Alhamdulillah, saya selamat sampai di Bintulu pagi tadi jam 8 pagi setelah flight saya delay 1 jam dari Miri. Sahabat baik saya dari kecil yang bertugas di Bintulu iaitu Shafiee telah datang menjemput saya. Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk sampai ke bandar Bintulu. Banyak juga perubahan bandar Bintulu setelah hampir 4 tahun saya tidak jejak kaki di sini.
Saya menginap di The Regency Hotel yang dulunya dikenali sebagai Bintulu Plaza Hotel. Sejak dulu saya merupakan pelanggan tetap hotel ini sebab hotel ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf bintang di sini. Tapi kini ada beberapa buah hotel baru yang dibina.
Kursus saya akan bermula esok dan saya amat teruja untuk berjumpa dengan para peserta dari bintulu. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar!
No comments:
Post a Comment