I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Takziah ; Ustaz Asri ( Rabbani ) kembali kerahmatullah





Lagu Pergi Tak Kembali (Rabbani)

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali la


Vokalis utama Rabbani meninggal

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam. Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan. Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC. Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

ASRI yang rebah di Angkasapuri, RTM dibawa ke Pusat Perubatan Pantai sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar ehsan RTM

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin. Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.

"Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal dunia. "Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat," katanya. Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula. "Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke lantai," katanya. Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain. "Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan ikon nasyid," katanya.


petikan : Brita Harian 140809

Monday, July 27, 2009

YASMIN AHMAD MENINGGAL DUNIA

Semalam, jam 11.25 malam, Malaysia telah kehilangan seorang pengarah filem yang begitu kreatif, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Salam takziah dari kami buat keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau tenang dan sejahtera di sana. Kepada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali….Al fatihah.
Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi.
Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.


Yasmin Ahmad…1958 - 2009
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

PETIKAN : BUDIEY.COM

Monday, February 16, 2009

Takziah - Bapa Dato' Siti meninggal dunia


Bapa Dato’ Siti Nurhaliza, Encik Tarudin Ismail Meninggal Dunia

Berita mengejutkan telah diterima tengahari tadi. Jam 10.45 pagi tadi, bapa kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 tahun telah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang disebabkan sakit komplikasi jantung dan sakit buah pinggang. Budiey dengar berita ini ketika siaran langsung Melodi jam 12.30 tengahari tadi.

Khabarnya, di saat pemergian allahyarham, semua menantu dan famili ada di sisi. Disebabkan oleh komplikasi jantung, buah pinggang dan ada kencing manis. Telah dimasukkan ke hospital 3 hari lalu untuk pembedahan jantung.

“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,”

Sekarang ini, keluarga Siti sedang berbincang anak beranak untuk ambil keputusan untuk urusan pengkebumian. Sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan, tiga hari lepas semua anak ada di sisi kecuali dua orang anak beliau. Pesanan kepada isteri dan anak serta famili terdekat diucapkan satu persatu termasuklah kepada Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang menangis teresak-esak. cerita selanjutnya....

Monday, February 02, 2009

Takziah

Gambar diambil pada tahun 2006 di rumah nenek di Brunei Darussalam
Saya bersama nenek Hajjah Kunting & Datuk Pengiran Haji Sabtu

Hanya tinggal kenangan..... semuga roh mu dicucuri rahmat.


Sabtu lepas saya telah dikejutkan berita nenek saya Hajjah Kunting telah meninggal dunia di Kampung Lambak Kanan, di Brunei pada Sabtu lalu. Datuk Pengiran Sabtu telah menalipon keluarga saya memaklumkan berita sedih tersebut.
Sebelum ini nenek terpaksa membuat dialisis mencuci buah pinggang 3 kali seminggu dan ini telah menghadkan pergerakan beliau. Kali terakhir saya menziarahi nenek ialah pada 2006. Semasa saya bekerja di Limbang, boleh dikatakan setiap bulan saya turun ke Brunei untuk berjumpa nenek. Terasa amat terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah yang telahpun selamat dikebumikan semalam. Semuga rohnya dicucuri rahmat.

Al Fatihah

Thursday, January 08, 2009

Ayahanda Nubhan AF6 meninggal dunia


Berita terkini !
Dukacita diumumkan bahawa ayahanda Nubhan Allahyarham Hj.Ahmad Bin Hj.Abd.Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 9.30 malam tadi, 7 Januari 2009 di Hospital Specialist Salam, Senawang akibat serangan jantung. Salam Takziah kepada Nubhan sekeluarga.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.


AL FATIHAH
(gambar dari mr.manager.blogspot.com)