I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 08, 2009

LIFEBOOK 2009

Health:

1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less
food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for
prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2008
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk,
smile


Personality:


11. Don't compare your life to others'. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with
his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Community:


25. Call your family often
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 &
under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:


32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. ALLAH heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least :

40. Do forward this to everyone you care about.

Saturday, March 07, 2009

Anugerah Seniman di Kuching

Oleh Rozdan Mazalanrozdan@bharian.com.my

MUSTAPHA (empat dari kanan) menunjukkan Pingat Anugerah Perdana Bintang Seniman Malaysia 2009 kepada IK Pahon (kanan) disaksikan oleh Fadzli (dari kiri), Yusof, Edd dan Ahmad Idham.
Acara dwitahunan ini dapat sokongan padu Kerajaan Negeri Sarawak SEBANYAK 18 anugerah akan diberikan kepada seniman tanah air diatas kecemerlangan sepanjang pembabitan mereka dalam industri seni. Penganugerahan berbentuk bintang dalam majlis Anugerah Perdana Bintang Seniman Malaysia 2009 (APSM09) oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan berlangsung pada 4 hingga 6 April depan bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Presidennya, Datuk Mustafa Maarof berkata, majlis yang diadakan dua tahun sekali ini adalah kali kelima diadakan selepas ia diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2006. “Objektif mengadakan majlis ini adalah bertujuan memberi penghargaan kepada seniman tanah air diatas bakti dan jasa mereka serta pernah diiktiraf di dalam negara mahu pun luar negara. “Antara anugerah yang bakal diberikan seperti Pencapaian Cemerlang Artis Semenanjung sebanyak 11, Pencapaian Cemerlang Anak Tempatan Sarawak (5), Pencapaian Abadi (1) dan anugerah tertinggi Anugerah Khas P Ramlee (1).

“Pemberian anugerah khas P Ramlee ini juga dipersetujui selepas diputuskan oleh jawatankuasa anugerah yang mengambil kira beberapa kriteria, namun kami akan maklumkan nama penerimanya pada majlis itu nanti,” katanya pada sidang media yang diadakan di Finas, Hulu Klang, Selasa lalu. Turut hadir, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak (KPSU), IK Pahon Joyik, Penolong Setiausaha KPSU, Usop AK Kilat, Pembantu Khas kepada Pengerusi AirAsia Berhad, Edd Razhe dan Pengerusi Jawatankuasa Malam Persembahan Anugerah yang juga Timbalan Presiden Seniman, Ahmad Idham Nazri. Majlis penganugerahan umpama ini tidak mampu untuk direalisasikan sekiranya tidak mendapat bantuan dan sokongan daripada beberapa pihak yang merasa terpanggil untuk menghargai anak seni. “Seniman mendapat bantuan dan sokongan daripada beberapa pihak seperti Finas di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak (KPSU), Kementerian Penerangan dan syarikat penerbangan tambah murah terkenal negara, AirAsia sebagai penerbangan rasmi.

“Kami juga amat berbangga kerana kerajaan negeri Sarawak terutamanya Ketua Menterinya yang menyambut baik kedatangan lebih 100 anak seni ke negeri itu. Ini juga adalah objektif utama kami untuk mendekatkan anak seni dengan masyarakat. “Pelbagai rancangan sudah diatur bagi mengadakan beberapa aktiviti bersama masyarakat sepanjang tiga hari delegasi di sana. Antara aktiviti yang akan dilakukan seperti mengadakan sukan rakyat, melawat ke rumah kebajikan dan beberapa lagi,” katanya. Sementara itu, Ahmad Idham pula berkata, tidak meriah sekiranya acara pada hari itu tidak diisi dengan aktiviti kesenian, justeru sebagai memenuhi kehendak majlis, beberapa persembahan menarik akan diaturkan untuk anak Sarawak. “Memandangkan seni ini meliputi pelbagai cabang, kami merancang untuk menggabungkan beberapa elemen ini dalam bentuk satu persembahan. “Turut yang sudah membuat persetujuan untuk malam persembahan nanti adalah Anita Sarawak dan beberapa nama lagi yang akan memberi keputusan dalam masa terdekat ini. “Pada majlis itu juga, kami turut mengundang lapan artis veteran dari Singapura seperti Hashim Mahyon, Zaiton, Momo Latiff, Wahid Satay, Neng Yatimah, Zaini Sattar dan beberapa lagi,” katanya. Sebanyak 80 peratus permohonan daripada anak seni untuk mengikuti majlis ini sudah diterima. Justeru Seniman masih membuka undangan kepada mana-mana anak seni yang ingin mengikuti majlis ini agar dapat membuat permohonan dengan segera. “Kita masih membuka permohonan untuk anak seni daripada pelbagai cabang seni untuk mengikuti majlis ini di Sarawak. “Hanya tinggal beberapa kekosongan saja lagi dan kita berharap siapa yang berminat untuk segera menghubungi kita di talian 03-41055442 atau datang segera ke pejabat Seniman untuk mengisi borang,” kata Setiausaha Seniman Yusof Kelana.

FAKTA NOMBOR: Anugerah
11 - Anugerah Pencapaian Cemerlang Artis Semenanjung
5 - Pencapaian Cemerlang Artis Sarawak
1 - Pencapaian Abadi
1 - Anugerah Khas P Ramlee.

komen jefbuj

Tak sabar rasa nya nak buat coverage untuk blog jefbuj. Tunggu laporannya nanti k... itu pun kalau saya dibenarkan masuk utk buat laporan.

Friday, March 06, 2009

MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.
Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.

3) Orang tua
Bermula umur 40 tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.
Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.


Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);
"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40tahun MAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih2.

Apabila seseorang itu sampai umur 50tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.

Apabila telah mencapai umur 80tahun , Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil.. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;
i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;
ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;
iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."

Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali kw;
*** "Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN" ***
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40tahun :
Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15

" Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"

Thursday, March 05, 2009

Terkini ! Bakal Pelajar AF 7


ZIZI / YAZID


SIDI / RUBISA


RINI / QHAUD


LIZDA / OBRI


KELANA / ISMA

HAFIZ / FAEZAH

CLAUDIA / CABBY


ARIL / AMIN

AKIM /AISHAH

ADILA / AB


Senarai 10 calon pelajar lelaki


1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)

2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)

3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)

4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)

5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)

6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)

7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)

8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)

9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)

10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).



Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil) Semporna, Sabah
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

sumber : murai.com

Wednesday, March 04, 2009

Enam peserta AF7 sudah berkahwin

KUALA LUMPUR 3 Mac - Rancangan realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) mencipta rekod baru apabila enam daripada 20 orang calon pelajarnya merupakan mereka yang sudah berkahwin.

Ia sekali gus membuktikan status bukanlah penghalang untuk menyertai rancangan realiti berkenaan.

Enam calon tersebut ialah Kelana Ayu, 40, yang berasal dari Sarawak, Mohd. Rashidi Mohamad Isa, 27, (Perak) dan Lizda Nuryanti Abidin, 27, (Sabah).

Tidak ketinggalan Claudia Fay Geres, 24, (Sarawak); Ismaliza Ismail, 30, (Kuala Lumpur) dan Rubisa Tiasin, 23, (Sabah).

Kesemua 20 calon pelajar untuk musim ketujuh diumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu negara hari ini.

Tahun lalu, dua peserta yang sudah berkahwin menyertai rancangan tersebut iaitu kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Norsaida Tarudin atau Saida dan Khairul Nizam Baharom (Toi).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pihaknya telah melakukan saringan yang cukup ketat untuk memilih calon yang benar-benar berbakat untuk musim ini.

Tambahnya, AF7 juga memperlihatkan bilangan calon yang menghadiri uji bakat musim ini telah mencecah lebih daripada 9,000 penyertaan di lima buah lokasi sesi uji bakat dan sekali gus mengatasi rekod enam musim yang lalu.

"Kami percaya dengan pemilihan yang dilakukan ini dapat membuktikan bahawa AF masih merupakan rancangan realiti paling popular.

"Apa yang kami mahukan adalah untuk melahirkan satu lagi bakat yang bukan sahaja menyanyi tetapi sebagai seorang penghibur," jelasnya.

Namun begitu, kata Khairul, bukan kesemua calon tersebut akan menyertai AF7 serta-merta.

Sebaliknya, 20 calon berkenaan perlu menyertai minggu orientasi dan kem muzikal selama enam hari bermula 1 Mac lalu.

Melaluinya, mereka akan dinilai oleh tenaga pengajar sebelum diserapkan sebagai 12 atau 14 orang pelajar AF7.

Keputusan akan diumumkan dalam program Tirai Akademi Fantasia 7 yang akan disiarkan pada Sabtu dan Ahad ini menerusi saluran Ria (saluran Astro, 104) pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Khairul memberitahu, pengetua bagi musim ini hanya akan diumumkan pada Isnin depan menerusi rancangan Diari Akademi Fantasia.

8TV pertahan kritikan Syafinaz

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


KRITIKAN yang dilemparkan Syafinaz Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi di kalangan penonton.

Teguran keras lebih cepat sedarkan peserta untuk perbaiki kelemahan

APABILA pengkritik tetap One In A Million 3, Syafinaz Selamat melemparkan kritikan keras dengan menyamakan corak nyanyian seorang pesertanya, itu, Aweera seperti salakan anjing, ramai yang terkejut.

Ada juga yang menyifatkan kritikan Syafinaz itu sebagai keterlaluan untuk peserta yang masih lagi hijau dalam bidang seni. Dan sebagai seorang yang berpengalaman serta terikat dengan nilai kesopanan dan adat orang Melayu, tentunya kritikan itu dianggap keterlaluan dan memalukan Aweera.

Pun begitu, dakwaan itu disangkal Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.Sambil menyifatkan tindakan penyanyi bersuara soprano itu sebagai bertepatan dengan tugas yang disandangnya itu.

Beliau berharap orang ramai terutama penonton program ini dapat melihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif terutama untuk pembangunan peserta itu sendiri.

“Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan saya akur dengan perkara itu. Namun, saya melihat kritikan itu sebagai satu pengajaran kepada peserta berkenaan supaya bangkit dan perbaiki kesalahan yang ada.“Kalau masa kita belajar dulu pun, kalau kena marah atau nasihat dengan yang lembut, kita akan cepat alpa dan buat kesalahan serupa pada masa akan datang. Namun ia berbeza kalau kena marah dengan perkataan yang kasar, pasti kita akan ingat dalam fikiran sampai bila-bila,” jelasnya ketika dihubungi Hip, kelmarin.

Biarpun dia mengakui terkejut dengan kritikan Syafinaz ketika menonton program OIAM malam Jumaat lalu, namun reaksi spontan itu sebenarnya dia kagum dengan kesungguhan Syafinaz dalam usaha untuk melahirkan penyanyi yang berwibawa.

“Memang saya terperanjat bila mendengar komen sedemikian dari mulut Syafinaz tapi pada masa yang sama, saya tahu waktu itu dia (Syafinaz) memang marah sangat dengan Aweera kerana nyanyian yang sumbang dan menyakitkan telinga.

“Malah, perkataan menyalak itu bagaikan satu metafora supaya peserta berkenaan tahu akan kesilapan yang dilakukannya. Dia seharusnya menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pertandingan yang memberikan hadiah bernilai RM1 juta.

“Bukan saja Aweera, tapi semua peserta harus tahu dan sedar akan hal itu,” tegasnya yang mengakui persembahan minggu kedua itu hambar berbanding minggu pertama.

Mengulas lanjut perkara itu, Ahmad Izham berkata perkara itu berlaku mungkin disebabkan kebanyakan peserta terlalu memfokuskan persembahan minggu pertama tanpa memikirkan pertandingan ini berlangsung untuk jangka masa panjang dan setiap minggu mereka perlu menghasilkan yang terbaik.

