I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 10, 2010

PELAJAR WANITA AF8

Nadia Emilia Roselan [ Klang ]
Siti Adira Suhaimi [ Ranau ]

Dyg. Nor Anum Arjuan Aharun [ Tawau ]
Erma Suhaima [ Ranau ]
Nadiawati Ainul Nasir [ Sandakan ]
Zafarina Jamhari [ Bintulu ]

Tuesday, March 09, 2010

NORMAN MAHU UBAH STIGMA


NORMAN berharap dengan suntikan baru yang diperkenalkan dalam AF8 akan membawa satu perubahan kepada industri...
TANPA disedari masa pantas berlalu, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akan membuka tirainya Sabtu ini (13 Februari) dengan konsert pengenalannya iaitu Tirai AF8.
Sebelum itu, kehangatan AF8 terus memuncak apabila hari ini akan berlangsungnya sidang akhbar untuk memperkenalkan barisan pelajar yang akan menghuni AF8.
Buat masa ini segala-galanya masih lagi rahsia tentang bilangan pelajar yang sudah pun dipilih oleh pihak Astro.
Daripada desas-desus yang diperkatakan, Hits difahamkan jumlah kali ini akan kembali kepada bilangan asalnya iaitu 12 orang pelajar sahaja.
Sudah pasti individu paling sibuk dan tidak duduk diam ketika ini adalah pengetuanya, Norman Abdul Halim yang juga merupakan mereka yang berada dalam panel penilaian untuk memilih pelajar-pelajarnya.
Ketika bertemu dengan Norman di pejabatnya, Wisma KRU yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur minggu lalu, dia begitu optimis dengan bakat baru yang akan menghiasi layar kaca pengikut setia AF setiap minggu nanti.
Apa yang pasti katanya, mereka yang terpilih kali ini memiliki bakat yang tersendiri malah Norman sendiri mengakui bayangan hala tuju mereka dalam industri seni khususnya bidang muzik.
Bukan itu sahaja, daripada bicaranya sendiri, dapat disimpulkan Norman bakal memperlihatkan ketegasannya dalam memimpin AF8 khususnya terhadap para pelajarnya.
Dalam masa yang sama juga, dia mahu mengubah stigma lapuk masyarakat yang menganggap semua bintang realiti seperti mee segera.
"Saya mahu pelajar-pelajar ini sedar bahawa perjalanan mereka untuk berada dalam AF8 bukan satu perkara yang mudah.
"Saya menjelaskan kepada mereka dan memberi gambaran kepada mereka bahawa apabila berada dalam akademi ia umpama menikmati satu hidangan yang sungguh enak.
"Tetapi, bagaimana cara untuk mereka menghabiskan hidangan dan mengenyangkan perut mereka sekali gus merasa puas dengan santapan itu, semuanya bergantung kepada diri masing-masing," ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah pelajar sebenar untuk musim ini dan hanya memberitahu semuanya akan terjawab hari ini.
Bukan itu sahaja, Norman turut menjelaskan dia mahu semua anak-anak buahnya sentiasa bersikap optimistik dalam setiap langkah mereka selain cuba memikat hati masyarakat dalam menilai bakat mereka.
"Saya juga tidak mahu mereka mengamalkan sikap tidak apa dan hanya bersyukur apabila dapat berada dalam akademi.
"Apa yang saya mahukan daripada mereka ialah untuk memiliki semangat dan fokus kepada pembelajaran dalam mengejar impian mereka untuk menjadi juara AF8.
"Setiap daripada mereka harus ada sikap itu biarpun kita tahu ini semua adalah pertandingan realiti televisyen di mana segala kemungkinan boleh berlaku.


Elemen merit
"Tetapi, apa yang penting adalah sikap mereka sendiri yang harus diubah dan jika mereka melakukannya dari sekarang, ia akan menjadi mudah apabila mereka keluar nanti," kata Norman lagi.
Sudah 18 tahun berkecimpung dalam industri seni, memang kredibiliti Norman tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sebagai seorang anak seni dan juga ahli perniagaan yang berjaya, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai misi serta visinya tersendiri.
Jika tidak, mana mungkin dia dan dua adiknya, Yusry dan Edry mampu bertahan sehingga kini dan mengecapi kegemilangan yang terus memperkukuhkan nama serta jenama mereka di persada seni tanah air.
Maka itu, untuk AF8 ini, Norman juga menerapkan elemen merit apabila dia mensasarkan 50 peratus daripada jumlah pelajar untuk musim ini akan dapat menjadi seorang penghibur sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga lima tahun.
Mengambil contoh formula yang digunakan oleh KRU untuk alumni AF lain seperti Adam dan Dafi misalnya, Norman yakin sasarannya itu dapat direalisasikan seperti mana dia dan tenaga pengajar lain mahukan.
Adam katanya, biarpun sudah enam tahun menjadi seorang artis, dia masih lagi diminati sehingga berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan juga Anugerah Bintang Popular.
"Saya gembira kerana cadangan saya ini diterima dengan baik oleh tenaga pengajar sendiri dan mereka berikrar akan berganding bahu dan bekerjasama dengan saya untuk mencapai sasaran itu.
"Tetapi, sekali lagi, semuanya berbalik kepada pelajar itu sendiri yang harus berusaha gigih untuk menjadi seorang penghibur yang baik.
"Jujurnya, bagi saya AF merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baru kerana bukan mudah untuk menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman biarpun dalam tempoh tiga bulan sahaja," ujar Norman yang juga meminta bantuan Yusry dan Edry bagi membantunya mengesan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi seorang penghibur dengan menonton AF8.
Apabila menyertai pertandingan realiti TV seperti AF, tidak dinafikan ada kalanya tuah juga memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan seni mereka apabila keluar kelak.
Malah, ada juga mereka yang tersingkir awal daripada program tersebut lebih berjaya daripada sang juara yang dipilih oleh masyarakat sendiri.
Dalam konteks ini, contoh terbaik ialah Aizat yang merupakan bekas pelajar AF5 apabila dia berjaya membuktikan kepada masyarakat dan pencinta seni tanah air bahawa dia memiliki bakat yang cukup hebat.


Melihat potensi
Bukan sekadar menyanyi, tetapi dia juga mempunyai kelebihan dari aspek penciptaan lagu yang kini meletakkannya antara bakat baru yang mampu bertahan lama dalam industri.
Mengajukan persoalan ini kepada Norman, memang dia tidak menafikan elemen tuah dan rezeki itu turut menyumbang kepada kejayaan seseorang artis itu.
Tetapi, dalam masa yang sama juga, mereka (artis) perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencorak muzik dan hala tuju mereka di dalam industri.
"Aizat berjaya kerana dia memiliki bakat sebagai seorang penyanyi dan juga komposer yang memang susah untuk dicari dalam zaman ini dan kehadiran bintang seperti Aizat bukan selalu hadir.
"Kejayaan Aizat juga adalah kerana dia tahu apa yang dia mahukan dalam kariernya dan dia sendiri yang mencorakkan diri dan muziknya mengikut gerak hatinya.
"Itu juga yang saya mahu lihat dalam diri pelajar musim ini kerana mereka semua ada bakat. Malah, saya sendiri sudah melihat potensi beberapa orang daripada mereka memiliki pendirian dan wawasan tersendiri," jelasnya memberikan pandangan peribadinya.
Kerana itu, dia sudah merangka beberapa strategi untuk mempamerkan bakat anak-anak buahnya dalam konsert mingguan khususnya dalam genre muzik yang mereka gemari.
Malah, Tirai AF8 kelak akan menyaksikan pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu yang merupakan lagu pilihan mereka sendiri.
Menjadikan American Idol sebagai contoh terbaik dalam mempersembahkan bakat mereka, walau bagaimanapun, kata Norman, semuanya itu hanya akan dapat disaksikan bermula konsert mingguan keenam
"Saya sudah pun berbincang dengan pihak Astro dan ternyata mereka bersetuju dengan idea untuk menggubah susunan muzik mengikut genre masing-masing seperti mana dalam American Idol.
"Apa yang saya harapkan dengan suntikan baru ini dapat menarik perhatian peminat baru serta membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk menilai bakat mereka," katanya yang memohon pengertian semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan bekas pengetua AF yang lain.
petikan : utusan malaysia / 090310

Sunday, March 07, 2010

HAFIZ @ THE SPRING, KUCHING
















































Petang tadi saya berkesempatan melihat persembahan hafiz di The Spring sempena dengan pelancaran Surat khabar The Star untuk edisi Sarawak. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Abang Johari . Mulai esok pembaca di Sarawak akan mendapat naskah lebih cepat, lebih murah dan lebih padat dengan berita2 tempatan. Kalau sebelum ini kebanyakkan surat khabar nasional sampai agak lewat di Malaysia Timur, tetapi dengan penerbitan edisi khas ini semuanya akan berubah. Tahniah The Star!
Untuk menyerikan lagi pelancaran tersebut, Hafiz telah diundang khas untuk menghiburkan para pengunjung. Wow ! Satu kejutan apabila Hafiz menampilkan imej baru dengan berambut kemas & pendek. Hafiz nampak lebih 'handsome dan macho' namun tetap comel! Dengan membawa 3 buah lagu termasuk lagu berhantu Masih Jelas Hafiz berjaya memukau para hadirin semua!
Vokal Hafiz sungguh mantap dan yang paling jelas skil komunikasi beliau amat bagus terutama apabila beliau berinteraksi dengan penonton. Malah semasa sesi 'game' bersama penonton, Hafiz sedikitpun tidak kekok dan nampak bersahaja. Keletah Hafiz berjaya mencuit hati penonton. Tahniah Hafiz........
** Bagi yang belum mengundi Hafiz untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian... lakukan sekarang ya! Jangan lupa!

Saturday, March 06, 2010

HAIWAN SEPERTI GORILLA DI MARIKH


GAMBAR Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan yang dikaji oleh Nigel Cooper mendapati terdapat wajah seperti seekor gorila raksasa (dalam bulatan) di planet Marikh.
LONDON - Adakah terdapat seekor gorila raksasa berbulu kelabu di planet Marikh?
Menurut sebuah akhbar semalam, beberapa peminat fanatik angkasa lepas mempunyai pendapat seperti itu selepas melihat gambar yang dihantar oleh sebuah robot kenderaan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari Marikh ke bumi.
Seorang peminat angkasa lepas, Nigel Cooper yang mengkaji beribu-ribu gambar yang dirakamkan oleh sebuah robot milik NASA, telah mengemukakan pandangannya di Internet dan berkata: "Ia (gambar mirip gorila) seperti satu makhluk."
Cooper yang berusia 43 tahun dari bandar Grimsby, England kemudian menegaskan: "Saya yakin ada kehidupan di sana (Marikh)."

petikan
Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Friday, March 05, 2010

NASIHAT AZNIL BUAT JIMMY

petikan : UTUSAN MALAYSIA
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

BIARPUN berlainan generasi, namun Aznil tidak lokek berkongsi pengalaman dan nasihat dengan Jimmy..
NAMA pengacara tersohor ini kembali menjadi sebutan menjelang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang akan membuka tirainya minggu depan.
Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, nama Aznil Nawawi sudah mula dicanangkan apabila AC Mizal mengumumkan pengundurannya daripada menjadi pengacara konsert mingguan.
Maka ramai yang menaruh harapan untuk melihat Aznil kembali mengendalikan rancangan realiti televisyen nombor satu negara itu.
Sementelah AF berjaya meletakkan namanya di puncak selama lima musim.
Bukan sekadar posisi pengacara, namanya juga disebut-sebut sebagai salah seorang calon kerusi pengetua AF8.
Tetapi, semua telahan itu silap apabila Astro mengumumkan secara rasmi siapakah individu yang akan memegang portfolio ‘panas’ itu.
Biarpun begitu, hanya ada satu lagi posisi yang belum diisi dan kedudukan itu juga bukanlah sembarangan iaitu pengkritik tetap AF8.
Sekali lagi, nama Aznil diletakkan di senarai teratas apabila dia dikatakan akan menduduki tempat yang sebelum ini dipegang oleh Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramlie, Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura dan Edrie Hashim itu.
Kalaulah Aznil kembali ke gelanggang AF sebagai pengkritik tetap musim ini, ia merupakan khabar paling gembira buat peminatnya dan pengikut setia AF.
Namun, Aznil lebih selesa untuk mengambil sikap berdiam diri biarpun berkali-kali diasak dengan pertanyaan sewaktu menjalani sesi fotografi bersama Jimmy Shanley baru-baru ini..
Sebetulnya, sehingga kini, tiada sebarang tawaran rasmi daripada Astro buat Aznil. Namun beliau mengakui, sudah ada perbincangan antara kedua-dua belah pihak.
Sebagai orang lama dalam akademi seni itu, Aznil juga tidak teragak-agak mengesahkan penyertaannya sebagai pengkritik tetap AF8 sebaik menerima tawaran itu.
“Sebagai pengkritik tetap, saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu para pelajar membina keyakinan diri mereka untuk bergelar penghibur.
“Saya tidak akan menyentuh aspek teknikal kerana akan ada individu yang lebih layak untuk memperkatakan tentang soal itu.
“Cuma, saya mahu berkongsi dengan para pelajar pengalaman yang telah saya timba dan perolehi sepanjang dua dekad bergelumang dalam industri,” kata Aznil memberikan jawapannya terhadap khabar angin yang sedang bertiup kencang buat masa ini.
Kalau benar sekali pun Aznil sudah sah menjadi pengkritik tetap, pastinya ia merupakan satu rahsia besar yang hanya dapat dibongkar pada konsert mingguan AF8 pertama pada 20 Mac ini.
Malah, dengan penuh jujur anak jati Kuala Lumpur ini memberitahu, dia rela menjadi pengkritik tetap daripada kembali sebagai pengacara. cerita selanjutnya ....

Thursday, March 04, 2010

BERTUAH BADAN BAKAL PELAJAR AF8

PETIKAN DARI : BLOG BADRUL/MURAI.COM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia!
Minggu lepas Ajieb dari Murai ada buat rakaman untuk rancangan Apa Kata M beliau dan menjemput Diddy Hirdy untuk menjadi artis jemputan. Apa yang menarik, rakaman ini diadakan di Akademi, tempat yang bakal diduduki oleh pelajar-pelajar AF8 selama tiga bulan (untuk yang berjaya ke final lah!).
Jadi, sebagai pengurus Diddy, saya menjadi antara orang luar yang terawal dapat melihat keadaan di dalam akademi. Dan berada di dalam akademi selama dua jam, apa yang dapat saya katakan adalah, bertuah badan pelajar-pelajar AF8 ini. Sepanjang AF berlangsung hampir ke musim yang kelapan ini, saya belum pernah lagi melihat keadaan di dalam akademi. Musim pertama dulu adalah juga menjenguk bungalow tempat tinggal mereka, tapi lebih kepada persekitaran di luar sahaja.
Kali ini saya dapat melihat keseluruhan tempat mereka tinggal dan belajar. Menurut Diddy, keadaan di dalam akademi jauh lebih besar berbanding ketika beliau berada di akademi. Kalau nak tahu lebih lanjut perbezaannya, nantikan rakaman Apa Kata M bersama Ajieb tak lama lagi. Dari pandangan saya pula, apa yang saya boleh katakan, bakal pelajar AF8 ini sangat beruntung!
Bermula dengan ruang belajar yang sungguh luas dan selesa. Ada beberapa kelas besar untuk mereka belajar. Satunya adalah kelas tarian yang lengkap dengan sistem audio dan visual, satu lagi kelas vokal yang dilengkapi dengan piano, manakala satu lagi bilik tempat untuk mereka jamming, lengkap dengan gitar serta set dram.
Ada beberapa ruang lain lagi yang tersedia untuk mereka melepak dan mungkin juga belajar. Satu ruang lengkap dengan sistem audio dan visual, mungkin juga tempat untuk mereka menonton kembali konsert yang telah lalu. Ada ruang rehat lengkap dengan sofa, malah banyak kerusi dan sofa hampir di seluruh ruang.
Selain itu, terdapat juga bilik solat tersedia untuk mereka menunaikan ibadah. Ada juga ruang makeup khusus yang disediakan oleh penaja. Selain dari itu, ruang dapur yang cukup luas (lebih besar dari sesetengah ruang tamu rumah orang biasa) dan set beberapa set meja makan untuk mereka menikmati juadah yang mungkin ada di antara mereka belum pernah merasa sebelum ini.
Dari ruangan tempat mereka belajar, saya ke ruangan hostel mereka. Gila! Memang sangat mewah. Hostel lelaki dan wanita terpisah agak jauh tetapi kedua-duanya mempunyai kemewahan yang sama. Bukan hanya setakat bilik tidur, hostel mereka dilengkapi dengan ruang tamu yang sangat luas, serta dapur yang cukup lengkap dengan peti sejuk dan peralatan lainnya.
Memang bertuah badan! Itu hanyalah dari segi fizikal yang mereka bakal nikmati apabila masuk ke dalam akademi nanti. Saya percaya lebih banyak lagi tajaan yang bakal mereka perolehi sama ada dari segi pakaian atau hadiah-hadiah lainnya. Dan jangan lupa pula soal tenaga pengajar yang bakal mendidik mereka selama tiga bulan.
Mereka akan diajar oleh tenaga-tenaga pengajar di antara yang terbaik di Malaysia. Nyanyian, tarian, drama dan lain-lain ilmu lagi bakal diturunkan kepada kedua belas pelajar nanti. Sayang sungguh kalau peluang yang sebegini hebat tersedia untuk mereka disia-siakan. Kalau mereka hanya mengimpikan glamor dan populariti, mereka akan pulang dengan kekosongan, bukan sahaja pada minda tapi juga pada hidup mereka.
Kalau dilihat dengan kemewahan yang tersedia, seumpama anak-anak golongan yang berada belajar di sekolah yang berprestij dengan yuran pengajian yang sangat tinggi. Dan mereka ini pula dapat belajar di akademi tanpa membayar satu sen pun! Hebat sungguh! Jika anda ingin melihat visualnya, jangan lepaskan peluang untuk menonton Apa Kata M di portal Murai.

GEMPA DI CHILE JADIKAN HARI LEBIH PENDEK


SEORANG askar mengawal orang ramai yang beratur untuk mendapatkan bantuan di kawasan terjejas teruk akibat gempa bumi di bandar Constitucion, Chile semalam.
WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang berlaku di Chile pada Sabtu lalu telah menganjakkan paksi bumi sehingga menyebabkan hari menjadi lebih singkat, kata seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).
Saintis itu, Richard Gross dalam satu kenyataan memberitahu, gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter itu menyebabkan paksi bumi berganjak sebanyak lapan sentimeter.
Menurutnya, pada kebiasaannya, satu hari di bumi mengandungi 24 jam kerana ia adalah jumlah masa yang diperlukan planet ini untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya.
Justeru, anjakan pada paksi menyebabkan putaran bumi terjejas.
Jelas Gross, anjakan paksi bumi itu memendekkan hari sebanyak 1.26 mikro saat.
Bagaimanapun, perubahan tersebut tidak dirasai kerana satu mikro saat cuma melibatkan masa satu persejuta saat.
Tambahnya, gempa bumi di Chile menyebabkan paksi bumi berganjak lebih besar berbanding gempa bumi bermagnitud 9.1 yang melanda Indonesia dan mencetuskan ombak besar tsunami di Asia pada 2004.
Ia berikutan garis patahan yang menyebabkan gempa di Chile menembusi bumi pada sudut yang lebih curam berbanding garis patahan dalam gempa bumi di Sumatera pada 2004.
Sudut lebih curam itu menyebabkan jisim bumi lebih mudah bergerak ke atas sekali gus menganjakkan paksi bumi.
Kata NASA, gempa bumi di Indonesia pada 2004 menyebabkan bumi berganjak sekitar tujuh sentimeter dan hari pula menjadi lebih pendek sekitar 6.8 mikro saat.
Sementara itu, angka korban gempa yang berpusat pada kedalaman 35 kilometer di bawah bumi dekat Concepcion iaitu bandar kedua terbesar di Chile setakat ini menghampiri 800 orang.
Semalam, para petugas penyelamat Chile yang dibantu sejumlah anjing pengesan menggeledah kawasan runtuhan dengan harapan dapat mengeluarkan mangsa yang masih hidup.


petikan
Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Wednesday, March 03, 2010

IKAN GUGUR DARI LANGIT


GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.


LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.
"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.
"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.
"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.
Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.
Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.
"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.
Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.
Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.
Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.
Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.
"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.
"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon.
dipetik dari
Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Tuesday, March 02, 2010

KOPI HUTAN UBAT KENCING MANIS


Comment from sender:www.kopihutan.com

Cerita ini adalah dari mStar Online (http://mstar.com.my)



SAYA cuma menulis untuk berkongsi maklumat. Seringkali kita memandang hebat pada herba luar negara dengan harga beratus. Tapi hakikatnya setiap bangsa dikurniakan di alamnya sendiri ubat-ubatan dari tumbuhan dan haiwan.


Saya telah menderita kencing manis selama 16 tahun. Banyak orang kata memang padan sebab saya suka masakan manis macam orang Kelantan, suka madu lebah dan buah durian yang saya makan sepuasnya masa sihat dulu. Bila dah semakin teruk, mata dah kurang nampak, ditakdirkan Allah saya jumpa kawan lama yang pernah bertugas di Perlis suatu masa dahulu. Dia bercerita kepada saya tentang kopi hutan perlis yang begitu mujarab.


Saya pun terus hubungi pewaris pengeluar di perlis dan Alhamdulillah ada pengedar sambilan di tempat saya. Saya diberitahu oleh pewaris tersebut yang kopi hutan ini adalah petua kitab lama melayu gabungan 7 herba terpilih. Rasanya pahit manis dan kelat. Terangnya lagi kencing manis bukanlah kerana gula, tapi kerana gula yang tak dapat dikeluarkan dari badan cara normal seperti buang air besar, kencing dan perpeluhan. kopihutan akan mengeluarkan dulu apa-apa didalam perut dan badan melalui usus besar, usus kecil dan liang peluh.


Bilamana perut dan usus kosong ia akan menyerap gula, garam dan buangan lainnya dari badan dan mengeluarkannya melalui usus besar dan kecil dan perpeluhan. Sebab itu orang yang kencing manis kembali normal setelah meminum kopi hutan, begitu juga mereka yang ada darah tinggi sebab garam berlebihan diserap keluar. Kuatnya kopi hutan ini kalau ada batu karang pun dalam badan kita akan pecah dan hancur.


Penyakit lain seperti migrain, ghout dan asthma/lelah juga ikut hilang diserap keluar. Dalam kopi hutan juga ada bunga pakma yang bertindak mengecutkan dan sangat baik untuk buasir dan wanita baru bersalin. kepada lelaki jangan bimbang sebab ia cuma mengembalikan kepada saiz asal untuk orang yang buasir dan wanita yang melahirkan. Juga ubijaga dalam kopi hutan bertindak membanyakkan cecair dalam badan seperti cecair lutut dan mani.


Kerana fungsi utamanya mengepam keluar garam, gula, lemak dan kolestrol berlebihan mereka yang mengamalkan akan mengalami turun berat badan yang ketara. Ini semua anugerah Allah kerana khasiat ini bukan dicipta melalui kopi hutan tetapi memang dah ada dalam akar-akar kayu tersebut. Apapun semuanya berbalik pada Allah yang Maha Mencipta. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Monday, March 01, 2010

HILL SHOPPING MALL & PULLMAN HOTEL NOW OPEN IN KUCHING !!!





Interhill Place Introduction:

The shopping centre development has a nett floor area of 100,000sf spread over 2 ground floors.It consists of close to 60 shops as well as 40 kiosks and push carts. More than 610 car parking lots are provided for this shopping centre development.The shopping centre development is part of a mixed-use development with a business class hotel.

PULLMAN HOTEL is operated by international chain Novotel. Novotel is owned by French hotel group Accor and it operates more than 400 business and resort hotels in 56 countries.

Both Hill Mall & Pullman Hotel will become a very prominent landmark in Kuching and a new skyline to the golden triangle of the city centre.

Tenants to be comfirmed:

Starbucks Delifrance Secret Recipe The Chicken Rice Shop Baskin Robin McDonald's Fish & Co Kluang Station Wong Kok Cha Chan Teng Himalaya Elianto Annakku Golf House Apple Centre GNC OSIM Watson's Optical 88 Memory Lane ShopalotIsland Shop Baleno The Face Shop Padini Vincci Polo Haus Guess My Diamond Adidas Nike Timberland Quiksilver Habib Jewel Bonia Pierre Cardin Esprit BUM Equipment