Di Sarawak, Kuih Bongkol merupakan kuih yang paling popular dijual di setiap Bazaar Ramadhan. Kuih asli masyarakat Melayu Sarawak ini telah terkenal sejak dahulu kala lagi dan merupakan kuih wajib dibeli setiap Ramadhan menjelang.
Resepi Kuih bongkol amat mudah, iaitu tepung beras, santan dan gula apong ( gula melaka ) di adun , kemudian dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus! Ianya lembut & manis dan sungguh enak. Kuih Bongkol ada 3 jenis; iaitu Kuih Bongkol perasa gula apong ( gula melaka ), perasa gula pasir dan berperisa pandan! Kesemuanya sungguh enak; bergantung kepada selera masing-masing. Kalau dulu-dulu ia dijual semurah 20 sebiji, tetapi sekarang mencecah 60 sen ke seringgit sebiji.
Sementara itu, Ikan Terubok Panggang juga merupakan lauk yang istimewa yang mesti dibeli semasa berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Kita tahu, Ikan Terubuk merupakan juadah popular & istimewa di Sarawak! Ia senang didapati terutama di Pasar Tamu Satok. Ia dijual dengan harga antara RM15 hingga RM35 seekor di Bazaar Ramadan. Walaupun harganya naik mendadak antara RM5 hingga RM7 berbanding tahun lalu namun ia tetap laris.
Bagi pelawat dari semenanjung, tidak sah kalau tidak membawa balik Ikan Terubok Sarawak. Ianya sungguh sedap, lagi-lagi kalau dicecah dengan sambal kicap bercampur cili padi dan asam limau! Peehhhhh sedap gua cakap lu!!!
Kalau ke Bazaar Ramadhan jangan lupa beli ye!!!!!!!!!
gambar dipetik dari Berta Harian.
gambar dipetik dari Berta Harian.