I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 04, 2008

Shopping Sakan @ Serikin

Deretan gerai di sepanjang jalan
Kain dan baju yang pelbagai jenis, membuatkan kita rambang mata.

Pilihan cincin dari bermacam jenis batu yg menarik.
Maulana si penjual cincin.
Curtain yang siap untuk digantung.

Tudung saji dan perabot rotan yang unik.
Tikar Sarawak di jual murah berbanding di Kuching.
Barangan kristal menjadi tarikan utama.
Sayuran dan buah-buahan turut dijual. Kasut dan sandal dijual kurang dari RM30.00 sepasang.


Kalau orang tanya, dimanakah tempat shopping di hujung minggu yang menawarkan barangan yang murah dan banyak pilihan. Seperti biasa warga Kuching akan menjawab SERIKIN. Serikin merupakan satu kawasan yang terpencil yang terletak di sempadan Sarawak dan Indonesia ( Kalimantan ). Serikin terletak hanya lebih kurang 45 minit dari Bandaraya Kuching dengan kereta.

Bazaar Serikin amat terkenal dengan jualan barangan yang agak murah dari Indonesia. Seawal 5 pagi warga Indonesia telah datang dari daerah mereka sejauh 8 jam perjalanan dari Pontianak dan menyewa gerai-gerai yang disediakan di Bazaar Serikin. Barangan yang dijual adalah pelbagai, dari sayur-sayuran, makanan kering, makanan basah, kraftangan, kain batik, telekong, songkok, barangan kulit, barangan kristal, tikar , dan 1001 macam lagi.

Bazaar Serikin telah terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semenjak Bazaar Tebedu yang juga sempadan Sarawak & Indonesia yang terletak lebih jauh iaitu 2 jam perjalanan telah ditutup atas sebab-sebab keselamatan. Kalau hendak ke Serikin, kita harus keluar rumah seawal 6 pagi , bukan kerana jauh tetapi disebabkan tempat letak kereta yang begitu terhad. Sekiranya kita datang lewat kita boleh terperangkap dalam 'jem' sehingga 1 jam!

Oleh kerana ia sebuah pekan kecil maka jalanrayanya pun sempit walaupun jalannya agak sempurna. Kita akan lihat berbuah-buah bas persiaran yang majoritinya membawa pelawat dari Semenanjung Malaysia berderet-deret di sepanjang jalan. Bazaar Serikin amat terkenal di kalangan pelawat dari Semenanjung. Kalau di Semenanjung meriah dengan Bukit Kayu Hitam, Golok dan Pengkalan Kubor, Serikin tidak kurangnya. Di Semenanjung kebanyakan barang jualan adalah produk dari Thailand, tetapi di Sarawak ia lebih kepada barangan Indonesia. Inilah yang menjadi tarikan utama pelawat dari Semenanjung.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan malah boleh ditawar hingga ke 70%! Ia bergantung kepada skil tawar menawar masing-masing! Bagi 'yang bisa ngomomg bahasa Indonesia' sudah tentu memberi kelebihan kepada mereka. Urusan jual beli adalah dalam Ringgit Malaysia. Bazaar ini dibuka hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu & Ahad. Pada hari biasa gerai tidak begitu banyak.

Jadi, apa ditunggu lagi.... Jom shopping sakan ke Serikin!