I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 05, 2009

HAFIZ ALAMI KEJUTAN

Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof am@hmetro.com.my ( petikan )

GELARAN juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) membawa mimpi Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) menjadi realiti. Namun bukan mudah sebenarnya untuk anak muda dari Kuching, Sarawak ini melakar kejayaan dalam dunia seni.

Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuh untuk memusing roda kehidupan supaya kita tidak sentiasa di bawah. Ketabahan dan kekuatan diri menjadikan fantasi satu realiti.Hafiz yang kelihatan sopan dan pendiam pada luaran, sebenarnya seorang yang kuat dan tidak mudah tunduk pada cabaran. Ketika belajar di akademi, dia mempelajari ilmu yang dicurahkan sebaik mungkin dan diadaptasikan dalam persembahannya. Berkat kesungguhan ditunjukkan Hafiz, tidak hairanlah peminat setianya serta penonton meraih kepuasan daripada persembahannya. Hafiz bermula daripada sifar dan kini ditransformasikan tenaga pengajar AF7.Popularitinya semakin meningkat bersandarkan kekuatan vokal serta persembahan konsisten. Namun, ia tidak semudah disangka kerana dalam lembah seni tanah air, pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sebagai 'orang baru' persada seni."Selepas menamatkan pengajian di akademi, banyak dugaan saya lalui. Saya mengalami kejutan budaya kerana saya pernah lalui perkara sebegini. Saya mengalami sedikit masalah ketika berhadapan media. Segalanya baru bagi saya."Ada pula suara sumbang yang mengutuk saya sebagai artis baru. Yang paling teruk, mereka mengatakan saya tiada haluan selepas keluar daripada akademi. "Saya anggap ini biasa dalam persada seni kita. Bukan semua orang menyukai kita. Oleh itu, setiap teguran yang diterima saya jadikan pengajaran dan berusaha memperbaiki diri," katanya.Hafiz akan melancarkan mini album sulungnya bulan ini menampilkan single pertamanya, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan lirik AD Samad yang menjadi taruhannya ketika kemuncak AF7 selain empat lagu baru.Artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ini menangguhkan pengajiannya selama setahun ketika menyertai AF7. Katanya, dia masih berbincang dengan pengurusan AESB untuk menyambung pengajian di Pusat Teknologi dan Pengurusan Latihan (PTPL) di Kuching yang tertangguh.

"Saya akan memohon untuk menyambung pengajian di PTPL Shah Alam untuk memudahkan pengurusan karier seni. Buat masa ini, saya ingin membahagikan masa sebaik mungkin antara karier dan pembelajaran.

"Bagi saya, kedua-duanya penting untuk masa depan yang sempurna. Selain itu, kalau ada rezeki saya ingin mencipta lagu sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment