Hari ini saya dan keluarga berbuka di The Grand Dorsett Hotel, Labuan. Sampai sahaja di Coffee House saya jadi rambang mata sebab terlalu banyak lauk pauk yang menggoda nafsu makan saya! Buffet section terbahagi kepada 5, iaitu lauk utama, appertizer, dessert, beverage dan BBQ.
Cara set-up buffet counter pun amat sempurna dengan bertemakan aidilfitri. Sesuai dengan taraf 5 bintang, perkhidmatan pelanggannya adalah tip top! Suraupun disediakan untuk solat Marghrib.
Hari ini waktu berbuka adalah jam 6.22 petang. Saya mulakan dengan makan buah kurma dan air anggur yang sungguh lazat. Disusuli pula dengan lauk-pauk yang sungguh sedap dan diakhiri dengan dessert yang bukan sahaja lazat tetapi cantik sekali presentation nya, sungguh kreatif! Tahniah Dorsett!
Alhamdulillah, setelah kenyang kami pun beredar dan terpaksa bergegas untuk Solat Terawih.
No comments:
Post a Comment