I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 25, 2009

KURSUS ASAS PENGENDALIAN MAKANAN





































TARIKH : 16/6/2009
MASA : 0800-1700
TEMPAT : DEWAN MAJLIS DAERAH LUNDU
Lundu,Kursus Asas Pengendalian Makanan merupakan suatu yang diwajibkan kepada semua pengendali makanan. Kursus ini merupakan yang pertama sekali dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Lundu sejak sekian lama. Sambutan adalah menggalakkan daripada pengendali makanan dari Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan dengan kehadiran seramai 83 orang peserta.

Di dalam kursus berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan cara-cara yang betul semasa mengendalikan makanan dimana bukan sahaja keuntungan malahan sikap pengendali itu sendiri perlu dititikberatkan terutama sekali dari segi kebersihan diri, premis peniagaan termasuk layanan terhadap pelanggan.

Peserta juga didedahkan tentang risiko sekiranya amalan kebersihan ini diabaikan kerana akibatnya bukan sahaja akan dirasai oleh peniaga malahan pelanggan juga akan mengalami kesan yang sama. Sebagai contoh sekiranya berlaku keracunan makan dimana pelanggan mengalami cirit-birit, maka prestasi premis tersebut akan terjejas dan perniagaan akan menurun.

Peserta juga seharusnya berasa bertuah kerana telah diberi penerangan khusus mengenai Perkhidmatan Pelanggan oleh seorang panel yang di jemput khas dan pakar dalam perkara tersebut iaitu En.Jefrey Haji Bujang.

Pada dasarnya perjalanan Kursus Pengendalian Makanan untuk tahun 2009 berjalan dengan lancar dimana Majlis Penutupan Rasmi dan acara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Azmi Bin Hj. Bujang, Pegawai Daerah Lundu merangkap pengerusi Majlis Daerah Lundu.


PETIKAN DARI LAMAN WEB MAJLIS DAERAH LUNDU

No comments:

Post a Comment