Dari Sang Suami
Isteriku , jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
BALASAN DARI SANG ISTERI
Suamiku,andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan
.... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!
Drama Romantik ‘Ai Crush You’ Lakonan Zarif Ghazzi & Siti Hariesa di TV3
-
Buat pertama kalinya dalam sejarah penayangannya, TV3 hadir dengan sebuah
drama yang berani menggabungkan dunia kecerdasan buatan (AI) dengan konflik
cinta...
1 hour ago



hahhaaaaa...
ReplyDeletelike it! love it!