I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 27, 2009

ULASAN KONSERT AF7 KE-7

KEZUTAN AWOOK!!!!

Sekali lagi seperti minggu lepas, keputusan penyingkiran telah mengundang kontroversi! Dari kontroversi pemilihan lagu, pilih kasih, persengketaan, cikgu mengamuk, pelajar memberontak dan sebagainya... sememangnya inilah yang menjadi resepi rancangan terbitan Astro untuk memancing penonton supaya melekat di TV setiap hari! Walaupun dikutuk, dicemuh namun AF tetap menjadi pilihan utama warga Malaysia. Saya rasa tidak mustahil demam AF turut melanda Brunei & Singapura! Tahniah Astro! Walaupun usia AF telah mencecah 7 tahun namun demam AF tidak pernah kebah.

Satu lagi kejutan yang berlaku semalam. Saya macam tidak percaya dengan apa yang saya lihat semalam. Semua tahu, Airil merupakan pelajar favourite musim ini. Keluar sahaja Aril membuat persembahan tak kira dia sumbang, over acting, kena kritik pedas oleh juri namun Airil tetap dipuja. Walaupun Airil bukan peserta pilihan saya namun saya amat terhibur dengan semua persembahan Airil. Kita tahi yang Airil sememangnya budak yang agak hyper baik di dalam diari apa tah lagi di konsert. Minggu depan saya dapat bayangkan betapa sunyinya akademi tanpa seorang pelajar yang bernama Airil.

Dalam ramai yang memuja begitu juga yang mengutuk. Itulah yang terjadi kepada Airil. Di c@15 boleh dikatakan nama Airil yang paling meletup. Macam2 gelaran diberi, telinga capang, kuali astro, poyo, gedik, mat inter frame, pengampu cikgu dan 1001 macam lagi gelaran yang menyakitkan telinga namun itulah aura Aril yang sebenar. Seperti Mawi dahulu ramai yang mengutuk dari memuji namun nasib menyebelahi Mawi apabila Mawi dinobatkan sebagai Juara AF3.

Kesian Marsha, penyingkiran Airil disebabkan oleh Marsha... itulah luahan chatters di c@15. Saya rasa taklah, Airil keluar sebab dari konsert pertama lagi Airil tidak pernah tersenarai ke Top 3, walaupun persembahannya mantap. Jadi it’s a high time for him to leave! Kita kena terima kenyataan. Tapi Airil jangan kecewa, Airil tetap akan mendapat tempat di luar sana kerana Aura Airil begitu kuat. Contohnya lihat si Aizat, walaupun terkeluar awal namun kejayaan Aizat melampaui pelajar2 yang masuk final. Good luck Airil!

LAGU BONUS - Fiona

Saya suka dengan harmoni suara pelajar, begitu serasi dan step yang simple pun tidak menyakitkan mata. Walaupun ada stail 4U2C namun ia tidak membayangi 4U2C. Yang peliknya kenapa AC tak dapat ikut rentak mereka sedangkan itu adalah lagu AC sendiri. AC sengaja kot! Apa-apa pun saya terhibur dengan persembahan mereka.

LAGU BONUS - UNTUK MU

Saya rasa ada distraction dalam persembahan Aishah, Claudia dan Isma. Macam tidak ada harmoni. Mungkin suara Claudia yang besar tidak sesuai dengan suara Aishah & Isma yang banyak menggunakan teknik headtone & falsetto. Persembahan mereka pun terlampau selamba menyebabkan projection suara mereka tidak dapat hit certain notes. Walaubagaimana pun tarian mereka bagus.


LAGU MENUJU PUNCAK

Saya rasa tarian Menuju Puncak minggu ini adalah yang terbaik walaupun ditarikan oleh 7 orang pelajar sahaja. Pergerakan mereka sharp dan penuh berkeyakinan. Banyak step yang baru yang Cikgu Aris masukkan dalam tarian ini. Vokal mereka pun baik. Tahniah Cikgu Aris kerana sentiasa mengubah step yang pelbagai & menarik setiap minggu.

Berikut adalah keputusan carta SMS selepas konsert yang dikeluarkan pada jam 11.30 malam.

AFIZ 40% AISHAH 22% YAZID 13% AKIM 12% CLAUDIA 12% ISMA 1%

Walaubagaimanapun carta sebenar akan saya tunjukkan dibawah. Keputusan undian di atas adalah undian yang baru masuk selepas undian ditutup. Nampaknya undian Hafiz telah mengatasi jauh berbanding dengan undian pelajar lain. Apa yang menjadi persoalan ialah undian Isma cuma 1% tetapi ia akan meningkat dengan cepat keesokan harinya dan akan memintas Juara Carta dalam sekelip mata. Undian Isma tidak pernah kurang dari 35% sepanjang minggu dan inilah yang menghairankan banyak pihak. Apa2pun jawapan ada ditangan Astro dan Astro WAJIB memberi kenyataan di dalam akhbar supaya pengundi faham akan keadaan sebenar.

ULASAN PERSEMBAHAN PELAJAR

AIRIL

Sayang sekali kecemerlangan Airil minggu ini dibalas dengan penyingkiran sama seperti Qhaud minggu lepas. Walaupun telah mendapat pujian melambung dari ketiga-tiga Juru namun itu tidak cukup untuk menjadi tiket Airil beraksi ke final! Saya amat terhibur dengan persembahan mantap beliau. Body gesture yang menarik, performance seperti seorang ‘superstar’ walaupun suara agak serak kerana masalah sakit tekak. Apabila Airil diumumkan sbagai pelajar yang terkeluar sorakan dan jeritan di dewan seolah-olah tidak rela Airil disingkirkan. Namun ini adalah kenyataan, Airil keluar bermaruah! Jangan bimbang Airil akan lebih berjaya diluar sana. Mungkin sudah beratur producer nak ambil Airil sebagai pelakon kerana Airil memang ada aura sebagai seorang pelakon!

8.5/10
CLAUDIA

Claudia nampak berubah dengan imej rambut straightened wet look. Nampak lebih ayu. Bagi saya persembahan Claudia ada feel dan berjaya membawa lagu ini dengan baik. Saya kurang faham apabila Adibah dan Adlin mengatakan Claudia masih kurang menghayati lagu. Nak sangat saya lihat mereka berdua bawa lagu ni dan kita lihat apa kah ’feel’ yang dimaksudkan. Lain orang lain caranya. Cara Claudia adalah cara Claudia, cara Adibah adalah cara Adibah. Kadang2 kita nampak percanggahan pendapat antara Juri, yang sorang kata very good performance yang sorang kata kurang yakin! Tah lah….. mengomen memang senang tapi bila buat boleh ke? Kita tengok artis2 pun santai je, tak da lah nak feel gila2 atas pentas. As long as penonton terhibur dah ok bagi saya. Saya lebih terarah kepada komen yang ‘mengajar’ bukan komen ‘menghentam’ atau syok sendiri. Kalau kata salah tunjukkan yang betul. Barulah pelajar tahu untuk membetulkan kesalahan mereka.
6/10


AKIM

Inilah dia yang dikatakan persembahan yang ‘colorful’ dan ‘energetic’. Melompat, menari, terun bawah, angkat kerusi ini semua adalah ‘creative performance’. Tahniah Akim kerana memberi yang terbaik, Cuma stamina kena jaga sebab di akhir persembahan Akim pancit sikit.
Saya kurang senang dengan Adlin yang mengatakan“kau hisap dadah ke?’ Apa ni Adlin? Mulut tu control sikit le! Kalau dalam kelas tak apa tapi ni untuk public viewers. Saya harap pihak produksi dapat menegur Adlin supaya pandai menjaga tertib apabila memberi komen.
Satu lagu lawak bodoh dari AC , Akim nak transform jadi GEGIRL! Lawak ke??? Lain kali buat skrip elok2 dan dengar kritikan peminat, kalau tak nak dibandingkan dengan Aznil at least belajar lah dari Aznil macamana nak buat lawak yang spontan yang boleh diterima akal.

7.5/10

YAZID

Berbaloi Yazid kena marah di dalam kelas dan inilah hasilnya. Penuh penghayatan, kareogafi yang baik walaupun tak terkinja-kinja macam selalu. Level of confidence juga amat tinggi dan penampilan Yazid pun nampak kemas, up to date dan tidak berserabai seperti selalu. Tahniah Yazid, akhirnya keluar jugak si Yazid dari comfort zone beliau.

7/10

AISHAH

Lagi satu penghinaan dari AC kepada pereka baju. Macam bungkus keropok Den Dang! Patutkah AC berkata begitu? Walupun baju Aishah too colorful tapi AC tak perlu nak komen baju pelajar. Apa-apapun persembahan Aishah masih comel seperti biasa dan tiada yang baru. Aishah kena tengok persembahan Aishah berkali-kali di dalam TV dan kaji apa yang tak kena dengan persembahan Aishah. Mungkin Cikgu Aris kena buat post mortem sebab Cikgu Aris adalah guru tarian & persembahan.
Masalah Aishah adalah Aishah ‘malas’ di atas pentas. Terpacak di tengah stage dan mengepak tangan, jalan takut-takut dan inisemua harus diubah. Takkan every concert mendapat komen yang sama pun tak faham-faham lagi. Suara Aishah memang superb, jelas dan bersih kalau dibandingkan dengan suara pelajar lain, namun Aishah harus bijak menggunakan kelebihan suara Aishah dan melakukan perubahan dari segi persembahan di atas pentas. Kalau Aishah berjaya melakukan ini, tidak dapat diragukan lagi Aishah akan tersenarai antara pelajar yang layak ke final!

6.5/10

HAFIZ

Hafiz,hafiz,hafiz………… hafiz telah membuatkan saya tidak senang duduk semalam. Mana tidaknya, hingga ke akhir latihanpun Hafiz belum menghafal lirik yang berjela-jela tu. Seperti yang dinanti-nantikan tenaga pengajar, barisan juri, peminat dan tak kurang juga kelab anti-hafiz di C@15, Hafiz telah berjaya membawa lagu rentak RAP dengan baik walaupun ada terlupa sikit lirik pada verse yang pertama. Tahniah Hafiz! Saya memang telah menjangkakan Hafiz akan berjaya melakukannya. Kehadiran vokalist wanita dari lagu asal Najwa, turut memberi semangat kepada Hafiz.
Persembahan yang mantap, mempunyai rappers attitude, good communication with the audiences and what more to say??? You are the Juara in the making!!! Saya tercuit hati apabila melihat gelagat tenaga pengajar yang bersorak dan memberi standing ovation setelah Hafiz mengakhiri persembahan menandakan Hafiz lulus dengan cemerlang! Saya harap minggu depan pihak fakulti akan berlaku lebih adil untuk memberi lagu yang bagus, mesra telinga dan melodious kepada Hafiz kerana sebelum ini semua lagu adalah lagu yang kurang popular kalau hendak dibandingkan dengan lagu2 pelajar lain.

8/10

ISMA

Boleh dikatakan inilah persembahan yang paling lemah dari Isma kalau dibandingkan dengan persembahan2 sebelum ini. Improvisation yang dilakukan adalah sama pada semua lagu yang pernah Isma bawakan sebelum ini. Isma seperti terlalu bersungguh-sungguh menyanyikan lagu yang agak senang ( bak kata Adlin ). Ini menyebabkan Isma seperti tertekan dan tidak relaks. Voice projection pun kurang menjadi dan agak goyah dihujung-hujung notes. Habit memegang kepala ( seperti Saeda AF6) masih menganggu stage presence Isma. Bagi saya persembahan dari Isma adalah salah satu persembahan pelajar yang kurang saya nantikan selain Yazid di setiap konsert kerana saya boleh menjangkakan tidak ada apa-apa pembaharuan yang mereka boleh tunjukkan. Oleh itu saya harap Isma & Yazid harus mencari X factor masing2 kalau hendak menjadi bintang di masa akan datang. Kalau setakat menang undian sahaja tidak akan kemana-mana.

5.5/10

Penyingkiran Airil merupakan satu kontroversi!!

Carta undian sebelum konsert
Isma 24%
Yazid 19%
Hafiz 14%
Aril 12%
Akim 11%
Claudia 10%
Aishah 10%
Carta undian selepas konsert
Hafiz 17%
Isma 17%
Aishah 15%
Yazid 15%
Akim 14%
Claudia 11%
Airil 11%

Carta pilihan jefbuj
Airil 8.5/10
Hafiz 8/10
Akim 7.5/10
Yazid 7/10
Aishah 6.6/10
Claudia 6/10
Isma 5.5/10

No comments:

Post a Comment