“Kalau kita lihat, tenaga kebanyakan mereka untuk minggu kedua agak tumpul sedikit berbanding minggu pertama. Barangkali kerana mereka begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan semua pihak pada minggu pertama menyebabkan persembahan Jumaat lalu, kelihatan tidak bertenaga dan hambar.

“Bagaimanapun, saya kagum dengan persembahan Esther. Dia berjaya membawakan lagu Mengenangmu yang dipopularkan Kerispatih dengan cara tersendiri,” katanya.

Ditanya mengenai ada permintaan daripada penonton supaya menghapuskan saja sistem imuniti, Ahmad Izham nyata tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Kita tahu, tidak semua penonton mengundi peserta berdasarkan bakat. Ada yang mengundi berdasarkan paras rupa atau sebab lain. Jadi dengan memberikan imuniti kepada peserta yang terbaik untuk sesuatu minggu itu, kita sebenarnya memberikan garis panduan kepada penonton supaya mengundi peserta yang bagaimana yang industri hiburan perlukan,” katanya.

komen jefbuj

Itulah padahnya, kalau terlampau rakus menunjuk skill sebagai Juri. Tak salah mengkritik tapi biarlah berlapik. Saya rasa dah beribu komen pembaca dan penonton tentang keceluparan Juri dalam Realiti TV di Malaysia. Apa, nak lawan Simon American Idol ke?? Tak payah lah, kita ada adab sopan. Penjadi Pengkritik terbaik Asia pun bukan lesen untuk mengaibkan orang di TV yang ditonton seantero dunia. Dapat pujian sangat ke bila dah mengaibkan orang? 'Lu pk lah sendiri !'. Nasihat saya, mengkritik biar berpada, ikut resam kita, tiada siapa yang sempurna. Masa zaman 60an - 90an dulu takde pulak Juri mengkritik on the spot tapi peserta ok pulak. Bila dah dikritik terok ia dapat mempengaruhi minda penonton dan impak nya kepada peserta itu sendiri. Cuba Syafinaz sendiri dikritik hebat oleh Juri bila menyanyi... boleh terima ke???

Who Knew This ???

I have been driving for nearly 44 years. I would think I should have noticed the little secret on my dashboard that was staring me in the face the whole time. I didn't, and I bet you didn't either.

Have you ever rented or borrowed a car and when arriving at the gas station wondered...mmm, which side is the gas filler cap?
My normal solution was to stick my head out the window, strain my neck and look, try to see in the side mirrors or even get out of the car! Well ladies and gentlemen, I'm going to share with
you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station or put your neck at risk of discomfort or injury.
If you look at your gas gauge, you will see a small ico
n of a gas pump?

The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the gas pump?

If your tank is on the left, the handle will be on the left? If your tank is on the right, the handle will be on the right (see photo). It is that simple!

Don't feel dumb, just go out and share the world's best kept auto secret with your friends.

Tuesday, March 03, 2009

BELIEVE IT.. OR NOT..??!!



This is an amazing tree named 'Nareepol' in Thai. Naree means 'girl/woman' and pol means plant/tree or 'buah' in Malay. It means women tree.

It is amazing what God create the World in many forms that amused human beings.....

You can see the real tree at Petchaboon province about almost 500 kms away from Bangkok.

komen jefbuj

Boleh percaya ke? Kalau tak melihat dengan mata kepala sendiri saya tak kan percaya!

Monday, March 02, 2009

Kata-kata adalah doa

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

(Setiap kata-kata itu adalah DOA)

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku "The Hidden Messages in Water" karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:

1. Tempatkan Nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 botol dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.
3. Botol A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Botol B : "Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat dekat kamu"
5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.
6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :




Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap. Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah Silahkan teman-teman mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang -orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yang timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Terima Kasih adindaku Affan

Sunday, March 01, 2009

Transparent screen by APPLE!!





Komen jefbuj

Menakjubkan, tetapi saya lebih prefer yang biasa punye.... sebab kalau transparent ni , tengah kite buat kerja, tetiba kucing lalu kat screen tu.... atau oarng lalu lalang, tak ke menganggu ??? Pk Pk lah sendiri !