I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

SARAWAK & JOHOR BERSATU - Majlis Pertunangan Aizat & Baizura

Ainol Aizat & Intan Baizura

Uncle Onn, ayah kepada Zura [ Pak Usu saya ]
Zura diiringi Kamelia, adik bongsu Zura
Baka Mak Mertua
Pak Usu bagi cincin pada Aizat
Teman-teman Zura masa sekolah menengah
Bersama keluarga kedua-dua belah pihak [ Sarawak & Johor ]
Hujung atas, berbaju melayu pink adalah bapa saudara Hafiz AF7 yang kawin dengan
cousin saya Aida Diana kakak kepada Zura.
Gabungan hantaran Zura & Aizat










Baru-baru ini cousin saya Intan Baizura telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Johor, Ainol Izat. Mereka yang sama-sama berjawatan Jurutera telah bertemu semasa sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Corat coret :

  • ramai saudara Izat datang dari Johor untuk sama-sama meraikan hari pertunangan mereka.
  • Keluarga dari Johor terkejut apabila menerima hantaran yang banyak dari pihak perempuan iaitu 25 dulang.
  • Di Sarawak 20 - 30 dulang adalah perkara biasa tetapi tidak di semenanjung.
  • Hantaran popular di Sarawak adalah Kek Lapis.
  • Hantaran lelaki bertemakan warna Oren dan pihak perempuan warna coklat keemasan.
  • Kesempatan berada di Sarawak diambil oleh rombongan pihak lelaki untuk membeli belah di Serikin iaitu pekan di sempadan Sarawak & Indonesia.
  • Kek Lapis dan terubuk masin adalah satu kemestian atau benda wajib untuk dibawa balik ke semenanjung.

Semuga Aizat & Baizura berkekalan hinggan ke jinjang pelamin dan ke anak cucu!


Tuesday, November 11, 2008

Perkahwinan Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari






Cinta antara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah disatukan pada petang Sabtu lalu (8 November) di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta sekitar jam 4 petang Sabtu lalu dengan mas kahwin berbentuk anting-anting berlian seberat 1.5 karat serta 25 dulang hantaran.


Dengan sekali lafaz saja, Ashraf yang mengenakan baju rekaan Brutus, sah menjadi suami yang sah kepada Bunga yang anggun mengenakan baju rekaan Anna Avantie.Pada majlis pernikahan tersebut, dengan sekali lafaz, Ashraf sah menjadi suami Bunga sambil disaksikan hampir 50 orang rombongan daripada pihak lelaki. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pejabat Agama kawasan Tanah Abang, Ashras Syahroni.



Anting-anting bertatahkan berlian 1.5 karat dipilih sebagai mas kahwin selain 25 dulang hantaran. Memilih Kepulauan Maldives sebagai lokasi berbulan madu mereka, Ashraf mengharapkan agar perkahwinan ini melenyapkan segala gosip liar berkaitan mereka sebelum ini. Di majlis pernikahan tersebut busana Minang rekaan Brutus dan Anne Avantie bagi Ashraff dan Bunga telah dipilih.


Sehari selepas itu majlis resepsi pihak perempuan berlangsung di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta menyaksikan Bunga tampil menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu bersama Ari Lasso tanda kasih dan cintanya kepada Ashraf.


Malah Afgan, Vina Panduwinata dan Krisdayanti juga hadir menghiburkan khalayak.Demi membuktikan perasaan cintanya yang sebenar, artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari Sinclair akan menyampaikan sebuah lagu berjudul Aku Dan Dirimu yang menampilkan Ari Lasso buat suami tercinta, Ashraf Daniel Sinclair. Disampaikan dalam majlis persandingan mereka menggunakan konsep adat Minang di Grand Ballrom Hotel Sultan, Jakarta.Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 14 November ini di The Saujana Kuala Lumpur dan 15 November di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.


“Saya sangat gembira dengan apa yang telah terjadi dan syukur ke hadrat Ilahi akhirnya semuanya berlangsung dengan baik. Saya amat berharap agar perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelas aktor tampan berusia 29 tahun ini selepas majlis pernikahannya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Hits.Menyingkap kisah cinta mereka, terang pelakon Gol & Gincu ini, bukanlah seindah biasa.Ini kerana, kisah percintaan mereka pernah dilanda kontroversi apabila gambar-gambar percutian mereka berdua sedang bercumbuan pernah diedarkan di Internet sekitar Ogos tahun lalu.


Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi spekulasi melingkari perjalanan cinta mereka sehinggakan Ashraf hampir lelah dengan percintaan tersebut.Namun seperti yang telah tertulis, akhirnya cinta mereka berdiri teguh dengan restu Ilahi.



petikan : http://www.budiey.com/

Tuesday, August 19, 2008

Selamat Pengantin Baru !!!!

Pelamin yang simple tetapi eksklusif bertemakan warna 'Cream & Beige' sedondon dengan persalinan pengantin dan dayang-dayang serta baju ahli keluarga.Dewan "Sarawak Chamber' Crown Plaza Hotel dipenuhi oleh VVIP,VIP
dan tetamu dari luar negeri serta sanak saudara.

Kelihatan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud bersalaman dengan tetamu.


Skrin Gergasi untuk tetamu yang jauh dari pentas utama untuk menyaksikan detik bersejarah.

Pengantin diarak oleh dayang-dayang serta pesilat ke pelamin.

Kedua mempelai disandingkan diatas pelamin.


Acara memotong kek berkembar sebagai tanda kesefahaman antara zizah dan khaidhir.


Menu eksklusif - River Palace Cold Cuts Combinatin.


Bob diterbangkan khas dari KL untuk menghiburkan tetamu.


Bob menyampaikan 7 buah lagu kegemaran Pengantin dan Datuk serta isteri.

Datuk Sri Hj.Adenan & Dato Hajjah Jamilah menyampaikan ucapan terimakasih kepada para tetamu atas kesudian meraikan hari bersejarah anakanda mereka.

Datuk Sri sempat menyampaikan 2 buah lagu untuk menghiburkan tetamu.


Tetamu telah diberi 'Cenderahati' yang eksklusif iaitu pasu porcelain dari Italy.

Pada malam sabtu lepas, saya telah diundang oleh keluarga Datuk Sri Hj.Adenan Satem serta isteri untuk menghadiri majlis persandingan anak perempuan mereka Aziza Jasmi dengan Mohd. Khaidhir Hj.Daud yang berasal dari Selangor.

Majlis telah diadakan di Dewan Sarawak Chamber, Hotel Crown Plaza, Kuching. Kedua-dua mempelai telah bertemu semasa melanjutkan pelajaran di Australia dan perkenalan mereka telah membawa mereka ke jinjang pelamin pada 16 Ogos lepas.

Ramai tetamu VVIP dan tetamu dari luar negara yang datang. Bob bekas pelajar Akademi Fantiasa 3 telah diundang khas untuk mendendangkan lagu untuk menghibur tetamu. Merdu sungguh suara Bob. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari hadirin. Band group 'The Season' juga dijemput untuk menghiburkan tetamu sepanjang majlis berlangsung.

Saya minta maaf kerana gambar kurang jelas kerana kedudukan saya yang agak jauh dari pentas utama. Inilah yang dapat saya rakamkan untuk tatapan semua.