I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 28, 2009

MASIH JELAS KIAN DITERIMA

Oleh Abdul Rahman Adam
bhnews@bharian.com.my


HAFIZ sempat bersalam dengan peminat pada Konsert Reunion Akademi Fantasia 7 di Padang Merdeka, Kuching.

KERINDUAN peminat dan penyokong setia Juara Akademi Fantasia Musim Ke-tujuh (AF7) Hafiz, di Sarawak, khasnya di sekitar bandaraya Kuching, terubat apabila beliau muncul dalam persembahan sulungnya, sempena Konsert Reunion AF7 di Padang Merdeka, di sini, Sabtu lalu.

Pada persembahan itu, Hafiz bukan saja mendendangkan lagu 'single' pertama, Masih Jelas, tetapi turut memperdengarkan beberapa lagu terbaru daripada album pertamanya seperti Noktah Cinta, Awan Nano, Ku Akui dan Watak.

Malah, konsert berkenaan adalah yang pertama menggabungkan Hafiz dengan 14 finalis AF7 seperti Claudia, Aishah, Aril, Akim, Isma dan Yazid selepas dia diumumkan sebagai juara AF7 pada 16 Mei lalu dan pada masa sama adalah konsert reunion pertama AF yang dianjurkan di luar Semenanjung.

Bagi Hafiz, meskipun baru dua bulan meraih takhta AF7, dia begitu teruja dengan kelahiran album pertama Masih Jelas yang menampilkan empat lagu terbaru ciptaan komposer terkenal tanah air seperti Ajai, M.Nasir dan Aidit Alfian serta mempunyai lagu bonus daripada peserta akhir AF7 yang lain.

Lebih membanggakan, apabila lagu Masih Jelas dipilih peminat untuk berada di tangga kedua teratas carta radio Era dan tempat ketiga senarai lagu paling popular stesen di HotFM. Ini menjadikan pencapaian amat membanggakan bagi penyanyi muda berusia 19 tahun itu.

"Saya mengharapkan album pertama ini mendapat sokongan daripada peminat yang menantikan kemunculan album sulung saya dan berharap mereka dapat menyokong penuh keluaran album pertama berkenaan.
"Pada masa ini peminat sudah boleh mendengar lagu-lagu lain daripada album pertama saya menerusi di radio dan terus berharap album pertama ini juga mampu melonjakkan lagi nama saya sebagai penyanyi kerana semua lagu dalam album ini masih relevan kerana ia boleh didengar oleh semua peringkat usia," katanya di Majlis Sepetang Bersama Hafiz, di Kuching, baru-baru ini.

Selain itu, Hafiz turut memaklumkan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tanah air seperti M.Nasir, Ajai dan Aidit Alfian yang banyak memberi sumbangan dalam kelahiran album pertamanya.

"Saya hampir tidak percaya dapat bekerjasama dengan semua komposer terkenal yang banyak menyumbang kepada bidang hiburan dan mencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air dan kalau boleh terus bekerjasama pada masa akan datang," katanya.

Ditanya mengenai perjalanan karier beliau pada masa ini, Hafiz berkata, dia mempunyai jadual yang agak padat kerana memenuhi pelbagai undangan persembahan termasuk persembahan makan malam dan korporat.

Selain itu katanya, dia bercita-cita ingin menulis lirik lagu sendiri pada albumnya akan datang selain turut mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Pengurusnya, Norizan Abu Samah, berkata, meskipun senario muzik tempatan kini mungkin tidak begitu memberangsangkan, namun ia tidak melemahkan aspirasi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) untuk menerbitkan album buat Hafiz.

"Kami tidak menafikan realiti penerbitan album hari ini mengundang risiko, namun kami melihat usaha, kreativiti dan pelaburan ini perlu untuk merintis medium bagi seseorang penyanyi seperti Hafiz menempatkan diri mereka dalam industri hiburan.

"Selain itu, melihat pulangan daripada konsep popular teknologi maklumat muat turut lagu dan muzik nada dering, kehadiran mereka telah mula menarik perhatian para penerbit drama, program dan produser filem," katanya.

Katanya, ia adalah antara usaha AESB untuk penyanyi baru dalam membina keupayaan dari pelbagai cabang seni pada masa ini dan akan datang.

Monday, July 27, 2009

YASMIN AHMAD MENINGGAL DUNIA

Semalam, jam 11.25 malam, Malaysia telah kehilangan seorang pengarah filem yang begitu kreatif, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Salam takziah dari kami buat keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau tenang dan sejahtera di sana. Kepada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali….Al fatihah.
Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi.
Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.


Yasmin Ahmad…1958 - 2009
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

PETIKAN : BUDIEY.COM

Friday, July 24, 2009

BANDARAYA KUCHING BERPESTA BESAR!


Sungguh meriah Bandaraya Kuching masa ini. Apa tidaknya, terlalu banyak pesta yang diadakan. Saya dapat info semua hotel di Kuching sudah habis di tempah! Antara yang menarik:

23-24 Julai KEMBARA TV 3
24-25 Julai Konsert Reunion AF 7
25-26 Julai Jom Heboh
27-31 Julai Perasmian Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia
Regatta ( Lumba Perahu )
1-7 Ogos Pesta Kuching ( Kuching City Day )

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Bagi saudara2 kita di Brunei, Kalimantan, Sabah, Singapura dan Semenanjung datanglah beramai2 untuk sama-sama memeriahkan suasana!

Tuesday, July 21, 2009

CABARAN DAN DUGAAN HAFIZ

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

DUA bulan selepas keluar daripada AF7, Hafiz kini melalui liku-liku hidup sebagai anak seni dengan penuh tabah.

KENANGAN pada detik 16 Mei lalu pastinya sukar untuk dilupakan dan masih jelas serta segar dalam ingatan jejaka comel bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip ini.
Menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), cinta dan impiannya untuk bergelar anak seni tidaklah bernoktah begitu sahaja.

Memiliki perwatakan ceria dan mudah melemparkan senyuman, Mohd. Hafiz atau mudah disapa Hafiz mengakui bahawa dia kini amat teruja untuk meneruskan cita-cita bergelar artis ternama.
Bak menggapai awan di langit, namun, laluan seni Hafiz sepanjang dua bulan bertatih di pentas hiburan bukanlah semudah yang disangkanya.

Ini kerana, awan yang digapainya itu seolah menumpahkan hujan toksid dan bisa membuatkan Hafiz tersungkur andai gagal mengawal emosi diri.

Bagaimanapun, biar diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan antaranya dituduh penyombong, tidak mahu bertegur sapa dengan orang lain dan suka berpeleseran di kelab malam, Hafiz masih mampu berhadapan dengan segala kata-kata negatif tersebut.

Sambil menafikan dakwaan itu, Hafiz dalam wajah tenang berkata, dia memilih untuk tidak mengangkat kata-kata itu sebagai bebanan bagi diangkut dalam kehidupan hariannya.

Bagi Hafiz, cara mengawal permasalahan yang melanda adalah dengan cara bertawakal kepada Allah samping bersikap tenang.

Apatah lagi, Hafiz sering diingatkan sebaik memasuki bidang, dia perlu berhadapan dengan cabaran dunia seni yang cukup hebat.

"Sepanjang dua bulan ini juga, Hafiz telah mendengar macam-macam yang orang lain kata tentang Hafiz. Semuanya itu tidak benar, termasuk dakwaan berpeleseran di kelab malam.

"Hafiz bukanlah begitu. Tapi tidak mengapa, semua itu lumrah kehidupan,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Masih Jelas di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan kalangan komposer antaranya M. Nasir, Ajai, Aidit Alfian dan Taja.

Turut hadir, empat finalis AF7 iaitu Aril, Akim, Yazid serta Isma.

Menyambung bicara, ujar jejaka berusia 19 tahun ini, dengan kata-kata negatif yang menghujani dirinya, dia sesekali tidak akan menanam rasa menyesal dalam hati kerana berkecimpung dalam dunia hiburan.

Jelas Hafiz, dalam menghadapi cabaran dan dugaan, dirinya bernasib baik kerana keluarga terutama ibunya, Halizawati Mohd. Salleh, 44, sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kesejahteraan.

"Emak selalu beri nasihat supaya saya kerja baik-baik dan gunakan tenaga yang dikurniakan Allah ini dengan sebaiknya serta jangan melakukan sesuatu yang tidak elok,'' katanya yang mengimpikan untuk bergelar pelakon serta pengacara.

Gembira dengan Masih Jelas

Sementara itu, Hafiz ketika diajak berbicara tentang album sulungnya berjudul Masih Jelas memberitahu, dia cukup gembira dengan kelahiran album terbabit.

Berkonsepkan pop balada, Masih Jelas kata Hafiz, merupakan percubaan pertamanya untuk terus bergerak dalam bidang nyanyian.

"Sudah tentu saya berpuas hati dengan hasil rakaman album ini. Ia juga menampilkan komposer-komposer hebat dan terkenal. Terima kasih kepada mereka.

"Masih Jelas juga turut memuatkan lagu-lagu rakan-rakan saya dalam akademi iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma,'' katanya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram baru-baru ini.

Masih Jelas memuatkan lima buah lagu baru nyanyian Hafiz iaitu Masih Jelas (Aidil Alfian, Ad Samad); Noktah Cinta (Ajai, Syeikh Qalam); Watak (Aidil Alfian, Ad Samad); Ku Akui (Ajai) dan Awan Nano (M. Nasir, Buddhi Hekayat).

Selain lagu-lagu berkenaan, turut dimuatkan adalah Toksid nyanyian Aril, Bengang (Akim), Ya Papa (Yazid) dan Bisikan...Godaan (Isma).

Menurut Hafiz, sepanjang rakaman, dia diberikan ruang dan peluang untuk memberikan pendapat mengenai lagu-lagu nyanyiannya itu.

"Hafiz banyak bertanya kepada komposer dan penulis lirik seperti abang Ajai (Ajai) bagaimana hendak menghayati lagu-lagunya,'' katanya yang teringin untuk menghasilkan lagu sendiri satu hari nanti.

Kaitan Ku Akui dengan Hafiz

Masih lagi berbicara soal Masih Jelas, Hafiz berkata, antara lagu-lagu yang terkandung dalam album berkenaan, lagu berjudul Ku Akui sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dirinya.
"Ia seperti menyindir diri Hafiz sendiri terutama soal cinta. Abang Ajai yang cipta lagu ini ada bertanya Hafiz tentang cinta Hafiz sebelum ini.

"Namun, bagi Hafiz, buat masa ini, biarlah Hafiz tumpukan kepada kerja terlebih dahulu. Kalau ada pun (teman wanita), Hafiz akan bertanyakan kepada emak terlebih dahulu,'' jelas Hafiz sambil ketawa besar.

Strategi pemasaran AESB

Dalam pada itu, Zainir yang diajukan persoalan tentang proses pembikinan Masih Jelas yang dilihat seakan tergesa-gesa berkata, Masih Jelas perlu dipasarkan awal seiring dengan populariti Hafiz yang masih 'panas'.

"Ini adalah strategi AESB. Kalau dilihat pengalaman lalu, album dikeluarkan agak lewat dan hasilnya ia kurang mendapat sambutan,'' tegasnya.

Ketika ditanya mengapa Masih Jelas menyelitkan lagu-lagu empat lagi finalis AF7, ujar Zainir, ia sebagai penunjuk aras untuk membangunkan karier artis-artis lain.

"Selain untuk menaikkan nama mereka, kami gunakan Masih Jelas untuk melihat penerimaan peminat masing-masing.

"Selain Hafiz, empat daripada mereka ini iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma sudah mempunyai jenama tersendiri,'' tambahnya.

Michael Jackson @ Mikaeel (Murder) Conspiracy

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.However, he made a mistake which he didn't know of the consequences.
He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain . In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I ha! ve seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."Since that, MJ's life was never the same again.He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.
For several years, he stayed in England . Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready.Following his trial, MJ withdrew to Bahrain ,! where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).
Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles .He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008. He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...."He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim ! and will only sing with Yusuf Islam and Friends.At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA . It was because he thought he could escape the USA 's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England .
At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..."Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..."The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time.The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obta! in the result in less than 2 weeks.
MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe.The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.
In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mort! em result? Seems like someone is afraid of his shadows.MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!
MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here: http://www.filefactory.com/file/ahb80ff/n/Micheal_Jackson_-_Giv! e_Thanks_To_Allah_mp3MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...
Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government. These happened, because the! USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world. (Sheikh Ha**d)The Brotherhood of Islam Buletin of Bahrain

Monday, July 20, 2009

SENARAI PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK 2009

Anugerah Planet Muzik 2009 buat pertama kalinya telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, Indonesia dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Nirina Zubir dan Aura Shai.

Tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang masih lagi berjaya mengekalkan popularitinya selama sembilan tahun berturut-turut di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular. Siti juga menang bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo!. Kedua-dua kategori tersebut diadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka sejak pertengahan bulan Jun lalu.

Tahniah juga buat Aizat yang telah memenangi dua anugerah di APM 2009 iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) dan Lagu Paling Popular (Malaysia) dikira berdasarkan jumlah muat turun.

Afgan meraih kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘Confession No. 1’ manakala Yovie & Nuno mengungguli kategori Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi album ‘The Special One’ dan Artis Indonesia Paling Popular.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Selain Siti yang juga dinobatkan sebagai Artis Malaysia Paling Popular, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

Tahniah kepada semua pemenang:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)-Ayu (Hanya Di Mercu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)Kotak (Masih Cinta)

Kolaborasi Terbaik Dalam LaguLagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

Artis Lelaki TerbaikAfgan (Confession No. 1)

Artis Wanita TerbaikBunga Citra Lestari (Tentang Kamu)

Duo/ Kumpulan TerbaikYovie & Nuno (The Special One)

Lagu TerbaikLaskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

Album TerbaikConfession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)Datuk Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)Impianku (Didicazli)

Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)Kul Cinta (Slank)

Anugerah Cinta Planet MuzikDik Doank

Anugerah Khas Planet MuzikBand Gigi

PETIKAN : BUDIEY.COM

Friday, July 17, 2009

THE MAYONNAISE JAR

When things in your life seem, Almost too much to handle, When 24 Hours in a day is not enough, Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee..
A professor stood before his philosophy class And had some items in front of him. When the class began, wordlessly, He picked up a very large and empty mayonnaise jar And proceeded to fill it with golf balls.
He then asked the students, if the jar was full. They agreed that it was.
The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again If the jar was full... They agreed it was.
The professor next picked up a box of sand And poured it into the jar.. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded With an un ani mous 'yes.'
The professor then produced Two cups of coffee from under the table And poured the entire contents Into the jar, effectively Filling the empty space between the sand. The students laughed. 'Now,' said the professor, As the laughter subsided, 'I want you to recognize that this jar represents your life..
The golf balls are the important things - God, family, children, health, friends, and favorite passions – Things that if everything else was lost And only they remained, your life would still be full. The pebbles are the other things that matter Like your job, house, and car. The sand is everything else -- The small stuff. 'If you put the sand into the jar first,' He continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life.. If you spend all your time and energy on the small stuff, You will never have room for the things that are Important to you.
So... Pay attention to the things
That are critical to your happiness. Playwith your children. Take time to get medical checkups. Take your partner out to dinner. There will always be time To clean the house and fix the disposal. 'Take care of the golf balls first -- The things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand..' One of the students raised her hand And inquired what the coffee represented. The professor smiled. 'I'm glad you asked'. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend!
Please share this with other "Golf Balls"
I just did......

Thursday, July 16, 2009

Hafiz Rasa Gerun Dengan M Nasir


Teks oleh Razif Rosdi Foto oleh Mazlan Yunos ( petikan murai.com)


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2009: Selepas menjadi anak Sarawak pertama bergelar juara Akademi Fantasia (AF), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19 atau Hafiz, kembali melakar sejarah buat dirinya apabila melahirkan album solo pertama dalam tempoh 2 bulan sesudah keluar daripada akademi popular itu.Majlis pelancaran album Masih Jelas itu telah diadakan di Delucca, The Italian Restaurant, One Residency, Kuala Lumpur dengan dihadiri beberapa nama besar seperti M Nasir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Ajai, Aidit Alfian, Acis, AD Samad dan isterinya, Dang Suria serta Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Encik Zainir Aminullah.Ketika ditemui pada majlis pelancaran kelmarin, Hafiz amat bersyukur impiannya sejak kecil untuk merakamkan album solo termakbul. Malah, jejaka berambut kerinting ini tidak henti-henti berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan album ini tidak kiralah secara langsung atau tidak.

"Thanks to my parents, fans dan terutama sekali media yang banyak menyokong Hafiz. Tanpa mereka-mereka ini mungkin album Hafiz tak akan dilancarkan pada hari ini iaitu 14 Julai sekaligus sudah pun berada di pasaran."Alhamdulillah, tak sampai sebulan Hafiz dapat menyiapkan album ini. Sepanjang pembikinan, jadual harian Hafiz sibuk dengan keluar masuk studio dan menghafal bait-bait lirik dan melodi lagu," ujarnya.Ditanya lagu apakah yang menjadi kegemaran selain Masih Jelas, Hafiz akui semua lagu ada keistimewaan tersendiri.


"Secara jujur, Hafiz paling suka lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya oleh abang Ajai. Hafiz tak nafikan lagu ini sikit sebanyak terkena dengan diri Hafiz sendiri. Bukan sekadar lirik, melodinya juga Hafiz suka sangat," katanya.Bercerita pengalaman bekerja dengan M Nasir, Ajai dan Aidit Alfian, Hafiz rasa banyak kelainan kerana baginya pengalaman menyanyi secara live dan menyanyi dalam studio amatlah berbeza. Namun, Hafiz tidak akan lupa pengalaman menarik bekerja dengan semua komposer yang terlibat."Syukurlah. Hafiz tak ada kena marah dengan mana-mana komposer.


Mulanya Hafiz agak gerun juga nak bekerja dengan Abang M Nasir. Bagaimanapun, selepas bersama M Nasir, Hafiz dapat rasakan dia seorang yang banyak sangat ilmu, kelakar dan senang bekerja," ujarnya.Menyentuh mengenai penglibatan 4 rakan seperjuangan iaitu Aril, Akim Yazid dan Isma dalam album ini, Hafiz merasakan ia satu penghargaan yang besar buat dirinya. Malah, anak muda ini mengambil kerjasama ini sebagai penghargaan darinya buat 4 rakan finalis AF7nya itu."Cakap pasal kongsi album ni, Hafiz telah berbincang dengan pihak AESB.


Hafiz rasa tak salah kalau buat bersama-sama kerana ia juga satu kelainan kalau dibandingkan dengan album AF yang lepas-lepas. Hafiz rasa seronok apabila kawan-kawan ini dapat sama-sama memeriahkan album pertama Hafiz. Hafiz tak pernah rasa pun mereka cuba mengganggu Hafiz kerana majoriti lagu adalah daripada Hafiz dan lagu mereka sebagai bonus untuk pendengar. "Sekiranya satu hari nanti album ini mendapat pengiktirafan, kami semua akan sama-sama merasainya. Niat Hafiz hanyalah untuk bahagikan rezeki juga untuk kawan-kawan.


Kalau boleh Hafiz nak berjaya dengan kawan-kawan semua."Hafiz bersyukur kerana Masih Jelas adalah hasil titik peluh Hafiz yang pertama selepas bertanding dalam AF7. Untuk kawan-kawan pula, Hafiz harap semangat setia kawan kami tidak akan hilang dan berkekalan sampai bila-bila," kata Hafiz bersungguhs-sungguh.Sesuai dengan tajuk Masih Jelas, Hafiz akui dia semakin jelas dengan dunia seni yang diceburinya kini. Hafiz akui inilah jalan baru untuk dia berusaha dan memajukan industri hiburan.Dalam pada itu, Hafiz juga merancang untuk menyambung semula pengajian selepas menangguhkannya apabila menyertai AF7. Dia ingin belajar di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dalam bidang pengurusan pelancongan serta hospitaliti.

Monday, July 06, 2009

PANTUN MARI SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

Sunday, July 05, 2009

HAFIZ ALAMI KEJUTAN

Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof am@hmetro.com.my ( petikan )

GELARAN juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) membawa mimpi Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) menjadi realiti. Namun bukan mudah sebenarnya untuk anak muda dari Kuching, Sarawak ini melakar kejayaan dalam dunia seni.

Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuh untuk memusing roda kehidupan supaya kita tidak sentiasa di bawah. Ketabahan dan kekuatan diri menjadikan fantasi satu realiti.Hafiz yang kelihatan sopan dan pendiam pada luaran, sebenarnya seorang yang kuat dan tidak mudah tunduk pada cabaran. Ketika belajar di akademi, dia mempelajari ilmu yang dicurahkan sebaik mungkin dan diadaptasikan dalam persembahannya. Berkat kesungguhan ditunjukkan Hafiz, tidak hairanlah peminat setianya serta penonton meraih kepuasan daripada persembahannya. Hafiz bermula daripada sifar dan kini ditransformasikan tenaga pengajar AF7.Popularitinya semakin meningkat bersandarkan kekuatan vokal serta persembahan konsisten. Namun, ia tidak semudah disangka kerana dalam lembah seni tanah air, pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sebagai 'orang baru' persada seni."Selepas menamatkan pengajian di akademi, banyak dugaan saya lalui. Saya mengalami kejutan budaya kerana saya pernah lalui perkara sebegini. Saya mengalami sedikit masalah ketika berhadapan media. Segalanya baru bagi saya."Ada pula suara sumbang yang mengutuk saya sebagai artis baru. Yang paling teruk, mereka mengatakan saya tiada haluan selepas keluar daripada akademi. "Saya anggap ini biasa dalam persada seni kita. Bukan semua orang menyukai kita. Oleh itu, setiap teguran yang diterima saya jadikan pengajaran dan berusaha memperbaiki diri," katanya.Hafiz akan melancarkan mini album sulungnya bulan ini menampilkan single pertamanya, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan lirik AD Samad yang menjadi taruhannya ketika kemuncak AF7 selain empat lagu baru.Artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ini menangguhkan pengajiannya selama setahun ketika menyertai AF7. Katanya, dia masih berbincang dengan pengurusan AESB untuk menyambung pengajian di Pusat Teknologi dan Pengurusan Latihan (PTPL) di Kuching yang tertangguh.

"Saya akan memohon untuk menyambung pengajian di PTPL Shah Alam untuk memudahkan pengurusan karier seni. Buat masa ini, saya ingin membahagikan masa sebaik mungkin antara karier dan pembelajaran.

"Bagi saya, kedua-duanya penting untuk masa depan yang sempurna. Selain itu, kalau ada rezeki saya ingin mencipta lagu sendiri," katanya.

Saturday, July 04, 2009

MJ DIKEBUMI SECARA ISLAM

Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian

7 JulaiLOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu. Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam. Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

petikan : BHarian 4/7/09

Friday, July 03, 2009

RAHSIA WAKTU SOLAT

CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensiprostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alamsekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Rolling EyesWallahualam. .