Maswings- ATR 72-500 amat selesa!
Semangat membaca!
Lapangan Terbang Bintulu
Tengah menunggu untuk penerbangan ke Sibu pula.
Semangat membaca!
Lapangan Terbang Bintulu
Tengah menunggu untuk penerbangan ke Sibu pula.
Suasana airport yang agak lengang di awal pagi
Cantik sungguh interiornya!
Makanan kat Niah Cafe sedap tau!
Boleh beli cenderamata kat sini!
Tengah menunggu Shafiee tiba
Nyenyaklah tidur saya untuk 4 malam yang akan datang
Alhamdulillah, saya selamat sampai di Bintulu pagi tadi jam 8 pagi setelah flight saya delay 1 jam dari Miri. Sahabat baik saya dari kecil yang bertugas di Bintulu iaitu Shafiee telah datang menjemput saya. Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk sampai ke bandar Bintulu. Banyak juga perubahan bandar Bintulu setelah hampir 4 tahun saya tidak jejak kaki di sini.
Saya menginap di The Regency Hotel yang dulunya dikenali sebagai Bintulu Plaza Hotel. Sejak dulu saya merupakan pelanggan tetap hotel ini sebab hotel ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf bintang di sini. Tapi kini ada beberapa buah hotel baru yang dibina.
Kursus saya akan bermula esok dan saya amat teruja untuk berjumpa dengan para peserta dari bintulu. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar!
No comments:
Post a Comment