Krew membaca IKRAR31 Mac, Sibu ; Saya telah mendapat jemputan untuk memberi 'in-house training' kepada krew Petronas Station di Jalan Teku , Sibu.
Krew membaca IKRARSemasa berkursus, banyak pekara yang mereka pelajari seperti membentuk personaliti diri, cara berjalan & duduk dengan betul, etika berpakaian, etika di meja makan, cara berkomunikasi dengan betul dan sebagainya.
Di akhir kursus mereka telah diuji untuk berucap di hadapan semua peserta. Walaupun sesetengah peserta kurang berpengalaman, namun mereka semua telah berjaya membuang sifat gugup dan pemalu yang sentiasa membelenggu diri mereka selama ini. Salah seorang peserta dari Oya iaitu Saudara Muazzan telah berjaya menjadi peserta terbaik kerana begitu yakin dengan diri, petah bercakap dan pandai mengusik hati semua peserta.
Kursus peringkat ke dua akan diadakan pada bulan April nanti untuk peserta-peserta yang lain pula.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran yang tinggi serta membangkitkan kekuatan personaliti seseorang dan menaikkan tahap produktiviti seseorang pekerja. Antara objektif kursus ini adalah :
1. Memahami kepentingan aspek keterampilan diri.
2. Mempelajari cara membina imej yang professional.
3. Memahami etika di meja makan.
4. Memahami cara memilih pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian tempat dan acara.
5. Mengetahui tips penting apabila menghadapi temuduga
6. Mempelajari tips untuk pengucapan awam yang baik.
7. Mempelajari cara berkomunikasi dengan betul.
8. Menanam sikap jati diri pada diri masing-masing.
Sepanjang kursus berlangsung, banyak aktiviti telah dijalankan, antaranya :
- Cara berpakaian dgn betul, cara mengikat tali leher, cara duduk, berjalan, bercakap dll
- Menyediakan meja makan mengikut etika barat. Cara makan dengan betul turut diajar.
- Latihan mendengar dan melihat dengan teliti. Praktikal ditemuduga secara professional.
- Bahasa badan
Di akhir kursus, peserta telah diuji untuk membuat pengucapan awan [ public speaking ]selama 3 - 5 minit dengan tajuk ' Saya Yang Baru - 2010 '. Saya amat terharu apabila hampir semua peserta telah berjaya melakukannya dengan baik. Malah ada sesetengah peserta yang menangis kerana terharu kerana dapat melawan rasa malu dan kurang keyakinan diri.
Pandangan saya, walaupun mereka hanya belajar selama 2 hari, sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mengatasi perasaan kurang yakin dan gugup yang membelenggu mereka selama ini apabila berhadapan dengan orang ramai yang terdiri dari pelbagai latarbelakang.
Harapan saya, selepas ini mereka akan lebih bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya!