I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Pet. Show all posts
Showing posts with label Pet. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

My new little kitten - Nocco



Masih terasa sedih atas kehilangan Tommy & Silver yang sudah masuk minggu ke - 3. Mana tidaknya every weekend saya pergi ke Pet Shop untuk membeli kelengkapan mereka, tiba-tiba mereka telah di curi oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Doa saya agar Tommy & Silver di jaga dengan baik oleh tuan baru mereka!

Sabtu lepas saya seperti biasa pergi survey ke Pet Shop untuk menghiburkan hati. Ye lah bagi penggemar binatang seperti saya ni, melihat keletah binatang yang manja amat menyentuh hati saya. Saya dapat rasa ketenangan dalam diri saya apabila mendekati makhluk kecil ini.

Dalam meninjau2 tu, tiba-tiba terlihat seekor anak kucing yang unik & comel sangat! Tapi saya rasa ada sesuatu tarikan yang ada pada kitten tersebut. Setelah saya amati betul2 rupa2nya kitten itu tak ada ekor! Unik kan? Puas saya belek2 tapi memang tak ada ekor cuma seperti 'sanggul' kecil dibelakangnya. Apa lagi saya terus beli!

Dalam perjalanan pulang saya memikir2kan nama apa yang sesuai untuk kitten tersebut. Fikir punya fikir akhirnya saya decided memberi nama Nocco yang bermakna tak ada ekor! ( No ekor ) OK tak? Begitu sesuai dgn kecomelannya! So dapatlah saya letakkan di dalam kandang yang telah Tommy & Silver tinggalkan. Sementara kucing siam saya si Excell sememangnya bebas di luar tanpa di kurung . Sama2lah kita ( yang berminat dgn kucing le ) mengikuti perkembangan Nocco k!

Thursday, February 05, 2009

Kehilangan Tommy & Mia Silver

Tenku Mia Silver
Tenku Tommy Emran







Prince Excell
Pagi tadi seperti biasa saya akan ke kandang Tommy & Mia Silver untuk memberi makan & mencuci tandas mereka. Apabila sampai ke kandang mereka, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kandang mereka kosong!!! Dengan perasaan panik saya terus meninjau di sekeliling rumah saya dan saya dapati pagar rumah saya telah dibolosi oleh manusia yang tidak berperasaan. Kesan lubang yang di potong di pagar rumah saya yang terletak di corner lot memberi jawapan kepada saya, Tommy & Mia DICURI !!! Saya terkedu, terpaku & terduduk apabila melihat kesan bulu Tommy & Mia bertaburan di sisi kandang mereka. Walaupun pintu kandang yang sebesar 4' X 4' tidak rosak kerana mangga yang kuat namun PENCURI tetap berjaya menyentap badan mereka melalui celah pintu kandang yang agak renggang! Yang sedihnya apabila meliahat bulu-bulu Tommy & Mia yang masih terlekat di celah pintu tersebut.

Semasa saya bercuti ke KK minggu lepas, saya tidak menghantar mereka untuk boarding ke Pet Shop atau ke rumah teman baik saya kerana kesuntukan waktu. Lagipun saya cuma pergi 3 malam sahaja, namun tidak pula pencuri pecah masuk ke kawasan rumah saya.

Akan tetapi, semalam saya berada di rumah sepanjang malam. Saya rasa kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi ke 4 .30 pagi sebab saya tidur agak lewat. Seperti biasa saya bangun jam 5 pagi untuk solat subuh. Biasanya selepas solat saya akan terus menonton TV hingga jam 7 pagi. Selepas menonton Berita Pagi saya akan terus ke kandang Tommy & Mia untuk membersihkan tandas mereka dan memberi makan.

Mungkin sudah nasib mereka, saya redha. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Tommy berumur setahun & Mia 7 bulan . Seperti mana kucing parsi yang lain, Tommy & Mia begitu manja dengan tuannya. Mereka seperti anak saya sendiri. Untuk memelihara kucing baka baik seperti mereka sudah tentu kos penjagaan mereka amat tinggi. Kos makanan yang diimport khas, ubat-ubatan, perkakas untuk grooming, syampu, conditioner dsb nya mencecah ratusan ringgit. Malah mereka juga mempunyai baju masing-masing, selain barang permainan yang di beli di kedai2 pet shop di dalam & di luar negara.
Yang amat saya sedih, sekiranya pencuri tersebut memelihara Tommy & Mia, mereka tidak tahu apa jenis makanan yang mereka makan kerana kucing2 parsi amat cerewet & fussy dengan apa yang mereka makan. Sekiranya kita bagi mereka makanan yang tidak biasa mereka makan, mereka sanggup tidak makan walaupun untuk beberapa hari. Tandas mereka juga harus selalu dibersihkan. Walaupun seketul najis mereka didalam tandas khas tidak dibersihkan mereka tidak akan membuang air sembarangan. Saya tidak boleh bayangkan, apakah pengalaman yang bakal mereka tempuh di tempat baru asing nanti.
Saya telah menghubungi kedai2 Pet Shop dan teman2 yang memiliki persian cat akan kehilangan kucing2 saya. Manalah tahu pencuri itu menjual kucing2 saya kepada mereka. Ini telah terjadi kepada kawan baik saya satu ketika dahulu. Pencuri telah menjual kucing yang dicuri kepada kawan dia sendiri!

Apa-apa pun saya harap kucing2 saya akan berada di dalam keadaan terjaga sekiranya ada orang yang membelinya. Buat masa ini saya tidak ada rancangan untuk membeli yang baru. Cuma saya akan jaga elok2 kucing Siam baka biasa yang bernama Prince Excell agar tidak menerima nasib yang sama. Mungkin melihat Excell tidak berbulu lebat, pencuri tidak berminat untuk mencurinya.
Nasihat saya, berhati2lah kepada sesiapa yang membela kucing Parsi kerana 'possibility' kecurian amat tinggi. Untuk Tommy & Mia saya doakan mereka akan selamat dan sihat selalu.

Monday, September 08, 2008

Pertandingan Kucing @ The Spring
















Sabtu & Ahad lepas, saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Pertandingan Kucing di The Spring, Kuching. Untuk hari pertama, pertandingan di buka untuk kuching baka tempatan manakala di hari kedua, untuk kucing kacukan, parsi dan baka baik.
Di dalam penjurian, banyak kriteria ditekankan iaitu :
1- Berat badan
2- Kebersihan bulu, telinga & gigi
3- Keseimbangan tulang badan kucing
4- Tidakbalas kucing apabila disentuh dan diajak bermain
5- Kesempurnaan 'grooming' oleh pemilik
dan macam-macam lagi.

Aspek yang paling penting ialah kesihatan kucing. Ia boleh dilihat dari mata serta mulut kucing tersebut. Ada sesetengah kucing nampak sihat tapi pada hakikatnya terdapat kutu dicelah-celah bulunya yang lebat. Ini menyebabkan keguguran bulu yang serius.
Malangnya 3 ekor kucing saya iaitu Excell, Tommy & Silver tidak dapat ikut serta kerana saya tidak berkesempatan untuk mendaftar. Insyallah di masa akan datang kucing2 saya akan menyertai pameran atau pertandingan!
Nikmatilah kecomelan gambar2 kucing di atas!

Friday, August 15, 2008

Tips Memelihara Kucing Parsi

Post maut!
U nak belai i tak?
Kita dah ready nak jalan2 ni!
Bestnye kene peluk abg daniel
Malas nak bangunlah!
Ni masa tommy umur 2 bulan , kiut kan?
zzzzzzzzzzzzz sedap sangat tidur cam ni!
Tommy besar dah.... sekarang umur 7 bulan. Tapi boroi lah!
Tommy lepak tengok tv bersama silver!


Kalau kita tengok gambar2 di atas, rasa geram kan tengok keletah mereka. Kucing parsi memang manja dan mempunyai attitude yg baik. Saya mula bela kucing parsi sejak tahun 2000 tapi sayang dah kena curi oleh orang yg tiada perasaan. Tommy ( Hitam putih ) dan Mia Silver ( Grey ) saya beli pada tahun ini. Tommy dah berumur 7 bulan dan Silver 4 bulan.
Bukan semua orang boleh bela kucing parsi. Walaupun ada bajet tapi nak jaga mengalahkan bayi! Kos agak tinggi malah hingga mencecah RM 500.00 sebulan. Kalau beras 5 kilo berharga RM18 tapi makanan kucing yg berjenama seperti Royal Canin & Science Plan berharga RM18 - RM20 SEKILO! Untuk makanan basah pula seperti ikan tuna segar, ayam, daging, seafood; harga setin adalah sekitar RM 3.75. Dan 1 tin hanya untuk 1 meal untuk 2 ekor kuching dewasa. Gempakkan?
Biasanya makanan kering berbentuk pepejal harus ada setiap masa di dalam mangkuk makanan mereka kerana kucing makan tidak tentu masa 'irrigular hours'. Sementara makanan basah biasanya untuk breakfast & dinner mereka. Kucing Parsi juga diberi minum susu khas berbentuk tepung. Walaubagaimanapun tidak semua mereka sukakan susu. Oleh itu air minum harus sentiasa cukup untuk satu hari dan haruslah bersih dari debu dan kotoran.
Anda juga harus menyediakan ubat-ubatan seperti liquid pencuci telinga, pil vatamin, pil kalsium, ubat cacing, pil selsema, pil untuk bulu dan kecantikan kulit dsbnya.
Pasir untuk tandas mereka juga perlu dibeli. Pasir khas ini dapat menyahkan bau dan senang untuk dibersihkan. Satu paket seberat 1 kilo berharga sekitar RM12.00. Lazimnya semua kucing parsi adalah 'toilet trained'. Mereka tidak akan buang air kecil atau besar di merata tempat. Mereka mempunyai tandas khas yang perlu dibersihkan setiap kali ada najis didalamnya. Sekiranya najis tidak dibuang, mereka tidak akan buang air sehinggalah tandas mereka dibersihkan.
Saya kerap kali membawa Tommy & Silver berjalan-jalan. Mereka akan dimasukkan kedalam 'voyager' iaitu kandang berbentuk beg. Sepanjang perjalanan mereka jarang atau tidak pernah buang air. Akan tetapi, apabila balik ke rumah, mereka akan terus berlari ke tandas masing2 untuk buang air. Lucu kan?
Bulu kucing parsi juga perlu di sikat sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk membuang bulu2 yg gugur & berpintal. Sekiranya tidak disikat ia akan berpintal ( tanggle ) dan terpaksa digunting. Ini akan mencacatkan bulu mereka.
Ia juga kerap dihantar ke Klinik Haiwan atau Veterinary (Vet) untuk mendapat suntikan Vaksin. Sesetengah kucing parsi alah kepada cuaca hujan yang melampau, mereka boleh dijangkiti selsema! Kos untuk mendapat pemeriksaan doktor adalah sekitar RM 35.00.
Selain itu juga, mereka perlu dihantar untuk 'grooming' ( didandan ) iaitu, dimandikan serta shampoo, dipotong bulu di bahagian perut & kaki supaya tidak berserabut. Kuku juga perlu dipotong, malah gigi mereka pun di gosok untuk mengelakkan plag gigi.
Aksesori kucing juga amat mahal. Dari sikat, barang permainan (toy), rantai, hingga ke baju! Baju kucing juga adalah pelbagai; ada skirt, topi, kasut, kelip rambut, dsbnya. Harga dari RM20 dan keatas malah mencecah hingga RM 50.00 bergantung kepada kualiti. Tempat tidur juga memainkan peranan. Ada yang berbentuk bakul malah berbentuk rumah.
Sekiranya kita pergi travelling, mereka akan di hantar ke Pet Shop untuk 'boarding' service. Satu malam adalah RM12.00 seekor dan bergantung kepada saiz kucing. Bayangkan kalau kita ada 4 ekor kucing dan boarding selama 1 minggu? Jumlahnya adalah lebih kurang RM 336.00 !!! Tidak lagi termasuk sekiranya semasa 'boarding' mereka demam dan belanja perubatan sudah tentunya mahal. Sanggup ke bayar? Tapi alah bisa tegal biasa. Kerana sayang, pemilik kucing tidak kisah berbelanja lebih sikit. Semasa 'boarding' mereka akan dijaga dengan baik dan teliti. Makan minum mereka terjaga malah tahap kesihatan mereka pun turut diperiksa.
Semua perkhidmatan di atas adalah kos. Mungkin bagi orang ia tidak berbaloi, tetapi bagi saya ia adalah satu kepuasan! Sesetengah orang mungkin berhabisan duit dengan aksesori kereta, motosikal, memancing dsbnya tapi saya amat menyayangi binatang. Sedari kecil saya banyak memelihara binatang seperti arnab, tikus bulan, guinea pig, ikan emas, burung, malah anak ular sawa! Akan tetapi apabila sudah bekerja, saya tidak mempunyai cukup masa untuk semua itu. Mungkin setelah pencen nanti saya akan buat kawasan rumah saya seperti mini zoo! Mesti best kan!
Nasihat saya bagi sesiapa yang dah mula berjinak2 hendak memelihara kucing parsi, hendaklah bersedia dari segi kewangan, mental & fizikal, kerana ia memerlukan banyak pengorbanan & komitmen yang tinggi.
Kepada siapa2 yang ingin berkongsi minat dengan saya iaitu memelihara kucing parsi, sila hantarkan gambar2 kucing anda kepada saya di emel jefbuj@yahoo.com dan saya akan postkan di dalam blog ini untuk kita kongsi bersama ' the beauty of persian cat '.