I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 06, 2009

Album Terbaru Dato' Siti





LENTERA TIMUR - DATO’ SITI NURHALIZALENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang telah dipasarkan pada penghujung Disember lalu mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Album ini sungguh bermakna buat Siti dan peminat kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.
Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru ini yang bermaksud lampu atau cahaya timur. Pemilihan tajuk itu memberi tugas kepada Siti untuk mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara) Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Siti yang amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit album kali ini amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iiatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.
Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini akan diedarkan oleh Suria Records dalam bentuk cakera padat. Album ini telah mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dalam bentuk cakera padat dengan harga RM29.90.

1 comment:

  1. bro,kdg2 konfius gak tgk gaya datuk ct menutup kepale..beter bukak trus.. :P
    tp walupn gayanye kwn xbekenan skrg ni,suare die mmg mantap dr dlu smpai bila2..hehehh.. :P

    ReplyDelete