I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 06, 2009

Restoran Dapur Sarawak di Diamond Square - Gombak




Mahmud Ali Basha merupakan seorang selebriti yang telah mengukir nama sejak tahun 90an lagi. Dari seorang guru, beliau telah beralih arah menceburkan diri dalam dunia peragaan dan perfileman dan drama. Beliau merupakan kawan lama saya dan kami masih lagi berhubungan. Beliau berasal dari Kuching Sarawak dan telah merantau ke Semenanjung begitu lama. Setiap tahun apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri beliau tetap kembali ke Bumi Kenyalang untuk beraya bersama keluarga dan rakan2 lama.


Mahmud yang saya kenali merupakan seorang yang berwawasan, peramah, rendah diri dan yang penting tidak sombong. Tak kira di mana kita ajak dia keluar makan dia tak kisah. Warung ke, kedai mamak ke, dia 'on' aje. Itu lah dia Mahmud yang saya kenali.

Baru-baru ini saya mendapat tahu beliau telah membuka restoran di KL iaitu Dapur Sarawak. Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment