I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 19, 2009

Ulasan Konsert ke-6 AF7













Qhaud Pelajar Cemerlang Tetapi Tersingkir !!!!


Itulah realitinya, Qhaud yang menunjukkan persembahan yang paling mantap semalam telah menjadi mangsa tidak professional pengundi yang buta seni, sama seperti nasib Rubisa & Zizi. Sebaliknya Yazid yang yang KONSISTEN SUMBANG di sepanjang 6 konsert AF7 sentiasa mendapat sokongan padu pengundi-pengundi ini. Bilakah transformasi Yazid akan menjadi realiti? Adakah fanclub Yazid akan berjuang berhabis-habisan dengan wang ringgit untuk menJUARAkan Yazid di AF 7?


Yang akan menjadi mangsanya adalah Yazid sendiri. Saya amat faham dengan perasaan Yazid, sebab itulah Yazid rasa DOWN sepanjang 2 minggu ini kerana dia sedar, dia adalah pelajar yang paling lemah di dalam fakulti. Tetapi sifat lurus bendul Yazid telah memancing undi diluar jangka. Walaupun menyanyi dengan tiada emosi, off pitch, pitching out dan kelemahan2 lain tetapi sebaliknya ini tidak menjadi kelemahan di telinga penyokong fanatik Yazid. Mereka tetap mengundi.


Mengapa saya berkata ia akan memalukan Yazid ? Bayangkan kalau Yazid di angkat menjadi juara, bagaimana Yazid hendak menghadapi realiti industri hiburan yang amat mencabar di luar sana? Pastinya Yazid akan menjadi kutukan di media kerana tidak berjaya memberikan persembahan yang baik apabila diundang di mana-mana majlis atau konsert. Akhirnya nasibnya akan seperti juara sebelum ini yang hilang entah kemana kerana atas undi kasihan!! Sepatutnya Yazid yang keluar semalam bukan Qhaud.


Well, nasi telah menjadi bubur, Qhaud tidak sepopular Yazid dan mungkin tidak menonjol dari segi personaliti walaupun mempunyai vokal yang mantap dan tidak pekak nada. Lepas ni siapa pulak yang menjadi mangsa? Mungkin Aishah dan Claudia ! Kita tunggu dan lihat.


LAGU BONUS ( I Want To Break Free / Queen & What I've Done / Linkin Park )

Saya rasa sepanjang konsert berlangsung semalam, ada sesuatu yang tidak kena pada sistem bunyi. Bunyi macam tenggelam timbul dan seolah2 microphone tidak berfungsi dengan baik. Semasa lagu bonus, bunyi muzik lebih nyaring dari vokal pelajar. Pada saya tiada apa yang menarik dengan lagu bonus ini. Nampak masing2 berusaha namun suara mereka tidak blend dengan muzik.


LAWAK JOZAN

Keletah Johan dan Azizan amat mencuit hati. Ini gimik yang terbaik sepanjang konsert AF7. Mereka ni gila, selamba, poyo tapi brilliant ! Mereka benar2 pandai memanfaatkan masa yang singkat tapi memberi lawak yang padat dengan unsur komidi. Tahniah JOZAN !


PENILAIAN PERSEMBAHAN PELAJAR :


AKIM ( Aurora / Estranged )

Kenapa dengan Akim? Semasa sesi latihan di akademi persembahan Akim amat bagus sekali. Tetapi persembahan semalam boleh dikatakan kurang menyerlah sebab suara Akim langsung tidak blend dengan muzik. Key yang Akim guna tidak sama dengan key muzik yang dimainkan. Akim nampak terlalu bersungguh-sungguh tetapi tidak memberi hasil yang diharapkan. Dari segi persembahan amat bagus sebab Akim bijak menggunakan ruang pentas, malangnya tahap persembahan Akim jauh ketinggalan dengan standart konsert ke-6 ini. Malah persembahan Akim dalam konsert2 sebelum ini jauh lebih baik.

5.5/10


ARIL ( Yang Pernah / Estranged )

Persembahan memang tip top! Energetic, pandai berinteraksi dengan penonton di dewan tetapi tidak kepada penonton di rumah. Aksi slide, terbaring, terlentang, mengereng memang VASS tapi OVER DOING! Ia tidak sesuai untuk dilakukan di pertandingan sebegini. Bila tenaga terlalu banyak digunakan lama kelamaan Aril jadi PANCIT dan telah mengganggu vokal Aril. Projection suara Aril tidak begitu kuat dan tidak stabil. Kalaulah Aril pandai menjaga stamina dengan tidak terlalu fokus dengan gerak tari mungkin Aril boleh memberi lebih baik dari semalam.

6/10


HAFIZ ( Pak Belalang / Kristal )

Persembahan Hafiz tidak sehebat persembahan sebelum ini. Mungkin lagu ini kurang mesra telinga dan tidak sebagus lagu2 pelajar lain. Masalah micophone menyebabkan low note Hafiz kurang kedengaran. Persembahan tetap mantap dan Hafiz boleh dikatakan pandai menari. Gesture serta pergerakan tubuh badan selari dengan muzik dan gabungan suara Hafiz dengan Lan vokalis Kristal agak serasi. Satu yang istimewanya pasal Hafiz ialah suara Hafiz tidak pernah sumbang baik semasa membawakan lagu rancak atau perlahan.

7/10


CLAUDIA ( Keindahan Pantai / Kristal )

Transformasi penampilan Claudia jelas kelihatan. Dengan gigi yang baru serta gaya rambut yang ranggi telah mengubah diri Claudia lebih matang dan berimej penghibur. Sebuah persembahan yang bertenaga, kawalan suara yang bagus serta komunikasi yang baik dengan audience. Paduan suara Claudia dengan Lan juga serasi. Peleknya Juri Edry kata dia tidak suka VISUALLY apabila melihat Claudia. Tak cantik ke? Sekali lagi Edry cuba membuat kontroversi!

6.5/10


ISMA (Salah /Cokelat )

Isma sememangnya tidak sesuai dengan konsep band sebegini. Isma macam terlalu mencuba untuk menjadi part of the band menyebabkan dia tidak natural. Suara gemersik Isma lebih sesuai untuk slow number. Tapi tak apa sekurang2nya Isma mencuba dan percubaannya agak menjadi. Sebuah persembahan yang mudah dilupakan.

6/10


AISHAH (Segitiga /Cokelat )

Lontaran suara Aishah amat jelas. Penampilan baru Aishah terutama rambut amat menarik. Cuma saya lebih suka gigi Aishah yang lama yang lebih cute! Tahu tak kos transformasi GIGI Aishah dan Claudia adalah RM 30 ribu seorang??? Terkejut kan? Berbaloi ke kalau Aishah & Claudia tersingkir dan tidak dapat beraksi di final nanti? Tapi takpe ASTRO kan byk duit! Hahaha Cuma saya rasa lebih baik kalau “transformasi Mewah” sebegini dihadiahkan apabila pelajar layak ke final! Betul tak? Kesian Isma, gigi Isma pun perlu ditransformasikan! Berbalik kepada penilaian persembahan Aishah, bagi saya satu persembahan yang agak baik kerana Aishah sudah berani untuk menari dengan rancak dan komunikasinya dengan band boys & Kikan vokalis Cokelat juga bagus.

6.5/10


YAZID ( Aku Di Halaman Rindu / Lefthanded )

Sayang seribu kali sayang, tone suara yang sedap milik Yazid tidak digunakan sebaik-baiknya. Ramai yang memiliki suara yang bagus tetapi tidak terpilih menjadi pelajar AF7. Yazid sepatutnya berterima kasih dan menggunakan peluang semaksima yang boleh. Jangan jadikan alasan gagap, susah dapat feel, tidak boleh fokus seperti yang dinyatakan Yazid di dalam diari, sebaliknya jadikannya sebagai cabaran untuk berjaya. Kita semua tahu Yazid memberi komitmen yang tinggi di dalam kelas namun masalah dalam diri Yazid menyekat Yazid untuk memberi yang terbaik. Lagu Nash ini memang susah, baik dari segi turun naik note yang tinggi dan rendah, ia juga memerlukan ketajaman vokal yang jitu. Sebenarnya Yazid agak berjaya menjiwai lagu ini namun masalah sumbang masih menghantui Yazid. Apa-apapun, saya harap Yazid lebih yakin untuk konsert ke 7 nanti.

4.5/10


QHAUD (Seruan /Lefthanded )

Alangkah kecewanya saya apabila Qhaud tersingkir! Qhaud merupakan salah seorang pelajar favorite saya. Sungguh malang bagi Qhaud apabila persembahan cemerlang beliau semalam tidak membawa apa2 makna. Ini adalah persembahan terbaik Qhaud. Voice control, showmanship, penghayatan, mimik muka semua nya bagus. Tapi kebangkitan Qhaud begitu lambat menyebabkan pengundi sudah tidak berminat untuk menunggu kecemerlangan persembahan Qhaud. Akhirnya Qhaud terpaksa berundur cara terhormat. Insyallah Qhaud boleh berjaya di luar sana. Kita akan ‘miss’ Qhaud di dalam diari kerana Qhaud antara pelajar yang ada karektor yang dapat menghidupkan suasana akademi setiap hari! Qhaud adalah pelajar pilihan saya untuk minggu ini.

7.5/10


BARISAN JURI

Saya masih kurang senang dengan kehadiran juri Edry dan Dato Khatijah. Kedua-duanya saya rasa kurang layak untuk menjadi Juri Tetap AF7. Setakat Juri Jemputan bolehlah. Mereka seolah-olah sudah hilang perkataan atau ayat untuk memberi komen. Tiap2 minggu sama sahaja komen yang diberi, tidak ada pembaharuan. Kalau setakat komen ; very good peformance, do more, good luck, skirt tak cantik, malu2, tak ada movement dll, tak payahlah jadi pengkritik tetap. Apa yang kita mahu biar pelajar dikritik secara technical seperti Shafinaz, Adibah Noor, Paul Moss, Ajai, Hetty Koesendang dan beberapa lagi juri yang bagus2 di musim2 yang lepas. Tetapi untuk Adlin, keep up the good work. Tanpa Adlin tak bernyawalah AF!


A.C Mizal

Dari musim lepas, kekurangan beliau boleh diterima. Namun bila melihat persembahan AC tahun ni, macam tak ada transformasi. Skrip AC begitu lemah. Lawak2 yang tak menjadi memburukkan lagi keadaan. Yang paling saya tak suka apabila AC kata AKADEMI ?? Lepas tu penonton jawab FANTASIA !!! Boring lah! Macam tagline AC Di mana??? ACDC ni! Bukan nak membandingkan beliau dengan Aznil tapi AC patut lebih bijak menukar cara berinteraksi untuk setiap konsert. Harap2 AC dapat improve hingga menjelang konsert akhir!


CARTA SEBELUM KONSERT

Isma 28%

Hafiz 19%

Yazid 13%

Claudia 11%

Aril 10%

Aishah 8%

Akim 8%

Qhaud 4%

CARTA SELEPAS KONSERT

Hafiz 20%

Isma 19%

Akim 11%

Aril 11%

Yazid 10%

Claudia 10%

Aishah 10%

Qhaud 9% Tersingkir



CARTA PILIHAN JEFBUJ

Qhaud 7.5/10

Hafiz 7/10

Claudia 6.5/10
Aishah 6.5/10
Aril 6/10
Isma 6/10

Akim 5.5/10

Yazid 4.5/10

No comments:

Post a Comment