Keindahan sekitar Tasik serian yang menjadi ikon pelancongan di daerah Serian.
23 Julai 09 ; Sebelum berlangsungnya acara Jom Heboh di bandaraya Kuching, acara telah dimulakan dengan Kembara TV3 yang bermula di Pekan Serian kira-kira sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching. Saya telah berkesempatan mengikut rombongan ini dan mengambil beberapa shot menarik untuk tatapan pembaca budiman.

Walaupun hujan lebat, ini tidak mematahkan semangat rombongan kembara untuk memulakan acara walaupun bermula agak lewat. Sepatutnya ia bermula pada jam 2.00 petang, namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, ia telah bermula sejam lewat tetapi para penduduk Serian tidak berganjak dari tempat mereka.
Acara dimulakan dengan permainan bola sepak antara krew Kembara TV3 dengan penduduk tempatan, dan diikuti dengan permainan rakyat. Ramai artis dan selebriti TV3 yang telah mengikuti acara ini antaranya, Wahid, Ashraf Muslim, Intan Lydiana, Nabila, Fetri Yahya, Fizow, Danny dan beberapa selebriti lain.
Selepas berkampung di Serian, kembara TV3 akan bertandang pula ke Bandar Sri Aman kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuching keesokkan harinya.
No comments:
Post a Comment