I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, October 31, 2008

Teka-teki terjawab

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my


AIDIL (kanan) dan Zaquan mahu terus tabur bakti di Negeri Sembilan.

TEKA-TEKI hala tuju pasangan kembar sensasi negara, Aidil Zafuan serta Zaquan Adha Abdul Radzak terjawab apabila mereka menandatangani kontrak bersama pasukan bola sepak Negeri Sembilan (NS) semalam. Kehadiran mereka dalam skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu pasti akan memantapkan lagi skuad Hobin Jang Hobin bagi mengharungi musim 2009 nanti.Wan Jamak berkata, beliau bersyukur apabila Aidil serta Zaquan mengambil keputusan untuk terus menyarung jersi Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, saya hanya akan merencana strategi membabitkan pasangan kembar ini apabila mereka pulang daripada menggalas tugas mewakili negara. “Pada musim baru ini juga, kebanyakan pemain-pemain yang mewakili Negeri Sembilan merupakan anak jati negeri ini sejajar dengan amanat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melihat pasukan diwakili anak tempatan,” katanya Majlis pada majlis menandatangani kontrak pemain di Klana Resort semalam.

Dalam pada itu, Zaquan berkata, dia dan abangnya, Aidil berjanji akan memberikan komitmen terbaik untuk memastikan Negeri Sembilan meraih trofi kejuaraan pada musim baru ini.“Saya berterima kasih kepada presiden PBNS kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk sekali lagi mewakili pasukan Negeri Sembilan. “Saya percaya skuad pada kali ini akan memberi persaingan lebih sengit kepada pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super nanti,” katanya.
Mengulas laporan yang mengatakan mereka sedia beraksi pada kempen Liga Slovakia, Aidil berkata, tumpuannya serta Zaquan ketika ini menggalas cabaran bersama Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang berita daripada pihak Slovakia. “Tugas kami sekarang membantu Negeri Sembilan menempatkan diri dalam kelompok pasukan terkemuka dalam saingan Liga Malaysia musim depan. “Kami akan memberikan aksi terbaik setelah mendapat kepercayaan daripada pihak pengurusan dan tidak mahu menghampakan penyokong yang sentiasa berada menyokong skuad Negeri Sembilan,” katanya.

Monday, August 18, 2008

IMPIAN BERAKHIR DALAM 39 MINIT

Petikan : Berita Harian / Norbakti Alias di Beijing / 180808


Kini Malaysia berada dalam kelompok 66 negara yang sudah meraih pingat. SEGALANYA sudah tergambar seawal set pertama. Pergerakan kaku Lee Chong Wei dengan aksi tidak melawan sudah cukup menceritakan betapa lawannya dari China 'dihadiahkan' kemenangan mudah. Tanpa ada pergerakan istimewa ketika Lin Dan sentiasa dua langkah lebih pantas daripadanya, memaksa pemain negara akur untuk sekadar berpuas hati dengan pingat perak Sukan Olimpik di Universiti Teknologi Beijing, malam tadi.

Harapan untuk melihat Jalur Gemilang dinaikkan sambil lagu Negaraku berkumandang di gelanggang, jelas tidak kesampaian ketika cabaran Chong Wei dibenam mudah Lin Dan 21-12, 21-8 dalam tempoh 39 minit permainan. Sebaliknya, perak sahaja menjadi pengganti, memperbaiki pencapaian Rashid Sidek yang sekadar memungut gangsa di Atlanta pada 1996 dan menyamai warna pingat sama yang disumbang pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada temasya sama. Ini juga bermakna penantian emas Olimpik terus berlarutan sejak Malaysia kali pertama menyertai temasya sukan paling besar di dunia di Melbourne pada 1956.

Namun, perak yang disumbang Chong Wei, 26, tetap pingat yang pertama buat negara dalam tempoh 12 tahun dengan badminton kekal satu-satunya sukan yang menyumbang setakat ini. Ia juga membolehkannya mendapat ganjaran RM300,000 daripada kerajaan serta pencen RM3,000 sebulan. Ia tetap satu kejayaan buat Chong Wei kerana ini juga adalah final pertama dalam kejohanan utama selepas peluang terbaik di Kejohanan Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur, lebur seawal peringkat suku akhir di kala menjadi pilihan. Segalanya nampak kurang menjadi buat Chong Wei pada set pertama. Lin Dan atau digelar 'Super Dan' oleh peminatnya di China tampil dengan permainan hampir sempurna malam tadi, pantas mendahului 7-1 sebelum pemain negara merapatkan diri kepada 8-13. Pukulan balas Chong Wei banyak yang setakat pertengahan gelanggang, memudahkan Lin Dan yang bersungguh-sungguh mahukan emas selepas teman wanitanya, Xie Xingfang tewas di final perseorangan wanita kelmarin, mengutip mata demi mata.

Kebangkitan yang diharap gagal ditunjukkan Chong Wei ketika Lin Dan terus garang menamatkan set itu dengan 21-12. Dia jelas terlalu pantas dan mengawal permainan dengan baik. Saya gagal mencari ruang. "Tiada alasan yang mampu saya beri. Saya terima kekalahan ini biarpun memang agak menyedihkan untuk kalah selepas mara sejauh ini. "Jurulatih (Misbun Sidek) ada meminta saya bermain lebih pantas tapi jelas Lin Dan lagi pantas," kata Chong Wei yang mengakui ini adalah kekalahan ke-10 dan yang paling mudahnya dalam 15 pertemuan dengan lawan sama. Penguasaan pemain tuan rumah itu tampak berterusan pada ketika Chong Wei nampak terus kaku pergerakannya pada set kedua untuk membolehkan Lin Dan mendahului selesa 8-0 sebelum dia mengutip mata pertamanya.
Komen Jefbuj
Kita patut rasa bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi oleh Chong Wei. Bukan mudah untuk menumpaskan Lin Dan yang merupakan pemain no.1 dunia. Memang banyak kedengaran suara-suara sumbang di luar sana yang mengatakan kebanyakan ahli sukan kita sebagai Jaguh Kampung. Ya itulah hakikatnya mentaliti orang Malaysia. Sentiasa mahu yang terbaik dalam semua bidang. Perkataan 'TER" itu semacam satu sumpah untuk membunuh jiwa orang yang bertanding tak kiralah ahli sukan, penyanyi, pelokon dan sebagainya. Jika menang mereka akan disanjung tetapi kalau kalah, mereka akan disumpah, dihina, menghabiskan duit kerajaan dsbnya. Itulah sebab nya mereka cuak dan takut untuk bertanding.
Harus diingatkan, tidak semua kita harus menjadi yang terbaik. Kalau Datuk Nicol merupakan pemain Squash No.1 dunia, itu sudah mencukupi untuk nama Malaysia dikenali satu dunia. Tidak semestinya kita harus ada Pemain No.1 dunia dalam setiap sukan yang kita bertanding. Kita tengok negara lain, mereka tidak TERBAIK dalam semua bidang, tak kecohpun. Semangat "Malaysia Boleh" memang boleh tapi tidak semestinya semua boleh jadi Juara! Boleh maknanya , kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam apa-apa bidangpun. Dan kita tidak ketinggalan, itu yang penting!
Kadang-kadang saya sangat simpati dengan nasib orang-orang kita yang terlibat dalam mana-mana pertandingan. Siapa yang tak nak menang??? Tapi nasib menentukan segalanya. Kita hanya berusaha, kalah menang tak penting, yang penting semangat pertandingan!

Friday, August 15, 2008

Hanya Selangkah Realisasi Impian





Petikan / BHarian / Oleh Norbakti Alias / 150808


TAHNIAH: Chong Wei berpelukan dengan jurulatihnya, Misbun Sidek selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 dalam saingan suku akhir, tengah hari semalam.

Chong Wei jumpa Hyun-il penentu ke finalHANYA satu lagi kemenangan memisahkan Lee Chong Wei daripada pingat Sukan Olimpik Beijing selepas menjadi pemain perseorangan pertama negara singgah ke separuh akhir selepas Rashid Sidek pada 1996. Kini, Chong Wei hanya perlu memastikan kejayaan di peringkat itu, hari ini jika mahu sekurang-kurangnya pingat perak atau andainya gagal, perlukan kemenangan ketika penentuan tempat ketiga, Ahad ini.


Hujan di Beijing sebaik perlawanan antara Lee Chong Wei dan Sony Dwi Kuncoro, semalam jelas satu rahmat buat pemain negara yang mudah menjinakkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2004 itu 21-9, 21-11. Biarpun bermula agak gugup apabila lawan mendahului 6-3 pada set pertama, keyakinan Chong Wei, 26, menggunung sebaik mendahului 11-8 sebelum memenangi set itu dengan 21-9. Sony cuba bangkit pada set kedua tetapi cabarannya hanya setakat 6-6 sebelum Chong Wei terus membuka langkah untuk menamatkan perlawanan dengan 21-11.


"Saya tak sangka dapat menang semudah ini. Tumpuan saya hanya untuk memulangkan segala pukulannya kerana saya tahu dia gemar mengasak. "Memang saya sedikit gugup pada set pertama tapi selepas itu, saya mula yakin dan dapat bermain mengikut strategi yang diatur," katanya yang menjalani ujian doping selepas perlawanan itu, yang ketiga baginya sejak tiba di Beijing. Ini adalah kemenangan ketiga Chong Wei ke atas Sony, 24, dalam tempoh 12 bulan selepas pemain nombor dua Indonesia di belakang Taufik Hidayat itu menyekat laluannya di suku akhir Kejohanan Dunia, Ogos tahun lalu. Chong Wei memegang rekod pertemuan mereka dengan 5-1. Di separuh akhir, Chong Wei akan berdepan dengan Lee Hyun-il dari Korea Selatan yang menewaskan prospek tuan rumah China, Bao Chunlai, 23-21, 21-11 manakala satu lagi saingan peringkat sama adalah di antara Chen Jin (China) menentang Lin Dan yang menewaskan Peter Gade Denmark, 21-13, 21-16.


Mengenai lawannya di separuh akhir, Chong Wei mengakui tidak memikirkan perkara itu kerana baginya fokus utamanya adalah kepada permainan sendiri. "Dua-dua lawan itu adalah sama kuat. Jadi, tak guna saya fikirkan semua itu kerana lebih baik saya mempersiapkan diri sendiri menghadapi perlawanan itu," katanya. Sementara itu, Misbun Sidek yang juga jurulatih Rashid ketika 1996, berkata Chong Wei masih berada pada landasan tepat dengan fokus pemain itu begitu jitu. "Saya tiada masalah dengan Chong Wei biarpun ketika ini kita harus berhati-hati apa lagi selepas melangkah sejauh ini," katanya.

Monday, June 30, 2008

Torres ends Spain's long wait for glory

La Roja revel in their achievement

Torres receives the congratulations of his team-mates after scoring
Torres receives the congratulations of his team-mates after scoring

The joyous Spanish players parade the trophy

Spain became European champions for the second time after Fernando Torres's first-half goal in Vienna proved enough to defeat Germany in the final of UEFA EURO 2008™.

History an inspirationSpain had won their only previous piece of silverware in this competition in 1964 and had not been beyond the quarter-finals of any tournament in 24 years, yet Luis Aragonés's men chose to use that history as an inspiration rather than a burden. After a strong start from Germany, seeking a fourth title themselves, Spain were the more dangerous side throughout an entertaining final at the Ernst-Happel-Stadion although it took just one goal – in the 33rd minute, courtesy of Torres's pace, perseverance and unerring finish – to end their long wait.

Ballack boostGermany received a significant boost before kick-off with captain Michael Ballack included despite a much-publicised calf problem, and, perhaps buoyed by that news, Joachim Löw's team settled quickly. Much had been made of the contrast in style between the sides yet in the opening exchanges it was Germany whose passing looked crisper, Miroslav Klose and Thomas Hitzlsperger failing to make the most of glimpses of goal. Meanwhile Spain, shorn of four-goal leading scorer David Villa due to a thigh injury, struggled to find their feet in a new 4-5-1 formation in which Cesc Fàbregas was rewarded for a fine semi-final display with a starting place.

Instinctive stopAs an indicator of the pattern of the match, however, Germany's bright beginning proved misleading. Spain soon worked their way into the contest, with Germany goalkeeper Jens Lehmann – becoming, at 38, the oldest player to appear in a UEFA European Championship final – forced into action for the first time in the 14th minute. Although his instinctive save came when his own defender, Christoph Metzelder, inadvertently deflected Andrés Iniesta's cross towards his own goal, Xavi Hernández's fine through pass had unpicked the Germany defence and showed the Spanish were finding their feet.

Torres on targetRight-back Sergio Ramos was then allowed to cut inside and deliver a deep cross, Torres peeling away from Per Mertesacker to create space for the header only for the right-hand post to come to Lehmann's rescue. The warning signs were there for Germany, yet they failed to heed them and duly fell behind three minutes past the half-hour. Again Xavi was the architect, playing a pass in behind the Germany back line towards Torres, who outmuscled a hesitant Philipp Lahm and clipped the ball over the diving Lehmann and just inside the far post. David Silva then volleyed over Iniesta's cross when given time and space inside the area as Spain threatened to increase their lead.
Spain openingsSpain had more openings in the early stages of the second half, Lehmann getting the merest of touches to Xavi's low shot before Ramos nearly guided in Silva's drive from the resulting corner. Yet a hint of the threat Germany still posed arrived on the hour, substitute Marcell Jansen and Bastian Schweinsteiger combining for Ballack to shoot centimetres wide. Klose then deflected a Schweinsteiger effort past the post and, in response to Germany's renewed menace, Spain coach Aragonés promptly introduced Xabi Alonso and Santi Cazorla in place of Fàbregas and Silva. The switches reinvigorated Spain instantly, Lehmann making smart stops from Ramos and Iniesta while Torsten Frings blocked another Iniesta effort on the line.

CelebrationsAs the final moved into the last 20 minutes, Spain had had seven shots on goal to Germany's one, but with the Mannschaft having turned virtually one in two of their attempts on target into goals en route to the final, that would have been scant consolation to Aragonés and his side. In the event, however, it was Spain who continued to carve out chances as the match reached its conclusion, Marcos Senna narrowly failing to apply the finishing touch to an unselfish header from substitute Daniel Güiza – but the celebrations would not be delayed much longer.