Happy Birthday to meeeeeeeee !!
Hari ini 14 September 2008, merupakan hari jadi saya yang ke 24 tahun. Apa??? 24 ? Sorry,, 42 tahun. Saya dilahirkan pada 14 September 1966. Hai... tak terasa, no more birthday boy tapi birthday Grand Father. Ye lah, sesetengah orang tu bila umur dah cecah 40, dah pun jadi atok atau nenek. Tapi itu zaman dulu lah, sekarang kalau umur 40 tu kehidupan baru nak bermula. Betul tak? Omputeh kata life begins at 40. Entah boleh pakai ke tidak ungkapan itu.
Bagi saya hidup bermula sejak kita akil baligh. Umur sebeginilah kita diwajibkan mengerjakan apa yang wajib terutama solat. Kita kena tahu halal, haram, dosa & pahala. Sepatutnya di umur 40an kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sama ada jadi baik atau jahat. Ada sesetengah orang tu masa muda, Alhamdulillah seorang yang warak, beriman, baik dsbnya. Akan tetapi bila cecah umur 40 tahun tiba2 Masyallah, bertukar jadi sebaliknya. Solat entah kemana, yelah masa muda terlalu fokus dengan kabaikan bila lama2 timbul rasa bosan dan nak cuba apa yang tidak pernah dibuat semasa muda. Nauzubillah.
Oleh yang demikian, selepas solat, kita hendaklah sentiasa memanjatkan doa agar kita diberikan keimanan yang utuh dan tidak tergugat. Sepatutnya baik semasa muda, dan baik juga lah masa tua. Insyallah. Kita hendaklah menjaga solat kita walau apapun rintangan yang mendatang. Solat adalah tiang agama, tanpa tiang rumah tidak akan dapat berdiri. Kita haruslah mensyukuri setiap detik nyawa yang Allah bagi. Kalau ajal maut datang menjemput, tidak akan dapat dilambatkan walau sesaat! Janganlah masa itu baru kita hendak menyesal dan belajar solat! Sudah terlambat. Sebab itulah hadis nabi pernah menyatakan : Muda sebelum Tua, Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, hidup sebelum mati......
Oleh yang demikian sama2lah kita menjaga solat 5 waktu kita. Kadang2 saya rasa pelik, apabila kita bersolat 5 waktu, orang kata " hai alim nya orang tu, tak tinggal solat tau! ". Apakah orang yang bersolat 5 waktu itu alim? Bagi saya, kenyataan itu salah sama sekali. Ini adalah kerana solat itu WAJIB atau FARDHU bagi setiap umat nabi Muhammad s.a.w. setakat mengerjakan solat 5 waktu tidak membolehkan seseoramng itu dikatakan alim. Solat sepatutnya menjadi sebahagian daripada rutin hidup kita. Alim adalah seseorang yang berpengetahuan agama tinggi, pendakwah dan sentiasa menjaga diri dari terjebak di dalam kehidupan di alam fana ini. setakat bersolat 5 waktu adalah umat biasa yang wajib menyembah Allah setiap hari. Perbetulkanlah pandangan saudara sebelum ini.
Saya ingin berkongsi dengan saudara perihal solat saya semasa menuntut di luar negara iaitu di Tokyo, Jepun. Masa tu umur baru cecah 21 tahun selepas tamat pengajian di ITM Shah Alam. Saya benar2 risau bagaimana nak mengerjakan solat terutama semasa kuliah. Yelah, kelas di Jepun mula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Dahlah waktu Zohor jam 11.00 pagi dan Asar 2.00 petang dan Marghrib 4.30 petang iaitu semasa musim sejuk ( Winter ). Kalau tak buat, alamat berterawih le dibuatnya. Tetapi Alhamdulillah, tuhan memberi keluasan akal untuk berfikir, dan syukur saya dan rakan2 buat solat berjemaah di dalam bilik kuliah!
Pada mulanya rasa segan, tetapi apa boleh buat, kena buat jugak. Jadi kita bersolat semasa waktu rehat. Budak2 Jepun mulanya hairan melihat kami bersolat terutama melihat pelajar perempuan memakai telekung! Tapi lama kelamaan mereka dah biasa dan tidak menghiraukan kami malah menghormati agama kita. Syukur Alhamdulillah, selamat! Begitu juga semasa saya berkerja sambilan di restoran, tidak ada masalah dan boss jepun pun bagi green light.
Berbalik kisah hari jadi saya semalam, oleh kerana hari jadi saya jatuh pada bulan puasa, terpaksalah saya merayakannya semasa berbuka puasa. Dengan sebiji Kek Coklat dan juadah berbuka puasa yang lain, saya celebrate dengan anak2 buah saya. Sayang sekali anak saya Daniel tidak dapat bersama kerana Daniel bersekolah di Sibu.
Apa2 pun segalanya berjalan dengan lancar, hari ini saya mulakan perjalanan hidup saya dengan lebih berkayakinan dan harapan serta doa saya, semuga saya dikurniakan rezeki yang murah dan kesihatan yang baik. Amin........