SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52. SEMUGA NEGARA KITA SENTIASA AMAN, TENTERAM DAN SELAMAT SETIAP MASA & KETIKA.
KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK, UTAMAKAN PERPADUAN KAUM AGAR SEMANGAT 1 MALAYSIA DAPAT DIREALISASIKAN.
KITA HARUS RASA BANGGA KERANA HANYA 52 TAHUN NEGARA KITA MERDEKA, KITA BERDIRI SAMA TINGGI & DUDUK SAMA RENDAH DENGAN NEGARA-NEGARA SERANTAU MALAH DIHORMATI SEANTERO DUNIA!
JANGANLAH DISEBABKAN FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA MENYEBABKAN MARUAH NEGARA TERGADAI BEGITU SAHAJA.
KITA ADA PARLIMEN, KITA ADA MENTERI DAN KITA ADA PERDANA MENTERI MALAH ADA RAJA YANG BERDAULAT, MAKA GUNALAH SALURAN YANG BETUL UNTUK MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI KITA TERHADAP SESUATU ISU. JANGANLAH MENUNJUK AMARAH DENGAN MEMBUAT DEMONSTRASI JALANAN YANG MEMALUKAN MARUAH KITA RAKYAT MALAYSIA DI MATA DUNIA.
MENUNJUK PERASAAN DENGAN MENGADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN BUKAN CARA KITA! ITU CARA ORANG YANG TAK BERTAMADUN. NAK RAMPAS KUASA? INI BUKAN CARANYA. ITU CARA KITA DI ZAMAN PENJAJAH DULU.
KINI KITA TELAH 52 TAHUN MERDEKA , MAKA MERDEKAKANLAH MENTALITI KITA. JANGAN BERTINDAK IKUT PERASAAN. SUMPAH SANA SUMPAH SINI, KUTUK SANA KUTUK SINI, ITU SEMUA BUKAN CARA ORANG YANG BERMARUAH DAN BERTAMADUN.
SEKIRANYA KITA MAHU NEGARA KITA DIHORMATI, HENDAKLAH KITA BERMUZAKARAH TAK KIRA KITA DARI PARTI KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG, INILAH SATU-SATUNYA JALAN TERBAIK UNTUK MEMULIHKAN NAMA BAIK MALAYSIA YANG TELAH TERCALAR SEJAK AKHIR-AKHIR INI.
INGAT, KITA MEMERLUKAN BERTAHUN-TAHUN LAMANYA UNTUK MEMBINA IMEJ NEGARA , TETAPI HANYA SEMINIT UNTUK MEMUSNAHKANNYA!
DI HARI YANG BERSEJARAH INI ;TANGGAL 31 OGOS 2009, AYUH! MARILAH KITA SAMA-SAMA BERAZAM UNTUK MEMPERBETULKAN KESILAPAN, MEMBANGUNKAN SEMULA SEMANGAT PERPADUAN KAUM DAN MENGEMBALIKAN NAMA BAIK MALAYSIA!
MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment