
Walaupun belum ada kesahihan akan kebenarannya namun kita harus mengelak terlebih awal supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Memang sejak akhir-akhir ini terlalu banyak produk yang selalu kita makan atau pakai mengandungi unsur-unsur babi, nauzubillah! Cuba anda bayangkan semasa tahun 50an - 80an dimana belum ada teknologi IT, kita tidak pernah tahu atau mendengar perkara-perkara begini.
Produk yang disangsi kehalalannya telah kita guna bertahun-tahun lamanya. Adakah semua informasi dari internet ini hanya rekaan semata-mata ? Wallahualam, hanya tuhan yg maha mengetahui.
Yang penting, kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Pastikan setiap produk yang kita makan dan pakai mempunyai logo 'halal' dari JAKIM. Insyallah anda tidak akan rasa was-was!