Setelah menonton Diari semalam, kita dapat melihat, pelajar2 begitu bersungguh2 berlatih. Tetapi apabila membuat persembahan di hadapan Ramli MS ternyata 'badi' Pengetua masih membelenggu mereka. Ini berbeza sekali dimusim-musim lepas di mana pelajar nampak enjoy dan penuh confident.
Dimanakah silapnya? Adakah Pengetua begitu bengis atau pelajar memang tidak bersedia. Apa-apapun diharap persembahan semasa konsert malam ini akan memberi suntikan baru dalam persembahan yang boleh dibanggakan dan dikenang sampai bila2. Semoga tidak ada lagi masalah lupa lirik, penyakit lantai, badi pentas, tak bukak mulut luas2, tak lontar vokal dan sebagainya. Konsert ke 6 seharusnya tiada masalah sebegini lagi. Mereka sepatutnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik supaya mereka tidak tercicir di senarai carta dan bakal layak beraksi di pestas akhir nanti.
Persembahan yang paling ditunggu-tunggu semestinya Mama Rina kerana lagu Ular adalah lagu tengah hot masa ini. Nubhan juga seharusnya memberi impak yang baik kerana lagu beliau merupakan lagu makanannya. Stacy memang tidak perlu dirisaukan, beri apa saja lagu, beliau bijak mencorakkannya dan memberi persembahan yang bagus. Nadia, walaupun beliau tidak begitu suka dgn lagu yang diberikan namun persembahan beliau selalu dinanti-nantikan.
Riz pasti memberi kejutan malam ini, tunggu dan lihat. Peluang terakhir bagi Stanly malam ini untuk menunjukkan bakat beliau. Sekiranya gagal membawa lagu Hazami dengan baik, beliau harus meninggalkan akademi kerana begitu banyak peluang telah diberikan. Toi pula harus membuang sifat sempoinya kerana ini akan membunuh peluangnya untuk ke akhir. Alif wajib memberi yg paling best kerana beliau yang mengungguli carta semestinya mempunyai kualiti yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment