I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label AF 7. Show all posts
Showing posts with label AF 7. Show all posts

Monday, August 10, 2009

KONSERT REUNION AF7 @ KUCHING



















25 Julai 09, Kuching
Bandaraya Kuching sungguh bertuah apabila terpilih oleh ASTRO untuk menganjurkan Konsert Reunion AF7. Saya berkesempatan juga untuk berjumpa dan menonton sesi rehearsal & konsert pada waktu itu.
Corat Coret Konsert Reunion AF7:
  • Sehari sebelum konsert sesi rehearsal telah diadakan di Padang Merdeka.
  • Walaupun cuma sesi rehearsal namun Padang Merdeka dipenuhi oleh ribuan peminat untuk merakamkan gambar artis kesayangan secara dekat.
  • Hafiz, Akim & Ariel paling ramai peminat.
  • Kesemua bintang AF7 sungguh peramah.
  • AC pun amat peramah dan sentiasa melayan peminat dgn senyuman.
  • Kemunculan Sarimah amat mencuit hati.
  • Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud turut memberi sokongan dan hadir di konsert tersebut.
  • Penonton bersorak , apabila Prinsipal Tiara berbahasa Sarawak.
  • Kebanyakan pelajar AF7 cuba berbahasa Sarawak untuk membangkitkan suasana di Kuching.
  • Sidi demam panas ketika konsert berlangsung.
  • Hafiz & Akim mendapat sorakan yang paling kuat disepanjang konsert berlangsung.
  • Disebabkan masalah teknikal Lagu Bunyi gitar dendangan Hafiz terpaksa melalui rakaman semula.
  • Rancangan ini akan keudara pada Hari Raya Pertama di Astro Ria.

Tuesday, July 28, 2009

MASIH JELAS KIAN DITERIMA

Oleh Abdul Rahman Adam
bhnews@bharian.com.my


HAFIZ sempat bersalam dengan peminat pada Konsert Reunion Akademi Fantasia 7 di Padang Merdeka, Kuching.

KERINDUAN peminat dan penyokong setia Juara Akademi Fantasia Musim Ke-tujuh (AF7) Hafiz, di Sarawak, khasnya di sekitar bandaraya Kuching, terubat apabila beliau muncul dalam persembahan sulungnya, sempena Konsert Reunion AF7 di Padang Merdeka, di sini, Sabtu lalu.

Pada persembahan itu, Hafiz bukan saja mendendangkan lagu 'single' pertama, Masih Jelas, tetapi turut memperdengarkan beberapa lagu terbaru daripada album pertamanya seperti Noktah Cinta, Awan Nano, Ku Akui dan Watak.

Malah, konsert berkenaan adalah yang pertama menggabungkan Hafiz dengan 14 finalis AF7 seperti Claudia, Aishah, Aril, Akim, Isma dan Yazid selepas dia diumumkan sebagai juara AF7 pada 16 Mei lalu dan pada masa sama adalah konsert reunion pertama AF yang dianjurkan di luar Semenanjung.

Bagi Hafiz, meskipun baru dua bulan meraih takhta AF7, dia begitu teruja dengan kelahiran album pertama Masih Jelas yang menampilkan empat lagu terbaru ciptaan komposer terkenal tanah air seperti Ajai, M.Nasir dan Aidit Alfian serta mempunyai lagu bonus daripada peserta akhir AF7 yang lain.

Lebih membanggakan, apabila lagu Masih Jelas dipilih peminat untuk berada di tangga kedua teratas carta radio Era dan tempat ketiga senarai lagu paling popular stesen di HotFM. Ini menjadikan pencapaian amat membanggakan bagi penyanyi muda berusia 19 tahun itu.

"Saya mengharapkan album pertama ini mendapat sokongan daripada peminat yang menantikan kemunculan album sulung saya dan berharap mereka dapat menyokong penuh keluaran album pertama berkenaan.
"Pada masa ini peminat sudah boleh mendengar lagu-lagu lain daripada album pertama saya menerusi di radio dan terus berharap album pertama ini juga mampu melonjakkan lagi nama saya sebagai penyanyi kerana semua lagu dalam album ini masih relevan kerana ia boleh didengar oleh semua peringkat usia," katanya di Majlis Sepetang Bersama Hafiz, di Kuching, baru-baru ini.

Selain itu, Hafiz turut memaklumkan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tanah air seperti M.Nasir, Ajai dan Aidit Alfian yang banyak memberi sumbangan dalam kelahiran album pertamanya.

"Saya hampir tidak percaya dapat bekerjasama dengan semua komposer terkenal yang banyak menyumbang kepada bidang hiburan dan mencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air dan kalau boleh terus bekerjasama pada masa akan datang," katanya.

Ditanya mengenai perjalanan karier beliau pada masa ini, Hafiz berkata, dia mempunyai jadual yang agak padat kerana memenuhi pelbagai undangan persembahan termasuk persembahan makan malam dan korporat.

Selain itu katanya, dia bercita-cita ingin menulis lirik lagu sendiri pada albumnya akan datang selain turut mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Pengurusnya, Norizan Abu Samah, berkata, meskipun senario muzik tempatan kini mungkin tidak begitu memberangsangkan, namun ia tidak melemahkan aspirasi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) untuk menerbitkan album buat Hafiz.

"Kami tidak menafikan realiti penerbitan album hari ini mengundang risiko, namun kami melihat usaha, kreativiti dan pelaburan ini perlu untuk merintis medium bagi seseorang penyanyi seperti Hafiz menempatkan diri mereka dalam industri hiburan.

"Selain itu, melihat pulangan daripada konsep popular teknologi maklumat muat turut lagu dan muzik nada dering, kehadiran mereka telah mula menarik perhatian para penerbit drama, program dan produser filem," katanya.

Katanya, ia adalah antara usaha AESB untuk penyanyi baru dalam membina keupayaan dari pelbagai cabang seni pada masa ini dan akan datang.

Tuesday, July 21, 2009

CABARAN DAN DUGAAN HAFIZ

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

DUA bulan selepas keluar daripada AF7, Hafiz kini melalui liku-liku hidup sebagai anak seni dengan penuh tabah.

KENANGAN pada detik 16 Mei lalu pastinya sukar untuk dilupakan dan masih jelas serta segar dalam ingatan jejaka comel bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip ini.
Menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), cinta dan impiannya untuk bergelar anak seni tidaklah bernoktah begitu sahaja.

Memiliki perwatakan ceria dan mudah melemparkan senyuman, Mohd. Hafiz atau mudah disapa Hafiz mengakui bahawa dia kini amat teruja untuk meneruskan cita-cita bergelar artis ternama.
Bak menggapai awan di langit, namun, laluan seni Hafiz sepanjang dua bulan bertatih di pentas hiburan bukanlah semudah yang disangkanya.

Ini kerana, awan yang digapainya itu seolah menumpahkan hujan toksid dan bisa membuatkan Hafiz tersungkur andai gagal mengawal emosi diri.

Bagaimanapun, biar diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan antaranya dituduh penyombong, tidak mahu bertegur sapa dengan orang lain dan suka berpeleseran di kelab malam, Hafiz masih mampu berhadapan dengan segala kata-kata negatif tersebut.

Sambil menafikan dakwaan itu, Hafiz dalam wajah tenang berkata, dia memilih untuk tidak mengangkat kata-kata itu sebagai bebanan bagi diangkut dalam kehidupan hariannya.

Bagi Hafiz, cara mengawal permasalahan yang melanda adalah dengan cara bertawakal kepada Allah samping bersikap tenang.

Apatah lagi, Hafiz sering diingatkan sebaik memasuki bidang, dia perlu berhadapan dengan cabaran dunia seni yang cukup hebat.

"Sepanjang dua bulan ini juga, Hafiz telah mendengar macam-macam yang orang lain kata tentang Hafiz. Semuanya itu tidak benar, termasuk dakwaan berpeleseran di kelab malam.

"Hafiz bukanlah begitu. Tapi tidak mengapa, semua itu lumrah kehidupan,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Masih Jelas di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina dan kalangan komposer antaranya M. Nasir, Ajai, Aidit Alfian dan Taja.

