I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Thursday, December 03, 2009

Raya Haji @ Sibu

Satu keluarga bahagia!!!!
Shahira, Syasya, Shikin, Aqila & Eisha

Anak saya si Daniel, anak saudara Azri ( belajar Engineering kat Penang & Azwan ( tengah tunggu keputusan PMR, boleh ekot result abg azri tak 8A ??? )


Selamat Hari Raya Aidiladha, walaupun agak terlambat. Lama sangat dah tak up date blog. Sibuk memang sibuk ye lah siri ceramah belum habis dari bulan Oktober lagi. Hujung bulan Januari depan baru boleh rehat. Masalah sebenarnya Laptop ni yang meragam. Dah berumurlah tu... kalau tak silap dah hampir 5 tahun. Bila laptop meragam nak upload semua gambar2 dari folder semua tak boleh. Tu yang membuatkan saya tak boleh nak posting apa-apa dalam blog. Maaf ye!

Bila dah hantar reformat kat kedai, talian Celcom pulak meragam sepanjang 2 minggu lepas. Broadband pun kurang berfungsi! Takpelah.... semua tu dah berlalu. Sekarang bolehlah nak sambung tulis blog lagi.

Raya Haji lepas, best sangat! Mana tidaknya, semua kami adik beradik balik Sibu. My sister kat Labuan & KL balik beraya. Meriahlah rumah dengan anak saudara.

Selepas beraya di Sibu kami beraya pulak di rumah saudara di Sarikei yang kebetulan cousin saya naik rumah baru. Buat kendurilah! Tau tak, kita tak jemput sesiapapun cuma Tuan Imam baca doa, selebihnya saudara sendiri yang cecah hingga 40 orang! Bestnya sekali sekala begini.

Gambar di atas adalah gambar masa raya haji lepas. Kebetulan pulak camera saya lowbat dan terus takleh nak ambil gambar byk2. Yang sempat 4-5 keping je... tu pun gambar blur!!
So saya letak sinilah untuk tatapan semua.

Jumpa lagi!

Wednesday, October 07, 2009

Bangunan DUN di malam Aidilfitri






Di malam aidilfitri lepas, kami sempat juga ke Waterfront untuk bergambar berlatarbelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dirasmikan pada penghujung bulan Ogos lepas. Memang menakjubkan pemandangannya! Bangunan yang berharga jutaan ringgit itu telah menjadi IKON atau Landmark terkini di Bandaraya Kuching.
Bersebelahan dengan Bangunan DUN adalah ASTANA Negeri Sarawak atau Fort Margaretha yang menempatkan Rajah Brooke semasa zaman penjajahan British dahulu.

Monday, October 05, 2009

KUIH LAPIS SARAWAK


Kalau tak ada Kek Lapis Sarawak, tak berayalah namanya. Walaupun mahal kena beli jugak lah. Nak buat tak reti, so kena beli je lah dengan teman-teman.
Antara Kek Lapis yang saya hidangkan untuk tetamu ialah, Kek Lapis Mint, Kel Lapis Hand draft, Kek Lapis Blueberry, Kek Hati Pari dan Kek Lumut. Rasanya ???? Hmmmm sedap giler!
Dalam pada itu, saya turut hidangkan Kuih Cincin yang dibeli di Kota Kinabalu, agak berbeza rasanya dengan Kuih Cincin dari Sarawak. Yang dari KK lebih rangup & lembut. Sagu dan Sesar Ujur [ udang kering ] makanan tradisi kaum Melanaupun turut terhidang. Kerepek ubi dan Biskut Bawang dari Banting pun ada , adik saya Ija dari Selangor yang kirim.
Wah kira meriahlah kuih muih atas meja saya. Temanya 'hidangan integrasi nasional 1 Malaysia'!

Thursday, September 24, 2009

RAYA @ LUNDU 2009








corat coret raya 2009
  • tahun ini saya beraya di Lundu kira-kira 50 km dari Bandaraya Kuching iaitu di rumah abang saya Azmi yang merupakan Pegawai Daerah Lundu atau D.O.
  • sudah menjadi tradisi, selepas solat sunat aidilfitri majlis ringkas bermaaf-maafan diadakan antara ahli keluarga.
  • ketiadaan arwah bapa yang sudah menginjak 6 tahun tetap meninggalkan kesan dan kami masih terasa ketiadaannya.
  • tradisi mencium lutut semasa bersalam masih kukuh diamalkan di Sarawak.
  • seperti biasa anak-anak saudara berdebar menunggu duit raya.
  • saya yang menjadi Chef tidak rasmi hari tu telah memasak juadah istimewa seperti kuah kacang, sayur lodeh untuk lontong, sambal tumis bilis, daging dendeng, nasi himpit, ketupat pulut dan kari ayam ( mak masak ).
  • kek lapis sememangnya menjadi hidangan utama di sarawak.
  • Rumah terbuka diadakan pada hari kedua. Anggaran 100 orang yang datang tetapi yang datang 300 orang!!!! Nasibaik lauk cukup2.
  • untuk Open House, Soto adalah menu utama disamping lauk pauk lain.
  • di hari ketiga Datuk Sri Adenan Satem datang untuk berziarah raya.... so saya kena masak lauk istimewa untuk Datuk... Satak ( sejenis spesis udang kara RM 45 sekilo - mahalnye... tapi datuk punya pasal on aje... saya buat masak sambal tumis... fuhhhhhhhhhh sodap. Then mak masak udang sambal kuning yang menjadi signature dish mak saya.
  • Sesi bergambar beramai-ramai bersama datuk turut diadakan.
  • pada hari itu juga saya dan keluarga balik ke Kuching dan acara berziarah diteruskan ke rumah saudara dan sahabat.
  • di Sarawak raya puasa di sambut seminggu malah hingga sebulan dan uniknya warga Sarawak sentiasa berbaju melayu lengkap sepanjang raya.
  • tahun ni saya dan daniel masing2 ada 3 pasang baju melayu yang saya tempah khas di Labuan. Butang baju adalah dari Kristal yang begitu popular di Labuan.
  • Hujung minggu ini saya akan beraya ke Sri Aman, Sarikei sebelum balik beraya ke Sibu sambil menghantar Daniel balik sebab Daniel bersekolah di Sibu.
  • Kesimpulannya raya tahun ni best sangat.... seronok dan happening. Hingga ketemu lagi di Raya 2010!!! Semuga panjang umur dan kita beraya lagi.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA 20092009

Kepada semua sahabat² yg mengenali dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua berada

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Mohon ampun dan maaf jika ada yang menyinggung hati dan perasaan samada secara sedar atau tidak disedari.
Kepada insan²yang sudi menjadi sahabat moga-moga semuanya akan menyambut lebaran yang mulia ini dengan penuh keberkatan. Pandu dengan selamat, patuhi undang-undang jalan raya.
Semoga kedatangan Syawal ini akan membawa kemeriahan kepada anda bersama keluarga tercinta.
Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang tulisan saya di sini ada terkasar bahasa, tersalah kata, menyinggung perasaan dan sebagainya.
Semoga Syawal membawa seribu rahmat dan kebahagiaan bagi kita semua di dunia dan di akhirat...
Selamat Hari raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

JEFBUJ
20092009

Sunday, September 13, 2009

SHOPPING RAYA!!!!












Sebelum saya balik ke Kuching pada 16 September ni saya berkesempatan shopping untuk raya yang bakal menjelang tiba. Labuan yang dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai [ Duty Free ] sudah semestinya barang2 agak murah terutama kain, rokok, minuman keras dan yang paling best kereta import. Bayangkan kereta Toyota Vios hanya berharga RM48 ribu, Honda City RM 48, Toyota Rush RM 52 ribu, Toyota Inova RM 60 ribu ++ dan bermacam2 jenama lagi yang begitu murah!!!

Saya telah membeli 3 pasang baju melayu beserta songket begitu juga untuk anak saya si Daniel. Beraya sakanlah raya tahun ni. Sudah menjadi tradisi di Sarawak kita beraya seminggu dengan baju melayu! Memang terasa benar suasana raya.

Kuih Lapis Sarawakpun saya dah tempah awal2 dari teman baik saya Yudi. Tak ada kueh lapis tak sahlah raya kat Sarawak.

Saya ucapkan selamat bershopping raya, tapi ingat berbelanja biarlah berhemah jangan boros k!!!


Monday, December 22, 2008

Raya Haji @ Lundu 2008


Bersama-sama keluarga Abang Azmi

Bonda Hjh.Shuhada bersama Nek Ham.

Keluarga adik bongsu saya, Zurina yang datang jauh dari Labuan.

Comelnya I'ish

Sedang khusyuk mendengar Khutbah Raya Haji

Daniel bergaya dgn baju 'pink'
Anak daddy dah besar!
Tempat mengambil wuduk yang unik


Lembu yang bakal dikorbankan
Lembu telah disembelih
Sedang melapah lembu

Maaf kerana lambat posting pengalaman saya semasa beraya di rumah abang saya Azmi, di Lundu baru-baru ini. Lundu terletak kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari Bandaraya Kuching. Lundu terletak dihujung Kepulauan Borneo, dan semestinya pemandangannya indah sekali. Ia dipagari oleh banjaran gunung dan mengadap pantai! Taman Negara Gunung Gading terletak di Lundu. Keindahan alam flora & fauna menjadi tarikan utama di sini selain air terjun dan 'hot spring'.

Abang Azmi sebenarnya baru sahaja berpindah ke Lundu apabila beliau ditawarkan menjadi Pegawai Daerah @ D.O. bagi bahagian Lundu. Sememangnya terasa asing apabila beraya ditempat orang, tapi seronok. Selepas solat Aidil Adha di Masjid Daerah Lundu, aktiviti menyembelih lembu korban diadakan. 5 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagih-agihkan kepada orang miskin dan penduduk berdekatan.

Seperti biasa juadah 'wajib' yang saya biasa masak apabila hari raya ialah Lontong. Emmmmmmm dapat pujian tau terutama sambal tumis & kuah lodeh. Sampai 3 mangkok baru puas! Di Sarawak, kemeriahan Raya Haji tidak seberapa kalau dibandingkan dengan Raya Puasa. Amat jarang dibuat rumah terbuka kecuali untuk saudara terdekat sahaja.
Saya harap gambar-gambar diatas sedikit sebanyak dapat saya kongsikan kepada semua untuk sama-sama merasa kemeriahan beraya di Lundu.