Panasnya apabila pengetua wanita pertama Akademi Fantasia musim ke tujuh (AF7), Datin Seri Tiara Jacquelina, 41, dipersoalkan kewibawaannya mengemudi rancangan realiti itu. Tiara dikatakan tidak serius membentuk para peserta untuk menjadi penyanyi lebih berkualiti seperti yang diharapkan. Malah kononnya beliau sebagai pengetua senang “dibuli” oleh para pelajar kerana tidak tegas.
Akibatnya ada pihak cuba membandingkan beliau dengan pengetua-pengetua sebelum ini seperti Freddie Fernandez, Ramli Sarip, Ramli M.S dan M.Nasir yang dilihat mempunyai karisma seorang pengetua.
Lebih daripada itu, kredibilitinya dipersoalkan. “Tak ada pengetahuan dalam bidang muzik, ada hati nak ajar orang jadi penyanyi.” Begitulah bunyi cakap-cakap orang. Tetapi tak ramai tahu Tiara sebenarnya boleh menyanyi. Beliau pernah merakamkan single berjudul Asmaradana untuk filem Puteri Gunung Ledang.
“Saya ada cara sendiri. Jangan samakan saya dengan orang lain. Sindiran mengatakan saya tak tahu muzik tak betul kerana saya pernah menyanyi dan belajar muzik di luar negara. Tahukah orang yang saya sebenarnya boleh bermain gitar?,” soal Tiara menepis cakap-cakap tak berasas yang dilemparkan terhadapnya.
Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Tiara merungkai transformasi yang cuba beliau bawa dalam AF7 kali ini selain menjelaskan kenapa beliau terpilih menjadi pengetua rancangan itu.

Ikuti komen Tiara.
Sudah tiga minggu AF7 disiarkan. Dalam tempoh itu Tiara menerima tamparan negatif mengenai transformasi yang hendak dibawa. Apakah transformasi itu?
Sebelum itu saya nak jelaskan yang kita perlu berani untuk berfikiran lebih jauh. Kalau tak ada pemikiran macam tu, sampai bila-bila pun kita tak akan ada wawasan. Begitu juga dalam industri ini agar kita tak berada di takuk lama. Kalau tak ada penanda aras itu, bila kita bertanding, kita akan kalah.

Maksud Tiara?
Mudah saja. Sebab itu saya letakkan AF7 ini pada satu penanda aras yang tinggi iaitu sebuah transformasi. Sebagai contoh kalau saya nak buat filem, teater, saya nak pencapaiannya lebih jauh daripada apa yang pernah saya capai sebelum ini. Begitu juga dalam AF! Saya mahu budak-budak dalam AF7 lebih bagus dari AF yang lepas-lepas.

Percubaan Tiara sebelum ini mungkin tercapai kerana itu bidang Tiara. Teater, lakonan adalah “makanan” Tiara. Tapi ini AF? Mungkin berbeza.
Saya tahu selama ini saya selalu dapat yang manis-manis saja. Tetapi kena ingat, teater atau filem saya sebelum ini saya yang kontrol sendiri. Tapi tidak dalam AF. Sebab itu saya letakkan penanda aras tinggi. Kalau budak-budak tak boleh capai 100 peratus, dia orang dapat 7 peratus kejayaan itu pun dah cukup. Tengok sajalah dalam PGL (Puteri Gunung Ledang). Saya bekerja keras nak filem itu masuk dalam Academy Awards. Alhamdulillah, tak menang pun ia tersenarai peringkat akhir (tempat ke 49, filem bahasa asing terbaik Academy Awards 2004) cukuplah. Itu yang saya mahu di dalam AF7 ini. Apa-apa pun kita sahut dulu cabaran dulu.

Dalam tempoh tiga minggu ini macam mana perkembangan pelajar-pelajar itu?
Semua orang tengok pada minggu pertama pun dia orang dah tunjuk motivasi nak jadi ikon dalam industri. Mereka memang berbakat. Tapi kali ini fokus kita bukan saja nak cari penyanyi tapi penghibur serba boleh. Kadang-kadang orang tak faham sebab apa saya dibawa masuk? Orang persoalkan kenapa saya tetapi dia orang tak tahu saya ada latihan formal sebagai penyanyi cuma saya kembangkan bakat dalam bidang lakonan. Sebab itu ada Ida Nerina juga kali ini. Dia akan membantu melahirkan orang yang ada bakat serba boleh.

Kenapa begitu?
Kita tengok artis-artis AF bila habis AF, mereka keluar bukan saja jadi penyanyi tetapi berlakon. Ramai budak AF yang lepas-lepas berlakon. Sebab itulah dalam AF7 ini Astro mahu para pelajar menjadi artis yang serba boleh supaya mudah dia orang nak pilih bidang masing-masing selepas tamat AF nanti.

Apabila kredibiliti Tiara dipersoalkan, ada tak apa-apa tekanan?
Tipulah kalau saya kata tak ada. Kerusi pengetua AF ni satu kerusi yang panas. Kita kena menghadapi macam-macam ujian. Tapi saya tahu arah yang hendak saya bawa. Setiap minggu ada fokus tersendiri selain perancangan yang sistematik. Bakat yang saya ada selama ini saya gunakan untuk menjadi ketua yang baik. Yalah... dah 20 tahun saya terlibat dalam bidang seni. Bakat saya ini akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya.

Ada orang kata Tiara tak serius dengan budak-budak. Apa komen?
Saya besarkan anak-anak tak pernah tengking mereka tetapi mereka tahu saya serius. Saya bukan jenis kalau tak puas hati baling pen, tunjukkan tangan atas kepala orang. Bukan macam itu. Setiap individu itu ada cara dia tersendiri. Saya jenis yang tak suka marah orang. Takkan dalam AF saya nak berlakon marah pula?

Bagaimana Tiara berhadapan dengan komen-komen luar?
Saya pernah menyanyi di pentas muzikal yang ditonton ribuan orang selama 23 malam berturut-turut. Orang juga tak tahu yang saya ada kemahiran muzik. Percaya atau tak saya boleh baca nota muzik? Masa saya di Australia, saya belajar muzik klasik. Saya pun boleh main gitar. Tapi berapa kerat sangat yang tahu? Sebaliknya mereka buat tuduhan tanpa ada asasnya kepada saya. Cuma diri saya ni lebih menonjol dalam bidang lakonan dan teater. Tak ramai tahu saya juga ada single sebelum ini. Tapi tak apalah saya anggap komen-komen itu pembakar semangat untuk saya lebih berjaya. Saya tak hirau sangat apa orang nak kata kerana tumpuan saya untuk melahirkan pelajar AF7 yang lebih baik.

petikan : utusanmalaysia.online 290309
No comments:
Post a Comment