I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 16, 2009

Hafiz Rasa Gerun Dengan M Nasir


Teks oleh Razif Rosdi Foto oleh Mazlan Yunos ( petikan murai.com)


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2009: Selepas menjadi anak Sarawak pertama bergelar juara Akademi Fantasia (AF), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19 atau Hafiz, kembali melakar sejarah buat dirinya apabila melahirkan album solo pertama dalam tempoh 2 bulan sesudah keluar daripada akademi popular itu.Majlis pelancaran album Masih Jelas itu telah diadakan di Delucca, The Italian Restaurant, One Residency, Kuala Lumpur dengan dihadiri beberapa nama besar seperti M Nasir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Ajai, Aidit Alfian, Acis, AD Samad dan isterinya, Dang Suria serta Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Encik Zainir Aminullah.Ketika ditemui pada majlis pelancaran kelmarin, Hafiz amat bersyukur impiannya sejak kecil untuk merakamkan album solo termakbul. Malah, jejaka berambut kerinting ini tidak henti-henti berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan album ini tidak kiralah secara langsung atau tidak.

"Thanks to my parents, fans dan terutama sekali media yang banyak menyokong Hafiz. Tanpa mereka-mereka ini mungkin album Hafiz tak akan dilancarkan pada hari ini iaitu 14 Julai sekaligus sudah pun berada di pasaran."Alhamdulillah, tak sampai sebulan Hafiz dapat menyiapkan album ini. Sepanjang pembikinan, jadual harian Hafiz sibuk dengan keluar masuk studio dan menghafal bait-bait lirik dan melodi lagu," ujarnya.Ditanya lagu apakah yang menjadi kegemaran selain Masih Jelas, Hafiz akui semua lagu ada keistimewaan tersendiri.


"Secara jujur, Hafiz paling suka lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya oleh abang Ajai. Hafiz tak nafikan lagu ini sikit sebanyak terkena dengan diri Hafiz sendiri. Bukan sekadar lirik, melodinya juga Hafiz suka sangat," katanya.Bercerita pengalaman bekerja dengan M Nasir, Ajai dan Aidit Alfian, Hafiz rasa banyak kelainan kerana baginya pengalaman menyanyi secara live dan menyanyi dalam studio amatlah berbeza. Namun, Hafiz tidak akan lupa pengalaman menarik bekerja dengan semua komposer yang terlibat."Syukurlah. Hafiz tak ada kena marah dengan mana-mana komposer.


Mulanya Hafiz agak gerun juga nak bekerja dengan Abang M Nasir. Bagaimanapun, selepas bersama M Nasir, Hafiz dapat rasakan dia seorang yang banyak sangat ilmu, kelakar dan senang bekerja," ujarnya.Menyentuh mengenai penglibatan 4 rakan seperjuangan iaitu Aril, Akim Yazid dan Isma dalam album ini, Hafiz merasakan ia satu penghargaan yang besar buat dirinya. Malah, anak muda ini mengambil kerjasama ini sebagai penghargaan darinya buat 4 rakan finalis AF7nya itu."Cakap pasal kongsi album ni, Hafiz telah berbincang dengan pihak AESB.


Hafiz rasa tak salah kalau buat bersama-sama kerana ia juga satu kelainan kalau dibandingkan dengan album AF yang lepas-lepas. Hafiz rasa seronok apabila kawan-kawan ini dapat sama-sama memeriahkan album pertama Hafiz. Hafiz tak pernah rasa pun mereka cuba mengganggu Hafiz kerana majoriti lagu adalah daripada Hafiz dan lagu mereka sebagai bonus untuk pendengar. "Sekiranya satu hari nanti album ini mendapat pengiktirafan, kami semua akan sama-sama merasainya. Niat Hafiz hanyalah untuk bahagikan rezeki juga untuk kawan-kawan.


Kalau boleh Hafiz nak berjaya dengan kawan-kawan semua."Hafiz bersyukur kerana Masih Jelas adalah hasil titik peluh Hafiz yang pertama selepas bertanding dalam AF7. Untuk kawan-kawan pula, Hafiz harap semangat setia kawan kami tidak akan hilang dan berkekalan sampai bila-bila," kata Hafiz bersungguhs-sungguh.Sesuai dengan tajuk Masih Jelas, Hafiz akui dia semakin jelas dengan dunia seni yang diceburinya kini. Hafiz akui inilah jalan baru untuk dia berusaha dan memajukan industri hiburan.Dalam pada itu, Hafiz juga merancang untuk menyambung semula pengajian selepas menangguhkannya apabila menyertai AF7. Dia ingin belajar di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dalam bidang pengurusan pelancongan serta hospitaliti.

No comments:

Post a Comment