Turut hadir, empat finalis AF7 iaitu Aril, Akim, Yazid serta Isma.

Menyambung bicara, ujar jejaka berusia 19 tahun ini, dengan kata-kata negatif yang menghujani dirinya, dia sesekali tidak akan menanam rasa menyesal dalam hati kerana berkecimpung dalam dunia hiburan.

Jelas Hafiz, dalam menghadapi cabaran dan dugaan, dirinya bernasib baik kerana keluarga terutama ibunya, Halizawati Mohd. Salleh, 44, sentiasa memberikan semangat dan mendoakan kesejahteraan.

"Emak selalu beri nasihat supaya saya kerja baik-baik dan gunakan tenaga yang dikurniakan Allah ini dengan sebaiknya serta jangan melakukan sesuatu yang tidak elok,'' katanya yang mengimpikan untuk bergelar pelakon serta pengacara.

Gembira dengan Masih Jelas

Sementara itu, Hafiz ketika diajak berbicara tentang album sulungnya berjudul Masih Jelas memberitahu, dia cukup gembira dengan kelahiran album terbabit.

Berkonsepkan pop balada, Masih Jelas kata Hafiz, merupakan percubaan pertamanya untuk terus bergerak dalam bidang nyanyian.

"Sudah tentu saya berpuas hati dengan hasil rakaman album ini. Ia juga menampilkan komposer-komposer hebat dan terkenal. Terima kasih kepada mereka.

"Masih Jelas juga turut memuatkan lagu-lagu rakan-rakan saya dalam akademi iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma,'' katanya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram baru-baru ini.

Masih Jelas memuatkan lima buah lagu baru nyanyian Hafiz iaitu Masih Jelas (Aidil Alfian, Ad Samad); Noktah Cinta (Ajai, Syeikh Qalam); Watak (Aidil Alfian, Ad Samad); Ku Akui (Ajai) dan Awan Nano (M. Nasir, Buddhi Hekayat).

Selain lagu-lagu berkenaan, turut dimuatkan adalah Toksid nyanyian Aril, Bengang (Akim), Ya Papa (Yazid) dan Bisikan...Godaan (Isma).

Menurut Hafiz, sepanjang rakaman, dia diberikan ruang dan peluang untuk memberikan pendapat mengenai lagu-lagu nyanyiannya itu.

"Hafiz banyak bertanya kepada komposer dan penulis lirik seperti abang Ajai (Ajai) bagaimana hendak menghayati lagu-lagunya,'' katanya yang teringin untuk menghasilkan lagu sendiri satu hari nanti.

Kaitan Ku Akui dengan Hafiz

Masih lagi berbicara soal Masih Jelas, Hafiz berkata, antara lagu-lagu yang terkandung dalam album berkenaan, lagu berjudul Ku Akui sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan dirinya.
"Ia seperti menyindir diri Hafiz sendiri terutama soal cinta. Abang Ajai yang cipta lagu ini ada bertanya Hafiz tentang cinta Hafiz sebelum ini.

"Namun, bagi Hafiz, buat masa ini, biarlah Hafiz tumpukan kepada kerja terlebih dahulu. Kalau ada pun (teman wanita), Hafiz akan bertanyakan kepada emak terlebih dahulu,'' jelas Hafiz sambil ketawa besar.

Strategi pemasaran AESB

Dalam pada itu, Zainir yang diajukan persoalan tentang proses pembikinan Masih Jelas yang dilihat seakan tergesa-gesa berkata, Masih Jelas perlu dipasarkan awal seiring dengan populariti Hafiz yang masih 'panas'.

"Ini adalah strategi AESB. Kalau dilihat pengalaman lalu, album dikeluarkan agak lewat dan hasilnya ia kurang mendapat sambutan,'' tegasnya.

Ketika ditanya mengapa Masih Jelas menyelitkan lagu-lagu empat lagi finalis AF7, ujar Zainir, ia sebagai penunjuk aras untuk membangunkan karier artis-artis lain.

"Selain untuk menaikkan nama mereka, kami gunakan Masih Jelas untuk melihat penerimaan peminat masing-masing.

"Selain Hafiz, empat daripada mereka ini iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma sudah mempunyai jenama tersendiri,'' tambahnya.

Thursday, July 16, 2009

Hafiz Rasa Gerun Dengan M Nasir


Teks oleh Razif Rosdi Foto oleh Mazlan Yunos ( petikan murai.com)


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2009: Selepas menjadi anak Sarawak pertama bergelar juara Akademi Fantasia (AF), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19 atau Hafiz, kembali melakar sejarah buat dirinya apabila melahirkan album solo pertama dalam tempoh 2 bulan sesudah keluar daripada akademi popular itu.Majlis pelancaran album Masih Jelas itu telah diadakan di Delucca, The Italian Restaurant, One Residency, Kuala Lumpur dengan dihadiri beberapa nama besar seperti M Nasir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Ajai, Aidit Alfian, Acis, AD Samad dan isterinya, Dang Suria serta Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Encik Zainir Aminullah.Ketika ditemui pada majlis pelancaran kelmarin, Hafiz amat bersyukur impiannya sejak kecil untuk merakamkan album solo termakbul. Malah, jejaka berambut kerinting ini tidak henti-henti berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan album ini tidak kiralah secara langsung atau tidak.

"Thanks to my parents, fans dan terutama sekali media yang banyak menyokong Hafiz. Tanpa mereka-mereka ini mungkin album Hafiz tak akan dilancarkan pada hari ini iaitu 14 Julai sekaligus sudah pun berada di pasaran."Alhamdulillah, tak sampai sebulan Hafiz dapat menyiapkan album ini. Sepanjang pembikinan, jadual harian Hafiz sibuk dengan keluar masuk studio dan menghafal bait-bait lirik dan melodi lagu," ujarnya.Ditanya lagu apakah yang menjadi kegemaran selain Masih Jelas, Hafiz akui semua lagu ada keistimewaan tersendiri.


"Secara jujur, Hafiz paling suka lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya oleh abang Ajai. Hafiz tak nafikan lagu ini sikit sebanyak terkena dengan diri Hafiz sendiri. Bukan sekadar lirik, melodinya juga Hafiz suka sangat," katanya.Bercerita pengalaman bekerja dengan M Nasir, Ajai dan Aidit Alfian, Hafiz rasa banyak kelainan kerana baginya pengalaman menyanyi secara live dan menyanyi dalam studio amatlah berbeza. Namun, Hafiz tidak akan lupa pengalaman menarik bekerja dengan semua komposer yang terlibat."Syukurlah. Hafiz tak ada kena marah dengan mana-mana komposer.


Mulanya Hafiz agak gerun juga nak bekerja dengan Abang M Nasir. Bagaimanapun, selepas bersama M Nasir, Hafiz dapat rasakan dia seorang yang banyak sangat ilmu, kelakar dan senang bekerja," ujarnya.Menyentuh mengenai penglibatan 4 rakan seperjuangan iaitu Aril, Akim Yazid dan Isma dalam album ini, Hafiz merasakan ia satu penghargaan yang besar buat dirinya. Malah, anak muda ini mengambil kerjasama ini sebagai penghargaan darinya buat 4 rakan finalis AF7nya itu."Cakap pasal kongsi album ni, Hafiz telah berbincang dengan pihak AESB.


Hafiz rasa tak salah kalau buat bersama-sama kerana ia juga satu kelainan kalau dibandingkan dengan album AF yang lepas-lepas. Hafiz rasa seronok apabila kawan-kawan ini dapat sama-sama memeriahkan album pertama Hafiz. Hafiz tak pernah rasa pun mereka cuba mengganggu Hafiz kerana majoriti lagu adalah daripada Hafiz dan lagu mereka sebagai bonus untuk pendengar. "Sekiranya satu hari nanti album ini mendapat pengiktirafan, kami semua akan sama-sama merasainya. Niat Hafiz hanyalah untuk bahagikan rezeki juga untuk kawan-kawan.


Kalau boleh Hafiz nak berjaya dengan kawan-kawan semua."Hafiz bersyukur kerana Masih Jelas adalah hasil titik peluh Hafiz yang pertama selepas bertanding dalam AF7. Untuk kawan-kawan pula, Hafiz harap semangat setia kawan kami tidak akan hilang dan berkekalan sampai bila-bila," kata Hafiz bersungguhs-sungguh.Sesuai dengan tajuk Masih Jelas, Hafiz akui dia semakin jelas dengan dunia seni yang diceburinya kini. Hafiz akui inilah jalan baru untuk dia berusaha dan memajukan industri hiburan.Dalam pada itu, Hafiz juga merancang untuk menyambung semula pengajian selepas menangguhkannya apabila menyertai AF7. Dia ingin belajar di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dalam bidang pengurusan pelancongan serta hospitaliti.

Saturday, June 27, 2009

Album Hafiz Muncul 7 Julai Ini


KL, 24 JUN 2009: Hai, banyak betul kiriman e-mel yang Murai Batu terima daripada peminat yang ingin tahu bila album Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz, akan muncul. Semuanya nampak gaya tidak sabar-sabar lagi menunggu album itu selepas menikmati single pertama Hafiz, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan penulis lirik Ad Samad. Haaa, terlanjur sebut pasal Ad Samad tu, Murai Batu nak mencelah sikitlah bahawa Ad Samad akan bernikah dengan penyampai dan pelakon Dang Suria Zainordin, hujung Jun ini. Ia bukan lagi masih jelas malah sudah terlalu jelas mereka nak berkahwin sebab Ad Samad telah mengakui perkara itu kepada Murai Batu. Tahniahlah, kalau buat kenduri, jangan lupa panggil Hafiz nyanyi!

Baiklah, berbalik kita kepada cerita Hafiz sendiri, selain lagu Masih Jelas, Hafiz juga khabarnya sudah merakamkan 4 lagi lagu ciptaan beberapa komposer handalan seperti M Nasir dan Ajai untuk album itu.Murai Batu difahamkan, ia sebenarnya album yang istimewa kerana selain banyak lagu-lagu Hafiz dimuatkan, ia juga memuatkan lagu bonus single kesemua finalis AF7 iaitu lagu nyanyian Akim, Aril, Isma dan Yazid versi studio. Waa kira untunglah, beli album Hafiz dapat bonus lagu-lagu lain. Ia lebih menjimatkan atau ekonomik katakan.Bila nak dipasarkan?Oh ya, hampir terlupa pula Murai Batu. Tarikhnya menurut sumber Astro adalah 7 haribulan 7. Amboi bersempena AF7 ke? Kelas gitewww!

MURAI BATU: Teruja nak terbang ke Sarawak nanti untuk tengok konsert Reunion AF7 pada 25 Julai ini. Jumpa di sana, di sana, di sana...! petikan : Murai.com
jefbuj: Tak sabar nak beli album Hafiz, mesti MELATOP!

Wednesday, June 24, 2009

Surat Dari Peminat Hafiz

~14 hours~

Nervous. Yes, had been feeling nervous from the moment my air ticket was booked. A lil voice told me: “Just forgo the ticket, stay in KL and get a good Thai massage on Sunday!”. Another lil voice whispered: “Just get on to the flight, you don't have to say hi or anything, just watch him from far.. then go have some local cuisine and lepak at some coffee shop, then get on your flight back to KL – easy!”. I was in dilemma. I was never a fanatic fan of any local celebrities.

But this time it is different. I got myself into 'trouble' by agreeing to watch AF Finale live at the stadium, after being persuaded by a friend. I thought by seeing that 19 year-old sing his heart out once would be enough, but no, I was totally wrong. His voice uninvitingly followed me home, stuck in my head and emerged in my day-dreams at the office. His debut single “masih jelas” masih jelas kedengaran in my ears.

I felt Saturday night came so quickly, I was still nervous but somehow I was physically prepared, all stuffs packed, my camera, passport etc. I suddenly had the guts to travel to this alien place, all by myself! (my friend had to cancel her flight). I left home very early in the morning as our flight was at 7.10 a.m.. Abang Badrul and some other fans were already there: Rose, Nano, Green, Mikolok, Ckin, Dnaz, Kak Ferror, Kak Aidid, Eleza, Lan etc. Hafiz was not there yet, so we waited patiently. I was thinking of checking in together with his team. But when Abang Bad called Hafiz again, he had just finished checking-in! So I rushed to the check-in counter and bumped into them on my way there. Abang Badrul introduced them to me: Pendos, Sue, Hafiz and Akim. That was the first time I laid my eyes on his ;)

When I got back to McDonalds, the rest of them were busy taking photos. Hafiz and Akim entertained everyone with big smiles and cheeky poses although it was only 5+ a.m.. They then had breakfast, and they borak2 with their fans. We told Hafiz “None of us known or have met each other in person, this is the first time. We only met through the blogs, we chat almost everyday, and today, when we finally gather for the first time, it feels like we have known each other for so long! And it is all because of you, Hafiz!” And he went like “Ye keeeee?? Thanks sangat 2 korang... Hafiz really appreciate it!”.

At around 6.45 am, the 4 of us (Hafiz, Sue, Aunty H and I) said goodbye to everyone as we had to adjourn to the departure hall. Luckily it was only 4 of us, otherwise, lil me would just shy away!

Aunty H is Hafiz's mother's elder sister who lives in Damansara. Aunty H and I only started our conversation while walking to the gate. She mentioned to me that if the flight is not full, lets just sit closer to Hafiz. (Hafiz and Sue had their seats pre-booked by Astro.) And of course, my heart jumped with joy! Hafiz and I talked for a bit while walking from the gate to the plane, about his intention to continue his studies which can only take place 1 year from now, the earliest. When we reached the plane, Hafiz, being a gentleman, said “Ladies first”, and I replied “Thank you!!” with a smile.


After taking-off, I quickly took my bags and moved to a seat next to Aunty H. Hafiz was already in deep sleep - in less than 10 minutes! He must be very very tired. Aunty H and I really talked and got on well. We happen to have similar working experiences and the 1 hour and 45 minutes passed by so fast! Before we touch down to the cultured land of Bumi Kenyalang, Aunty H offered me the best present I could never have imagined. “Kaka, please come with us if we have an extra seat in the MPV”. OMG OMG, am I actually hearing this for real? I could feel my eyes, my nose, my cheeks and my ears SMILE in whatever way they could! YEAYY!!


Hafiz woke up only after the landing announcement was made. He quickly filled up the swine flu form, took a deep breath and got himself ready for his Kuching/Sarawak fans. When we got down from the plane, Hafiz's cousin was already waiting for us. He took us out, but MAN, can you imagine how many pit stops Hafiz had to make for photo sessions with the airport staffs??? He is really a heartthrob to these Sarawakians, and I don't blame them for being excited. I wouldn't miss the opportunity if I were them!


Jimmy of Trek Selebriti and other Astro Crews were already waiting right in front of the gate for Mr. Champion. They started recording Trek Selebriti right away. Abang Har and Kak Wa were there too. It was the second time I met them, the first was during AF Finale at Stadium Putra. I was a bit worried kalau diorang tak ingat i, but to my surprise, my nick, Kaka, was not strange to them! *Phew!* Hafiz was then brought to meet YB Hamden & some state government officials in the VIP lounge.

I just followed Aunty H and we passed our documents to Kak Y for checking and clearance.
While all of us were walking away from the VIP lounge, I saw this massive crowd at the arrival hall. I just couldn't believe it! There were sooooo many of them, dari yang kecik hingga yang tua!

And the moment they saw Hafiz, they started screaming their lungs out, out loud! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! HAFIZ! Lights from cameras started flashing and they were very excited to finally get a glimpse of the AF contestant they voted for for 10 weeks! Aunty H, Sue and I who were initially queueing behind Hafiz decided to use the other door out, after realising that Hafiz and some other people in front of us could barely move. Sambutan yang sememangnya hangat, sangat hangat!! Well done fans of Hafiz!! We stood outside, a lil further from the crowd, listening to the announcements, kompang etc. And there was also bacaan doa kesyukuran for Hafiz. We couldn't see Hafiz from where we stood, as the big crowd had gathered around Hafiz, Jimmy and the rest.

Then, it was time to leave the airport. Aunty H asked me to join her in the MPV. I was extremely excited in the car, I'm going to Hafiz's house you all!! Hafiz's house!!
I thought our van left earlier but when we reached the house, Hafiz and Astro Crews were already there. They were preparing for Trek Selebriti recording at the house. As usual, they had interviews with all the family members and house tour. 1 to 2 hours later, the recording at home completed and all of us had lunch together. Lunch was prepared by Hafiz's family and that was my first Sarawakian meal! White rice, kuah dhal, ikan masin, cili padi, salad, ayam masak kicap (nope, bukan ayam masak coke hehe). It was yummy!


At the house, I was treated reaaaaally well. All his aunties and uncles interviewed me with all sorts of questions. They initially thought that I was working for Astro or any of the presses. Dengan malu2 kucingnya I said, “No lah, I am just a fan of Hafiz...”. And then they replied “And you came all the way from KL??” and I said “Yes... with my hubby's permission of course :)” “So how long are you gonna be here for” “I'm flying back to KL tonight..” “Tonight??? Nooo, you should stay, you should really stay, Hafiz's gonna perform tonight at STC and tomorrow we'll be having more Sarawakian meal for breakfast..” I felt sooo touched. Really touched. Almost all of Hafiz's family members persuaded me to stay, even Hafiz himself asked me to. I almost melted...
Hafiz spent about one hour with his family, signing autographs on their HafizFC shirts, taking pictures with them and entertained them with his “Masih Jelas”. His voice although sounded a lil tired, was undoubtedly AMAZING!. The whole family were really proud of his achievement, I could feel it in their hearts, looking through their eyes, especially Uncle Suip and Aunty Liza. They had big smiles on their faces all day long. One of Hafiz's cousins, F, wanted to send her friend home and she asked me to come along so that she can show me around. We went to Hafiz's school - St Joseph, passed by Aishah's house, Jasa's resident and Hardy Dahlia. Then we went back to Hafiz's house, continue taking photos with his family. Not long after that, Hafiz came back with Kak Wa, Abg Har and Ariana in a nice convertible Mercedes, courtesy of the Viking Racing Team.


took photos of Hafiz with his family again n again. I could see that Hafiz was so happy to be able to spend time with his family.
Hafiz had a quick rest before getting ready to continue the recording of Trek Selebriti around Kuching. I started touring Hafiz's house and tried to brush up on my photography skills, which I admit is very very bad at the moment. After that, some of Hafiz's aunties, cousins and I just lepak at the house.

One of Hafiz's aunties (Kak Wa's mom) asked me “Which part of Hafiz do you like most?” I was startled! Alamak, what should I answer? *Apsal pulak la aunty ni tanya soalan2 camni* All eyes were on mine. *Blushed* His aunty said “Come on.. tell us! tell us!”. I went like “errr... his hair, errrr... and lips... erk”. And Aunty said “Yessss!!! His lips!!! You are right! My late father when he first saw Hafiz after his birth, told all of us that, Hafiz bila besar nanti akan pandai mengaji dan menyanyi!”. Hehehehehe... Hafiz pandai mengaji!! *wink wink to Hafiz's fans!*
At around 3.30 pm, Hafiz's cousin, N, drove me to Hardy Dahlia with her mom and her 2 handsome sons. Hardy Dahlia is a place where Hafiz's family members in Sarawak gathered every saturday night for 10 weeks to watch the weekly concerts. They used a projector to project the live concerts on the wall of a building next to Hardy Dahlia. N told me that the men in the family would normally watch EPL first then switched to AF concerts and then switched back to EPL again. Not long after that, Hafiz reached Hardy Dahlia with the rest of the Astro Crews. Trek Selebriti recording continued from the interview with the owners of Hardy Dahlia to the cake cutting ceremony. A lot of people came to Hardy Dahlia – it is normally close on Sundays, but on that day, it was open for a private function – Hafiz's High-tea!. We were served with mee goreng, kuay teow goreng, kek lapis sarawak, cream caramel (Hafiz's favourite), teh tarik and other local delicacies. Really nice comfort food! (You should make it a point to eat at Hardy Dahlia if you are in Kuching, Kaka tolong promo..). I was busy eating when suddenly I saw Superboy and the Astro Crews walking towards the van. I quickly snapped a few pictures. I didn't know that would be the last time I saw him before leaving for KL :(
I managed to finish my teh tarik (sedappp!!). Then Z and Baby brought me to STC, just to show the place where Hafiz was going to perform that night, before sending me off to the airport. Abg Har, Kak Wa and a few other cousins of Hafiz were already there making sure that the place's ready for the night function. Sound check was done.
Chairs and tables at the press room were properly arranged. I managed to take some photos inside and outside STC for remembrance, as I could not join them that night :(
My ONLY (for now) mee kolok experience was superb. Heard about it from Hafiz in the diaries, and got to eat it first time with Hafiz's family! It was at 6pm when Abg Har and Kak Wa suddenly came up with the idea of bringing me to a Mee Kolok place. I was soooooo happy!! Finally I get to taste Hafiz's favourite food. It took them a while to decide which place to bring me to since it was Sunday and a lot of good places for mee kolok were closed. Oh and I had the infamous teh c–peng too!! It was sooo good I could still taste it on my tongue! :)
Then, it was time for me to say goodbye to Abg Har, Kak Wa, E and Ariana. Diorang tak putus2 trying to convince me that I should just stay for a night in Kuching. Z and Baby did the same in the car from the Mee Kolok place to the airport.
They wanted to wait for me in the car outside the departure hall if I was not sure of my decision yet. Haha. I was really tempted to stay, seriously, I haven't spent enough time with the whole family. I still want to get to know more of these havoc, fun n loving people! Time just flies very fast when you are having a good time!!!
I finally said goodbye to Z n Baby... At the airport, I was expecting Indai, Mumi and Peace. Peace suddenly SMSed and told me that he was not be able to make it to the airport. Indai and Mumi were at the airport and I passed them a few things Abang Bad pesan pagi tadi. We talked and took photos and I apologised for not being able to meet them earlier.

After checking-in I walked to the gate. The airplane was not there yet. I wrote this SMS to Hafiz's family: “Salam all. Would like to say thanks to all of you. Aunty H, Kak Wa, Abg Har, F, N, Z and Baby and parents and aunties and uncles and cousins and other family members of Hafiz, for having me at the house n your functions today. Really2 appreciate the time spent n the talks n laughs n rides n food n drinks n mee kolok n everything. Hafiz is definitely blessed with not only outstanding talents and good personality n attributes but also with a very warm n close knitted family! I had one of the greatest 14 hours of my life. I'm typing this at the airport while waiting for the plane.. (pls god delay this plane for another 14 hours hehe), and yes i already am missing all of you. Really hope to see all of you again n ring me if you are in KL. Regards to Hafiz (didn't get to see goodbye to him) n to your other family members. Thanks for making my first trip to Kuching a memorable one. Will download the pics in CDs soon. Thanks and thanks again. Luv, RonaldoKaka.”

It was very difficult to leave Kuching. I was the last person to get on to the plane. I walked slowly and part of me just felt like calling Z to get me from the airport. I tried hard to put some senses into my head and finally I landed on a seat in the plane. I turned my phone into Airplane Mode, and tried scribbling an entry into my mobile diary. I started with a few lines and felt so sad and stopped. I took my camera and started looking at all the photos taken during the day. I smiled but my eyes were watery. I slept off the sad feeling. It was indeed one of the happiest 14 hours of my life....

petikan dari : hafizfc.blogspot.com

Sunday, May 31, 2009

MUKA MASAM : CIKGU SITI HAJAR JAWAB


Teks oleh Ellyna Ali / MURAI.COM

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2009: Walaupun genap 2 minggu Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) berlalu, namun masih ada lagi sebilangan peminat yang tidak berpuas hati dengan 2 tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafi.

Terutama apabila melihat riak wajah mereka yang seperti masam, tidak ceria dan berbisik-bisik tatkala nama Hafiz diumumkan sebagai juara AF7 dalam konsert final di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, maka makin hebat kritikan dilemparkan terutama di saluran @15 Astro dan portal murai.com.my sendiri.

Apabila ditanyakan tentang perkara ini, Cikgu Siti Hajar tidak marah atau lekas melatah kerana telah menjangka bahawa ramai peminat pelajar Hafiz mahupun yang lain akan berfikir begitu.

"Sebenarnya saya pun gembira Hafiz menang kerana dia telah memberikan persembahan yang mantap. Kebetulan ketika kamera menghala kepada kami, saya dan Cikgu Syafi sedang berbincang tentang kemenangan Hafiz. Walaupun Hafiz menang, pada kami masih ada benda yang kami rasa Hafiz tidak lakukan sebaik minggu ketujuh dan kelapan itu yang membuat kami sedikit kecewa.

"Dari awal lagi kami sudah melihat bakat dan vokal Hafiz dan dia tidak mempunyai banyak masalah tetapi kami perlu juga menggilap bakatnya dari segi corak persembahan dan nyanyian. Kami tidak pernah ada agenda yang tersembunyi dan sayangkan semua pelajar AF7," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Katanya, apa yang dipandang peminat menerusi kaca TV hanyalah sebahagian daripada apa yang mereka lalui di dalam akademi itu.

"Hakikatnya kerana saya dan tenaga pengajar lain banyak menghabiskan masa dengan semua pelajar. Masih ada lagi banyak benda yang tidak sempat dipaparkan menyebabkan peminat mula membuat andaian.

"Bagi saya bidang pendidikan pun harus menggunakan pendekatan psikologi kerana setiap pelajar itu tidak sama. Saya harus memahami latar belakang dan pemikiran mereka. Saya harus memahami kekurangan dan kelebihan mereka.

"Misalnya, kenapa saya betul-betul marah dengan Rini waktu dalam akademi? Sebab saya tahu dia tidak mampu buat tugasan itu kerana ada sesuatu yang mengganggunya.

"Tapi, saya tidak mahu mendesak kerana mereka akan menangis. Kalau ada pelajar yang kita minta dia mencuba tetapi dia tak mahu buat kerana dia rasa perkara itu susah, saya tidak akan memaksa. Buatlah apa yang dirasakan ternampu.

"Mendidik orang dalam bidang seni bukan hanya sekadar menggilap vokal dia semata-mata tetapi kita juga harus mendidik orang itu menjadi seorang manusia yang lebih baik. Jadi, kalau orang kata saya hanya ajar seseorang itu menyanyi saja, itu tidak betul," katanya.

Apapun Cikgu Siti berkata, dia sangat suka bekerja dengan kesemua pelajar AF7 pada kali ini kerana dia menyifatkan mereka sebagai pelajar yang bijak, happening dan ada kalanya nakal.

Berikut adalah komen Cikgu Siti terhadap 5 finalis AF7 - Hafiz, Aril, Akim, Yazid dan Isma.

Hafiz: Seorang budak yang baik, berbudi bahasa dan manja dengan ibu. Dia bercita-cita tinggi dan mempuyai matlamat hidup cuma kadangkala tidak tahu bagaimana hendak mencapai matlamatnya itu. Dia dilahirkan dengan suara yang cukup baik tetapi kadangkala tidak tahu menggunakan disiplin dalam nyanyiannya.

Aril: Pengalaman dan usia membuatkan dia matang tetapi dia seorang yang ekspresif dan tidak berpura-pura. Dia tahu apa yang dia mahukan, berani keluarkan pendapat dan selalu mempunyai idea sendiri dalam persembahanya. Vokalnya sederhana tetapi akhirnya dia berjaya memperbaiki cara sebutan dalam nyanyiannya.

Akim: Inilah pelajar yang paling berusaha keras. Usahanya itu menampakkan perubahan yang cukup ketara dari pelbagai sudut. Dulu dia agak panas baran dan keras hati tapi sekarang semua itu berubah. Dia masih muda tetapi suka bercerita macam orang dewasa. Adakalanya dia berhadapan dengan masalah vokal angsa. Dia memang degil tetapi sedia berubah.

Yazid: Kita sudah tahu latar belakangnya. Yazid mempunyai sikap gementar yang keterlaluan. Dia seorang pelajar yang paling tidak kisah dengan kedudukannya dalam akademi. Baginya, penyertaan di AF7 adalah untuk menguji bakat dirinya semata-mata. Seorang pelajar yang unik dan suka sangat menguji tenaga pengajar. Tapi apabila dia lihat saya tak give up dengannya, dia mulalah bengang! Akhirnya dia cakap saya seorang guru yang penyabar. Isma: Seorang pelajar mempunyai matlamat, keazaman dan mahu mengejar impiannya. Isma cukup bersemangat waja dan sentiasa fokus dengan apa yang dia buat. Walaupun dia selalu teringatkan suami dan anak-anaknya, Isma sentiasa cuba untuk bertahan dan dia akhirnya ke final.

Komen jefbuj

Ye ke ? Tapi yang peliknya every time Hafiz habis persembahan tak pernah senyumpun, tapi kalau Aril atau Akim, siap lompat2 lagi..... Bagi saya, tak payahlah nak tunjuk muka masam walau pelajar2 tu buat salah, be professional. Dah marah kat akademi tu dah lah! Masa kat konsert just enjoy ur self! Banyak mata memandang kat luar tu, orang menilai mengikut apa yang mereka lihat. So, next season, please behave ur self!

Monday, May 25, 2009

APA KATA SELEBRITI / PERSONALITI





Anita Sarawak:
"Sejak awal lagi saya dan suami, Abang Mahathir memang suka dengan Hafiz. Bagi saya, dia menampakkan kesungguhan untuk berjaya sejakawal-awal lagi. Dia mengingatkan saya dengan diri sendiri ketika mudadulu yang mana saya juga sentiasa bersungguh-sungguh untuk berjaya. Diamasih muda dan dan mempunyai personaliti yang baik."

Ramli MS:
"Saya hanya sempat melihat beberapa konsert saja. Bagi saya, pelajar yang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budak ini berbakat besar."

Misha Omar:
"Secara keseluruhannya, saya nampak Hafiz yang konsisten. Dia nampak cukup jujur. Dan apa yang penting, Hafiz mampu bawakan pelbagai jenis genre lagu. Masanya masih panjang dan saya tahu dia boleh berjaya dalamindustri ini."

Vanidah Imran:
"Saya jarang berpeluang manyaksikan konsert AF, tetapi sejak duatiga minggu lalu, saya dapat menonton. Dan saya memang terpukau dengan kehebatan vokal Hafiz. Minggu lepas saya memang suka sangat denganpersembahan Hafiz menerusi lagu I Believe I Can Fly. Memang nampak kesungguhannya."

Fauziah Latiff:
"Saya pilih antara Hafiz atau Aril. Kedua-duanya ada auratersendiri. Aril mempunyai pakej lengkap sebagai artis manakala Hafizpula ada kekuatan dari segi vokal dan saya lihat dia mempunyai karektoryang 'warm' serta menggambarkan seorang budak yang baik.

"Fouziah Gous:
"Saya rasa Isma ada potensi untuk menang. Mungkin ada yang merasakansuaranya mirip Datuk Siti Nurhaliza, tetapi saya rasa dia tetapmempunyai vokal yang bagus."

Kudsia Kahar:
"Saya pilih Hafiz kerana dia konsisten selama sembilan minggu danversatil. Campaklah lagu apa pun, dia tetap boleh buat. Dari awal lagi,Hafiz sudah serius dan memang ingin menjadi juara. Dia mempunyaikehendak dan menggunakan ruang atas pentas dan masa untuk meyakinkanpenonton dan pengundi."Jika tidak Hafiz, dua pelajar lain yang boleh mengangkat trofijuara adalah Akim dan Aril kerana persembahan mereka semakin meningkatsejak minggu keenam."

Nabil:
"Bagi saya, yang betul-betul berbakat adalah Hafiz. Jadi, saya pilihdia sebagai juara. Selain berbakat, dia mempunyai suara tersendiri dandapat menyampaikan lagu dengan baik."

Stacy:
"Saya pilih Hafiz sebab dia konsisten dan saya suka menontonpersembahannya. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki kerana jikadiikut pada kelayakan, semua finalis layak untuk menang."

Dina Malaysian Idol:
"Saya nak Hafiz menang AF7 sebab saya meminatinya sejak minggu pertama AF7 lagi dan dia mempunyai kualiti yang unik."

Norish Karman:
"Saya doakan Hafiz menjadi juara AF7 kerana dia mempunyaisegala-galanya. Dia boleh menyanyi apa-apa lagu yang diberikan danmenerima setiap kritikan. Saya rasa dia boleh menjadi 'big star'. Kita kena beri peluang kepada seorang 'performer' yang bagus sepertinya."

Siti Sarah:
"Saya meramalkan juara AF7 bakal digondol oleh Hafiz, Isma dan Akim.Hafiz berbakat besar, satu pakej yang lengkap untuk penyanyi danpenghibur dan mampu menyampaikan lagu dengan baik sekali."Bagi Isma, saya dapat rasakan dia bekerja keras untuk memberikanpersembahan terbaik. Akim pula dapat memberikan persembahan menarikdalam keadaan bersahaja."

Syamsul Yusof:
"Saya rasa, Hafiz ada ciri-ciri seorang juara. Dia 'down to earth',berbakat dan ada cara tersendiri. Tapi apapun, saya rasa mungkin diaakan bersaing sengit dengan Aril."


petikan : Hafizfc

Friday, May 22, 2009

HAFIZ - MASIH JELAS




Beralih, musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara, hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu
Ratib sendu

Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku,keranamu dipisahkan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Sudah suratan jadi begini
Segalanya sementara
Selagi hayatku masih ada
Kau bertahta di hatiku

Beralih, musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

Tuesday, May 19, 2009

Di sebalik tabir AF7

Petikan dari murai.com [Teks oleh Razif Rosdi & Haswari Ali]

Segala-galanya telah berakhir. Sesi pengajian AF7 kini telah pun ditutup oleh Principal Tiara Jacquelina selepas Hafiz dinobatkan sebagai juara baru. Bagi yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, mereka dapat merasai suasana gegak gempita yang menyelubungi segenap ruang bak final kejohanan bola sepak. Apakah perkara menarik yang berlaku di belakang tabir? Jom kita ikuti paparan murai.com.myCorat-Coret AF7:

# Abang kepada Aril, Izwan Pilus sempat datang ke konsert akhir AF7 tetapi tidak dapat lama berada dalam stadium kerana perlu menghadiri latihan pertandingan Bintang RTM. Izwan turut gembira dengan kejayaan Aril di tempat kedua.

# Berbeza dengan musim lalu, kali ini tetamu VIP dan pihak media diraikan dengan majlis koktel sejam sebelum konsert akhir bermula. Lisa Surihani, Dafi dan Ainul Aishah adalah antara artis yang paling awal datang ke majlis koktel itu.

# Pada sebelah petang, Karnival Gempak Selebriti Astro ditimpa hujan rahmat. Namun ramai peminat tidak berganjak dan sanggup menonton persembahan artis di bawah payung.# Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.

# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundi secara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefon bimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.

# Seorang karyawan filem mengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwat sekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macam itu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkat kening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." kata karyawan yang sangat popular itu.

# Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi, Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempat mereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.

# Ada dakwann mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.

# Sebahagian penyokong Aril datang dengan sepanduk paling besar yang tertulis 'Kami Nak Aril Jadi Juara'. Mereka terpaksa duduk di tingkat atas sebab sepanduk itu terlalu besar dan perlu direntangkan ke bawah.

# Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menang sorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hingga akhirnya konsert itu. Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakan paling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.

# Ada segelintir peminat meradang apabila tempat mereka telah diambil orang disebabkan kekeliruan nombor tiket. Tapi bila konsert telah bermula, sejak jadi OK. Selain itu, kesian pula pengkritik Raja Lawak 3, Zaibo, yang tersesat mencari tempat duduk sehingga duduk di tempat pihak media.

# Jangan tak tahu, putera dan puteri dari kerabat diraja Brunei Darussalam pun turut berangkat menonton konsert final itu. Terbukti AF program yang sangat popular di Malaysia dan Brunei!

# Ketika lagu Menuju Puncak disampaikan oleh semua pelajar musim ini, Rubisa tidak dapat menari sama kerana kakinya telah terseliuh sewaktu latihan.

# Sewaktu persembahan bekas pelajar Top 20 pula, Lizda pula tidak dapat mengadakan persembahan. Difahamkan, Lizda yang juga isteri pelakon Ezani sibuk dengan perniagaan belacannya! Kesian pula melihat Abang Kelana yang berdepan dengan masalah apabila mula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf).

# Ketika Aril mendendangkan lagu barunya, Toksik, dia merampas kertas di meja pengkritik dan membuangnya ke lantai. Semasa raptai penuh, dia menjadikan botol air mineral sebagai mangsanya dan ketika melontar hampir-hampir terkena krew Murai!

# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.

# Akim pula 'terlebih ramah' apabila siapa bertanyakan nama wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya. Itulah realiti sebenar selepas mereka keluar daripada akademi apabila mula berdepan dengan 1001 cabaran.

# Ramai tidak tahu bahawa lirik lagu Isma, Bisikan... Godaan dicipta oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil atau nama penanya Slen. Sebelum ini Slen pernah menghasilkan lirik lagu seperti Nurul Ajai (Cinta Mencintai Kita), Ziana Zain (Lembah Asmara), Dato Siti Nurhaliza (Kembalikan Indah), Dr Fazley (Cerita Asmara), Erema (Pelita Di Bawah Purnama) dan Misha Omar (Sampai Di Sini). Kata Slen, dia tidak tahu lagu itu akan dinyanyikan oleh siapa sehinggalah menerima panggilan daripada komposernya Zul, suami Isma.

# Ada pihak mendakwa Cikgu Siti Hajar adalah ibu saudara Aril. Namun, itu semua tidak benar.# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.

Monday, May 18, 2009

HAFIZ JUARA AF 7






Sabtu lepas, berakhirlah segala persoalan dan penantian siapakah yang bergelar JUARA AF7. Selama 10 minggu pelajar-pelajar AF bergelut dengan pelbagai cabaran untuk menempatkan diri di TOP 5 untuk konsert final. Pelbagai lagu telah teruji, pelbagai kritikan diterima akhirnya Hafiz, Akim, Yazid dan Isma berjaya menempuh cabaran itu. Aril yang menjadi peserta favorite turut mengikuti langkah teman-temannya yang lain walaupun tanpa beraksi di 2 konsert terakhir sebelum final.

Seperti yang diramal banyak pihak, Hafiz pelajar yang berumur 19 tahun dari Kuching Sarawak telah berjaya membawa trofi juara menyeberangi Laut Cina Selatan buat kali ke duanya selepas Stacy. Sepanjang 9 minggu konsert berlangsung, Hafiz tidak pernah mendapat kritikan pedas dari barisan Juri, malah mendapat pujian melambung dan tepukan gemuruh dari penonton hampir di setiap minggu. Walaubagaimanapun kedudukan undian Hafiz hanya di tempat ke dua atau ketiga sahaja. Cuma di minggu2 terakhir penonton mula percaya & yakin dengan kelebihan Hafiz dan bersatu beramai2 menyokong Hafiz hingga Hafiz berada jauh meninggalkan kawan2nya yang lain. Di malam final kedudukan Hafiz sudah tidak dapat di cabar.


Kehebatan pentas akhir yang lebih besar membuatkan suasana lebih hebat. Walaupun tiada props yang banyak seperti pentas2 AF yang lepas namun penataan cahaya, backdrops, lightings, sound system serta gabungan muzik pimpinan Acis sungguh menakjubkan! Persembahan tarian shuffle sebagai intro juga memberi impak yang besar dan disusuli oleh persembahan lagu EVOLUSI oleh pelajar. Sungguh jelas pelajar2 benar2 teruja untuk menonjolkan bakat masing2 di samping sedaya upaya untuk meraih undian dari peminat masing2. Sebelum itu telah ditunjukkan carta undian terkini yang mana undian Hafiz jauh meninggalkan kawan2nya yang lain. Seperti yang diumumkan oleh Sarimah turutan persembahan adalah berdasarkan kedudukan carta pada konsert ke-9 yang mana Hafiz berada dikedudukan yang pertama diikuti dengan Akim, Yazid, Isma dan Airil.


Ulasan Persembahan Pelajar Pusingan Pertama :

1. HAFIZ [ Kau Bunga Cintaku / Annuar Zain ]

HAFIZ memulakan persembahan pembukaan dengan persembahan yang mantap. Tidak sangka Hafiz pandai menari, tidak seperti yang ditunjukkan di skrin semasa Hafiz menghadiri Ujibakat ; amat kaku. Saya rasa terdapat teknikal problem dengan wireless mic Hafiz di mana low note Hafiz kurang kedengaran. Mungkin mic agak jauh dari mulut Hafiz kerana Hafiz begitu ligat menari. Walaupun lagu Annuar Zain ini kurang popular berbanding dengan lagu2 beliau yang lain akan tetapi Hafiz berjaya mewarnai lagu ini dengan cara nya tersendiri. Persembahan yang energetic ini berjaya memukau penonton.


Apa yang saya kurang setuju dengan komen Edry & Adlin ialah apabila mereka seolah2 menyalahkan Hafiz membuat choreography yang berat. Tak kan mereka tak tahu yang semua itu adalah dari Cikgu Aris! Sepatutnya mereka sedar itulah TRANSFORMASI Hafiz yang NYATA kerana sebelum ini Hafiz memang tidak pandai menari. Transformasi bukannya dari segi peningkatan VOKAL sahaja!

9/10

2. AKIM [ Bengang ]

Keyakinan Akim membawa lagu baru ini amat tinggi tapi sayang lagu ini kurang menyengat dan kurang mesra telinga. Walaubagaimanapun lagu ini amat sesuai dengan suara Akim yang husky itu. Apa yang saya lihat Akim nampak letih menyebabkan suara nya hampir pecah di bahagian chorus. Peningkatan persembahan Akim memang tidak dapat dinafikan. Sebenarnya Akim telah bangkit sejak dari konsert yang ke 4 lagi, dan dia telah berjaya keluar dari comfort zone. Akim merupakan saingan terdekat buat Hafiz.

8/10

3. YAZID [ Qasidah Cinta / Dewa 19 ]

Mula saja dah off pitch. Lagu ini sebenarnya amat susah dan tidak sesuai dengan Yazid. Lagu yang berentak broadway ini memerlukan kekuatan vokal yang jitu. Yazid telah gagal membawa lagu ini dengan baik. Lagipun lagu ini kurang sesuai untuk dinyanyikan di peringkat final sebegini. Sepatutnya Yazid diberikan lagu yang benar2 sesuai dengan suara Yazid yang lebih menjurus ke genre balada seperti lagu Jamal Abdillah. Kasihan Yazid, ye lah pelajar memang tidak berpeluang untuk membantah atau menolak lagu yang diberikan. Terpaksa akur sahajalah dan buat setakat yang termampu.

6/10

4. ISMA [ Bisikan Godaan ]

Baju amat tidak sesuai dengan keadaan fizikal Isma. Baju ini menampakkan Isma lebih besar dan tidak sesuai dengan status Isma yang merupakan seorang ibu. Suara Isma seperti biasa, tidak mengecewakan. Segala2nya berjalan lancar baik dari segi penghayatan dan mutu suara; cuma, lagu ini juga seperti lagu baru Akim yang kurang menyengat! Lagu ini juga sebuah lagu yang mudah dilupakan dan tiada keistimewaan.

7.5/10

5. ARIL [ Kasih Tak Sampai / Padi ]

Penghayatan Aril cukup tinggi. Inilah kelebihan Aril yang tiada pada pelajar lain. Mata Aril sudah mula berkaca walaupun baru memulakan verse yang pertama. Walaupun suara Aril sedap namun Aril perlu bijak mengawal suaranya terutama di bahagian note yang tinggi. Suara Aril seperti ditahan2 dan tidak dilepaskan sepenuhnya. Apabila Aril tidak dapat mengawal suara nya maka suara Aril hampir pecah di bahagian korus. Dan Aril juga nampak pancit kerana terlalu memberi tenaga pada suaranya. Apa-apapun saya kagum dengan kesungguhan Aril untuk memberi yang terbaik.

8/10

PERSEMBAHAN PELAJAR PRELUDE

Penganjur turut memberi peluang kepada 5 bekas pelajar tersingkir TOP 20 iaitu Ab, Cabby, Faezah, Kelana dan Hamim. Di mana perginya Lisda ye?

Persembahan mereka bagi saya sekadar untuk mengingatkan kita mereka pernah terpilih untuk AF musim ini. Tiada apa yang istimewa dari persembahan mereka. Cuma saya amat suka dengan persembahan Ab dan Cabby, sungguh bertenaga!

Ulasan Persembahan Pelajar Pusingan Ke-dua :

1. Hafiz [ Masih Jelas ]

Persembahan kedua Hafiz benar2 dapat memikat hati semua penonton. Persembahan ini seolah2 telah memberi syarat kepada penonton, Hafiz BAKAL dinobatkan sebagai Juara di musim ini. Hafiz telah berjaya nailed his performance. Walaupun ini merupakan lagu terbaru namun ia seperti Hafiz telah biasa membawa lagu ini berkali2 [ komen Edry ]. Dato’ Khaty juga menyatakan ‘perfect, perfect, perfect’ tiada apa yang hendak dikomenkan. Hafiz membawa lagu ini dengan penuh yakin dan all out! Sorakan penonton memanggil2 nama Hafiz seolah2 seperti tidak mahu berhenti. Sorakan untuk Hafiz ini menyamai sorakan untuk MAWI semasa konsert Final AF3. Hafiz telah berjaya membawa lagu ini dengan cemerlang! Tahniah Hafiz! Saya percaya lagu ini bakal menjadi lagu berhantu dan akan diputarkan di corong2 radio sepanjang tahun ini!

10/10

2. AKIM [ Bercinta / Faizal Tahir ]

Untuk lagu ke dua ini Akim turut berjaya memukau penonton. Dengan tangan terikat, Akim tetap fokus dan melontorkan vokal nya dengan lantang dan berkesan. Lagu ini juga seolah2 milik Akim. Walaupun suara Akim ada pancit sedikit namun ini tidak menghalang peminat2 Akim bersorak memenuhi ruang dewan yang di hadiri oleh beribu2 penonton. Memang terbukti Akim telah berjaya ditransformasikan dan menjadikan Akim bakal menggegarkan industri seni suara di tanahair dalam masa terdekat ini.

8/10

3. YAZID [ Ya Pa Pa ]

Persembahan lagu baru Yazid lebih baik dari persembahan sebelumnya. Walaupun lagu ini kurang menarik tapi Yazid telah berusaha sehabis baik untuk menyahut cabaran terakhir ini. Seperti persembahan2 sebelum ini Yazid pandai berkomunikasi dengan penonton. Nampak juga peningkatan Yazid dari segi emosi kalau hendak dibandingkan dengan Yazid semasa mula2 membuat persembahan di Konsert pertama. Tahniah Yazid kerana telah berjaya menempatkan diri di konsert final ini.

7/10

ISMA [ Cinta Adam & Hawa / Misha Omar ]

Nampaknya Isma benar2 berbeza dari segi penampilannya kalau dibandingkan penampilannya semasa sesi audition. Kalau dulu Isma nampak seperti mak mak yang nampak berisi tapi sekarang Isma layak diberi gelaran Hot Mama kerana Isma nampak macam Super Star! Dari segi suara Isma telah berjaya lari dari suara Dato’ Siti, begitu juga teknik vokal yang jauh lebih baik berbanding dulu. Cuma saya agak hairan di mana perginya pengundi2 Isma yang selama ini menyokong kuat sehingga Isma mengungguli Carta sehingga ke minggu ke -7. Walau apa pun Isma tetap mempunyai kekuatan yang tersendiri dan boleh bersaing dengan penyanyi2 di luar nanti.

8/10

5. ARIL [ Toksid ]

Walaupun Aril kurang gemar dengan lagu baru yang diciptakan khas untuknya namun Aril telah berjaya meniup roh dalam lagu ini. Walaupun lagu ini tidak sebaik lagu Hafiz & Akim tapi Aril bijak mencorakkan lagu ini dan menjadikannya sebuah lagu yang menarik. Kehebatan dari segi stage presence dan performance Aril memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Aksi stunt melompat turun dari stage amat berani yang jarang dibuat oleh pelajar2 sebelum ini. Keyakinan tinggi dan semangat kuat menghadapi cabaran ini lah yang membuatkan Aril menjadi pujaan ramai dan inilah merupakan kekuatan Aril yang sebenar berbanding dengan vokalnya. Berbekalkan pakej yang cukup, saya percaya Aril akan berjaya di dalam industri ini dan bakal menjadi IKON remaja masa kini. MengAfmasukkan Aril adalah satu perkara yang berbaloi kerana Aril berjaya memintas kawan2nya yang lain dan mendapat sokongan yang padu dari pengundi2 di seluruh Malaysia!

8/10


PERSEMBAHAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR AF7

Persembahan bekas pelajar yang tersingkir dari konsert ke-2 sehingga ke-8 amat ditunggu-tunggu oleh peminat masing2. Mereka membawakan lagu terbaik mereka dan telah mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton terutama Aishah yang mempunyai peminat yang cukup ramai. Tahniah semua.

PERSEMBAHAN EKSKLUSIF DARI JUARA AF6 – STACY

Kehebatan persembahan Stacy memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Bagi saya Stacy merupakan satu2nya bekas pelajar AF yang mempunyai skil menari yang terbaik! Berbekalkan setahun pengalaman membuat persembahan di konsert2 terbuka dan tertutup, di majlis anugerah berprestij dan dinner show, ditambah dengan stamina yang cukup baik, Stacy telah memukau semua penonton di stadium malah di rumah dengan persembahan yang cukup cemerlang persis Janet Jackson.

KEPUTUSAN RASMI KONSERT AF7

Carta sebelum konsert

1. Hafiz 44%

2. Aril 22%

3. Akim 15%

4. Yazid 13%

5. Isma 6%


Carta Final AF7


1. Hafiz 46%

2. Aril 22%

3. Akim 18%

4. Yazid 9%

5. Isma 5%

Peratusan Hafiz jauh meninggalkan pelajar2 lain dan sejarah MAWI telah berulang.

RAMALAN CARTA JEFBUJ

Sila rujuk kepada carta ramalan saya minggu lepas, TEPAT kan???

HADIAH-HADIAH YANG DIMENANGI


Hadiah Juara

Kereta Honda Accord 2.0 litre, Wang Tunai RM20 ribu, Percutian ke New York, Home theatre System, Camera Olympus U1030, 2 biji Hugo Boss Watch, Bekalan Brand Inner Shines untuk setahun, Nokia 5730, Hotlink untuk setahun dan trofi.

Naib Juara

Wang tunai RM10 ribu, Voucher Percutian bernilai RM3000, Camera, Karaoke Set, Hyundai Air perifier, Hugo Boss watch dan trofi.

Ketiga

Wang tunai RM 8 ribu, Voucher Percutian bernilai RM 2 ribu, camera dan trofi.

Keempat

Wang tunai RM 3 ribu, Camera dan Trofi.

Kelima

Trofi.


Nampaknya hadiah2 tahun ini tidak semahal tahun2 lepas. Tak ada yang sponsor ke??? Mana pergi nya wang berjuta2 ringgit hasil undian penonton selama 3 bulan ini ? Kenapa tidak disalurkan untuk membeli hadiah kepada graduan2 ini. Kasihan Isma cuma dapat BUNGA & TROFI sahaja! Berbaloi kah pelaburan peminat2 Isma selama ini??? Sekurang2nya bagilah wang tunai RM 1 ribu dan hadiah handphone yang berharga RM300.00 sebagai penghargaan kepada Isma yang berjaya menempatkan diri di final.


CORAT-CORET KONSERT FINAL AF7
* Untuk musim ini Juara tidak mendapat hadiah rumah seperti juara sebelum ini.

* Kereta hanya diberi kepada Juara sahaja tidak seperti sebelum ini Naib Juara turut mendapat sebuah kereta.
* Sepatutnya Isma diberikan hadiah wang sekurang2nya RM1000. Usaha sepanjang 10 minggu beraksi seperti tidak dihargai oleh penganjur.
* Cikgu Siti Hajar dan Shafie seperti tidak gembira di atas kejayaan Hafiz, malah sebelum ini pun mereka seperti tidak mengemari pelajar terbaik ini.
* Perbuatan mengangkat kaki di depan Juri oleh Aril agak kurang sopan. Kesian Dato’ Khatijahapabila nota2 di atas meja nya dihambur ke lantai oleh Aril....!
* Semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh ibu2 pelajar amat menyentuh hati.
* Peminat2 Hafiz yang memakai baju berwajah Hafiz dan memakai rambut palsu ala Hafiz sungguh mencuit hati.
* Replika Sultan Melaka [ Akim ] sungguh kreatif.
* Penampilan khas Sarimah beraksi di konsert akhir sungguh berkesan.
* Kedatangan penyokong2 Hafiz dengan Air Asia hampir memenuhi pesawat tersebut yang secara kebetulan aunty saya berada di flight yang sama.
* Walaupun penyokong2 Hafiz jauh di Sarawak namun baju Hafiz laris dijual di sekitar bandaraya Kuching malah mendapat tempahan dari bandar2 lain seperti Sibu, Bintulu dan Miri! Inilah penangan Hafiz!
* Baju2 finalis tidak sebaik dan gah sepertibaju2 finalis yang lepas. Takde yang sponsor ke?
* Persahabatan antara Hafiz & Akim jelas terlihat, tidak seperti yang digembur2kan dalam diari yang mereka berdua bermusuhan.
* Persembahan akhir Hafiz selepas dinobatkan sebagai Juara tidak ditunjukkan sepenuhnya menyebabkan peminat2 kurang puas hati.

KOMEN TERAKHIR

Saya selaku blogger yang menjadi Juri tidak rasmi untuk AF7 berpendapat produksi untuk AF7 adalah antara yang terbaik selain AF2 & AF3. Cuma pilihan lagu2 kurang menyengat terutama lagu2 di konsert akhir. Saya amat bangga dan berpuas hati dengan pencapaian pelajar2 ini; dari poyo ke pro, dari penyanyi bilik air ke pentas besar dan dari Zero ke Hero! Sekalung tahniah kepada barisan Fakulti yang terdiri dari Principal, tenaga pengajar, r.a., tidak lupa kepada Acis selaku peneraju pimpinan muzik sepanjang konsert berlangsung dan semua krew produksi Astro yang bertungkus lumus bekerja sepanjang hari untuk penerbitan diari harian yang menjadi santapan kita sepanjang 3 bulan ini. Satu usaha yang patut dipuji. Dan akhir sekali AC dan Sarimah yang berjaya melunaskan tanggungjawab mereka dengan berjaya.

Tak lupa juga kepada seluruh warga Malaysia, Brunei dan Singapura yang sanggup melaburkan beribu2 wang ringgit untuk mengundi pelajar pilihan masing2.

Semuga AF ke-8 nanti akan menjadi lebih baik dan terus menjadi program realiti TV nombor SATU Malaysia!!!!!!!!!
gambar : Kredit kepada Klubbkid.com. mr.manager, subhikarim.com & berita harian.