I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 21, 2009

Barack Obama angkat sumpah Presiden AS


WASHINGTON: Barack Obama yang mencatat sejarah sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di sini pagi tadi, memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam. Obama, 47, anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963. Tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) London mendapati krisis kewangan global patut menjadi keutamaan teratas Obama, diikuti pengunduran tentera AS dari Iraq, menangani perubahan cuaca dan merundingkan perdamaian di Asia Barat.


Ketika memberi penghormatan kepada wira hak asasi manusia itu sempena hari jadinya kelmarin, Obama berkata: "Esok kita akan berkumpul di tempat yang sama di mana impian Dr King masih bergema". "Apabila kita berkumpul di sini di Amerika, kita harus sedar bahawa nasib kita adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Bila kita berjalan, kita berjalan seiringan. "Tatkala kita maju ke depan bagi menunaikan janji kita kepada negara ini, kita tidak harus lupa pengajaran yang diperoleh daripada (Martin Luther) King - bahawa walaupun impian kita berasingan, ia adalah satu," kata Obama.

Pagi semalam, Obama dan isterinya, Michelle memulakan upacara pelantikan dengan mengunjungi presiden yang akan melepaskan jawatan, George W Bush dan isterinya, Laura Bush di rumah baru mereka di Rumah Putih. Selepas mengangkat sumpah untuk 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS, Obama menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden. Orang ramai mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan kepada sebilangan yang bernasib baik atau dari skrin gergasi bagi ribuan lain. Renita King, 46, terbang dari Hosuton, Texas dengan anak lelakinya berusia enam tahun, Arthur, bagi menyaksikan penghapusan prejudis perkauman yang terpaksa dilalui oleh ibunya yang kini berumur 73 tahun.

"Saya berada di sini untuk ibu saya kerana dulu orang kulit hitam dihina dan dipanggil 'nigger'," katanya. Perang terhadap keganasan adalah sebahagian daripada cabaran yang menanti Obama. Dari Gaza ke Guantanamo, beliau menghadapi dunia yang penuh dengan pergolakan. Selepas upacara mengangkat sumpah, Obama dan Naib Presiden, Joseph Biden, makan tengah hari dengan anggota Kongres, hakim Mahkamah Agung dan barisan Kabinet baru termasuk Setiausaha Negara, Hillary Clinton. - Agensi


petikan : Bharian/210109

4 comments:

  1. salam bro..
    agak2 bro la,obama ni boleh jernihkn keadaan skrg ni tak??what's ur opinion???
    :P

    ReplyDelete
  2. kmsalam bro
    Susah nak kata sebab dosa2 peninggalan bush tu kalau nak kira sampai kiamat pun susah nak clear. Actually dalam membuat keputusan as a president Obama tak boleh nak buat keputusan seorang but have to convince menteri2 lain dalam 'black' house tu. Ikut info dlm internet, ramai jugek yg berbangsa yahudi dalam barisan pentadbiran lama Bush. Lainlah kalau Obama dapat restructure balik pentadbirannya. Pasal perang di Sem.Gaza Obama terperangkap sbb dia dikatakan ada hubungan baik dgn israel. Kira luah mati mak telan mati bapaklah kalau dia nak sokong Palestin & menolak israel, sbb satu dunia mengutuk serangan tu.

    ReplyDelete
  3. rombak je balik senat2 yg ade xboleh ke??
    kan senang buang suma org bawah then sblm hired ssorang tu tnya dlu ko nk ikut ckp aku ke nk bantah,klu nk ikut boleh dok bwh aku,klu xnk aku carik org lain..kn sonang..heheh..

    tp bro,skrg ni org da xmen takut luah2 ni,klu xsuke mak bapak pon sanggup bunuh..hmm,ape obama nak takut..hmm... :P

    ReplyDelete
  4. Rombak cam tu je? Hai naye lah obama nanti... kena bunuh org bawahan. It is not as simple as what we thought, sebenarnya nyawa obama macam telor dihujung tanduk. Kalau dia ikut cara Bush org marah, kalau ikut cara dia, pengikut setia bush pun marah! Kesiankan? Anyway abg harap Obama boleh gunakan segala pengalaman hidupnya di Indonesia & negara Asia lain untuk jadi panduan & pedoman dlm pentadbiran beliau. Barulah dunia ni selamat.

    ReplyDelete