I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 20, 2009

SENARAI PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2009

Anugerah Planet Muzik 2009 buat pertama kalinya telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, Indonesia dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Nirina Zubir dan Aura Shai.

Tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang masih lagi berjaya mengekalkan popularitinya selama sembilan tahun berturut-turut di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular. Siti juga menang bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo!. Kedua-dua kategori tersebut diadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka sejak pertengahan bulan Jun lalu.

Tahniah juga buat Aizat yang telah memenangi dua anugerah di APM 2009 iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) dan Lagu Paling Popular (Malaysia) dikira berdasarkan jumlah muat turun.

Afgan meraih kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘Confession No. 1’ manakala Yovie & Nuno mengungguli kategori Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi album ‘The Special One’ dan Artis Indonesia Paling Popular.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Selain Siti yang juga dinobatkan sebagai Artis Malaysia Paling Popular, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

Tahniah kepada semua pemenang:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)-Ayu (Hanya Di Mercu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)Kotak (Masih Cinta)

Kolaborasi Terbaik Dalam LaguLagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

Artis Lelaki TerbaikAfgan (Confession No. 1)

Artis Wanita TerbaikBunga Citra Lestari (Tentang Kamu)

Duo/ Kumpulan TerbaikYovie & Nuno (The Special One)

Lagu TerbaikLaskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

Album TerbaikConfession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)Datuk Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)Impianku (Didicazli)

Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)Kul Cinta (Slank)

Anugerah Cinta Planet MuzikDik Doank

Anugerah Khas Planet MuzikBand Gigi

PETIKAN : BUDIEY.COM

No comments:

Post a Comment