I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 24, 2009

RAYA @ LUNDU 2009








corat coret raya 2009
  • tahun ini saya beraya di Lundu kira-kira 50 km dari Bandaraya Kuching iaitu di rumah abang saya Azmi yang merupakan Pegawai Daerah Lundu atau D.O.
  • sudah menjadi tradisi, selepas solat sunat aidilfitri majlis ringkas bermaaf-maafan diadakan antara ahli keluarga.
  • ketiadaan arwah bapa yang sudah menginjak 6 tahun tetap meninggalkan kesan dan kami masih terasa ketiadaannya.
  • tradisi mencium lutut semasa bersalam masih kukuh diamalkan di Sarawak.
  • seperti biasa anak-anak saudara berdebar menunggu duit raya.
  • saya yang menjadi Chef tidak rasmi hari tu telah memasak juadah istimewa seperti kuah kacang, sayur lodeh untuk lontong, sambal tumis bilis, daging dendeng, nasi himpit, ketupat pulut dan kari ayam ( mak masak ).
  • kek lapis sememangnya menjadi hidangan utama di sarawak.
  • Rumah terbuka diadakan pada hari kedua. Anggaran 100 orang yang datang tetapi yang datang 300 orang!!!! Nasibaik lauk cukup2.
  • untuk Open House, Soto adalah menu utama disamping lauk pauk lain.
  • di hari ketiga Datuk Sri Adenan Satem datang untuk berziarah raya.... so saya kena masak lauk istimewa untuk Datuk... Satak ( sejenis spesis udang kara RM 45 sekilo - mahalnye... tapi datuk punya pasal on aje... saya buat masak sambal tumis... fuhhhhhhhhhh sodap. Then mak masak udang sambal kuning yang menjadi signature dish mak saya.
  • Sesi bergambar beramai-ramai bersama datuk turut diadakan.
  • pada hari itu juga saya dan keluarga balik ke Kuching dan acara berziarah diteruskan ke rumah saudara dan sahabat.
  • di Sarawak raya puasa di sambut seminggu malah hingga sebulan dan uniknya warga Sarawak sentiasa berbaju melayu lengkap sepanjang raya.
  • tahun ni saya dan daniel masing2 ada 3 pasang baju melayu yang saya tempah khas di Labuan. Butang baju adalah dari Kristal yang begitu popular di Labuan.
  • Hujung minggu ini saya akan beraya ke Sri Aman, Sarikei sebelum balik beraya ke Sibu sambil menghantar Daniel balik sebab Daniel bersekolah di Sibu.
  • Kesimpulannya raya tahun ni best sangat.... seronok dan happening. Hingga ketemu lagi di Raya 2010!!! Semuga panjang umur dan kita beraya lagi.

KAMI BERDUA PEMINAT SITI



SITI NURHALIZA memberi penjelasan kepada Dr. Siti Hasmah dan Dr. Mahathir mengenai album terbarunya, Tahajud Cinta sambil diperhatikan oleh suaminya, Khalid Mohamad Jiwa.
PADA 23 Ramadan lalu bersamaan 13 September, banglo yang didiami Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid atau Datuk K meriah dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Siti dan Khalid meraikan dua tetamu ulung negara itu pada majlis berbuka puasa selain beberapa rakan karib pasangan itu.
Beberapa jam sebelum bertemu Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah saya yang turut diundang ke majlis itu sudah berkira-kira untuk bertanya pandangan kedua-dua tokoh itu mengenai Siti.
Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang lebar kerana apa yang paling utama ialah saya mahu membawa anda mendengar jawapan daripada Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.
Dan suatu yang pasti, jawapan yang saya peroleh daripada pasangan suami isteri itu sudah tentu juga akan dipersetujui oleh sebilangan besar peminat setia penyanyi itu.
Mahu tahu apa jawapan Dr. Mahathir?
Berikut apa yang sempat saya tulis dalam buku nota saya:
"Saya antara peminat setia Siti. Saya sangat kagum dengan bakat yang ada dalam dirinya," itu reaksi ringkas Dr. Mahathir menggambarkan kekaguman beliau pada penyanyi yang begitu masyhur di negara ini.
Dr. Mahathir juga mengakui, beliau sering mengikuti perkembangan seni Siti.
Dalam perbualan antara saya dengan Dr. Mahathir serta turut disertai oleh Siti tempoh hari juga, jelas terpancar kebanggaan pada bekas Perdana Menteri yang disayangi rakyat itu terhadap pencapaian penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu.
Saya turut bertanya reaksi Dr. Mahathir terhadap persembahan Siti pada Konsert Satu yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun lalu. Dr. Mahathir dan isterinya turut hadir menonton Konsert Satu.
Rancak bercerita pasal konsert berkenaan juga, tiba-tiba Dr. Mahathir menyuarakan sedikit rasa kecewa beliau terhadap persembahan itu.
Saya yang agak tergamam lantas bertanya kepada Dr. Mahathir kenapa beliau merasa kecewa dengan persembahan Siti yang berlangsung selama tiga malam itu.
"Sebab tak banyak lagu tradisional. Saya katakan pada Siti yang saya sangat frust (kecewa) sebab dia tak nyanyi banyak lagu tradisional.
"Tapi saya kena fahamlah dia ada banyak lagi lagu popular lain yang dia perlu nyanyi," kata Dr. Mahathir sambil memandang Siti yang tersipu-sipu malu di sisinya.
Pada masa yang sama, Dr. Mahathir juga menyatakan kekaguman terhadap vokal Siti yang disifatkannya sebagai anugerah tertinggi daripada Allah buat penyanyi berusia 30 tahun itu.
"Saya hairan sungguh dia (Siti) boleh nyanyi hampir 30 lagu tanpa henti. Pada saya bukan senang untuk kita menyanyi, menari, bercakap di atas pentas.
"Bertuah betul dia (Siti). Saya harap dia akan kekalkan apa yang ada dalam diri dia," nasihat Dr. Mahathir kepada penyanyi yang baru saja muncul dengan album kerohanian, Tahajud Cinta.
Dr. Siti Hasmah yang banyak menyuntik inspirasi kepada sebilangan besar rakyat Malaysia turut mengakui, beliau antara peminat Siti.
"Suaranya cukup merdu. Saya sangat sayang pada Siti," kata Dr. Siti Hasmah seorang ikon yang disayangi dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sebetulnya tidak banyak kesempatan yang saya ada untuk berbual dengan lebih panjang bersama Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.
Ini kerana saya sendiri begitu ralit melihat betapa mesranya hubungan mereka berempat - Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah, Siti Nurhaliza dan Khalid.
Begitu juga keramahan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah melayan tetamu-tetamu lain.
Lalu, saya tinggalkan anda dengan beberapa lagi foto menarik yang dirakamkan oleh jurugambar Mohd. Farizwan Hasbullah.
Oh ya... saya juga sengaja ingin membawa ingatan anda semua kepada sekeping foto yang dirakamkan pada tahun 2005 - iaitu sesi fotografi pertama yang saya atur antara Siti bersama dan mentornya di Restoran Smokehouse di tengah-tengah ibu kota.
PETIKAN : UTUSAN MALAYSIA 240909

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA 20092009

Kepada semua sahabat² yg mengenali dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Mohon ampun dan maaf jika ada yang menyinggung hati dan perasaan samada secara sedar atau tidak disedari.
Kepada insan²yang sudi menjadi sahabat moga-moga semuanya akan menyambut lebaran yang mulia ini dengan penuh keberkatan. Pandu dengan selamat, patuhi undang-undang jalan raya.
Semoga kedatangan Syawal ini akan membawa kemeriahan kepada anda bersama keluarga tercinta.
Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang tulisan saya di sini ada terkasar bahasa, tersalah kata, menyinggung perasaan dan sebagainya.
Semoga Syawal membawa seribu rahmat dan kebahagiaan bagi kita semua di dunia dan di akhirat...
Selamat Hari raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

JEFBUJ
20092009

Tuesday, September 15, 2009

MY BIRTHDAY @ HOTEL TIARA, LABUAN







Kalau semalam kami celebrate di Mc D sambil bersahur, hari ini kami celebrate pulak di Hotel Tiara. Wow banyak sungguh makanan yang terhidang! Hingga tak larat nak bangun dari meja selepas selesai berbuka. Alhamdulillah rezeki! Terimakasih pada adik ipar & adik, Yaman & Ina kerana belanja untuk harijadi saya. Semuga rezeki kalian sentiasa murah. Amin.

Monday, September 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

OTANJOBI OMEDETO GOZAIMAS!!!



Macam tak percaya, hari ini genaplah umur saya 43 tahun. Kalau saya toleh kebelakang sememangnya banyak perkara yang telah saya buat. Semasa belajar di sekolah rendah, menengah, zaman ITM dan di luar negara ( jepun ) semuanya amat indah bagi saya. Betul kata orang zaman persekolahan merupakan zaman kegemilangan kita. Tak ada masalah kewangan, kerja, keluarga dan sebagainya sebab apa yang ada dalam minda adalah seronok meneroka benda baru.
Saya bersyukur di umur hampir setengah abad sebegini walaupun belum memiliki segala-galanya saya amat bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Segi kesihatan alhamdulillah, saya amat taksub dengan tahap kesihatan saya. Banyak wang pun kalau tidak sihat tiada gunanya. Di usia sebegini juga cita-cita saya untuk menjadi Pensyarah dari kecil tercapai walaupun secara freelance. Namun saya banyak mendapat jemputan dari agensi kerajaan dan swasta untuk mendidik warga kerja mahupun pelajar untuk menjadi insan yang lebih baik dan berjaya.
Saya doakan semuga saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah. Amin.
Semalam jam 12.30 pagi saya sempat celebrate hari jadi bersama keluarga di Mc Donald. Walaupun tak ada cake tapi alhamdulillah kami amat gembira. Kira makan sahur sekalilah tu. Di atas adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semalam. Sori ek... mata dah bengkak2 sebab baru bangun dari tidur... tapi senyum tetap maintain!

Sunday, September 13, 2009

SHOPPING RAYA!!!!












Sebelum saya balik ke Kuching pada 16 September ni saya berkesempatan shopping untuk raya yang bakal menjelang tiba. Labuan yang dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai [ Duty Free ] sudah semestinya barang2 agak murah terutama kain, rokok, minuman keras dan yang paling best kereta import. Bayangkan kereta Toyota Vios hanya berharga RM48 ribu, Honda City RM 48, Toyota Rush RM 52 ribu, Toyota Inova RM 60 ribu ++ dan bermacam2 jenama lagi yang begitu murah!!!

Saya telah membeli 3 pasang baju melayu beserta songket begitu juga untuk anak saya si Daniel. Beraya sakanlah raya tahun ni. Sudah menjadi tradisi di Sarawak kita beraya seminggu dengan baju melayu! Memang terasa benar suasana raya.

Kuih Lapis Sarawakpun saya dah tempah awal2 dari teman baik saya Yudi. Tak ada kueh lapis tak sahlah raya kat Sarawak.

Saya ucapkan selamat bershopping raya, tapi ingat berbelanja biarlah berhemah jangan boros k!!!