Pada tanggal 27 Julai yang lalu, Sarawak telah melakar sejarah baru apabila bangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang baru telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertiuan Agong sempena dengan Majlis Persidangan Raja-Raja di bandaraya Kuching.
Perasmian bangunan yang menelan belanja jutaan ringgit itu telah disaksikan oleh Raja-raja serta Permaisuri dari seluruh negeri termasuk pembesar-pembesar negara. Sempena dengan perasmian tersebut, satu pertunjukan kapal berhias telah diadakan di Kuching Waterfront. Kapal2 yang terdiri dari lebih daripada 30 buah telah dihias indah dan berarak di sepanjang Sungai Sarawak. Kapal2 tersebut mewakili dari beberapa buah agensi kerajaan dan swasta. Di akhir perarakan kapal2 itu satu pertunjukan bunga api besar-besaran yang menerangi ruang angkasa turut diadakan.
Dengan kewujudan bangunan DUN ini maka muncullah satu lagi mercu tanda di Bandaraya Kuching yang sudah pasti akan menggamit lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung di Bumi Kenyalang ini.
No comments:
Post a Comment