I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 26, 2008

KONSERT KE-6 AF6


Seperti satu kemestian, baik warga kota mahupun kampung, Konsert AF harus ditonton dihujung minggu. Kita seolah-seolah diserang virus demam AF seperti tahun-tahun lepas, walaupun tahun ini demamnya agak kurang panas!


Tetapi bagi saya, ianya banyak bergantung kepada pihak juri yang memainkan peranan penting dalam menyemarakkan satu-satu konsert. Sekiranya juri tidak suka kepada seorang peserta, maka buruklah komennya. Kalau juri demam, maka demam jugalah konsert dibuatnya. Maka timbullah statement-statement dalam surat khabar mengatakan konsert kurang menjadi, konsert takde umph, konsert suram dan sebagainya.


Dari kacamata saya, konsert AF6 tak kurang meriahnya dgn konsert2 lepas. Cuma mungkin ianya tidak sepanas AF2 & AF3 kerana ia dikira sebagai program lama. Kita boleh agak apa yang terjadi. Kalau tempat yang tercorot, gerenti selamat. Kita tengok saja Farah AF2, Amelia AF3, Lotter AF4 & Haziq AF5. Mereka semua layak ke final. Apa-apapun, pelajar telah sedaya upaya memberi yang terbaik.


Malam esok, kalau ditengok daripada kedudukan terkini mungkin Toi atau Stanly yang terkeluar. Kita tunggu dan lihat. Terbaik tak semestinya selamat sebagai contohnya Aizat AF5. Walau beliau memberi persembahan terbaik malam tersebut tetapi tetap terkeluar.


So, jangan leka, kalau taknak peserta favourite anda terkeluar, Afundi banyak2.
** Riz adalah antara peserta yang diramal untuk mara ke final!


No comments:

Post a Comment