ini di Kuching dan Kota Kinabalu, dia berusaha keras untuk memastikan mereka yang datang terhibur. Lebih penting kata penyanyi yang sedang mengecap populariti dengan lagu Ketulusan Hati ini, persembahan itu juga membuka ruang untuk dia mengumpul peminat baru. Anuar tidak bersendirian kerana persembahan itu juga akan dijayakan penyanyi berbakat besar kelahiran Sarawak, Deja Moss yang akan membuka tirai dengan lima lagu pelbagai genre. Album baru muncul tahun depan KETIKA album solo ketiganya yang menggunakan judul Anuar Zain masih hangat, adik kepada Ziana Zain ini tidak terus membiarkan dirinya dibuai keseronokan. Anuar semakin giat bekerja keras, malah proses awal pembikinan album solo keempatnya turut dijalankan.

Rancang Anuar, album terbarunya itu dapat muncul pada suku ketiga 2009 dan dia sendiri mengalu-alukan komposer tempatan untuk memberikan sentuhan istimewa mereka. Kata Anuar, dia sedang mencari material yang datang bersama melodi dan lirik berbeza daripada apa yang pernah dibawanya sebelum ini. “Arah album itu sudah ada kerana setiap kali menyiapkan rakaman baru, saya pasti akan merancang untuk produksi seterusnya. Saya suka merancang kerja. “Bagi saya, nyanyian dan bunyi harus berada di atas jalur yang sama kerana ia menentukan perjalanan konsep album saya. Saya tidak percaya kepada konsep album rojak kerana ia hanya mengelirukan pendengar,” katanya. Jujurnya kata Anuar, mengeluarkan bajet sendiri dalam pembikinan album memberikannya lebih kepuasan kerana berhak menentukan keseluruhan perjalanan produksi itu. Kepuasan katanya, akan datang jika album itu diterima namun andai sebaliknya berlaku dia tidak akan sesekali berasa kesal. “Jika gagal saya pasti belajar sesuatu daripada pengalaman itu. Mungkin untuk album terdahulu, saya terpaksa memperuntukkan bajet besar disebabkan kurang pengalaman dan belum mengenali ramai orang. “Kami banyak berbelanja kerana terpaksa berulang alik ke Jakarta. Bagi saya, berkenalan itu penting dan dari situ, mereka tahu kecenderungan serta cita rasa muzik saya. “Tetapi untuk album terbaru ini, kos mungkin dapat dikurangkan kerana sudah saling mengenali. Prosesnya juga menjadi lebih mudah,” katanya. Info:Malam Bersama Anuar Zain

Tiket mula dijual dari 26 Jun. Harga tiket di Kota Kinabalu bermula dari RM100, RM200 dan RM300. Untuk tempahan, hubungi 088-252 066, 088- 242 067 atau 088- 243 067.
Untuk persembahan di Kuching yang berkonsepkan makan malam, tiket dijual pada harga RM250, RM350 dan RM450. Untuk tempahan, hubungi 082- 449 939.
Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin menikmati persembahan itu, tempahan boleh dilakukan dengan mendail 03-7983 9006.
petikan : Berita Harian / 26.06.08

Siti rindu buat konsert



KEMUNCULANNYA dinanti, suaranya dirindui. Tidak hairanlah kemunculannya di majlis program Laman Santai di Istana Budaya, Sabtu lalu, menjadi tumpuan peminat.
Sebaik saja pengacara majlis, Raja Azura dan Sharifah Shahira mengumumkan namanya, hadirin terus bangun lalu berlari untuk mendapatkan posisi selesa di bahagian hadapan dengan harapan dapat melihat raut wajahnya secara dekat selain merakamkan fotonya untuk dijadikan kenangan. Begitulah penangan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 29, yang berasal dari pekan kecil, Kuala Lipis, Pahang.Sumbangan dan kehebatan kerjaya nyanyian yang dibinanya sejak 12 tahun lalu menyaksikan wanita cekal ini layak dikurniakan gelaran Datuk.Sekalipun, ada yang meramalkan populariti Siti terjejas apabila berumah tangga, dakwaan itu sama sekali tidak benar. Buktinya, Siti masih punya pesona dan membuatkan peminat sentiasa teruja untuk mengikuti perkembangannya. Begitu juga wartawan yang hadir tidak melepaskan peluang mendapatkan cerita terbaru daripadanya.Siti berkata, meskipun rumahtangga menjadi keutamaannya kini itu tidak bermakna kerjaya nyanyian dilupakan. “Kehidupan sekarang ini lebih seimbang. Kalau dulu asyik bekerja, sekarang keluarga adalah keutamaan saya. Sedikit pun tidak menyesal kerana itu memang keputusan yang saya lakukan sendiri. Bagaimanapun, nyanyian tidak pernah di lupakan. “Misalnya sekarang, saya sedang menghasilkan album fu sion. Semua sepuluh lagu yang dimuatkan dalam album ini saya ambil daripada komposer yang terbabit dalam Kem Cipta Ekspres anjuran MACP (Music Authors Copyright Pro tection) di Port Dickson, Januari lalu.“Antaranya Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, S Atan dan Zubir Ali. Sewaktu acara itu berlangsung, saya diundang untuk mendengar semua lagu yang dihasilkan khusus untuk saya yang mana kesemuanya lagu baru berkonsep Irama Malaysia.

“Ternyata lagu yang dihasilkan bagus dan menepati selera saya justeru saya memutuskan untuk menggunakan 10 lagu yang terbaik memandangkan saya memang punya peran cangan untuk menghasilkan album tradisional.
“Kemungkinan besar lagu yang dimuatkan lebih daripada 10. Insya-Allah, ia akan berada di pasaran penghujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.Siti juga optimis lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu mampu memenuhi selera pendengar walaupun membariskan komposer lama.“Walaupun ramai komposernya orang lama, lagu yang mereka hasilkan untuk Siti sesuatu yang segar bersesuaian dengan kehendak pasaran.“Malah saya akan kembali menggunakan kepakaran Adnan selepas 10 tahun tidak bekerjasama. Abang Adnan seorang komposer yang hebat dan masih saya hormati sehingga hari ini. “Sekian lama tidak menggunakan lagunya bukan kerana ada sengketa sebaliknya perubahan yang cuba dilakukan dalam setiap album mendesak saya menimba pengalaman dengan komposer berlainan.“Untuk album tradisional ini, kebetulan lagu abang Adnan sangat bersesuaian dengan konsep yang cuba saya kete ngahkan dan saya begitu teruja untuk bekerja sekali lagi dengannya,” katanya.
Kehadiran Siti dalam program Gema Suara Seniman yang diadakan di perkarangan Istana Budaya, Sabtu lalu, secara tidak langsung membuktikan keprihatinannya terhadap usa ha persatuan itu. Apatah lagi sebelum ini ketiadaan Siti di majlis pelancaran Hari Seniman menimbulkan tanda tanya sehingga timbul dakwaan kononnya artis muda sepertinya kurang prihatin.“Mengenai Hari Seniman, saya sendiri bertanya kepada Kak Rozie (pengurus Siti) apakah Seniman tidak mengundangnya ke majlis itu kerana tiada sebarang jemputan diterima. “Justeru tidak adil jika saya diumpamakan seperti itu (tidak prihatin). Malam ini misalnya, selain kelapangan dan pem babitan saya sebagai salah satu cara menghargai usaha persatuan itu,” katanya.Dalam ramah melayan pertanyaan wartawan, Siti rimas diajukan soalan berhubung anak. Ternyata sejak berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006, Siti belum diberikan rezeki menimang cahaya mata.
Menyorot kehidupan peribadinya, waktu senggang Siti dipenuhi dengan aktiviti memanjakan diri ke spa dan ada kalanya memasak di rumah. Ditanya, apakah perkara paling dirinduinya saat ini, tanpa berselindung Siti teringin mengadakan konsert selepas kali terakhir ia diadakan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.“SNP Production dan Yayasan Nurjiwa ada merancang untuk mengadakan sebuah persembahan amal ekslusif se belum bulan puasa namun sehingga kini ia masih dalam proses perbincangan.“Kalau ikutkan hati, saya teringin mengadakan konsert sebagai tanpa penghargaan kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya biar dalam keadaan apa sekalipun. “Namun, faham sajalah buat konsert bukan senang, banyak perkara perlu diambil kiri lebih-lebih lagi soal tajaan. Insya Allah, jika menemui penaja sesuai saya berhasrat mengadakan konsert secepat mungkin,” katanya.Pada persembahan malam itu Siti menyampaikan empat lagu antaranya Ku Mahu dan Biarlah Rahsia.
Siti tidak keseorangan kerana turut ditemani kakak dan adiknya yang turut diundang menjayakan majlis itu.Kakaknya, Saidah yang menyertai Akademi Fantasia musim keenam (AF6), menyampaikan lagu Nuri dipopularkan oleh Ella sementara Sairah memilih Aku Bukan Untukmu (Ros sa).Selain Siti, Saidah dan Sairah, kumpulan Coda yang ber naung dibawah SNP Production (Siti Nurhaliza Production) antara artis yang membuat persembahan.Artis lain, Jaclyn Victor yang membawakan lagu Hindustan, Piya Tu & Dum Maro Dum serta Satu Harapan manakala rocker terkenal, Amy Search menghangatkan suasana dengan lagu Tiada Lagi, Kerja Gila dan Isabella.Dua artis veteran dari Singapura, R Ismail dan Rokiah diterbangkan khas untuk memeriahkan majlis dengan lagu Gurindam Jiwa dan Hati Ke Hati.Pelakon veteran Datuk Aziz Satar pula menggeletek pe nonton dengan persembahan sketsa sambil menyanyi. Sua sana malam itu turut diserikan dengan terian Makyung oleh Kumpulan Makyung Sri Nilam Istana Budaya.
Petikan : Harian Metro / 25.06.08

GANG STARZ - Rentak perlahan belum teruji



UJIAN menyanyikan lagu rancak sudah melebihi tahap memuaskan. Namun, kebolehan peserta Gang Starz musim kedua menyanyikan lagu berentak perlahan masih diragui.
Mungkin pemilihan lagu rancak dilihat sesuai dengan konsep program realiti yang mencungkil bakat vokal berkumpulan itu. Sepanjang konsert berlangsung, kebanyakan peserta memilih lagu rancak untuk menghiburkan penonton dan juri ketika tampil menerusi persembahan masing-masing. Konsert minggu keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu, sekali lagi memperlihatkan hampir semua peserta menyampaikan lagu rancak antaranya wakil Filipina, Paragon Child dengan lagu Let Get It Started, D’Reborn (Percayalah dan Khayalan), D’Raz (Kekasih Gelapku dan Keliru) dan One Nation Emcess (Cek Mek Molek).Persembahan peserta yang dinilai juri profesional yang terdiri daripada penyanyi dan komposer, Ajai dan penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikal serta juri undangan Zainal Abidin. Pemilihan lagu rancak itu diakui Ajai yang turut berasa ragu dengan kebolehan peserta menyampaikan lagu dalam rentak perlahan pada setiap persembahan sebelum ini.“Setakat ini saya tidak nampak peserta yang mampu menampilkan suara yang mantap dan menyerlah ketika menyampaikan lagu berentak perlahan. Kebanyakan mereka memilih lagu berentak pantas kerana senang untuk dinyanyikan selain mampu mengurangkan kesilapan ketika persembahan,” katanya.


Sheikh Haikal yang turut menyokong perkara itu memaklumkan peserta seharusnya menonjol bakat yang mereka ada jika mahu terus bersaing.“Peserta perlu tahu konsert ini sudah naik ke peringkat kedua. Jadi peserta perlu menunjukkan bakat yang ada pada mereka dengan menyinar pada setiap persembahan,” katanya.Ketika ditemui selepas berakhirnya konsert, mereka menyifatkan setiap peserta mempunyai tarikan dan kreativiti masing-masing.Mengulas mengenai persembahan pentas yang menarik daripada kumpulan Step daripada Thailand sehingga mampu meraih undian SMS tertinggi, Ajai sebaliknya meluahkan rasa bosan dengan persembahan yang disifatkan biasa saja. Step menyampaikan lagu Oh Oh Oh dengan keunikannya tersendiri.


Menurutnya, dari segi tarian kumpulan berkenaan mungkin berjaya menarik perhatian namun tidak dalam nyanyian malah persembahan mereka juga tidak menunjukkan peningkatan berbanding peserta lain.
Pada konsert itu, wakil negara yang dianggotai Mohd Dzul Faiz Ismail, 15, serta pasangan adik-beradik, Farhana, 22, dan Fazlyana Muhamad, 14, menyampaikan lagu Itu Kamu gagal meneruskan kemaraan apabila diumum tersingkir. Menurut Ajai, peserta negara itu mempunyai kekuatan vokal cuma berdepan masalah dari segi susunan muzik, pilihan lagu dan suara.“Mereka boleh menyanyi dengan baik tetap berdepan masalah dari segi penyampaian ketika mengadakan persembahan. Apabila mereka menyanyi seperti ada yang tidak kena daripada suara dan pemilihan lagu.“Begitupun, dari sudut harmoni mereka sudah menampakkan peningkatan pada persembahan kali ini. Persembahan mereka ternyata berbeza dan lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.


Sementara itu, Farhana ketika ditemui berkata kegagalan meneruskan persaingan dalam program realiti itu tidak melunturkan semangatnya untuk meneruskan impian dalam bidang seni.“Kami sentiasa bersedia untuk tersingkir menerusi pertandingan ini. Kami menjadikan ia sebagai motivasi untuk melakukan persembahan yang lebih baik pada episod seterusnya. Biarpun tersingkir kami tetap meneruskan impian dalam bidang seni.“Inilah adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Kami bersyukur dan bertuah kerana dapat menyertai pertandingan ini. Banyak perkara yang kami pelajari daripada tenaga pengajar dan peserta daripada negara lain yang sama-sama menyertai pertandingan ini,” kata Farhana yang berkerja sebagai penyanyi di Majlis Sukan Negara. Turut berada dalam kelompok bahaya ialah wakil Filipina, 3.5. Walaupun diberi peluang tampil menyanyikan lagu dengan gabungan sementara anggota asalnya, Pau. Namun 3.5 perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan perjuangan mereka dapat diteruskan sehingga ke peringkat akhir.Peserta lain yang turut mendapat maklum balas positif daripada pihak juri ialah kumpulan dari Indonesia yang diwakili tiga gadis jelita, 3 Voices menerusi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi selain wakil negara, Akasia dengan lagu Buttons dan Nour El Ain.Di samping dihiburkan dengan persembahan artis jemputan, Ruffedge yang menyampaikan lagu Mulanya Di Sini, penonton turut dikejutkan dengan gimik penampilan penyanyi asal lagu Keliru, Nurul yang tampil spontan menyatakan tidak bersetuju dengan komen yang diberikan Ajai kepada D’Raz.
Petikan : Harian Metro / 25.06.08
Komen Jefbuj
Kumpulan Paragon Child tetap menyerlah ! Minggu ini mereka telah menyelitkan lirik bahasa melayu di dalam rap mereka, sungguh membanggakan! Saya percaya mereka memang benar2 ingin menjadi Juara musim ini. Semangat ini harus diikuti oleh kumpulan yang lain. Mereka mempunyai pakej yang sempurna untuk menjadi sebuah kumpulan yang bakal menjadi idola satu hari nanti! Syabas Paragon Child !

Wednesday, June 25, 2008

Bual Santai bersama Stanly





Semalam saya berkesempatan membuat dinner appointment dengan bintang AF6 kebanggaan Sarawak, Stanly! Sebenarnya saya mengenali kakak kepada Stanly iaitu Puan Jacklyn David yang sama-sama bekerja di dalam bidang perhotelan sebelum ini.

Saya agak terkejut apabila melihat Stanly tidak sebesar yang kita lihat di skrin TV. Beliau memang berisi tapi comel ( rendah je orang nya ) dan very pleasant looking. Dia begitu friendly. Stanly ditemani oleh PA nya, saudara Roni yang agak pendiam tapi mesra. Robi adalah sepupu kepada Stanly. Kawan baik saya Mohd. Arshad ( Pengurus Jualan Coronade Hotel, KL ) yang mengatur pertemuan ini.

Sepanjang kami makan bersama, banyak cerita2 yg Stanly kongsi bersama kami. Sebagai peminat fanatik rancangan AF, saya tidak melepaskan peluang utk bertanya banyak perkara untuk dikongsi bersama pembaca setia blog saya.

Semestinya Pengetua AF6, Ramli MS menjadi soalan pertama saya. Garang ke dia? Stanly mengatakan Ramli MS tidaklah begitu garang. He is very caring dan macam bapa lah. Cuma strict sikit. Namun beliau very understanding. Tenaga2 pengajar juga begitu prihatin dan mereka dianggap seperti ibu dan saudara sendiri.

Stanly mengatakan duduk di dalam akademi amat meletihkan. Mereka tidak dibenarkan keluar malah setiap pergerakan adalah dirakam. Sememangnya kekok apabila pergerakan kita sentiasa diperhatikan malah dipertontonkan kepada semua orang. Itulah sebabnya untuk menghilangkan kebosanan dikurung berjam2, berhari2, berbulan2 di akademi; mereka terpaksa bermain2, bergurau2 sesama sendiri. Nah, inilah yang dipertontonkan di dalam diari. Apabila segmen ini ditunjukkan dalam TV, ia nampak seolah2 mereka tidak serius dan asyik bermain. Sebenarnya itu adalah masa rehat mereka. Stanly menjelaskan, kelas2 adalah begitu padat dan mereka ada deadline untuk menghafal melodi, lirik, tarian dsbnya.

Stanly menambah, “ Kami diberi lagu pada hari isnin dan kena hafal melodi & lirik pada hari yang sama. Kami cuma ada 4 hari untuk berlatih sebelum ke rehearsal penuh pada hari Jumaat dan hari Sabtu untuk konsert sebenar. ” Yang menyedihkan mereka dikutuk teruk oleh juri apabila tidak dapat membuat persembahan yang terbaik semasa konsert. Juri sepatutnya tidak membandingkan pelajar dengan artis yang sedia ada. Mereka berlatih dengan lagu2 mereka berbulan2 di dalam studio. Hasilnya tentu lebih sempurna. Apa-apapun itu adalah cabaran yang harus mereka tempuh sepanjang menjadi pelajar AF.

Stanly telah merakam rancangan Trek Selebriti di Kuching pada minggu lepas. Sama-samalah kita menontonnya nanti. Tak sangka, rupa2nya Stanly pandai memasak. Ye lah ,beliau adalah lulusan dalam kursus Culinary ( memasak ) di Kolej SATT yang terletak di Jalan Hj. Taha Kuching.

Stanly juga menyatakan beliau akan membuat persembahan di Sibu sempena Borneo Cultural Festival ( BCF ) yang akan berlangsung hujung minggu ini. Ayuh , bagi warga Sibu sama2lah kita memberi sokongan moral kepada Stanley…. Wasssseeeeeeeeey !

Tuesday, June 24, 2008

Happy Bithhday Idah & Waty !




Semua staff ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Rafidah Dato'Taha ( my sweet boss ) and Herdawaty ( my cute colleague ) pada 15 & 24 Jun 2008! Semuga panjang umur dan murah rezeki!! Soriiii ek takde hadiah! Kueh pun jadi le!!!!

Monday, June 23, 2008

Islam subur di Hong Kong


HONG KONG negara paling padat dengan penduduk di dunia dengan kepadatan kira-kira 6,300 orang bagi satu kilometer persegi, sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pemacu kewangan dunia. Penduduknya yang kira-kira tujuh juta orang menganuti pelbagai agama, namun mereka mengamalkan semangat toleransi, sekali gus memberikan kehidupan yang sejahtera, malah negara semakin berkembang maju.


Di negara itu agama adalah sebahagian daripada ciri kebudayaan. Penduduknya bebas memilih agama kerana jaminan kebebasan beragama sebagai satu hak asasi dilindungi di sisi undang-undang.Justeru, ada penduduknya menganuti Buddha, Tao, Kung fu-Tze, Kristian, Hindu, Sikh, Judai dan tidak ketinggalan Islam walaupun lokasinya jauh dari Timur Tengah.Setiap kumpulan agama berkenaan mempunyai kemudahan ibadat bagi membolehkan pengikutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing, malah ada di antara mereka terutama yang berpengaruh turut mengasaskan sekolah dan kemudahan sosial.Di negara itu, agama paling berpengaruh ialah Buddha dan Tao, dengan bilangan pengikut paling besar, malah dikatakan ada kira-kira 600 hingga 700 rumah ibadat bagi kumpulan agama terbabit.

Walaupun sudah lama bertapak, Islam masih dianggap agama minoriti dan hari ini dianggarkan 80,000 hingga 90,000 Muslim di negara itu.Generasi pertama penduduk Muslim di negara itu sukar dikesan, tetapi yang ketara masyarakat Islam mula bertapak sejak Hong Kong ditadbir British pada pertengahan kurun ke-19. Tentera British membawa masuk tentera Muslim dari India, malah peniaga beragama Islam turut datang sehingga satu peringkat terbentuk satu masyarakat, membuatkan kerajaan memperuntukkan kawasan bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan.Dari tahun ke tahun, lebih ramai Muslim memasuki Hong Kong dan menetap di sana termasuk dari kalangan masyarakat Muslim dari tanah besar, China.

Oleh itu, hari ini majoriti Muslim di Hong Kong adalah dari etnik Cina, manakala selebihnya bangsa dari Pakistan, India, Timur Tengah, negara dari Afrika, Indonesia dan Malaysia yang bekerja di sana.Di celah pembangunan kota dan kemajmukan penduduknya, masyarakat Islam dapat menjalani kehidupan seperti golongan lain, malah melakukan amal ibadat harian di masjid yang dibangunkan.Masyarakat Islam lazimnya tertumpu di kota utama, seperti Kowloon.Pada masa ini terdapat empat masjid utama yang cukup terkenal membabitkan Masjid Shelley Street, iaitu masjid tertua, dipercayai dibina pada 1840-an dan dibina semula pada 1915.

Kemudian, Pusat Islam dan Masjid Kowloon di Nathan Road yang dibuka pada 1984, Masjid dan Pusat Islam Oi Kwan Road di Wan Cai, dibuka pada September 1981 yang dapat menampung 700 jemaah dan Makam Muslim Cape Collinson yang juga mempunyai sebuah masjid.Pengurusan masjid dan perkuburan di negara itu diuruskan Badan Pemegang Amanah Dana Masyarakat Islam, yang mentadbir aktiviti keagamaan dan hal ehwal berkaitan masyarakat Islam.Beberapa pertubuhan terbabit dalam jawatankuasa itu seperti Kesatuan Islam Hong Kong, Persekutuan Muslim Pakistan dan India serta Persekutuan Dawoodi Bohra.Di negara itu juga wujud pelbagai pertubuhan Islam yang turut memberi sumbangan kepada masyarakat seperti bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan, malah kepada kanak-kanak tadika.


INFO : Masjid dan Pusat Islam Kowloon
* Terletak di selekoh Nathan Road dan Haiphong Road berdekatan Kowloon Park, antara masjid tumpuan utama masyarakat Islam.

* Ia dapat memuatkan sehingga 2,000 jemaah dan digunakan dalam pelbagai kegiatan ibadat dan keagamaan.
* Dulu, ia dibina untuk kegunaan tentera Muslim dari India oleh tentera British yang berpejabat di Whitfield Barracks, berdekatan Kowloon Park.
* Masjid itu rosak pada akhir 1970-an dan sebuah masjid baru dibina pada 1984 menggantikan masjid lama.
* Reka bentuk bangunan masjid itu adalah hasil sentuhan arkitek I M Kadri.
* Ia mempunyai kubah dan menara setinggi 11 meter, dihiasai batu marmar, tiga dewan solat dan sebuah dewan serba guna, klinik kesihatan dan perpustakaan.
* Dewan solat utama di lantai pertama dapat memuatkan sehingga 1,000 jemaah, manakala di tingkat atas dewan solat lebih kecil bagi wanita.


petikan : Harian Metro / 23.06.08

Mawi berhasrat urus kerjaya sendiri


OGOS ini genaplah tiga tahun karier Mawi diuruskan sepenuhnya oleh Maestro Talent & Management (Maestro). Selepas tarikh itu, seperti yang termaktub dalam kontrak, Mawi akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung kontrak ataupun membawa haluannya sendiri. Ke mana haluan jejaka ini nampaknya masih lagi menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, desas desus mengatakan Mawi akan angkat kaki meninggalkan Maestro dan mengambil keputusan untuk menguruskan kariernya sendiri. Andai benar dakwaan itu, pastinya pemergian Mawi satu kehilangan besar buat Maestro. Maklumlah, semua orang tahu Mawi adalah lubuk duit kepada syarikat pengurusan itu. Tetapi betulkah Mawi ingin meninggalkan Maestro yang selama ini begitu banyak menaburkan jasa padanya?

“Setakat ini saya belum memutuskan apa-apa. Semuanya masih lagi dalam perbincangan. Sejujurnya, sepanjang hampir tiga tahun bernaung di bawah pengurusan Maestro, saya berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan untuk saya. Mereka menjaga kebajikan saya dengan baik. “Insya-Allah, mungkin saya akan menyambung kontrak dengan Maestro tetapi kontraknya hanyalah setahun. Dalam tempoh itu nanti, saya akan lihat bagaimana perkembangannya. Bagaimanapun, saya tak nafikan yang memang teringin untuk menguruskan karier sendiri. “Masih banyak lagi selok belok pengurusan yang saya masih belum mahir. Lagipun sekarang ini banyak job saya Maestro yang carikan. Tengoklah nanti, apabila sudah ada keupayaan serta tenaga kerja barulah saya yakin untuk melakukannya sendiri,” katanya.

Mawi ditemui pada majlis pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks baru-baru ini di Planet Hollywood. Hadir sama, Pengarah Urusan Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Noel Lorenzana bersama-sama Duta Cornetto, Dafi, Juara AF5 Mila dan Juara AF6, Stacy. Sidang media khas umum perkahwinan TUAN punya badan belum mengesahkan apa-apa tetapi orang di luar sana sudah mula memukul canang membawa cerita mengatakan Mawi dan buah hati pengarang jantungnya, Ikin bakal menamatkan zaman bujang mereka Disember depan. Mereka bukan bercakap kosong sebaliknya lengkap dengan bukti kononnya ada yang ternampak Ikin sedang sibuk membeli belah barangan perkahwinan di sebuah negara jiran baru-baru ini. Malah, jejaka kelahiran Felda Taib Andak itu sendiri dikatakan begitu sakan membeli belah di Dubai sewaktu menjalani penggambaran di lokasi berkenaan bulan lalu.

Jika benarlah apa yang digembar-gemburkan itu bermakna semakin dekatlah hari bahagia dua pasangan sama cantik sama padan ini. Namun, Mawi sekali lagi menafikan yang dia bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh seperti yang dihebohkan itu. “Mana ada, tak ada sebarang tarikh pun. Kami pun belum bincang apa-apa lagi. Kalau betul saya akan berkahwin, saya tidak akan merahsiakannya. Lagipun ini perkara baik dan tak perlu nak disorokkan daripada pengetahuan peminat. “Insya-Allah apabila sampai masanya nanti, saya akan adakan sidang media khas untuk mengumumkan berita baik itu. Saya tidak mahu ada pihak media yang berkecil hati nanti hanya kerana isu perkahwinan ini. “Mengenai isu membeli barangan hantaran di Dubai itu, saya akui ada beli barang di sana tetapi bukanlah hantaran perkahwinan seperti yang dihebohkan. Sebaliknya, saya beli banyak barang seperti kain untuk kegunaan keluarga dan Ikin sendiri. Bukannya untuk tujuan tertentu,” ujar jejaka berusia 27 tahun ini Diusik dengan pertanyaan apakah dia benar-benar sudah bersedia untuk bergelar suami, selamba Mawi menjawab, 50-50 sekali gus membuatkan orang yang berada di sekelilingnya tertawa besar mendengarnya.


petikan: Berita Harian / 23.06.08

Friday, June 20, 2008

Riz terbang ke MIRI !!!!


HAMPIR sebulan menanti akhirnya naib juara Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 22 atau Riz mendapat rezeki apabila dipelawa menjayakan Konsert Penutupan Citrarasa 2008 di Miri, Sarawak.

Konsert anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia itu bakal berlangsung 21 Jun ini, jam 8 malam, di Perkarangan Tempat Letak Kereta Kompleks Boulevard.Tawaran dibuat pihak pengurusan artis untuk konsert terbabit De'Media and Event Entertainment, disambut Riz dengan perasaan gembira.Jelas Riz, dia turut menarik nafas lega memandangkan selepas musim AF6 tamat anak jati kelahiran Gerik, Perak itu masih belum menerima sebarang tawaran untuk mengadakan persembahan."Saya tidak nafikan apabila hari berganti minggu dan perkembangan kerjaya agak perlahan membuatkan saya bimbang. Bukan kata sebelum ini tidak ada persembahan dijayakan, tetapi ia lebih kepada persembahan promosi."Melihat pada perkembangan kerjaya agak perlahan sebaik keluar AF6, apa yang terlintas di fikiran sebelum ini bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan sekiranya tiada tawaran menyanyi. Tiada tawaran bermakna tiada kerja dan bila tiada kerja bermakna tidak ada gaji," katanya.

Begitupun atas nasihat rakan lebih senior, Riz cuba mengambil sikap tunggu dan lihat."Kebanyakan bintang AF terdahulu ada memberitahu kepada saya, perkembangan yang berlaku kepada saya mahupun pada rakan lain adalah perkara biasa. Pada peringkat awal memang jarang mereka mendapat tawaran mengadakan persembahan. "Masa terluang digunakan untuk mempromosi diri dengan bertemu dengan pihak media dan menjalani sesi fotografi. Itu jugalah yang dilakukan syarikat pengurusan Maestro Talent and Management sebaik saya dan rakan AF6 lain keluar daripada akademi," katanya.Bercerita lanjut mengenai persembahan pertamanya itu kata Riz dia bakal menyanyikan lagu Separuh Masa (Delima), Seribu Tahun (Imran Ajmain), Kasih Latifah (Spider) dan Mungkin (Anuar Zain). Menghairankan, Riz tidak menyenaraikan singlenya yang dinyanyikan kali pertama di konsert akhir AF6, hanya Sandiwara, pada malam persembahan itu nanti.

"Saya menghadapi masalah kerana tidak mempunyai minus one lagu itu. Perkara itu sudah saya ketengahkan kepada pihak pengurusan dan mereka kini sedang mengusahakannya. "Minggu lalu saya baru saja selesai merakamkan kembali Hanya Sandiwara di studio," katanya.Menyentuh perancangan kerjaya pada masa depan, kata Riz dia menunggu untuk merakamkan satu lagi lagu ciptaan Ajai yang diberikan pengetua Ramli M S sewaktu berada dalam akademi."Baru-baru ini pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketiga, Amelia ada bertemu saya memberitahu dia ada mencipta satu lagu khas untuk saya. "Sebenarnya dia mahu saya menyanyikan lagu itu pada konsert akhir tetapi pihak pengurusan berpendapat ia tidak sesuai kerana bimbang dianggap bias oleh penonton setia. Begitupun saya berminat untuk menyanyikannya sekiranya ia bagus dan boleh dimuatkan dalam album bakal dihasilkan nanti," katanya lagi.Selain Riz, Konsert Penutupan Citrarasa itu turut disertai artis popular dan berpengalaman antaranya Aishah, Elyana, Datuk Ahmad Jais, Karen, Pija, Deja Moss, Lotter dan Kogee.

petikan ; Harian Metro / 20.06.08

komen jefbuj
Ayuh, peminat RIZ mari turun ramai2 ke Miri untuk melihat Riz dari dekat! Jangan lupa bawa autograph dan semestinya kamera anda!

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia...!

Let's do some simple calculations here.
In Malaysia, the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn't).I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let's take RM3,000 as the figure.
Ok lah, right? Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....Calculation starts...
1. Electricity and water bill: RM100 (No air-con, No home theatre, No water heater ... ok? Phone bill ( Telekom): RM100 (Internet streamxy RM68 + land line RM25 = RM93, round-up to RM100 la)
2. Meals for a happy family: RM775(3 meals on RM25/day 4 persons. Forget about makan in restaurant ya) Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155 (RM5/day, RM5 ... can eat what?)
3. Car repayment: RM400 (A proton saga aeroback, 7 yrs repayment) > Petrol (living in city, traffic-jam) :RM300 (go to work, bring son to school, only can afford one car running.
NO YET CONSIDER PETROL INCREASE 40.8% , Insurance: RM650 (Kids, wife and self. Forget about insurance la..no money to pay, lets drop it ;
4. House repayment: RM750 (low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!
5. Tuition: RM80(got that cheap meh? i don't think so; Older children pocket money @ school: RM20 (RM1/day, eat bread?)
6. School fees: RM30(enough ah?) School books and etc: RM100 (always got extra to pay in school)
7. Younger children milk powder: RM50(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)
8. Miscellaneous: RM100(shampoo, rice, sauce, toilet> paper, saman, etc)Oh wait!!! I have to stop here, so...No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no toys no computer, no KFC, no McDonald, no insurance no jalan-jalan makan angin (vacation) no chit chat on phone with grandparents, and etc...nothing breaks down for repair.
Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM2,960already... EPF belum potong, income tax lagi........ oledi RM2,960 ....How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???
Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle? How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study? Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month! !!What is this? Inilah Malaysia Boleh...Sorry... it should beMalaysians Boleh, because we're still alive and kicking!!Our politicians must be mad!!!! Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Loong around lah....
( forwarded email )

Kemuncak Rentak Juara Ahad ini

RANCANGAN realiti yang berkonsepkan pencarian kumpulan muzik berbakat, Rentak Juara ‘Rhythm Of Champions’ (RJROC) musim ketiga kini sampai ke penghujungnya. RJROC 3 yang kini menjangkau kali ketiga penganjuran sekali lagi bakal menyaksikan sebuah lagi kumpulan bakal dinobatkan sebagai juara. Pertandingan akhir rancangan itu bakal bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 22 Jun ini bermula pukul 9 malam.
Antara kumpulan yang bakal berentap pada malam kemuncak yang bakal dikendalikan oleh Zed Zaidi, Dia Fadila dan Kamal itu ialah Carbolic Smokeballs, Cherish 2000, The Bombers, Aisunam, Season Jammerz, Poetical Kingdom, Karisma dan Malaysia On Line.
RJROC 3 musim ini menyediakan ganjaran keseluruhan berjumlah RM120,000 di mana empat anugerah utama menanti kelapan-lapan kumpulan yang bertanding. Juara bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi dan sijil, naib juara pula bakal membawa pulang RM30,000 beserta trofi dan sijil. Sementara tempat Ketiga bakal meraih wang tunai RM20,000, trofi dan sijil. Manakala Kumpulan Paling Popular ditentukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 selain trofi dan sijil. Lima kumpulan yang tidak bernasib baik bakal menerima saguhati berupa wang tunai RM3,000 serta trofi dan sijil. Antara artis yang bakal memeriahkan lagi pentas akhir RJROC 3 itu nanti ialah kumpulan Spider, Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan juga kumpulan Fenomena.
Berminat mengundi ?
Bagi penonton yang berminat mengundi pemenang bagi kategori Kumpulan Paling Popular, caranya mudah sahaja, hantarkan SMS dengan menaip RJ diikuti dengan kod kumpulan yang telah ditetapkan dan hantarkan ke 32776 atau mengundi menerusi talian tetap 13775.
Berikut adalah kod-kod kumpulan yang telah ditetapkan iaitu Carbolic Smokeballs (BALL), Cherish 2000 (CHER), The Bombers (BOMB), Aisunam (NAM), Season Jammerz (SEA), Poetical Kingdom (KING), Karisma (RIS) dan Malaysia On Line (MOL). Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan malam kemuncak RJROC 3 yang turut disiarkan di RTM1 pukul 9 malam.
petikan Utusan Malaysia / 20.06.08
komen jefbuj
Marilah kita sama-sama mengundi kumpulan dari Sarawak ; Seasons Jammerz yang kebetulan pemain gitar adalah kenalan saya iaitu Jumadi yang bertugas di Yayasan Sarawak. Semuga SUKSES !!!!

Wednesday, June 18, 2008

Arab Perlu Kawal Harga Minyak


MEMILIKI kekayaan dan kemewahan menjadi idaman semua manusia. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin materialistik sekarang. Pendek kata, ada duit semua jadi. Bagaimanapun, sebagai manusia, kita sentiasa diuji oleh Allah untuk menilai tahap keimanan masing-masing.
Allah berfirman: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. (al-Fajr: 15-16).
Kini, bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia diuji dengan kenaikan harga minyak dan barang makanan lain.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, HARUN OSMAN menemu bual Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman bagi mengupas fenomena ini.

MEGA: Mengapakah ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang majoritinya negara Islam tidak berkuasa menentukan harga bahan mentah itu di peringkat dunia?DR. RAHIMI: Masalah utama negara-negara Islam ialah mereka tidak boleh bersatu. Ini menjadi ‘modal’ kepada negara Barat untuk menyerang Islam. Apabila tidak bersatu, maka mudahlah negara Islam diperkotak-katikkan oleh Barat. Ini bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi tetapi hal berkaitan politik, ketenteraan dan sebagainya. Sebab itu al-Quran menyuruh kita bersatu. Jika berpecah kita boleh hilang kekuatan.

Saya teringat kata-kata bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kessinger: “Kuasailah minyak dan anda kuasai dunia, kuasai makanan dan anda kuasai rakyat.” Falsafah inilah yang menjadi asas kepada Barat. Sebab itulah, serangan yang dilakukan ke atas Iraq walaupun kononnya atas alasan pembinaan senjata berat oleh Iraq tetapi matlamat sebenarnya adalah menguasai telaga-telaga minyaknya.
Memanglah harga minyak ini ditentukan oleh pasaran global tetapi ada peranan kuasa Barat yang menyebabkan ia berlaku. Antaranya ialah krisis di Asia Barat seperti Perang Teluk, krisis Israel dengan Lebanon dan ugutan-ugutan Israel untuk menyerang Iran. Dan kita tahu bahawa di belakang semua ini ialah AS yang menyokong kuat sekutu-sekutunya. Ini selain faktor seperti kegiatan spekulator harga.
Apakah yang menjadi penghalang kepada negara-negara Arab di bawah OPEC untuk bersatu sehingga minyak boleh dijadikan ‘senjata’ dalam dunia moden ini?DR. RAHIMI: Seperti yang disebut tadi, perpecahan negara-negara Arab adalah pokok kepada masalah ini. Malah ada pepatah Arab menyebut, “Seolah-olah sudah sepakat supaya kita tidak akan sepakat.” Kata-kata ini menggambarkan betapa sukarnya orang Arab hendak bersatu.
Mungkin itulah juga hikmahnya, mengapa Rasulullah SAW dihantar kepada masyarakat Arab untuk menyatukan mereka atas dasar Islam. Penyatuan itu berjaya di kalangan kabilah-kabilah Arab. Tanpa berpegang kepada asas Islam sudah tentu sukar bagi kita hendak bersatu.
Saranan bersatu ini dijelaskan menerusi firman Allah: Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, jika tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu...(Al-Anfaal: 46)
Kebanyakan tindakan yang menghalang penyatuan negara Arab ini lebih kepada aspek keduniaan seperti mengekalkan kuasa politik dan ekonomi. Mereka bimbang jika tidak mengikut telunjuk Barat, mereka akan hilang kuasa memerintah di negara masing-masing.
Kita tahu bahawa Allah memberi nikmat kepada Negara-negara Arab ini yang tanahnya kering kontang dengan emas hitam iaitu minyak. Maka sudah sepatutnya, komoditi itu digunakan sebagai ‘senjata’ untuk kebaikan dan manfaat negara Islam seluruh dunia. Namun, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang amat dikesali.

Melihatkan kepada keahlian OPEC, tujuh daripada 11 negaranya adalah negara Islam. Sepatutnya apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan kepentingan Islam, negara Arab boleh gunakan minyak sebagai ‘senjata’ untuk melawan Barat walaupun mereka tidak ada kuasa dari segi ketenteraan dan ekonomi.
Dari satu segi, apabila hasil bumi yang Allah kurniakan itu disalahguna maka kita gagal bangunkan negara-negara Islam. Sebaliknya lebih mengharapkan Barat yang memberi bantuan pada negara Islam yang berkenaan.
Sebelum kekalutan kenaikan harga minyak, kita dibebani kenaikan harga pelbagai barang keperluan termasuk beras. Apakah konsep kemajuan dan pembangunan dalam perspektif Islam?DR. RAHIMI: Islam menekankan kemajuan dan pembangunan tetapi ia mestilah bersepadu. Mesti seimbang antara spiritual dan fizikal. Bukan seperti kemajuan di Barat yang lebih pentingkan fizikal sahaja. Dalam Islam yang lebih penting ialah pembangunan insan dan akhlak.
Umat Islam adalah khalifah di bumi sebagaimana firman Allah: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi… (al-Baqarah: 30)

Sebagai khalifah di muka bumi kita harus membangunkan alam dan menggunakan sumber-sumbernya dengan optimum untuk kebaikan umat. Bukannya jadi hamba dunia.
Jadi, ciri penting dalam kriteria ini ialah akhlak. Apabila pembangunan tidak disertai pembangunan rohani maka ia akan menjuruskan kepada kehancuran. Ia boleh membawa kepada kerosakan alam sekitar, kenaikan harga barang dan ketidakstabilan politik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Telah berlaku kerosakan di darat dan lautan akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (ar-Rum: 41)

Projek pembangunan mesti mengutamakan kepentingan dharuriat (asas) seperti makanan asasi, pendidikan, infrastruktur seperti jalan raya dan kesihatan. Selepas aspek tersebut dipenuhi barulah beralih kepada kepentingan hajat yang membawa kepada keselesaan hidup. Kemudian barulah mencapai ke tahap kamaliat (kesempurnaan) iaitu barang-barang mewah.

Bagi Malaysia, yang perlu diutamakan ialah pengeluaran makanan asasi iaitu pengeluaran padi. Ini penting supaya tidak bergantung kepada negara asing yang boleh mengeksploitasi kekurangan makanan. Kita berada di landasan yang betul apabila kerajaan memberi tumpuan kepada pertanian untuk menyediakan makanan kepada masyarakat sehingga mencapai tahap sara diri. Ini boleh dicapai melalui penggunaan pelbagai teknologi seperti biotek dan teknologi nano.

Dalam keadaan sekarang, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh institusi zakat dalam membantu golongan penerima yang layak?DR. RAHIMI: Islam menyediakan mekanisme pengagihan harta supaya ia tidak berlegar di kalangan orang kaya sahaja. Justeru, institusi zakat mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu selain sebagai ibadat ia juga sebagai dasar fiskal ekonomi bagi bantu golongan yang memerlukan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah tentu golongan fakir miskin makin tertekan.

Bagi menjamin ia dapat berperanan sedemikian, pengurusan zakat perlu cekap. Ini dapat dicapai melalui jumlah kutipan dan agihan kepada masyarakat.
Cuma isunya ialah bagaimana memperkukuhkan lagi institusi zakat supaya sistem agihannya dapat membantu golongan miskin keluar daripada paras kemiskinan dan akhirnya menjadi golongan pembayar zakat di masa akan datang.

Untuk itu, proses agihan ini tidak boleh terlalu rigid. Sepatutnya jika seseorang itu disahkan layak menerima zakat, berikan sahaja jangan ia terhalang disebabkan mereka tidak di daerah atau negeri lain. Walaupun kita memahami bahawa semuanya perlu melalui prosedur tetapi ia perlu dipermudahkan terutama kepada golongan mualaf. Jangan sampai mereka seperti ‘bola’ ditendang ke sana ke sini untuk mendapatkan bantuan zakat.

Adalah malang jika institusi zakat kita gagal menemui golongan fakir miskin sebaliknya media massa yang lebih berjaya mengesan mereka. Sebagai petugas zakat, mereka perlu mempunyai tanggungjawab bawah menyampaikan bantuan itu adalah amanah Allah. Jika gagal, maknanya kita berdosa.

Dalam sejarah, Rasulullah SAW membelanjakan semua wang zakat yang dikutip. Walaupun ada asnaf amil di situ yang boleh digunakan untuk pentadbiran dan lain-lain, tujuh lagi asnaf yang layak menerima zakat perlu menerima bahagian mereka masing-masing. Jangan hanya kita berbangga dengan jumlah kutipan zakat semata-mata.

Banyak saranan dibuat agar mengamalkan hidup sederhana atau mengubah tabiat hidup akibat kenaikan pelbagai harga barang. Apakah saranan Islam dalam hal ini?DR. RAHIMI: Saranan tersebut memang selari dengan Islam yang menyuruh umatnya bersederhana dalam berbelanja dan berbelanja secara berhemah. Allah berfirman: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula (kikir), dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian. (al-Furqaan: 67)

Dalam masyarakat sekarang, memang berlaku banyak pembaziran sama ada di jabatan kerajaan atau syarikat-syarikat dan individu. Ia boleh dilihat melalui penganjuran pelbagai majlis keraian, program hiburan yang tidak mendatangkan pulangan yang baik kepada negara dan masyarakat. Kita perlu berjimat dan membuat simpanan untuk masa depan. Inilah yang terkandung dalam firman Allah ayat 43 hingga 29 surah Yusuf.

Saranan Islam supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah itu sudah lama lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang. Ia penting untuk memastikan pendapatan kita mencukupi untuk keperluan hidup. Lagipun pembaziran itu adalah saudara syaitan.
petikan : Utusan Malaysia / 17.06.08

Tuesday, June 17, 2008

Tewas bukan sebab degil

HASRAT kumpulan Brown Tone bergelar juara Gang Starz musim kedua (GS2) menitikkan noktahnya apabila diumum kan sebagai kumpulan ketiga tersingkir dari program realiti terbitan TV3 itu, Ahad lalu. Penyingkiran itu sekali gus menamatkan perjuangan wakil dari negara seberang tambak, Singapura.

Pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak beberapa minggu lalu, Brown Tone sentiasa berada di kedudukan ‘bahaya’ di tiga tangga terbawah. Pada konsert minggu lalu, Brown Tone memperoleh undian paling rendah tetapi mereka bernasib baik apabila penerbitan GS2 memutuskan untuk tidak melakukan sebarang pe nyingkiran, sekali gus memberi peluang kepada mereka beraksi di pentas Gang Starz, Ahad lalu. Iktibar dari keadaan itu dan memandang positif setiap kritikan juri dan penasihat mereka, Brown Tone tampil dengan persembahan yang membanggakan menerusi medley Can’t Take My Eyes dan Aduh Saliha yang memukau penonton dan juri. Namun kebangkitan Brown Tone di konsert kelima itu dianggap sudah terlambat kerana peminat sudah hilang kepercayaan berikutan persembahan ‘lemau’ mereka setiap minggu.


