I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 09, 2009

JOM HEBOH TV3 @ KUCHING


Jom Heboh berlangsung di perkarangan Stadium Petra Jaya Kuching pada 24 & 25 Julai 2009.




Intan Lydiana cun giler!

Bio-nik boy - Kamal Adli




Fauziah Ghous memang sporting dan tidak sombong.

Fizzow sibuk mengacara dan amat peramah




Wahid memang gila-gila !
Paling ramai peminat Ashraf Muslim ni! Ashraf begitu ramah melayan orang ramai.




Si Remy Ishak pun turut serta dalam Kembara TV3 & Jom Heboh.


Pada tanggal 24 dan 25 Julai yang lalu, Jom Heboh TV3 telah berkampung di perkarangan Stadium Petra Jaya Kuching. Seperti biasa Jom Heboh telah berjaya menarik beribu-ribu orang warga Sarawak untuk sama-sama merayakan ulang tahun 25 tahun TV3. Berbagai acara telah di adakan.
Saya berkesempatan berjumpa dengan personaliti TV3 dan artis2. Rata-rata mereka amat sporting dan ramah. Kalau sebelum ini Jom Heboh telah diadakan di Miri selama 3 tahun, tahun ini ia telah kembali berlangsung di Kuching. YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Datuk Taib Mahmud telah membuat kenyataan bahawa acara Jom Heboh akan mejadi salah satu acara tahunan dalam Kalender Pelancongan Sarawak mulai tahun hadapan. Pehin Sri telah bersetuju untuk mengadakan acara ini di tempat yang lebih luas iaitu di Sarawak Convention Center yang akan siap sepenuhnya awal tahun hadapan.
Tahniah TV3 kerana berjaya mengadakan Jom Heboh untuk kesekian kalinya di Bumi Kenyalang. Jumpa lagi di tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment