I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 10, 2008

PURNAMA HOTEL, LIMBANG, SARAWAK

Purnama Hotel & Limbang Plaza Barisan Pungurusan 2006( saya duduk ditengah-tengah)
Reception Counter
Presidential Suite
Crown Suite
Dining Table
Living Room
Dining TableStandard RoomChinese Restaurant
Saya sedang memberi latihan (training) kepada kakitangan

Setiap bulan seorang kakitangan dipilih menjadi Employee of The Month


Sejak meninggalkan Purnama Hotel Limbang 2 tahun lalu, saya rasa amat rindu sangat, terutama kepada kesemua staff2 saya yang begitu sporting dan happening! Saya mula bertugas sebagai Pengurus Besar pada tahun 2003 sehingga 2006. Sepanjang 3 tahun di sana saya telah menimba pengalaman yang banyak sekali. Yang manis dan pahit, yang mencabar, yang menyeronokkan, yang menyakitkan dan sebagainya telah menjadi memori indah di dalam kotak memori saya.


Limbang terletak di utara Sarawak. Uniknya Limbang kerana ia terletak di tengah-tengah Negara Brunei Darussalam. Kira macam sandwich lah! Untuk ke Limbang, anda kena masuk ke Negara Brunei dari Miri. Dari Limbang pula, untuk ke bandar Lawas yang merupakan daerah kecil Sarawak, anda harus masuk semula ke Brunei. Lawas terletak bersempadan dengan Sabah.
Walaupun Bandar Limbang tidak sebesar bandar2 utama di Sarawak, tetapi lokasinya yang unik menyebabkan ia dikunjungi oleh warga Brunei pada tiap2 hujung minggu iaitu hari Jumaat & Sabtu. Di Brunei, Jumaat adalah hari kelepasan. Dari Brunei ke Limbang hanya memakan masa 45 minit sahaja.
Bila hujung minggu, kita akan melihat kereta2 mewah dari Brunei berbaris2 masuk ke sempadan Limbang itu di Tedungan. Kadang2 kita terpaksa mengharung jem sehingga 3 jam untuk melepasi tol Imegresen Malaysia & Brunei.


Seperti yang kita sedia maklum, tukaran wang asing bagi wang Brunei amat tinggi iaitu 2.22 sama dengan Dollar Singapura. Oleh itu, Limbang mendapat manafaat dari perbezaan mata wang ini. Kita boleh lihat warga Brunei bershopping sakan di Limbang terutama barang2 keperluan dapur. Keadaan ini telah memberi impak kepada Limbang yang menyebabkan harga barang di Limbang melambung tinggi. Harga barang basah di Bandar Limbang agak tinggi kalau dibandingkan dengan bandar lain di Sarawak. Pun begitu, warga Brunei tetap memborong barang2 kerana harganya jauh murah dari negara mereka. Bayangkan mereka membeli ayam hingga 3-4 ekor sekali untuk bekalan seminggu. Bukan itu saja, sayuran, ikan, barang dalam tin, semua mereka sapu bersih. Yang agak mengejutkan saya ialah apabila ada Grand Sale di Shopping Mall iaitu Limbang Plaza, kita boleh lihat rak2 barang hampir kosong sebab habis mereka sapu. Senario ini tidak akan dapat kita lihat di bandar2 lain .


Kedatangan warga Brunei ini turut memberi impak positif kepada hotel saya. Occupancy rate adalah tinggi apabila tibanya hujung minggu, malah status 'full house' di hujung minggu adalah perkara biasa! Tentulah saya seronok apabila melihat kesemua bilik saya penuh.


Uniknya Limbang juga, apabila kita dapat sampai ke Labuan dalam masa 1 jam 20 minit dengan bot express, 2 jam ke Kota Kinabalu, 45 minit ke Brunei dan 2 jam ke Miri! Jadi taklah rasa boring apabila tiba hujung minggu. Dulu, semasa saya mendapat tawaran bekerja di Limbang saya amat risau. Saya ingatkan Limbang ni adalah 'zombies town' atau bandar mati. Rupa2nya sangkaan saya meleset! Bila melihat kereta2 mewah dari Brunei masuk ke Limbang tiap2 hari saya rasa berada di luar negara pulak!

Hotel di mana saya bekerja dinamakan Purnama Hotel. Agak besar iaitu 200 lebih bilik dan dilengkapi dengan 10 buah bilik mesyuarat, 2 buah restoran, sebuah lounge, dan juga memiliki pusat masaj dan salun. Bilik tetamu terdiri dari Deluxe room hingga ke Presidential Suite. Bisaya Ballroom boleh menempatkan sehingga 1000 orang (theatre style) di samping beberapa bilik function yang lain. Purnama Hotel yang setinggi 10 tingkat ini juga bersambung dengan shopping mall iaitu Limbang Plaza yang merupakan dibawah pengurusan yang sama. Limbang Plaza mempunyai 200 lebih outlet yang menjual pelbagai produk. Disinilah syurga membeli-belah bagi warga Brunei!

Dibawah pengurusan saya, terdiri dari beberapa orang Pengurus yang mengurus jabatan masing2 yang juga dikenali sebagai Head of Department ( HOD ). Uniknya HOD saya, mereka datang dari negara yang pelbagai seperti China, Philipines, Bangladesh & Indonesia. Mereka ini adalah pekerja profesional yang berkelulusan tinggi. Sementara itu, staff saya juga terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kedayan, Murut, Kelabit, Bidayuh, Kedazan, Bisaya, Orang Ulu, Melanau, Melayu Brunei, Iban dan sebagainya. Pun begitu kami berkerja dengan harmoni dibawah satu bumbung. Itu lah uniknya masyarakat di Sarawak. Walaupun terdapat lebih dari 25 kaum pribumi namun kita dapat hidup bersama tanpa mempersoalkan hak dan agama masing2.

Cuba anda bayangkan betapa meriahnya suasana hotel saya apabila mereka ini bertemu dan bercakap pelbagai bahasa. Sepanjang saya bekerja dibidang perhotelan, saya tidak pernah mengalami pengalaman sedemikian.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & Hari Raya kepada semua bekas kakitangan saya yang kini masih bertugas. Saya amat rindu anda semua. Insyallah kalau ada kesempatan, saya akan terbang ke Limbang untuk berjumpa dengan anda semua.
Sekiranya anda ingin ke Limbang, tinggallah di Purnama Hotel yang terletak ditengah2 pusat bandar Limbang. Hubungi : Tel 085 216700 Fax 085 216711