Bagi saya tiada apa-apa yang istimewa, cuma ia satu turutan angka yang cantik dan menarik. Seperti tarikh lahir anak saya Daniel, iaitu 9898.
Bercakap pasal nombor, saya teringat satu peristiwa bersejarah bagi sepasang suami isteri dari Labuan yang menginap di hotel saya semasa saya menjadi Pengurus hotel di limbang pada tahun 2003.
Semasa mereka menginap di hotel, kebetulan isterinya sarat mengandung. Di hari mereka hendak check out tiba-tiba sang isteri ( Mrs.Lee ) hendak bersalin. Keadaan amat kelam kabut masa tu. Nasibaik saya ada seorang staff yang menjadi bidan terjun menjadi BIDAN! Alhamdulillah isteri Mr.Lee selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.
Dipendekkan cerita, keajaiban yang berlaku adalah :
1. Mereka menginap di bilik 303.
2. Terletak di tingkat 3.
3. Bayi lahir pada 03.03.03
4. Lahir pada jam 3.30 hari rabu ( hari-ke 3 )
5. Anak yang ke-3
Di atas keajaiban ini Mr.Lee dan isteri telah memberi penghargaan kepada saya untuk memberi nama bayi mereka. Saya telah menamakan bayi mereka dengan nama Daniel Lee sempena dengan nama anak saya. Kedua-dua mereka bersetuju dan gembira dengan nama tersebut.
Sebagai hadiah saya pula, saya telah mengarah staff saya untuk memberi penginapan mereka selama 3 malam secara PERCUMA.
Untuk merakamkan saat indah tersebut saya telah menghubungi wartawan untuk membuat press release dan ia telah disiarkan di dada akhbar.
Inilah merupakan salah satu saat paling indah sepanjang 17 tahun saya bekerja di bidang perhotelan.
No comments:
Post a Comment