I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 28, 2009

MASIH JELAS KIAN DITERIMA

Oleh Abdul Rahman Adam
bhnews@bharian.com.my


HAFIZ sempat bersalam dengan peminat pada Konsert Reunion Akademi Fantasia 7 di Padang Merdeka, Kuching.

KERINDUAN peminat dan penyokong setia Juara Akademi Fantasia Musim Ke-tujuh (AF7) Hafiz, di Sarawak, khasnya di sekitar bandaraya Kuching, terubat apabila beliau muncul dalam persembahan sulungnya, sempena Konsert Reunion AF7 di Padang Merdeka, di sini, Sabtu lalu.

Pada persembahan itu, Hafiz bukan saja mendendangkan lagu 'single' pertama, Masih Jelas, tetapi turut memperdengarkan beberapa lagu terbaru daripada album pertamanya seperti Noktah Cinta, Awan Nano, Ku Akui dan Watak.

Malah, konsert berkenaan adalah yang pertama menggabungkan Hafiz dengan 14 finalis AF7 seperti Claudia, Aishah, Aril, Akim, Isma dan Yazid selepas dia diumumkan sebagai juara AF7 pada 16 Mei lalu dan pada masa sama adalah konsert reunion pertama AF yang dianjurkan di luar Semenanjung.

Bagi Hafiz, meskipun baru dua bulan meraih takhta AF7, dia begitu teruja dengan kelahiran album pertama Masih Jelas yang menampilkan empat lagu terbaru ciptaan komposer terkenal tanah air seperti Ajai, M.Nasir dan Aidit Alfian serta mempunyai lagu bonus daripada peserta akhir AF7 yang lain.

Lebih membanggakan, apabila lagu Masih Jelas dipilih peminat untuk berada di tangga kedua teratas carta radio Era dan tempat ketiga senarai lagu paling popular stesen di HotFM. Ini menjadikan pencapaian amat membanggakan bagi penyanyi muda berusia 19 tahun itu.

"Saya mengharapkan album pertama ini mendapat sokongan daripada peminat yang menantikan kemunculan album sulung saya dan berharap mereka dapat menyokong penuh keluaran album pertama berkenaan.
"Pada masa ini peminat sudah boleh mendengar lagu-lagu lain daripada album pertama saya menerusi di radio dan terus berharap album pertama ini juga mampu melonjakkan lagi nama saya sebagai penyanyi kerana semua lagu dalam album ini masih relevan kerana ia boleh didengar oleh semua peringkat usia," katanya di Majlis Sepetang Bersama Hafiz, di Kuching, baru-baru ini.

Selain itu, Hafiz turut memaklumkan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tanah air seperti M.Nasir, Ajai dan Aidit Alfian yang banyak memberi sumbangan dalam kelahiran album pertamanya.

"Saya hampir tidak percaya dapat bekerjasama dengan semua komposer terkenal yang banyak menyumbang kepada bidang hiburan dan mencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air dan kalau boleh terus bekerjasama pada masa akan datang," katanya.

Ditanya mengenai perjalanan karier beliau pada masa ini, Hafiz berkata, dia mempunyai jadual yang agak padat kerana memenuhi pelbagai undangan persembahan termasuk persembahan makan malam dan korporat.

Selain itu katanya, dia bercita-cita ingin menulis lirik lagu sendiri pada albumnya akan datang selain turut mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Pengurusnya, Norizan Abu Samah, berkata, meskipun senario muzik tempatan kini mungkin tidak begitu memberangsangkan, namun ia tidak melemahkan aspirasi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) untuk menerbitkan album buat Hafiz.

"Kami tidak menafikan realiti penerbitan album hari ini mengundang risiko, namun kami melihat usaha, kreativiti dan pelaburan ini perlu untuk merintis medium bagi seseorang penyanyi seperti Hafiz menempatkan diri mereka dalam industri hiburan.

"Selain itu, melihat pulangan daripada konsep popular teknologi maklumat muat turut lagu dan muzik nada dering, kehadiran mereka telah mula menarik perhatian para penerbit drama, program dan produser filem," katanya.

Katanya, ia adalah antara usaha AESB untuk penyanyi baru dalam membina keupayaan dari pelbagai cabang seni pada masa ini dan akan datang.

No comments:

Post a Comment