Ada menyifatkan kegagalan itu berpunca daripada ‘kedegilan’ Brown Tone yang tidak mendengar kata penasihat mereka, Azmeer dan Damian.Anggota Brown Tone, Tihamy Ahmad Fathi (Mad Loco), 26, menafikan dakwaan itu sebaliknya latar belakang muzik yang berbeza menyebabkan mereka mengambil masa menye suaikan diri.“Kami tidak degil. Sebenarnya, perbezaan latar belakang muzik membuatkan kami selalu berhadapan dengan masalah, sama ada memilih lagu dan menyanyikannya secara har moni.“Namun, kami sudah berusaha sedaya upaya untuk kekal di sini dengan mengambil setiap nasihat dan kritikan juri secara positif. Mungkin sudah tiada rezeki kami malam ini. Per juangan harus diteruskan dan kami akan tetap memper juangkan muzik kami,” katanya.Katanya, meskipun kecewa tersingkir mereka berpuas hati dengan persembahan pada malam itu. Selain Mad Loco, Brown Tone dianggotai Liyana Abdul Jabbar (Lady Elle), 20, Mohd Zullfaizal Sidik (Zulfa), 25 dan Maharani Muhammad Zaid (Gecko), 24.Liyana kelihatan paling sebak sebaik nama Brown Tone diumumkan tersingkir. Jelas Liyana, dia sedih kerana terpaksa meninggalkan teman yang lain.
“Saya bertemu dengan ramai rakan-rakan yang cukup baik di sini dan pastinya akan merindui mereka. Apapun, saya berpuas hati melihat sorakan peminat malam ini kerana ia adalah sorakan yang paling hebat pernah kami terima,” katanya.

Seorang lagi anggota, Zulfa yang begitu popular di Singapura kerana kehebatan bermain perkusi, belum memikirkan pe rancangannya selepas ini sama ada kembali serius bermain muzik atau bersama Brown Tone.“Saya mahu berehat terlebih dulu sekembalinya ke Si ngapura. Selepas itu barulah saya akan memikirkan apa yang patut kami lakukan,” katanya.Satu lagi kumpulan yang berada di tangga terbawah adalah South Trio yang membawakan lagu Harapan dan Hurt secara medley. Minggu lalu, mereka juga berada dalam kedudukan bahaya tetapi masih berpeluang mengejar ganjaran GS2 AS$100,000 dan kontrak rakaman album.Sementara itu, komposer dan penerbit album terkenal, Ajai yang bertindak selaku juri tetap menganggap persembahan Brown Tone malam itu adalah yang terbaik sepanjang mereka beraksi di GS2.“Persembahan mereka okey cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
Sepatutnya dari awal lagi mereka perlu menonjolkan kemampuan dan membuat persembahan yang baik seperti malam ini tetapi Brown Tone saya kira agak lambat me nunjukkan peningkatan mereka.“3.5 misalnya, mengejutkan penonton dengan persembahan mereka yang lari dari norma mereka yang dikatakan ‘diva’. Hari ini mereka membawa lagu rock dan keluar dari zon selesa.“Persembahan yang penuh warna itulah diperlukan artis berkumpulan. D’Reborn misalnya sering kali tampil dengan persembahan unik. Mereka tahu, bagaimanapun membuat ‘arrangement’ lagu kedengaran berbeza dengan pembahagian harmoni yang sangat menarik.“Macam Step pula, mereka tahu kelemahan mereka adalah vokal dan kekuatan mereka adalah tarian justeru mereka berusaha menampilkan persembahan yang menghiburkan dengan menerapkan elemen drama. Disebabkan itulah me reka disukai penonton.“Apapun, semua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan. Cuma dalam pertandingan pasti ada yang menang dan kalah,” katanya.Selain Ajai, juri tetap dibarisi penyanyi rap/hip hop Si ngapura, Sheikh Haikal manakala pengarah, pelakon dan penyanyi, Afdlin Shauki diundang sebagai juri undangan. Pada malam itu, D’reborn menyampaikan lagu Because Of You, Akasia (Hampir ke Situ), 3.5 (Bring Me To Life) dan One Nation Emcee (Don’t Stop The Music).Buat pertama kalinya juga dalam sejarah program realiti, dua kumpulan membawakan lagu yang sama apabila D’Raz dan 3 Voices memilih mempertaruhkan lagu Ketahuan yang dipopularkan Matta.


Bagaimanapun persembahan D’Raz lebih ‘outstanding’. Paragon Child peserta dari Filipina, sekali lagi mem pertaruhkan lagu bahasa Melayu dengan memilih Lelaki Ini namun, mereka gagal menambat hati juri tetap kerana Ajai beranggapan masing-masing mahu jadi ‘hero’.Pun begitu, persembahan Step sebagai peninju paling menghiburkan. Vokalis utama mereka, Tatun mengejutkan penonton apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Persembahan, yang berlangsung di Auditorium Majlis Ban daraya Shah Alam (MBSA), diserikan lagi dengan kemun culan Faboulas Catz dengan lagu Bawaku Terbang. Pemenang jingle Hotlink turut diumumkan dan mereka adalah One Nation Emcee. Hasil kemenangan itu mereka menerima RM5,000 dan telefon bimbit setiap seorang.
petikan : Harian Metro/ 17.06.08
Komen Jefbuj
Peserta dari Filipina - Paragon Child merupakan kumpulan favorite saya. Mereka memang benar-benar berbakat selain mempunyai pakej yg lengkap. Setiap minggu mereka memberi persembahan yg cukup hebat. Amat terharu apabila mereka membawa lagu bahasa melayu dengan begitu baik sekali. Ajai sepatutnya memberi pujian akan usaha mereka ini. Yg pelik, kenapa Ajai mengatakan mereka masing2 menonjolkan diri dan berlawan antara satu sama lain. Bukankah ini yg kita mahu, semua ahli kumpulan harus mempunyai vokal yang hebat. Saya tidak nampak mereka cuba berlawan antara satu sama lain, malah kombinasi suara mantap masing2 membuatkan persembahan mereka sentiasa hebat dan ditunggu2 setiap minggu. Kita lihat sahaja Juara Gangstars musim lalu, The Lima, ketiga2 mereka menonjolkan keupayaan vokal masing2 dan berjaya meraih kejuaraan di peringkat akhir!

Radio ERA masih kekal Nombor 1


Petikan : Berita Harian / 17.06.08 / Oleh Farihad Shalla Mahmud

Jumlah pendengar merosot dari 5.1 juta kepada 4.7 juta kerana persaingan yang semakin sengit KEPUTUSAN rasmi sudah pun dikeluarkan dan tidak dapat dinafikan gelaran stesen radio nombor satu masih lagi menjadi milik stesen Era. Namun begitu, walaupun masih kekal di kedudukan teratas, apa yang mengejutkan jumlah pendengarnya semakin merosot. Jika sebelum ini Era begitu mewah dengan jumlah pendengar yang pernah mencecah angka lebih 6 juta, kini jumlah itu semakin hari semakin berkurangan. Buktinya, sejurus selepas kajian dikeluarkan Kajian Media Nielsen (NMR) pada 2 Jun lalu, radio Era hanya mampu berbangga dengan jumlah pendengar sebanyak 4.7 juta berbanding 5.1 juta tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Pengurus Program Era, Rostam Said berkata biarpun jumlah penurunan itu adalah sesuatu yang cukup membimbangkan buat Era, namun mereka akur kerana ia jelas menggambarkan persaingan sengit dalam industri radio ketika ini. “Saya akui, memang kami tak berapa gembira dengan keputusan itu. Tapi kami melihatnya dari sudut positif. Selepas sepuluh tahun menguasai industri radio, kita terpaksa akur dengan faktor persaingan. Kami tetap berpuas hati dengan pencapaian kami setakat ini cuma kami kena lebihkan lagi usaha untuk mendapatkan kembali pendengar kami yang hilang itu,” jelas Rostam kepada Hip ketika ditemui di pejabatnya di Astro, Seri Kembangan baru-baru ini. Dijolok pertanyaan apakah kemerosotan jumlah pendengar itu berpunca daripada kontroversi yang membabitkan ramai penyampai stesen terbabit, Rostam menafikan kesahihan perkara itu.

“Saya tidak melihat perkara itu sedemikian rupa. Pada saya, kemunculan banyak stesen radio sejak kebelakangan ini menyebabkan bilangan pendengar kami berkurangan. Pendengar kita tidaklah sebanyak mana tetapi itulah juga jumlah yang hendak dikongsikan. “Justeru, bagi memantapkan lagi Era, apa yang perlu kami tumpukan nanti adalah untuk memantapkan lagi isi kandungan program kami sambil terus mengekalkan program berkualiti yang mereka ada serta menambahkan lagi peraduan yang lebih menarik,” tegasnya. Tambah Rostam lagi, setakat ini mereka juga berpuas hati dengan prestasi penyampai mereka serta tidak akan melakukan sebarang rombakan. “Apa yang boleh saya katakan, kemerosotan ini juga tidak berpunca daripada mereka (penyampai). Saya puas hati dengan pencapaian dan persembahan mereka. Seperti yang ditegaskan, perubahan hanya akan dilakukan lebih kepada isi kandungan kerana itu adalah tarikan utama buat pendengar.


“Mungkin ada yang berpendapat kami buat kesilapan besar apabila membuat rombakan besar-besaran tahun lalu dengan menukar waktu slot serta meletakkan selebriti sebagai penyampai. Tapi sebenarnya tidak. “Saya sendiri berpuas hati dengan penyampai sedia ada. Mungkin ada segelintir yang kurang menjadi tetapi secara keseluruhan mereka berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya sambil memberikan contoh segmen Pagi di Era dan slot kelolaan Aznil sebagai antara pilihan pendengar Era. Walaupun menyedari perubahan yang mereka lakukan itu mampu mengundang risiko, Rostam menegaskan mereka rela menanggungnya asalkan stesen berkenaan tidak terus statik dan membosankan. “Saya akui tidak semua perubahan dapat diterima terutama apabila ada yang tidak bersetuju kami membuat rombakan slot penyampai kerana kononnya mereka sudah sebati dengan waktu penyampai terbabit ke udara. “Tapi mahu atau tidak, perubahan perlu kerana kalau tak berani membuat perubahan, kita tidak akan ke mana-mana. Dulu kita pernah menukar Halim Othman dari slot pagi ke jam 10 hingga 2 petang. Masa tu memang ada peminat yang hantar e-mel dan merungut meminta Halim ditukarkan kembali kepada waktu asal. “Begitupun, lama-kelamaan mereka boleh menerimanya. Jadi saya percaya, pendengar pasti boleh menerima perubahan slot ini secara perlahan-lahan,” katanya penuh yakin.


Rostam juga ingin memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dia bersikap pilih kasih dalam menentukan jenis lagu yang akan disiarkan. Tegasnya, untuk kesekian kalinya, setiap lagu yang disiarkan perlulah menepati konsep Era itu sendiri. “Saya sudah banyak kali diasak dengan dakwaan mengamalkan diskriminasi dalam memutarkan lagu di Era tapi sebenarnya tidak. Memang betul setiap lagu yang akan disiarkan perlu saya tapis tetapi ia bukan tugas saya seorang. “Ada kala saya terlebih dulu memperdengarkan lagu di peringkat dalaman dan meminta pandangan mereka mengenainya. Tapi lazimnya, penilaian saya tidak pernah silap. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas itu, terus terang, saya tidak boleh bersikap main-main atau sambil lewa. “Kalau ada yang mengatakan saya bersikap pilih kasih dan memilih lagu berdasarkan cita rasa saya, mereka sebenarnya salah. Lagu yang dipilih berdasarkan cita rasa saya hanya berlaku ketika saya mengendalikan segmen Rock@Era. Ya, yang itu saya memang putarkan semua lagu kegemaran saya,” tutur Rostam sambil mengharapkan mereka memahami tugas yang diamanahkan kepadanya itu.

Monday, June 16, 2008

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takbburnya mereka.Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbbur.
Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang ingkar kepada Allah kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj.
Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam."Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Friday, June 13, 2008

Importance of having Breakfast

Breakfast can help prevent strokes, heart attack and sudden death. Advice on not to skip breakfast! Healthy living For those who always skip breakfast, you should stop that habit now! You've heard many times that "Breakfast is the most important meal of the day." Now, recent research confirms that one of the worst practices you can develop may be avoiding breakfast.
Why?
Because the frequency of heart attack, sudden death, and stroke peaks between 6:00a.m. and noon , with the highest incidence beingbetween 8: 00a.m. and 10:00a.m.What mechanism within the body could account for this significant jump in sudden death in the early morning hours? We may have an Answer.Platelet, tiny elements in the blood that keep us from bleeding to Death if we get a cut, can clump together inside our arteries due to cholesterol or laque buildup in the artery lining. It is in the morning hours that platelets become the most activated and tend to form these internal blood clots at the greatest frequency. However, eating even a very light breakfast prevents the morning platelet activation that is associated with heart attacks and strokes. Studies performed at Memorial University in St.Johns, Newfoundland found that eating a light, very low-fat breakfast was critical in modifying the morning platelet activation. Subjects in the study consumed either low-fat or fat-free yogurt, orange juice, fruit, and a source of protein coming from yogurt or fat-free milk. So if you skip breakfast, it's important that you change this practice immediately in light of this research. Develop a simple plan to eat cereal, such as oatmeal or Bran Flakes, along with six ounces of grape juice or orange juice, and perhaps a piece of fruit. This simple plan will keep your platelets from sticking together, keep blood clots from forming, and perhaps head off a potential Heart Attack or stroke. So never ever skip breakfast.

Thursday, June 12, 2008

Woman died of Coke!!!


This incident happened recently in North Texas . A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday. The autopsy concluded she died of Leptospirosis. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis. Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned. A study at NYCU showed that the tops of soda cans are more contaminated than public toilets (i.e).. full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

ICON MALL , The Gateway in Cat City, Kuching

ICON mall is the brainchild of Miri Housing Group, meticulously planned over a six years period with renowned retail consultants and international architects. Its management comprises a team of experts with knowledge and experience gained from shopping complexes development and management around the State
ICON mall is created to represent and to differentiate high quality and innovative mixed-use developments with an emphasis on retail and entertainment and hospitability service. The development is comprised an international world class urban shopping mall, boutique hotel and luxury serviced apartments and commercial offices.
ICON mall will feature not only the foremost local and regional specialty retailers, allocating generous space for selected merchants and department store operators to establish stores to expand and display their brands category killers stores will also be encouraged to set up at strategic areas of the mall. There will be retail area where it will reflect the unique culture of Sarawak with local fashion, food, artwork, artifacts and handicrafts

Built-Up Area - 1,200,000 sqft
Retail Space - 500,000 sqft
Entertainment & Shopping - 6 levels
Cineplex - 980 seats (10 screens)
Convention Centre - 50,000 sqft
Office Space - 30,000 sqft
Department Store & Hypermarket Anchors, Retail Outlets - 200
Restaurants, Pubs & Cafés - 15
Boutique Hotel - 180 rooms
Serviced Apartment Suites - 128
Car Park Bays - 1,400 bays
Motorcycle Bays - 280 bays
Escalators - 32
Lifts - 12

Proposed Santuary Hotel & Kuching Mall


This building proposed to be building in current Ceko market, across of Astana Negeri. This building will be known as Sanctuary Hotel and Mall, where as the building consisting of Shopping Complex, cafe and hotel. This building is part of the new waterfront extension in Kuching whereas the next phase of Kuching waterfront stretched from this Ceko market to Brooke Dockyard

POS MALAYSIA TO DISBURSE FUEL SUBSIDY ON 1 JULY 2008

KUALA LUMPUR, Thursday – Pos Malaysia Berhad (PMB) today announced that in line with yesterday’s decision made by the Government on fuel subsidy, PMB has been appointed as the agent for disbursement of this subsidy to eligible vehicle owners. Eligible Malaysians can start to claim the subsidy at all 686 post offices countrywide effective on 1 July 2008.

As announced by the Government, vehicles with valid Road Tax from 1 April 2008 until 31 March 2009 are entitled for the annual subsidy. Owners of cars up to 2,000 cc as well as pick-up trucks and jeeps up to 2,500 cc will receive RM625 for each vehicle. Motorcycles up to 250 cc will receive RM150 each.

Vehicle owners who come personally to make the claim at post offices shall be paid in cash. Those who appoint third parties to claim on their behalf shall receive the Money Order that will be mailed directly to the owner’s address that is furnished to PMB when making the claim.

Further details of the procedures and related documents required for the claim will be announced soon.

“PMB, through its extensive network of 686 post offices countrywide will be ready to serve our customers in handling the subsidy payments in a convenient and timely manner,” said Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Acting Managing Director / Group Chief Executive Officer of PMB.

Epal ikon baru pelancongan Sarawak


Petikan : Berita Harian / 12.06.08 /Hafizah Iszahanid

Pesta Epal setiap Mac dan Jun di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan tarikan istimewa pengunjung SUHU siang hari 25°C hingga 32°C manakala malam 15°C menjadikan Kampung Buduk Nur di Ba Kelalan, Lawas Sarawak memiliki keistimewaan. Kampung paling hujung di utara Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia itu adalah lokasi 10 hektar ladang epal berjenama 'Ba Kelalan'. Mungkin anda tidak pernah terfikir, epal boleh ditanam secara komersial di Malaysia. Bagaimanapun di Buduk Nur, epal bukan saja menjadi ikon baru pelancongannya tetapi juga lambang kerjasama sekampung.
Sewaktu kumpulan media bertandang ke Buduk Nur, kami bukan saja disambut pemilik kebun epal, Tagal Paran, 74, dan ahli keluarganya malah penduduk kampung dan wakil rakyatnya Nelson Balang Rining yang menyambut dengan tarian selamat datang. Buduk Nur adalah satu daripada sembilan kampung di Ba Kelalan. Majoriti penduduknya suku kaum Lun Bawang (atau bermaksud Orang Gunung). Kedudukannya yang 2,900 kaki dari aras laut ditambah bentuk muka bumi bergunung ganang dan tanah tinggi berbalam, menjadikan cuaca Ba Kelalan sejuk dan sesuai untuk tanaman seperti epal, oren, avocado dan markisa. Walaupun jauh dari Kuching, Ba Kelalan dihubungi dengan penerbangan terus dari Miri ke Ba Kelalan menggunakan pesawat kecil ‘twin otter’ yang mengambil masa kurang 50 minit. Manakala dari Lawas, memandu ke Ba Kelalan sebaiknya menggunakan pacuan empat roda dan mengambil masa sekitar lima jam (bagi penduduk tempatan).
EPAL Ba Kelalan dijual RM10 sekilogram di ladang.

Bagaimanapun semua kepenatan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Miri dan Miri ke Ba Kelalan lenyap sebaik menjejakkan kaki ke Buduk Nur. Ladang epal milik Pak Tagal terletak di hujung landasan kapal terbang. Justeru awal-awal lagi kami sudah diingatkan perlu memanjat tangga untuk sampai ke sana. Ba Kelalan memang terkenal dengan pelancongan berasaskan alam semula jadi dan cabaran. Justeru, memanjat tangga bukanlah terlalu sukar. Apatah lagi wartawan yang mengikuti rombongan anjuran Tourism Malaysia dan Borneo Jungle Safari itu ketika itu sudah bermandi peluh dan hujan dalam aktiviti merentas hutan sebelum ke ladang epal. Selain kedudukan ladang epal yang sedikit tinggi dari kawasan lain di Buduk Nur, ia juga turut bersempadan dengan sawah padi, antara punca rezeki utama penduduk di sini.

Dari jauh kelihatan pokok epal ditanam berbaris dan tumbuh dengan ketinggian di paras bahu lelaki dewasa. Bagaimanapun, mungkin waktu kami tiba di Ba Kelalan bukanlah masa yang baik. Selain buah epal yang sudah hampir habis dipetik dari ladang atas faktor kualiti dan tujuan komersial, hujan juga turun renyai. Mujur juga hujan tidak lebat membolehkan kami ‘berpesta epal’. Ada kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ. Manakala ada empat jenis epal dikeluarkan, epal merah yang dikenali sebagai ‘Rome Beauty’ epal kuning kehijauan ‘Mana Lagi’, epal hijau ‘Granny Smith’ dan sejenis lagi epal merah dikenali sebagai ‘Anna’. Antara empat jenis itu, Rome Beauty boleh dikatakan agak lasak. Walaupun digolongkan sebagai epal merah, ia tidak merah sepenuhnya tetapi bercampur hijau. Apatah lagi saiznya lebih besar berbanding yang lain, ia lebih menjadi pilihan di kalangan pelancong yang membelinya sebagai buah tangan. Walaupun sedikit masam, tetapi Rome Beauty rangup berbanding Anna sejenis lagi epal merah yang bersaiz kecil dan sangat lembut seperti sutera. Anna bagaimanapun dipasarkan di bandar terdekat saja kerana ia mudah lebam jika dibiarkan terlalu lama selepas dipetik. Manakala epal jenis Granny Smith adalah kacukan benih dari Australia yang dibawa balik bakanya oleh seorang daripada lima anak Pak Tagal, Mendiang Dr Judson Sakai Tagal, bekas Menteri Muda Pembangunan, Infrastuktur dan Komunikasi Sarawak yang terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2004.


Antara empat jenis yang ditanam, epal Mana Lagi cukup menarik perhatian. Kata Pak Tagal, benih asal Mana Lagi dibawa dari Batu Malang di Indonesia sebelum dikacukkan dengan benih epal lain. Warnanya kuning kehijauan dan baunya harum jika sudah cukup tua. Kata Pak Tagal, ada cerita tersendiri di balik nama Mana Lagi. Kononnya, di Batu Malang seorang pelancong menyukai keenakan dan kerapuhan epal Mana Lagi dan bertanya mana lagi? mana lagi? dan akhirnya nama itu melekat. Satu ketika dulu, ladang itu ditanam dengan lapan jenis epal. Bagaimanapun, atas faktor kualiti, ia dihadkan kepada empat jenis saja. “Epal yang ditanam sekarang yang terbaik dari lapan jenis. Dulu kami berhadapan dengan masalah buah epal yang cepat buruk dan lebam dan sukar dipasarkan,” katanya. Epal Ba Kelalan kata Pak Tagal, akan dipetik dua kali setahun iaitu Mac dan Jun. Memetik epal bukan hanya kerja keluarga dan pekerja saja, tetapi bagaikan pesta untuk seluruh penduduk Kampung Buduk Nur. Malah sesekali acara itu disertai pelancong tempatan dan turut menjadi tumpuan segelintir pelancong Eropah.


Biasanya sepohon pokok epal mengeluarkan hampir 300 biji. Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal. Bagaimanapun jumlah itu tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan. Selain dijual di sekitar kampung, epal Ba Kelalan turut dijual di Lawas, Limbang dan Kota Kinabalu. Kata Pak Tagal, jumlah itu belum ditolak epal yang kurang kualitinya dari segi saiz dan bentuk Epal begitu tidak akan dipasarkan sebaliknya dijadikan jus dan jem. Menyedari Buduk Nur semakin dikenali sebagai lokasi tanaman epal di Malaysia, ia menerima makin ramai pelancong setiap tahun. Justeru bagi memastikan epal sentiasa ada di Ba Kelalan dan pelancong boleh datang dan memetiknya di luar musim, Pak Tagal dan Mutang sedang berusaha untuk menambahkan keluasan ladang.


Begitupun usaha itu kata Mutang, mungkin sukar kerana masalah kekurangan pekerja. Kebanyakan anak muda di Buduk Nur lebih berminat bekerja sendiri atau berhijrah ke bandar berhampiran seperti Lawas selain bekerja di Brunei dan Kuala Lumpur. Selain itu, kebanyakan warga Ba Kelalan lebih tertumpu pada penanaman padi. Beras di Ba Kelalan adalah beras berkualiti yang cukup terkenal dengan nama Beras Bario. Ketika ini Pak Tagal mengusahakan ladang epal dengan bantuan Mutang dan beberapa pekerja mahir yang dibawa dari Indonesia. “Untuk mendapatkan hasil yang baik, masa penanaman epal itu penting. Penghasilan epal juga bergantung pada cuaca.


Walaupun epal mungkin hanya boleh ditanam di kawasan suhu tertentu tetapi ia masih memerlukan matahari. Jika kerap hujan, sukar untuk pokok menghasilkan banyak buah. Tetapi kalau hujan sedikit, pokok dapat dipangkas dan buah lebih banyak,” katanya. Kata Pak Tagal, kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja. Info Jika anda berminat menyertai Pesta Epal Ba Kelalan Jun ini, Penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan twin otter terus dari Miri ke Ba Kelalan setiap hari Rabu manakala pakej percutian Pesta Epal Ba Kelalan ada disediakan oleh Borneo Jungle Safari di talian 03-22604981 (Kuala Lumpur) atau 08-5435736/08-419737 (Miri). Benih Mana Lagi dibawa dari Indonesia SEJARAH tanaman epal di Ba kelalan bermula ketika Andrew Balang Paran, 71, menyertai majlis keagamaan di Batu Malang, Indonesia pada 1974. Kata Andrew, dia teruja melihat kebanyakan penduduk di Batu Malang ketika itu menanam pokok epal di tepi rumah mereka seperti menanam pokok betik. “Ia kelihatan sangat mudah dan pokok epal itu sangat subur,” katanya.


Terlintas di hati Andrew untuk membawa balik benih epal berkenaan dan menanamnya di kampung halamannya, Buduk Nur, Ba Kelalan, Lawas kerana cuacanya yang hampir sama. Andrew tidak perlu membeli benih epal Mana Lagi yang dibawanya dari Batu Malang. Sebaliknya ia diberi percuma oleh rakan-rakannya di Batu Malang. Selepas mendapat kelulusan Jabatan Pertanian Indonesia, Andrew membawa balik 20 anak benih epal menerusi Singapura sebelum tiba di Kuching dan akhirnya sampai di Buduk Nur. “Perjalanannya sangat jauh tetapi dalam hati saya sentiasa ingin mencuba menanam epal dan melihat hasilnya,” katanya yang ditemui ketika Pesta Epal Ba Kelalan, baru-baru ini. Andrew berkata, ketika di lapangan terbang, seorang pegawai kastam dengan sinis bertanya: Bolehkah pokok epal di tanam di sini?


Beliau ketika itu hanya menjawab akan mencubanya. Setahun selepas ditanam, walaupun pokok epal itu tumbuh subur dan membesar, ia tidak berbuah. “Saya hampir putus asa dan meminta pertolongan daripada Jabatan Pertanian,” katanya. Ketika itu Jabatan Pertanian banyak memberi bantuan seperti baja dan mengacukkannya dengan epal jenis lain. Bagaimanapun, tiga tahun menanti pokok epalnya masih tidak berbuah. Andrew akhirnya putus asa dan tidak mahu menjaganya. Deretan pokok epal yang hidup subur tetapi tidak berbuah itu diserahkan pada abangnya Tagal Paran pada 1977. “Waktu itu saya sudah tidak mahu jaga lagi dan serahkan pada abang. Saya katakan padanya buatlah apa saja dengan pokok itu. Kalau pokok epal itu berbuah di bawah jagaannya, itu rezeki dialah,” katanya. Di tangan abangnya Tagal Paran, kebun epal yang asalnya hanya ditanam dengan 20 batang pokok itu diluaskan. Banyak baka epal dari luar negara selain Indonesia dibawa masuk. Malah, Andrew dan mendiang anak saudaranya, Datuk Dr Judson Sakai Tagal turut ke Australia dan Indonesia untuk membeli benih pokok epal. Setahun selepas diserahkan kepada abangnya, pokok epal itu mula berputik dan berbuah. Andrew menyifatkan dirinya masih bertuah walaupun pokok epal itu bukan lagi di bawah jagaannya tetapi dia masih berpeluang melihat ladang itu berkembang dan hari ini menjadi ikon pelancongan di Ba Kelalan.

Info Epal Ba Kelalan
*
Ladang epal Ba Kelalan terletak di Kampung Buduk Nur, Lawas, Sarawak
*Ladang berkeluasan 10 hektar itu dimiliki oleh Tagal Paran.
*Suhu di Buduk Nur adalah, 25°C hingga 32°C (pada siang hari) manakala malam 15°C.
*Terdapat kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ.
*Ada empat jenis epal yang ditanam, 'Rome Beauty', 'Mana Lagi', 'Granny Smith' dan 'Anna'.
*Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal
*Kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja.